Isnin, 10 Jun 2013

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


KUIN...ULAMA TAK BUAT KERJA...

Posted: 09 Jun 2013 09:39 AM PDT



Berita tentang KUIN yang dilaporkan akan di swastakan sangat menyedihkan. Alasan yang dikatakan tiada keuntungan malahan terpaksa menanggung kos tahunan melebihi 300 juta jelas menggambarkan bagaimana bentuk berfikir Menteri Besar baru Kedah. Frame berfikirnya adalah wang.... angka... tanpa mempedulikan hasil modal Insan yang dihasratkan oleh Tan Sri Azizan Razak bekas menteri Besar Kedah sebelumnya....

Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, betapa frame atau kerangka berfikir sangat mempengaruhi tindakan dan persepsi manusia. Oleh kerana kerangka berfikir Mukhriz adalah keuntungan angka, maka itulah hasil tindakan dan persepsinya terhadap pembangunan KUIN yang diusahakan oleh Kerajaan PAS-PR di Kedah. Mungkinkah kerangka berfikir Lim Guan Eng lebih baik dari Mukhriz kerana LGE berpendapat para Hufaz akan menghasilkan keuntungan kepada Pulau Pinang kerana para Hufaz adalah orang baik yang tak akan merugikan kerajaan...

Akhir akhir ini serangan kepada Ulama dalam PAS dengan tuduhan tidak buat kerja di dendangkan semula. Bila ada Ulama yang menjawab, mereka kata tak boleh ditegur... Habis tu...biar dibelasah dan sabar...?? Ya.. itulah kemahuan mereka dan pewaris pemikiran penjajah dan anti Ulama... SABAR...

Persoalan yang ingin ditimbulkan ialah apa maksud tak buat kerja???   Di sinilah asas kerangka berfikir yg saya katakan....Apakah tak buat kerja itu maksudnya tak pamir muka dalam surat khabar??? Yang buat kerja tu ialah yang keluar statement setiap hari sekalipun hal rumahtangga orang... uMNo bergaduh pun kita keluar kenyataan akhbar?? Berita angin pun kita nak respon?? Itu tanda pandai strategi dan bijak buat kerja?? Atau belasah pemimpin sendiri untuk tunjuk kepada rakan dia baik dan bijak kerana nasihat bapak... Itukah kerja atau kurang ajar?

Apakah yang dimaksudkan buat kerja itu ialah hadir satu majlis untuk ambil gambar kemudian ulas macam berada sepanjang majlis? Adakah buat kerja itu melobi melalui SMS setiap orang untuk rebut jawatan? Adakah tanda pandai buat kerja itu ialah hadir perhimpunan dan kemudiannya panggil akhbar?? iTu sahaja???

Saya tidak menafikan itu sebahagian kerja... sebagai permulaan saya telah menyatakan bahawa pengaruh kerangka berfikir akan menghasilkan sikap dan tindakan... Bagi perompak... merancang, membunuh mungkin sebahagian kerja mereka... jika mereka tidak lakukan begitu, maka mereka tidak buat kerja...!!.. Malah bagi yahudi Fremeson ... kerja mereka ialah memastika Islam buruk dan rosak... termasuk memfitnah, malah membunuh...semakin banyak fitnah, semakin banyak kerja yang mereka buat...

Saya terima semua itu sebagai kerja... Tapi kerangka Islam menganggap kerja itu salah, berdosa dan akan diazab!...

Apa kerja Ulama?? Apa kerja di dalam jamaah Islam??? Apakah sama dengan kerja mereka yang bukan Ulama dan bukan jamaah Islam? Jawapannya ...Tidak..! itu kerangka berfikir secara Islam!.
Pentingnya berjamaah yang disuruh oleh Islam ialah supaya kita saling membantu.... Masalah kita ialah... apabila kita buat satu kerja...kita mahu orang lain buat kerja yang sama seperti kita... Sedangkan kita tak pernah sedar bahawa kita juga tak buat kerja yang orang lain buat!!!

Sebab itu dalam organisasi atau jamaah adanya lujnah! Masing masing ada peranan tersendiri... Kebajikan dengan kebajikannya... Sukan dengan sukannya... politik dengan politiknya... malah tarbiah dengan tarbiahnya!! Yang mengadap depan komputer dengan kerja mengomen dan mengkritiknya...!!! tembak sana sini.... dan rasa paling banyak buat kerja... mungkin juga satu peranan.... kalau masih dengan akhlak dan adabnya...

Dalam jamaah Islam...peranan dan kerja utamanya berbeza dengan jamaah lain... Bila organisasi politik yang hidup matinya adalah politik... tentu tak sama dengan kerja Jamaah yang Islam dan dakwah adalah keutamaan melalui jalan politik!

Kerangka inilah yang membezakan cara berfikir. Kerangka inilah yang melahirkan tuduhan Ulama tak buat kerja... sebabnya... bagi mereka... Kuliah , Tamrin, usrah, Liqa dan sebagainya bukan kerja... kerana bagi mereka ini hanyalah dakwah atau kerja agama... dengan mereka terlupa syarat kemenangan sepanjang  sejarah tentera Islam ialah... Fi Laili Ruhban, wa Fi Nahari Fursan... Rahib pada waktu malam dan tentera hebat di siang hari...!! Inilah bezanya...kerana golongan ini memang tak minat hadir program yang bagi mereka merugikan masa... Tak berfaedah..... kerana kerangka berfikir mereka... sayangnya mereka berada dalam jamah Islam!... dan tak rela di acu secara Islam... Memang tak pelik...!!

Bagi saya masalah tuduhan Ulama tak buat kerja lahir dari kekeliruan kerangka berfikir... atau mungkin sengaja menganggap program kendalian ulama bukan kerja..sebab mereka malas hadir .... dan tak sesuai di jiwa... Jika diperhatikan pemimpin yang kritik Ulama tak buat kerja juga ialah mereka yang tak hadir prog seumpama ini. atau hadir dengan terpaksa untuk tunjuk muka...ambik gambor aje....... secara ringkas...saya simpulkan dulu...

ULAMA TAK BUAT KERJA ADALAH ISTILAH YANG LAHIR DARI KEPALA YANG KERANGKA BERFIKIRNYA KERJA AGAMA DAN DAKWAH BUKAN KERJA POLITIK...HARUSKAH LAGI KITA MELETAKKAN MEREKA SEBAGAI PEMIMPIN ISLAM??? Jawable sendiri....

Tiada ulasan: