Isnin, 24 Jun 2013

Addin

Addin


Rupanya Ini Punca Kekecohan Di Parlimen

Posted: 24 Jun 2013 09:00 AM PDT


Menurut Aduka Taruna, sebenarnya para aktivis yang berhimpun di hadapan Parlimen itu hanyalah mempertahankan diri sebelum menyerahkan diri kepada Polis lantaran mereka telah dilayan secara kasar tanpa sebab.

SPR diselamatkan oleh polis yang tiada pengalaman.

1. Pihak NGO Royalti kecewa apabila objektif perhimpunan menentang penipuan SPR dan JPN telah menjadi acara permusuhan antara peserta dengan pihak polis.

2. Keadaan awalnya berjalan baik. Polis mengatakan pihaknya membenarkan 10 wakil gabungan aktivis untuk masuk ke parlimen bagi menyerahkan memorandum.

3. Tetapi keadaan menjadi curiga apabila terlalu lama. Apabila wakil gabungan aktivis cuba mendapatkan penjelasan, kumpulan polis muda yang membentengi jalan masuk menjawab dalam keadaan mengejek.

4. Gabungan aktivis memutuskan untuk menyusun peserta sehingga 5 meter dari sempadan benteng polis. Ini bagi menunjukkan objektif aktivis adalah serius.

5. Apabila gabungan aktivis mara, polis muda yang menjadi benteng menjadi cemas dan menyerang aktivis.

6. Keadaan menjadi buruk apabila terlalu ramai orang tidak beruniform memukul aktivis atas nama polis. Ini menyebabkan aktivis melawan mempertahankan diri kerana tidak wujud tanda rasmi polis.



7. Yang direkodkan, seramai 37 aktivis cedera termasuk aktivis Royalti bernama pena Lan Cass. Beliau mendapat kecederaan patah kaki akibat dipukul 'polis berpakaian biasa'
.
8. NGO Royalti menyeru semua pihak berhimpun di Lokap Bersepadu Jinjang bagi menyatakan solidariti kepada aktivis yang cedera dan ditahan.

Aduka Taruna
Koordinator Program




Iklan C (ii)
 

  

Punca Tan Sri Pandikar Amin Mulia Menang Undian Speaker Terbongkar

Posted: 24 Jun 2013 06:40 AM PDT

KUALA LUMPUR 24 JUN: Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi penggal ke-13 setelah mendapat majoriti undi yang dicemari penipuan.

Pandikar mendapat undian sebanyak 133 undi dari wakil BN berbanding calon Speaker yang dicadangkan Pakatan Rakyat, Datuk Kadir Sulaiman yang hanya meraih sebanyak 89 undi dari wakil Pakatan.

Nama Pandikar dicadangkan oleh Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak sebelum disokong oleh Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Khalid Ibrahim mencadangkan Kadir sebagai Speaker.

Dari Pakatan pula, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim mencadangkan nama Kadir sebagai Speaker sebelum disokong Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Karpal Singh.

Ketika pengundian berjalan, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempertikai tandatangan yang perlu diturunkan di atas kertas undian selepas undian dibuat sebelum disokong oleh MP Segambut, Puchong dan Sepang.

Ekoran itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendesak Setiausaha 1 Dewan membaca standing order bagi memahami pertikaian yang dibangkitkan. "Dewan pun mahu tipu undi?" sindir Tian.

Speaker pula dalam ucapannya memaklumkan kerusi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat disusun mengikut kekananan (senioriti) sebagai satu parti. ~keadilandaily



Iklan C (ii)
 

  

Ini Senarai Penuh 32 Aktivis Yang Di Tahan Polis Di Parlimen

Posted: 24 Jun 2013 02:15 AM PDT


Berikut adalah senarai nama 32 aktivis yang telah ditahan oleh pihak Polis kerana dikatakan cuba merempuh halangan atau sekatan Polis untuk ke bangunan Parlimen pagi tadi..

Seorang aktivis dari SUARAM, Syukri yang berada ditempat kejadian sebagai pemerhati dan bersedia untuk sebarang bantuan juga ditahan bersama yang lain itu.

Menurut SUARAM 31 tahanan telah dibawa dan ditahan di Balai Polis Jinjang manakala Ekhsan Bukharee ditahan di IPD Dang Wangi.
1. Abdullah bin Hassan
2. Adam Adli
3. Ahmad Hizami bin Mohd Hazir
4. Ahmad Shauqie bin Abdull Aziz
5. Ahmad Syukri ab Razab (SUARAM Coordinator)
6. Amirul Syazwan
7. Annie Mi Siew Lan
8. Badrul Hisham Shahrin
9. Edie Nor Mohd Redzuan
10. Ekhsan Bukharee (Aktivis pelajar ditahan di IPD Dang Wangi)
11. Hong chee Wang
12. Lew Chee Kong
13. Lim Sue Pei\Mah Chee Hoe
14. Md Sani
15. Mohd Fauzi
16. Mohd Mus'ab bin Abdul Habib
17. Mohd sofian bin Mat Dali
18. Mohd Yaser Bin Abd Rahman
19. Mohd Zairi bin Shafaai.
20. Muhamad al-Fateh Abdul Adzis
21. Muhamad hafizudin b Yahya
22. Muhammad Aiman Hakim bin Zainal Arifin
23. Muhammad Akram bin Ahmat
24. Muhammad Aliff Hafiz Bin Zainuddin
25. Muhammad Safwan bin Anang @ Talib
26. Mythreyar
27. Nora
28. Norazizi Abdul Aziz
29. Sharifol Azmil
30. Tong Chan Sang
31. Ungku Amer Faez b. Ungku Fauzi
32. Wan Nor Farel Azli

Chegu baerd Bard di time linenya mendakwa seorang aktivis yang bernama Shauqie telah dipukul polis.Beliau mengalami kecederaan yang agak teruk di muka. dahinya dan pipinya bengkak. Bengkak di pipinya kelihatan berdarah.




Iklan C (ii)
 

  

Huru Hara Semasa Pemilihan Speaker Dewan Rakyat

Posted: 23 Jun 2013 11:24 PM PDT


KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat kali ke-13 yang bermula hari ini memilih Tan Sri Pandikar Amin Mulia sekali lagi sebagai Speaker dengan memperoleh 133 undi.

Sebelum persidangan dimulakan, setiap ahli Parlimen diberi satu kertas undi untuk membuat pemilihan tersebut.Suasana agak kecoh apabila kedua-dua belah pihak saling menimbulkan provokasi.~sinar harian



Iklan C (ii)
 

  

Upacara Angkat Sumpah Dewan Rakyat Di Sambut Dengan Demonstrasi

Posted: 23 Jun 2013 07:37 PM PDT


Upacara mengangkat sumpah Dewan Rakyat hari ini disambut dengan demonstrasi sekumpulan lebih 100 anak muda berbaju hitam di jalan masuk menuju ke Parlimen.

Lebih 100 anak muda daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhimpun sambil melaungkan "SPR Syaitan" "SPR Penipu" dan "Reformasi" dengan membawa sepanduk menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan atas dakwaan Pilihan Raya 2013 yang berat sebelah.

Mereka turut menyanyikan lagu "Rasa Sayang" dan "SPR Bangsat" sepanjang berarak dari Padang Merbok, berhampiran kawasan Parlimen.

Sekitar 9.15, mereka berarak menuju ke Jalan Parlimen, dengan polis kemudiannya membenarkan mereka duduk di bahu jalan.

Turut kelihatan bersama kumpulan berkenaan adalah ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)
 

  

Ahli Parlimen BN Buat Usul Undi Tak Percaya Pada Najib Hari Ini?

Posted: 23 Jun 2013 06:49 PM PDT

Datuk Seri Shahidan Kassim tidak percaya mana-mana ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tindakan dipercayai sesetengah pihak akan dilakukan oleh sekumpulan ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak berpuas hati.Beliau seharusnya tahu. Semenjak mengangkat sumpah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, ahli veteran Umno itu telah memainkan peranan sebagai penyelesai masalah, menemui ahli-ahli Parlimen yang kecewa.

Seorang ahli Parlimen yang tidak diberikan jawatan Kabinet walaupun menang dengan majoriti besar memberitahu, Shahidan bercakap kepadanya dan memberi jaminan akan diberikan jawatan dalam agensi kerajaan.Yang lain-lain turut menunggu janji ditunaikan pada Julai apabila akar umbi Umno mula menentukan kepimpinan tertinggi parti.

Untuk kepastian, malam semalam BN mengadakan makan malam untuk semua ahli-ahli Parlimen di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra, malam sebelum sidang Parlimen bermula hari ini. Shahidan sendiri menyatakan keyakinannya kepada The Malaysian Insider, Kabinet Najib sudah menggambarkan keputusan Pilihan Raya 2013 dan semua pihak termasuk ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak telah diberikan tempat."Mustahil kalau BN nak bawa usul undi tak percaya kepada PM sebab siapa nak bawak usul ni?

Takkan BN nak bawa?" kata beliau kepada The Malaysian Insider."Kalau pembangkang yang bawa, takkan ahli-ahli Parlimen BN nak sokong?" tambah beliau lagi. Bekas menteri besar Perlis itu berkata, tidak mengejutkan jika ahli-ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak bertemu dengan Tengku Razaleigh Hamzah kerana putera raja Kelantan itu merupakan veteran dalam politik Malaysia.

Bagaimana, menurut Shahidan, beliau tidak menyedari tentang pertemuan sekumpulan besar ahli-ahli Parlimen BN dari Malaysia Timur dengan bekas menteri kewangan itu."Tak mustahil kalau ada satu dua ahli Parlimen Sabah dan Sarawak jumpa Ku Li sebab dia orang lama," katanya.Sumber memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini Tengku Razaleigh telah bertemu dengan sekumpulan ahli-ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak yang tidak berpuas hati kerana tidak dilantik menyertai Kabinet atau diberikan jawatan kerajaan lain oleh Najib.

Selepas pilihan raya umum ke 13, Najib berhadapan dengan pelbagai tekanan dari dalam dan luar parti.Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mendakwa terdapat penipuan dalam Pilihan Raya 2013 sementara asakan dalaman Umno dan BN timbul kerana ini adalah keputusan terburuk gabungan itu dalam sejarah pilihan raya Malaysia dan tidak semua mendapat "habuan" dari kemenangan itu.

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen.Walau bagaimanapun, Najib hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen dari dua negeri tersebut, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen.

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)
 

  

Tiada ulasan: