DUNIACACAMARBA |
- PKR Pertahan Dakwaan Wujudnya Pengundi Bangladesh
- Laporan Polis Calon BN Rampas Kertas Undi
- Bekas Profesor Undang-undang Dipenjara 5 Bulan Kerana Rasuah Seks
- Seniman S Shamsuddin Meninggal Dunia
- Rogol Isteri Sendiri yang Enggan Batalkan Hasrat untuk Bercerai
- Amuk Selepas Terserempak Kekasih Curang
- Siapa Mahu Cuba? Viagra Asli
PKR Pertahan Dakwaan Wujudnya Pengundi Bangladesh Posted: 04 Jun 2013 08:59 AM PDT [TMI] PETALING JAYA, 4 Jun — PKR mempertahankan dakwaan warga asing dari Bangladesh telah mengundi secara haram pada Pilihan Raya 2013 walaupun penafian telah dibuat oleh Kedutaan Besar negara itu semalam di sini, menegaskan mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan mereka. Parti tunjang Pakatan Rakyat (PR) itu menambah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertanggungjawab untuk permusuhan yang ditunjukkan terhadap pekerja asing Bangladesh kerana kegagalan untuk menangani aduan pengundi hantu, mengukuhkan tuduhan kerajaan telah memenangi pilihan raya 5 Mei melalui penipuan. "Kita terima kenyataan mereka, mereka punyai hak tetapi kamu perlu tanya soalan ini: jika majoriti rakyat telah bercakap tentang ini dalam waktu yang lama, saya tidak fikir rakyat biasa Malaysia akan pergi dan membuat cerita tanpa apa-apa dan yang lebih penting ialah integriti pilihan raya adalah suci dan begitu penting kepada negara kita. "Cara saya melihat ia adalah jika terdapat sebarang dakwaan mengenai pengundi hantu sama ada mereka adalah warga Bangladesh, Indonesia, Filipina ... apa yang lebih penting adalah pihak berkuasa dan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk itu seperti SPR perlu mengambil serius dan menyiasat sepenuhnya. "Tetapi mereka enggan menyiasat jadi ianya memperkuatkan lagi persepsi terdapat pengundi hantu dari luar negara," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti di sini. Semalam pemerintah Bangladesh menafikan wujud pengundi hantu daripada kalangan rakyat negara itu pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, walau bagaimanapun mengakui terdapat pemberian kad pengenalan melalui proses secara sah. Pesuruhjaya Tinggi AKM Atiqur Rahman berkata dakwaan kehadiran 40,000 pengundi warga Bangladesh diterbangkan untuk mengundi Barisan Nasional (BN) seminggu sebelum pilihan raya 5 Mei sebagai tidak munasabah. Menurut Atiqur lagi, dakwaan tersebut adalah palsu dan bertujuan untuk kepentingan politik semata-mata pihak tertentu untuk meraih sokongan sehingga mencalar imej hubungan antara kerajaan Bangladesh dan Malaysia. Naib Presiden PKR Nuruk Izzah Anwar mengatakan walaupun parti itu mengakui adalah salah untuk mensasarkan pekerja asing Bangladesh, SPR seharusnya melakukan sesuatu untuk mencegah tindak balas xenofobia terhadap warga asing jika ia bertindak terhadap aduan itu. "Sudah tentu serangan dan permusuhan tidak harus dilakukan terhadap orang asing, SPR sepatutnya menghalang ini. Kami tidak meminta orang ramai untuk membenci dan sebagainya tetapi kita tidak boleh membiarkan kejadian ini menjadi sesuatu yang kita mudah lupa. "Anda perlu untuk mendesak dan menuntut SPR dan menjalankan siasatan berkaitan dengan profesional," katanya semasa sidang media yang sama. Pemimpin PR telah menuduh parti pemerintah mencuri Pilihan Raya 2013 melalui amalan penipuan yang termasuk mengangkut warga asing ke negeri-negeri utama di Malaysia untuk mengundi BN. Pemimpin-pemimpin BN, bagaimanapun, menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas dan berkata pembangkang masih belum menunjukkan apa-apa bukti kukuh untuk menyokong tuntutan itu. Walaupun terdapat kebangkitan pembangkang, BN masih memegang kuasa dengan memenangi 133 kerusi berbanding PR 88, walaupun kurang tujuh kerusi daripada apa yang mereka perolehi pada tahun 2008. Gabungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga kehilangan undi popular untuk kali pertama sejak 1969. PR dan kumpulan reformasi pilihanraya Bersih kini merancang untuk memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar beberapa keputusan dalam 5 Mei pilihan raya, mendakwa mempunyai bukti kukuh penipuan dalam apa yang dikatakan pilihan raya paling sengit di Malaysia. Antara bukti-bukti yang dikumpul adalah video kononnya menunjukkan warga asing diterbangkan satu hari sebelum pilihan raya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengumumkan kerajaan akan melihat melalui pelan untuk reformasi sistem pilihan raya dengan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah satu jawatankuasa khas parlimen. Pemimpin PR, bagaimanapun, mendakwa langkah itu adalah lebih daripada satu latihan perhubungan awam dan mendesak kepimpinan SPR meletakkan jawatan sebagai langkah pertama ke arah reformasi tulen pilihan raya. | ||
Laporan Polis Calon BN Rampas Kertas Undi Posted: 04 Jun 2013 08:33 AM PDT [HD] KUALA LUMPUR:PKR hari ini mendedahkan bagaimana seorang wakil Umno dalam PRU13 telah bertindak merampas, menawarkan rasuah dan memangkah kertas undi pos petugas-petugas SPR yang kesemuanya melanggar undang-undang pilihanraya. Pendedahan ini dibuat oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR, dengan cara mendedahkan satu salinan laporan polis yang dibuat mengenainya. Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jerteh ini merekodkan pengakuan seorang petugas SPR (namanya dirahsiakan) yang mengaku bahawa: 1. Pada 29 April 2013, beliau bersama-sama 24 orang petugas SPR yang lain telah dipanggil masuk ke sebuah bilik mesyuarat oleh calon BN dan pintu bilik mesyuarat dikunci; 2. Beliau dan petugas SPR yang lain diarahkan menyerahkan kertas undi pos yang kosong kepada calon BN dan dibayar wang RM100 setiap seorang; 3. Keesokan harinya beliau berasa tidak senang dan telah pergi bertemu semula dengan wakil-wakil BN di bilik gerakan BN bersama-sama empat orang petugas SPR yang lain; 4. Setelah mendapat kembali kertas undi pos, mereka mendapati bahawa kertas undi pos mereka telah dipangkah; 5. Beliau juga menjadi saksi bahawa kertas undi pos sebanyak 20 lagi yang tidak dikembalikan telah dimasukkan ke dalam peti undi; dan 6. Selepas membuang kertas undi pos, jari beliau tidak dicalitkan dengan dakwat kekal seperti yang sepatutnya mengikut peraturan pilihanraya Bagi Rafizi (gambar), anggota Parlimen Pandan itu, dengan jumlah undi pos dan undi awal yang mencecah 500,000 di seluruh negara, ia cukup penting untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya di seluruh negara. "Saya telah bertegas bahawa keseluruhan proses yang melibatkan pengendalian undi pos – dari senarai pemilih pengundi pos, pengedaran undi-undi pos, membuang undi pos, seliaan semasa membuang undi pos dan peti undi pos – mempunyai pelbagai kelemahan yang mengundang penipuan dan penyelewengan,"katanya. Selama ini pun, katanya, pelbagai pengakuan telah dilontarkan oleh bekas-bekas anggota tentera yang mengaku mereka memangkah kertas undi pos bagi pihak anggota tentera yang lain. "Bukti-bukti ini sudah cukup menunjukkan bahawa berlaku terlalu banyak kepincangan melibatkan pengendalian undi pos dan undi awal sehingga membolehkan calon BN merampas dan membeli kertas undi, sementara dakwat kekal tidak pun digunakan seperti sepatutnya. "Saya yakin kepincangan dan penyelewengan yang sama berlaku di tempat-tempat lain yang mempunyai pengaruh yang besar ke atas keputusan undi di kawasan parlimen tertentu," katanya. | ||
Bekas Profesor Undang-undang Dipenjara 5 Bulan Kerana Rasuah Seks Posted: 04 Jun 2013 05:00 AM PDT [HM] Singapura: Hakim Republik ini, semalam menjatuhkan hukuman penjara lima bulan kepada bekas profesor undang-undang kerana menerima khidmat seks dan hadiah seorang pelajar sebagai pertukaran gred yang baik. Kes itu satu daripada beberapa perbicaraan rasuah melanda negara di Asia Tenggara itu yang mempunyai reputasi memupuk birokrasi yang bersih. Tey Tsun Hang dipecat daripada Universiti Nasional Singapura minggu lalu selepas disabitkan dengan enam pertuduhan rasuah membabitkan apa disifatkan mahkamah sebagai tingkah laku "tidak wajar" bagi seorang pendidik kanan. Ketua hakim daerah, Tan Siong Thye menjatuhkan hukuman kepada lelaki berusia 42 tahun itu lima bulan penjara dan mengarahkan dia membayar denda SG$514. Tey bercadang untuk membuat rayuan dan dijangka dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan lanjut. Tey didakwa Julai tahun lalu kerana menerima seks, pakaian ditempah khas, iPod, pen mahal dan makan malam di restoran Itali daripada seorang pelajar berusia 21 tahun yang mempunyai hubungan intim dengannya. Pelajar itu turut memberitahu polis bahawa dia menjalani pengguguran selepas hamil dengan anak Tey. Tan mengkritik Tey pada sidang pagi semalam mengatakan dia "jelas sekali" mengambil kesempatan terhadap pelajar itu dan memberitahu "pembohongan berulang kali" selepas perbuatannya terbongkar. - AP Berita terdahulu di sini. | ||
Seniman S Shamsuddin Meninggal Dunia Posted: 03 Jun 2013 09:17 PM PDT Menurut Bernama, Allahyarham yang berusia 84 tahun meninggal dunia di rumahnya di Bukit Batok Avenue, Jurong Singapura pada pukul 10:56 pagi tadi. Berita sedih ini disampaikan oleh anaknya, Noredah Shamsuddin. Semoga Allah mencucurkan rahmat terhadap rohnya. Al fatihah -DCM Kemas Kini: [Bernama] SINGAPURA - Pelakon veteran era 50an S Shamsudin meninggal dunia ketika sedang menikmati sarapan bersama isterinya Puteh Ismoon di rumah mereka di Bukit Batok, Jurong di sini. Puteh, 77, berkata beliau sebelum itu baru sahaja menyuap mee rebus kepada arwah yang duduk di atas katil sebelum arwah memintanya mengambil air di dapur. "Apabila saya kembali semula ke bilik, saya tengok arwah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan saya terus menjerit memanggil anak bongsu saya yang berada di bilik sebelah untuk melihat keadaan ayahnya. "Ipin (anak bongsu) cuba beberapa kali memberikan bantuan pernafasan tetapi arwah masih tidak sedar sehinggalah apabila dibawa ke hospital doktor mengesahkan arwah telah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di kediaman mereka. Puteh yang kelihatan cukup sedih, menyifatkan Shamsuddin sebagai seorang suami yang baik dan bapa yang amat penyayang kepada anak-anaknya seramai tujuh orang. "Arwah di rumah merupakan seorang yang pendiam walaupun di luar orang nampak beliau suka membuat lawak. Namun arwah merupakan seorang bapa yang penyayang. "Sejak terlantar sakit kebelakangan ini, arwah suka merenung muka saya dan pagi tadi sebelum saya ke pasar arwah sempat meminta saya membersihkan dirinya. "Selepas ini tiada lagilah teman saya untuk bercakap," katanya tidak dapat menahan sebak. Sementara itu, anak bongsu Allahyarham Mohamed Ariffin, 44, berkata ketika kejadian beliau berada di biliknya kemudian mendengar ibuya menjerit memaklumkan tentang keadaan ayahnya. "Apabila saya sampai di biliknya, saya lihat arwah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mukanya juga pucat. Saya cuba memberi pertolongan pernafasan beberapa kali sebelum ambulans sampai, namun arwah tidak memberikan sebarang reaksi. "Apabila pasukan perubatan sampai, mereka juga beberapa kali cuba memberikan bantuan sehinggalah dibawa ke National University Hospital dan akhirnya doktor mengesahkan ayah telah meninggal dunia," katanya. Katanya, doktor mengesahkan ayahnya meninggal dunia akibat serangan sakit jantung kira-kira 10.56 pagi. Katanya arwah sebelum ini terlantar sakit hampir tiga tahun akibat menderita penyakit parkinson dan batuk kering. Jenazah yang dibawa pulang ke rumahya dijangka akan dikebumikan esok di Pusara Abadi Chua Chu Kang, kira-kira pukul 10.30 pagi. Antara yang hadir menziarahi jenazah ialah pelakon veteran seangkatan Allahyarham, Wahid Satay atau nama sebenarnya Abdul Wahid Ahmad, 83. Beliau yang menganggap arwah sebagai abang kandungnya, cukup terasa dengan pemergian Allahyarham yang selama ini banyak membantunya semasa zaman lakonan di Studio Jalan Ampas. "Kali terakhir saya bertemu Allahyarham ialah semasa majlis penghargaan artis veteran bersama bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim baru-baru ini," katanya. | ||
Rogol Isteri Sendiri yang Enggan Batalkan Hasrat untuk Bercerai Posted: 03 Jun 2013 08:00 PM PDT
[HM] Gombak: Tidak dapat menerima keputusan isteri yang tetap mahu bercerai walaupun sudah dipujuk berulang kali, seorang lelaki tergamak 'menculik' wanita itu di sebuah pasar raya di Kepong, dekat sini dan membawanya ke Batu Arang, sebelum mengikat tangan serta memperkosanya di dalam kereta. Malah, lelaki berusia 30-an itu turut mengambil gambar bogel isterinya berusia 35 tahun itu selepas permintaan supaya mangsa kembali hidup bersamanya tidak diendahkan. Selain itu, lelaki terbabit mengugut mahu melakukan sesuatu supaya kedua-dua mereka mati bersama jika isteri enggan kembali kepadanya menyebabkan mangsa yang ketakutan meminta suaminya memikirkan masa depan tiga anak mereka sebelum bertindak demikian. Lelaki terbabit yang 'lembut hati' selepas mendengar rayuan isterinya itu kemudian menghantar semula mangsa ke tempat letak kereta pasar raya di Kepong sebelum melarikan diri. Difahamkan, pasangan terbabit sudah tiga tahun tidak tinggal bersama dan kini dalam proses bercerai selepas mangsa tidak tahan kerana sering dibelasah. Sumber berkata, sebelum kejadian pada Khamis lalu, mangsa yang berada dalam kereta di hadapan sebuah pasar raya di Kepong selepas membeli barang terkejut apabila suaminya membuka pintu kereta dan terus mengacukan pisau serta mengarahkannya berdiam diri, kira-kira jam 9 pagi. "Belum sempat mangsa berbuat apa-apa, suaminya terus mengikat tangan dan mengarahkannya ke tempat duduk penumpang hadapan sebelum memecut kereta milik mangsa menghala ke Batu Arang. "Sebaik tiba di kawasan semak, mangsa dipaksa melakukan hubungan seks, namun wanita terbabit enggan," katanya. Menurut sumber berkenaan, berang dengan keengganan wanita itu, suami mangsa terus merogolnya sebanyak dua kali dalam keadaan tangan isterinya terikat. "Tidak cukup dengan itu, gambar mangsa dalam keadaan bogel turut dirakam dan suami mangsa turut merayu supaya mereka kembali hidup sebagai pasangan suami isteri," katanya. Bagaimanapun, kata sumber itu, mangsa yang serik dengan sikap panas baran suami enggan kembali kepadanya menyebabkan lelaki itu naik angin dan mengugut mahu membunuh diri bersama sebelum merayu memikirkan masa depan anak mereka. "Terkejut dengan ugutan itu, mangsa meminta suaminya itu memikirkan semula kerana tindakan itu akan menggelapkan masa depan anak mereka. "Suaminya akur dan terus menghantar isterinya pulang semula ke pasar raya berkenaan sebelum melarikan diri," katanya. Sebaik dibebaskan, mangsa membuat laporan di Balai Polis Gombak. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan mangsa dan polis sedang giat memburu suspek. | ||
Amuk Selepas Terserempak Kekasih Curang Posted: 03 Jun 2013 06:49 PM PDT Mangsa bersama kekasih barunya dibawa ke Balai Polis Kulim. Polis (tengah) menunjukkan pisau yang dirampas daripada salah seorang suspek terlibat [SH] KULIM - Gara-gara main kayu tiga, sepasang kekasih warga asing nyaris dicederakan dengan pisau oleh suspek ketika sedang membeli belah di sebuah pasar raya, kira-kira jam 10 malam kelmarin. Saksi kejadian berkata, dia ternampak mangsa bersama kekasihnya melarikan diri setelah dikejar suspek, sebelum pertengkaran berlaku antara suspek dan mangsa yang cuba dileraikan pasangan perempuan. Melihatkan keadaan semakin tegang, orang ramai di tempat kejadian menghubungi polis untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) dari Balai Polis Kulim yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah di sekitar kawasan pekan Kulim pergi ke tempat kejadian. Melihatkan perlakuan suspek yang agresif, polis kemudiannya meleraikan pergaduhan diantara suspek dan mangsa. Hasil pemeriksaan, polis menemui pisau berwarna hitam yang disimpan oleh suspek. Kesemua terlibat kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut. Suspek ketika ditemui berkata, dia tidak berpuas hati dengan sikap teman wanitanya yang curang. Katanya, sebelum ini dia telah membelanjakan banyak wang kepada kekasihnya itu bagaimanapun kecewa setelah kekasihnya itu bermain kayu tiga. "Kekasih saya sebelum ini tidak pernah menipu atau memberi sebarang alasan kepada saya sekiranya saya ingin membawanya keluar untuk bersiar-siar. "Bagaimanapun sejak kebelakangan ini dia sering memberi alasan sibuk atau bekerja terutama sekali sekiranya mahu membawanya keluar pada waktu siang. Saya terkejut apabila menemuinya di sini," katanya. | ||
Posted: 03 Jun 2013 05:00 PM PDT [HM] Naples: Baunya mungkin terlalu busuk dan sentiasa terdedah kepada kemungkinan letupan. Bagaimanapun, bagi lelaki yang berdepan dengan masalah ereksi, mengadakan seks di kaki sebuah gunung berapi mungkin boleh menyelesaikan masalah mereka. Satu kawasan pandu masuk dibina di Naples dengan 'enam petak letak kereta' di kaki gunung berapi Solfatara. Hidrogen sulfida yang dikeluarkan gunung berapi itu terbukti membantu kaum lelaki yang mempunyai masalah ereksi digelar 'Viagra asli.' PELANGGAN diberi nasihat mengenai seks secara selamat sebelum ke petak asmara. Pengunjung yang dibekalkan dengan maklumat mengenai seks selamat ketika membayar untuk menggunakan petak letak kereta itu dikatakan hanya perlu menghirup udara berdekatan gunung berapi itu bagi mendatangkan keinginan seks. PASANGAN menuju ke petak asmara. Yang tidak menyenangkan ialah gas itu yang dikenali sebagai 'bau syaitan' dan bau seperti telur busuk. Ia boleh menjadi racun jika kuantitinya banyak. Menurut pakar, jumlah kecil gas itu boleh memberi kesan seperti Viagra dalam merawat masalah mati pucuk jika satu produk baru dihasilkan secara teratur. Pelanggan hanya perlu membayar untuk meletakkan kereta dan memasuki petak yang dikepung sebelum boleh menikmati seks dengan pasangan masing-masing. - The Sun |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan