Biaqpila |
- PANAS!!! Kertas undi pegawai SPR didakwa dijual RM100
- LEBIH 50,000 UNDI 'HILANG' DI SELURUH NEGARA
- ANAK TOKEY BELACAN BAWA AUDI R8 BALIK KAMPUNG
PANAS!!! Kertas undi pegawai SPR didakwa dijual RM100 Posted: 04 Jun 2013 06:15 AM PDT Seorang calon BN bagi kerusi DUN didakwa "membeli" kertas undi daripada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengundi bagi pihak mereka demi memastikan kemenangan parti itu. Dalam pendedahannya hari ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa salah seorang pegawai itu pada 4 Mei - sehari sebelum pilihan raya umum - telah membuat laporan polis berhubung perkara itu. Salinan laporan polis itu turut diberikan kepada media oleh Rafizi dalam sidang media yang berlangsung di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Laporan polis itu menceritakan bagaimana pegawai SPR dipanggil oleh calon BN berkenaan sebelum mereka menyerahkan kertas undi kepada pekerja parti BN. Rafizi mendakwa empat pegawai SPR menuntut semula kertas undi mereka sehari selepas kertas undi itu dijual kepada calon BN dengan harga RM100 setiap satu. Bagaimanapun, dakwa Rafizi, apabila mereka mendapat semula kertas undi tersebut, mendapati kertas undi mereka telah pun ditanda. MK EJEN BISKUT RAYA - TANPA MODAL BERMINAT HUBUNGI ; PUAN HALIZA 013 4538762/0175689472 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... |
LEBIH 50,000 UNDI 'HILANG' DI SELURUH NEGARA Posted: 03 Jun 2013 11:00 PM PDT Lebih 50,000 undi 'hilang' di seluruh negara, pengundi lapor polisPETALING JAYA, 3 JUN: Seorang pengundi, Mohd Azlan Mohd Sharif membuat enam laporan polis menuntut siasatan berhubung keputusan pilihan raya umum ke-13 yang digazetkan 22 Mei lalu berbeza dengan yang diumum pegawai pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui borang 16. Beliau mendapati sebanyak 53,045 kertas undi 'hilang' melibatkan semua kerusi Parlimen dan DUN seluruh negara kecuali DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang, DUN Banggi dan DUN Labuk, Sabah. Borang 16 ialah Borang Pengisytiharan Keputusan pilihan raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara. "Ia satu kesalahan jenayah mengikut seksyen 3(1)(h) dan seksyen 6 (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. "Maka jelas polis dan SPR yang bertugas pada hari, masa dan tempat mengundi bersubahat, membenarkan dan melakukan jenayah ini," katanya dipetik dalam laporan polisnya yang pertama. Mohd Azlan, pengundi DUN Sungai Balang dan parlimen Muar, Johor membuat semua laporan itu di balai polis Klang pada 30 Mei. Enam laporan melibatkan kehilangan kertas undi, salah kira undi, maklumat yang sudah berubah, perbezaan kertas undi yang dikeluar di parlimen dan DUN, maklumat kerusi parlimen dan DUN berbeza sebelum dan selepas diwartakan dan kecuaian anggota polis. "Saya tidak nampak, tidak tahu, tidak terdengar, tidak terbaca apa-apa berita mengatakan ada tangkapan oleh SPR atau polis terhadap mana-mana pihak yang membawa keluar atau menghilangkan kertas undi yang telah dikeluarkan," kata Azlan. Katanya. kemenangan semua calon bagi setiap kerusi itu pada PRU lalu adalah tidak sah dan terbatal sehinggalah kertas undi itu disemak dan disahkan semula. "Tujuan enam laporan dibuat agar pihak berkuasa termasuk polis menyiasatnya. Sebagai rakyat Malaysia, saya menjunjung semangat Perlembagaan dan Rukun Negara khususnya Keluhuran dan Kedaulatan Undang-undang. Dalam laporan polisnya yang keenam, beliau mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan tegas terhadap pegawainya yang cuai menjalankan tugas pada PRU lalu. "Saya minta KPN menyiasat, menangkap dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis yang bertugas pada masa itu disebabkan terbukti cuai, tidak amanah, tidak melaksanakan tanggungjawabnya dan membenarkan jenayah berlaku didepan matanya," katanya lagi. KD EJEN BISKUT RAYA - TANPA MODAL BERMINAT HUBUNGI ; PUAN HALIZA 013 4538762/0175689472 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... |
ANAK TOKEY BELACAN BAWA AUDI R8 BALIK KAMPUNG Posted: 03 Jun 2013 09:54 PM PDT TENGKU Mohd Zailan (kiri) bersama pegawainya menunjukkan kereta mewah yang ditemui semula. AUDI R8 DILARIKAN DARI KL KE PERLISKangar: Dua beradik antara tiga suspek yang dicekup polis selepas berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa kerana melarikan sebuah kereta mewah Audi R8 dari sebuah bilik pameran kereta di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada Khamis lalu. Dalam serbuan pada jam 2 petang kelmarin, seorang lelaki berusia 33 tahun dan adik perempuannya berusia 26 tahun serta seorang lelaki lain berusia 31 tahun ditahan di rumah keluarga dua beradik terbabit di Kampung Kurung Tengar, Kuala Perlis, bersama kereta mewah bernilai lebih RM500,000 itu. Difahamkan, kedua-duanya yang juga anak kepada pengusaha belacan di negeri ini dikatakan pulang ke kampung mereka sejak beberapa hari lalu dengan menaiki kereta terbabit yang dilarikan dari sebuah bilik pameran kereta di ibu kota. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri Superintendan Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, dalam kejadian Khamis lalu, ketiga-tiga suspek melarikan kereta mewah berkenaan selepas memandu uji kenderaan mewah itu apabila menipu kononnya mahu membelinya. Katanya, sebaik melarikan kereta itu, suspek membawanya sehingga ke Perlis sebelum disembunyikan di tempat letak kereta di rumah orang tua dua beradik berkenaan. HM EJEN BISKUT RAYA - TANPA MODAL BERMINAT HUBUNGI ; PUAN HALIZA 013 4538762/0175689472 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan