Selasa, 4 Jun 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Lepas PRU baru Dr M dedah wajah sebenar Umno

Posted: 04 Jun 2013 08:24 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Setelah menang pilihanraya umum ke 13 walaupun tewas undi popular buat pertama kalinya dalam sejarah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan wajah Umno yang sebenar kepada umum.


(Kata Mahathir, orang Melayu sudah meluat dengan Umno... tetapi hanya sebut selepas pilihan raya selesai)

Bagi Mahathir, ramai orang Melayu sudah merasa meluat dengan Umno dan mengganggapnya tidak relevan dan perlu ditolak kerana parti itu tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.

"Umno ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. Umno berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri," tulis Mahathir di blognya.

Mahathir berkata pemimpin Umno kini melariskan budaya memilih orang kurang berkobolehan untuk menyertai parti supaya kedudukan mereka tidak diancam sampai bila-bila.

"Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. Umno adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai Umno," selar beliau.

Sekarang, Mahathir berkata Umno sudah menjadi sebuah parti hanya untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian.

"Umno tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi," sindirnya lagi.

Akibatnya, kata Mahathir, mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk Umno lagi.

"Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam Umno mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk Umno ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan," katanya.

Mahathir juga menyindir bahawa pemimpin-pemimpin Umno ini sering terlupa ajal boleh sampai bila-bila masa.

"Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti," katanya.

Akhirnya, Mahathir berkata Umno hanya tinggal golongan yang tidak berbakat sehingga semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU.

"Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan," sindirnya lagi.

"Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan," tambahnya lagi.

NGO mahu M'sia sekat Facebook

Posted: 04 Jun 2013 08:22 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Sebuah NGO meminta supaya kerajaan menyekat laman sosial Facebook seperti yang dilakukan di Iran dan China bagi membendung sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.

NONEPengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin (kiri) berkata, tindakan itu perlu difikirkan kerana terdapat pengguna yang menggunakan laman itu untuk menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci-maki pemimpin negara, lapor Sinar Harian.
Selain itu, beliau juga meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membangunkan mekanisme bagi menyekat bahan yang boleh menimbulkan kemarahan atau menghina di laman sosial itu dan juga blog.

"Memang tidak wajar menyekat penggunaan internet tetapi Facebook perlu disekat sebelum parah kerana ramai yang telah menyalahgunakan fungsi laman sosial itu dengan melakukan perkara-perkara yang di luar faedah," katanya seperti dilapor dalam akhbar itu hari ini.

Hamidzun mengulas tindakan sekumpulan pengguna Facebook yang didakwa bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi laman sosial itu.

Najib sedia ditentang, mengapa?

Posted: 04 Jun 2013 08:16 AM PDT

Subky Latif,


BARU empat tahun Datuk Seri Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, lalu dia menyatakan bersedia ditentang dalam pemilihan pimpinan UMNO yang akan datang, tidak kira bila ia diadakan.
Mengapa dia sedia ditandingi? Jawapannya kerana partinya mengamalkan demokrasi dan dia seperti pemimpin lain-lain parti politik tidak sedia bertanding dan ditandingi. Logiknya partinya juga sebuah parti demokrasi sendiri menggalakkan pertandingan.

Demokrasi itu adalah biasa membenarkan pertandingan, sama ada suka atau tidak, dan tidak sporting jika tidak membenarkan sesiapa mencabar presiden.

Adakah Tunku dan penyokongnya tidak demokrasi menghalang percubaan mencalonkan orang lain  di hujung tempoh pimpinannya? Adakah Tun Hussein Onn dan penyokongnya tidak demokratik apabila melihat sinis apabila Haji Sulaiman Palestin mencabarnya.

Dr. Mahathir  tidak dapat menghalang Tengku Razaleigh mencabar presidennya, tetapi hati dia tidak terbuka, hingga hari ini mencela tentangan Ku Li itu.

Bukan soal demokrasi saja Najib menyatakan kesediaannya itu tetapi dia juga ada maklumat kepimpinannya dan tentang apa orang ramai termasuk UMNO kata tentangnya. Sudah ada orang mellihatnya bukan lagi aset kepada UMNO, BN dan negara. Sejak dia mula disebut-sebut untuk menggantikan PM Abdullah Badawi, sudah ada yang merassakan dia adalah liabiliti kepada UJMNO dan negara.

Banyaklah fakta yang belum dijawabnya mewajarkan dia dikira liabiliti tetapi UMNO dan penyokongnya  tidak mempedulikannya. Jangan kata Mahathir tidak berfikiran begitu. Tetapi kerana dia sudah mengutuk pimpinan Abdullah Badawi, maka dia terpaksa mnyimpan dalam perut, biar meletup ia dalam perut, tidak meletup dari mulut.

Mahathir berupaya menyergah Najib atas sebab kebenaran,  tetapi ada risiko jika berterus terang lagi. Orang kira Mahathir buruk kalau dia berkata tentang Najib. Akan ada persepsi, pada Mahathir orang lain semua tidak betul. Orang akan kata, dia saja yang betul.

Sudah banyak yang orang hendak buktikan Najib itu bukan aset bahkan liabiliti. Hanya Tan Sri Abdullah Kok Lanas saja sangka Najib itu elok semua.

Dengan prestasi BN pimpinannya lebih uzur dari pencapaian buruk Tun Abdullah, tidak mustahil ada yang akan mencabarnya. Kita tidak tahu orang lain, tetapi Ku Li dijangka akan menawar diri untuk menjadi Presiden UMNO. Kalau Najib tidak dapat dipertahan lagi, siapa saja boleh menang mencabarnya, maka Tan Sri Muhyiddin Yassin  akan menyesal jika tidak merebut peluang itu.

Najib tahu dia adalah liabiliti. Jika dia tidak bersedia pun,  dia mungkin dicabar. Sebelum ada orang yang bersedia menyatakan kelemahannya, maka dia  suarakan itu dulu supaya dia dapat maklum balas apakah dia dikehendak lagi atau cukuplah setakat yang ada.

Daripada kalah  dalam pilihan raya umum, adalah lebih baik dia menerima cabaran dalam partinya sendiri. Kiranya digantikan oleh orang lain, maka mungkin UMNO sebagai tulang belakang kerajaan dapat dipertahan lagi.

Tiada hujah demokrasi boleh mengubah 51 peratus undi popular yang menolak BN  dan pimpinannya akan berpatah balik ke belakang. Justeru itu, eloklah dia menggunakan hujah demokrasi bersedia untuk ditentang.

Ada pun pemimpin lain-lain parti politikyang disindirkan tidak sedia ditandingi, rasanya masih menjadi aset kepada parti dan penyokongnya. Mungkin Tok Guru Haji Hadi ada kelemahan, tetapi beliau belum menjadi liabiliti pada PAS. Walaupun Anwar Ibrahim dikata macam-macam, tetapi dia aset pada Pakatan. Kit Siang pula adalah aset yang belum turun nilai bagi DAP.

Semuanya masih menjadi aset kepada parti masing-masing. Nilai aset yang  merudum hanya Najib. Ia bukan pesepsi lagi.

Malaysia tidak perlu ikut Singapura kawal laman web

Posted: 04 Jun 2013 08:11 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Malaysia tidak perlu mengikut model Singapura untuk mengawal mana-mana laman web kerana ia melanggar Akta Jaminan MSC Malaysia yang menjamin tiada penapisan internet.
Sehubungan itu, DAP kesal dengan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang memulakan khidmatnya dengan memungkiri janji BN supaya tidak akan menapis internet untuk mengawal mana-mana laman web.

"Di mana 'Janji Ditepati' BN?" tanya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Katanya, Ahmad Shabery perlu memberi kebebasan kepada media dan akhbar dan bukannya cuba untuk terus mematahkan mana-mana ruang yang mengehadkan kebebasan akhbar yang terdapat dalam internet.

"Kenapa Malaysia perlu mengikuti Singapura dalam mengawal mana-mana laman web apabila kebebasan akhbar di Singapura lebih teruk?" tanya Ahli Parlimen Bagan itu lagi dalam satu kenyataan.

Menurut Reporters Without Borders, katanya Malaysia jatuh 23 tempat pada 2012 dari tempat ke-145 tahun ini dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2013 kerana "akses kepada maklumat menjadi lebih dan lebih terhad".

Tambah Guan Eng, Reporters Without Borders berkata bahawa 'rekod buruk' Malaysia adalah disebabkan usaha-usaha berulang kerajaan untuk menapis maklumat.

"Walaupun perjuangan habis-habisan oleh aktivis dan media atas talian (online), kempen penindasan oleh kerajaan, digambarkan oleh tindakan keras dalam protes 'Bersih 3.0' pada April lalu, dan usaha penapisan berulang, akan terus menjejaskan kebebasan asas, khususnya hak untuk memperoleh maklumat".

Beliau berkata, hanya Singapura yang lebih teruk berbanding Malaysia iaitu di tempat ke-149.

Justeru, tanya beliau adakah Malaysia ingin dibandingkan dengan yang lebih baik atau lebih buruk.

"Seperti yang dianggap Ahmad Shabery, portal berita atas talian adalah media arus perdana, beliau mahu mengawalnya seperti BN menguasai media arus perdana itu," ujarnya.

Ini, kata beliau menunjukkan agenda utama BN selepas portal berita atas talian dituduh menyebabkan BN kalah undi popular buat pertama kalinya dalam sejarah Pilihan raya Umum 2013.

Calon BN rampas kertas undi kosong - Laporan polis

Posted: 04 Jun 2013 08:09 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: PKR hari ini mendedahkan bagaimana seorang wakil Umno dalam PRU13 telah bertindak merampas, menawarkan rasuah dan memangkah kertas undi pos petugas-petugas SPR yang kesemuanya melanggar undang-undang pilihanraya.

(Salinan laporan polis yang dibuat di Besut)

Pendedahan ini dibuat oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR, dengan cara mendedahkan satu salinan laporan polis yang dibuat mengenainya.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jerteh ini merekodkan pengakuan seorang petugas SPR (namanya dirahsiakan) yang mengaku bahawa:

1.      Pada 29 April 2013, beliau bersama-sama 24 orang petugas SPR yang lain telah dipanggil masuk ke sebuah bilik mesyuarat oleh calon BN dan pintu bilik mesyuarat dikunci;

2.      Beliau dan petugas SPR yang lain diarahkan menyerahkan kertas undi pos yang kosong kepada calon BN dan dibayar wang RM100 setiap seorang;

3.      Keesokan harinya beliau berasa tidak senang dan telah pergi bertemu semula dengan wakil-wakil BN di bilik gerakan BN bersama-sama empat orang petugas SPR yang lain;

4.      Setelah mendapat kembali kertas undi pos, mereka mendapati bahawa kertas undi pos mereka telah dipangkah;

5.      Beliau juga menjadi saksi bahawa kertas undi pos sebanyak 20 lagi yang tidak dikembalikan telah dimasukkan ke dalam peti undi; dan

6.      Selepas membuang kertas undi pos, jari beliau tidak dicalitkan dengan dakwat kekal seperti yang sepatutnya mengikut peraturan pilihanraya

Bagi Rafizi (gambar), anggota Parlimen Pandan itu, dengan jumlah undi pos dan undi awal yang mencecah 500,000 di seluruh negara, ia cukup penting untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya di seluruh negara.

"Saya telah bertegas bahawa keseluruhan proses yang melibatkan pengendalian undi pos – dari senarai pemilih pengundi pos, pengedaran undi-undi pos, membuang undi pos, seliaan semasa membuang undi pos dan peti undi pos – mempunyai pelbagai kelemahan yang mengundang penipuan dan penyelewengan,"katanya.

Selama ini pun, katanya, pelbagai pengakuan telah dilontarkan oleh bekas-bekas anggota tentera yang mengaku mereka memangkah kertas undi pos bagi pihak anggota tentera yang lain.

"Bukti-bukti ini sudah cukup menunjukkan bahawa berlaku terlalu banyak kepincangan melibatkan pengendalian undi pos dan undi awal sehingga membolehkan calon BN merampas dan membeli kertas undi, sementara dakwat kekal tidak pun digunakan seperti sepatutnya.

"Saya yakin kepincangan dan penyelewengan yang sama berlaku di tempat-tempat lain yang mempunyai pengaruh yang besar ke atas keputusan undi di kawasan parlimen tertentu," katanya.

Laporan portal berita adil, kata CIJ pada menteri

Posted: 04 Jun 2013 08:07 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) berpandangan, pertimbangan untuk mengawal media atas talian lebih kepada usaha untuk "menyekat perbezaan pendapat" daripada mengawal kualiti laporan.

Memetik kajian pemantauan media oleh Universiti Nottingham, badan itu berkata, media atas talian "menunjukkan prestasi terbaik" berbanding media cetak dan penyiaran yang dikawal.

Malah, menurut CIJ lagi dalam kenyataannya hari ini, sifat media atas talian yang tidak dikawal itu memberikan liputan dengan jumlah dan kualiti yang lebih kurang sama untuk BN dan Pakatan Rakyat.

Ini berdasarkan pemantauan yang dibuat semasa masa berkempen dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu, kata NGO itu.

"CIJ percaya, faktor penyumbang utama bahawa media atas talian - tidak seperti media lain - tidak dikawal oleh kerajaan dan mempunyai lebih ruang untuk mengamalkan laporan bebas dan adil," kata CIJ.

Menteri komunikasi dan multimedia yang baru Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam berkata, kerajaan sedang menimbang untuk mengawal portal berita seperti yang dilaksanakan Singapura.

Ahmad Shabery berkata kerajaan sedang menjalankan kajian untuk membolehkan pelaksanaannya tidak bertentangan dengan prinsip sedia ada.

MP: Sepatutnya balai polis paling selamat...

Posted: 04 Jun 2013 08:05 AM PDT



 
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, kejadian tiga tahanan mati di dalam lokap dalam masa dua minggu akan menjatuhkan imej serta reputasi polis sekiranya tiada tindakan tegas diambil pada pegawai yang terlibat.

Beliau juga berkata, selaku badan yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat, anggota polis yang melakukan kesalahan sehingga menyebabkan tahanan di dalam lokap terbunuh perlu dikenakan tindakan yang tegas serta tidak dilindungi oleh undang-undang.

NONE"Sepatutnya balai polis jadi tempat ruang terselamat bagi mana-mana orang kerana ia tempat yang mengikut undang-undang.

"Bila perkara begini berlaku dan menteri dalam negeri tak ambil tindakan tegas, ini menjatuhkan imej dan reputasi polis dan juga menghilangkan kepercayaan rakyat pada polis," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Dalam masa kira-kira dua minggu, sebanyak tiga insiden kematian tahanan dalam lokap iaitu pada 21 Mei, N Dhamendran, 32, mati ketika ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Pada 26 Mei pula, R Jamesh Ramesh, 40, ditemui mati sehari selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. Manakala, pada 1 Jun lalu pula, jurutera P Karuna Nithi, 42, mati dalam tahanan polis di Tampin, Negeri Sembilan.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam sidang medianya semalam pula berkata, anggota polis yang didakwa terlibat dengan kematian Dhamendran akan digantung tugas hariannya.

Bagaimanapun, mengulas mengenai tiga kematian tahanan tersebut, Zahid yang mempertahankan pasukan polis berkata, tidak adil jika menyalahkan pasukan polis secara keseluruhan hanya disebabkan tindakan sesetengah anggota yang melampaui garis panduan operasi siasatan.

MCA: PAS 'ultra konservatif' bantah tarian gelek

Posted: 04 Jun 2013 08:01 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Bantahan PAS Segamat terhadap acara tarian gelek yang disifatkan lucah di sebuah pasar raya menggambarkan parti itu akan melaksanakan dasar "ultra konservatif" dan "mundur" di Johor jika menang dalam pilihan raya umum yang lalu di Johor.

Ketua MCA Segamat Dr Lee Hong Tee berkata, selaran oleh Yang Dipertua PAS Segamat Firdaus Masod juga membuktikan parti itu bersifat "autoritarian" terhadap nilai-nilai lain.

"Tarian gelek merupakan aktiviti yang sihat dan persembahan yang teaterikal," kata Dr Lee.

"Oleh kerana PAS menganggap tarian gelek bertentangan terhadap apa yang dianggap mereka norma Malaysia, ini menunjukkan PAS tidak boleh bertolak ansur terhadap sebarang persembahan seni yang sihat."

Harakahdaily semalam melaporkan, PAS Segamat membantah keras penganjuran tarian yang disifatkan separuh bogel oleh wanita yang dipercayai dibawa dari luar negara di sebuah pasar raya pada 1 Jun lalu.

Akhbar web PAS itu melaporkan, tarian itu disaksikan hampir 500 pengunjung yang membawa bersama mereka anak-anak kecil dan diadakan pula pada waktu puncak dan malam minggu.

"Kami amat menyesali penganjuran tersebut diadakan secara terbuka yang ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia," Firdaus dipetik sebagai berkata dalam kenyataannya.

Harakahdaily juga melaporkan ramai pihak terkejut dan peniaga juga agak terkejut dengan hidangan yang dipersembahkan pada malam tersebut.

Isu yang sama turut dilaporkan sebuah harian berbahasa Melayu hari ini.

Tarian 'lucah' ditonton umum

Posted: 04 Jun 2013 03:36 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Tarian 'lucah' ditonton umum
Penari yang terlibat dalam penganjuran majlis tarian separuh bogel di sebuah pusat beli belah Sabtu lalu.
 
SEGAMAT - Pas Segamat membantah penganjuran tarian separuh bogel yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di daerah ini, malam Sabtu lalu.

Yang Dipertuanya, Firdaus Masod dalam satu kenyataan semalam melahirkan kekesalan di atas penganjuran majlis tersebut yang sepatutnya tidak dilakukan di Segamat mahupun Malaysia.

"Hari Sabtu lepas, pada jam 8.30 malam, saya menerima laporan sebuah pusat beli belah menjadi penganjur kepada majlis itu yang mana program tersebut memaparkan tarian separuh bogel.

"Difahamkan, penari-penari tersebut dijemput khas dari luar negara dan tarian separuh bogel ini telah disaksikan oleh hampir 500 pengunjung pasar raya terbabit.

"Apa yang dikesali, tarian itu turut ditonton oleh anak-anak kecil kerana penganjurannya adalah pada waktu cuti umum dan hujung minggu," katanya.

Menurut Firdaus, penganjurannya secara terbuka ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia kerana dilakukan di tempat terbuka dan kawasan tumpuan umum.

Peniaga-peniaga di pasar raya tersebut mengadu kepadanya berasa kurang selesa dengan penganjuran majlis tersebut selain bunyi lagu yang dipasang terlalu kuat sehingga menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

"Peristiwa ini bagi saya secara jelas telah menghina agama Islam dan institusi Islam di negeri Johor ini.

"Tarian separuh bogel ala-ala padang pasir tidak boleh diterima rakyat di negeri ini kerana bertentangan dengan norma-norma masyarakat," katanya.

Beliau turut mendesak pihak berkaitan segera mengambil tindakan tegas terhadap pihak penganjur mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

"Kami percaya hanya dengan tindakan tegas sahaja yang akan dapat menghalang perkara seumpama ini daripada berulang lagi pada masa hadapan," katanya.

Seniman S. Shamsuddin meninggal dunia di Singapura

Posted: 04 Jun 2013 03:32 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
KUALA LUMPUR — Pelakon komedi era 1950-an seniman S. Shamsuddin atau juga dikenali sebagai Sudin, 84, meninggal dunia di kediamannya di Singapura pagi ini.

Allahyarham meninggal dunia pada 10.56 pagi di kediamannya di Blok 101 Bukit Batok, West Avenue 6, #07-34, Jurong, Singapura, kata anaknya Noredah kepada Bernama di sini.

Noredah berkata bapanya didapati tidak sedarkan diri pagi ini dan terus dibawa ke hospital, bagaimanapun beliau disahkan meninggal dunia.

Shamsuddin atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali berkahwin dengan Puteh Esmoon pada 1954 dan dikurniakan tujuh orang anak.

Seorang anaknya, Ariff merupakan pelakon pelawak TV Singapura.

Allahyarham yang dilahirkan pada 1 Jan 1929 di Pasir Panjang, Singapura merupakan pelakon komedi seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Allahyarham A.R. Tompel dan Datuk Aziz Satar. Gandingan mereka bertiga begitu popular dalam siri filem 'Bujang Lapok'.

Sepanjang hayatnya Allahyarham membintangi kira-kira 30 filem termasuk 'Nujum Pak Belalang', 'Nasib Si Labu Labi dan 'Tiga Abdul'.

Rezeki Allahyarham dalam bidang perfileman terjadi secara tidak dirancang apabila beliau ke Studio Malay Productions (MFP) di Jalan Ampas, Singapura pada 1948 untuk melihat penggambaran filem
'Cempaka'. Beliauh diambil berlakon sebagai pelakon tambahan dalam filem itu.

Pengarah filem itu B. S. Rajhans membayar Shamsuddin RM3 untuk lakonannya yang merupakan bayaran bagi pelakon tambahan ketika itu.

Beberapa hari kemudian, beliau memohon bekerja dengan MFP untuk sebarang pekerjaan dan diterima sebagai tukang kayu untuk membina set dan latar belakang filem itu dengan gaji sebanyak RM50 sebulan.

Selain itu, Shamsuddin diberi bayaran tambahan apabila menjadi pelakon tambahan ataupun penari dalam sesebuah filem.

Bintang Shamsuddin mula menyinar apabila dipilih sebagai pelakon utama dalam filem 'Tas Tangan Wanita' arahan L. Krishnan pada 1952.

'Tas Tangan Wanita' merupakan filem komedi yang dilakonkan beliau bersama Osman Gumanti, Neng Yatimah dan Siti Tanjung Perak.

Namanya memuncak selepas P. Ramlee mengarah filem berunsur komedi pertama pada 1957 iaitu filem 'Bujang Lapok' yang menggabungkan tiga watak utama sebagai tunjang cerita iaitu Shamsuddin, Aziz dan P.Ramlee.

Berikutan kejayaan besar filem itu, P. Ramlee melanjutkan watak 'Bujang Lapok' melalui tiga buah filem lagi iaitu 'Pendekar Bujang Lapok', 'Seniman Bujang Lapok' dan 'Ali Baba Bujang Lapok'.

Sebuah lagi filem arahan P. Ramlee yang menonjolkan kekuatan dan kehebatan lakonan Shamsuddin ialah 'Antara Dua Darjat' yang diterbitkan pada 1960.

Filem berbentuk drama berat itu disulami dengan kelucuan yang dihidupkan oleh lakonan Shamsuddin. — Bernama

Melayu mungkin cari ‘jaguh’ baru jika Umno tidak bersihkan parti, kata Dr M

Posted: 04 Jun 2013 03:25 AM PDT

TERKINI
Oleh Ida Lim

KUALA LUMPUR — Umno menang Pilihan Raya 2013 kerana merupakan satu-satunya parti Melayu tetapi rakyat mungkin akan mencari "jaguh" baru untuk mempertahankan, kaum, agama dan negara jika pemimpin parti berterusan dalam menjaga kepentingan mereka sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) memberi amaran hari ini.

Dalam tulisan diblog bertajuk, "Umno dahulu dan sekarang", bekas presiden Umno itu mengatakan kemenangan tipis gabungan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tidak boleh dikreditkan kepada peningkatan sokongan orang Melayu tetapi kerana orang Melayu takut kehilangan hak dan kedudukan istimewa mereka jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kuasa persekutuan dengan rakan kongsi parti majoriti Cina, DAP.

"Seburuk-buruknya Umno, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu. Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong Umno.

"Namun demikian dalam PRU14 Umno tidak boleh harap keadaan ini berterusan.  Jika Umno tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain," tulis Dr Mahathir di www.chedet.cc.

Dr Mahathir yang berumur 87 tahun itu dilihat masih berpengaruh dalam parti tulang belakang BN, memberi amaran kepada pimpinan, Umno ditubuhkan pada 1946 dengan asas untuk mempertahankan kaum Melayu, Islam sebagai agama dan negara dari penjajahan asing.

Ini adalah sebab-sebab utama menyebabkan orang-orang Melayu dari negeri-negeri berasingan dan Raja-Raja yang berbeza berjuang bersama-sama, katanya dan menggesa mereka untuk kembali ke asas Umno.

Beliau mengatakan pemimpin-pemimpin Umno dahulu telah berjuang dengan rakyat menjadi keutamaan dan bukan kepentingan diri sendiri menyebabkan mereka dihormati oleh orang-orang Melayu, ramai yang menyertai parti dan memainkan peranan aktif tidak kira tahap pendidikan dan taraf sosial.

Tetapi, Dr Mahathir berkata, parti itu sekarang adalah berbeza dan ramai orang Melayu telah "meluat dengan Umno" yang telah menunjukkan dirinya hanya berminat untuk jawatan berpangkat tinggi dan memperkayakan poket mereka sendiri, dan sebab itu parti ditolak kerana tidak ada lagi wakil kepada mereka.

Beliau juga menuduh pemimpin-pemimpin Umno di peringkat cawangan menyekat kemasukan orang Melayu lebih berbakat daripada mereka ke dalam parti itu kerana takut kedudukan mereka akan diambil, menyebabkan kumpulan pemimpin-pemimpin yang berkelayakan semakin mengecil  di peringkat parti, serta dalam pemilihan calon-calon pilihan raya.

Langkah itu, katanya, akhirnya akan membawa kepada kepimpinan lemah dalam kerajaan.

"Semakin lama semakin kurang pemimpin Umno yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan," kata beliau yang merupakan perdana menteri keempat dan berkhidmat selama 22 tahun.

"Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi apakah jenis Melayu yang tidak hilang ini. Apakah mereka terdiri dari pencuci kasut, pemandu kereta, kuli yang terbongkok-bongkok menyembah bangsa lain yang menjadi Tuan mereka. Dan apakah nasib Umno? Ia akan jadi cerita dongeng dalam buku kanak-kanak dizaman akan datang.

"Inilah masa depan yang menunggu Umno. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri," beliau memberi ramalan menjelang pemilihan parti yang akan berlangsung akhir tahun ini.

Di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, Umno mendapat sebanyak 88 kerusi daripada 133 yang BN menangi daripada 222 anggota Dewan Rakyat, dan 240 daripada 275 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Walau bagaimanapun, angka terlalu rendah daripada 145 kerusi Parlimen diramalkan ahli strategi bilik perang BN akan menang dalam pilihan raya 5 Mei, menyebabkan pemerhati mengatakan tidak mustahil pemimpin kanan Umno akan mencabar Najib.

PKR pertahankan dakwaan terdapat pengundi hantu Bangladesh

Posted: 04 Jun 2013 03:19 AM PDT

TERKINI
Oleh Syed Jaymal Zahiid



PETALING JAYA— PKR mempertahankan dakwaan warga asing dari Bangladesh telah mengundi secara haram pada Pilihan Raya 2013 walaupun penafian telah dibuat oleh Kedutaan Besar negara itu semalam di sini, menegaskan mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan mereka.

Parti tunjang Pakatan Rakyat (PR) itu menambah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bertanggungjawab untuk permusuhan yang ditunjukkan terhadap pekerja asing Bangladesh kerana kegagalan untuk menangani aduan pengundi hantu, mengukuhkan tuduhan kerajaan telah memenangi pilihan raya 5 Mei melalui penipuan.

"Kita terima kenyataan mereka, mereka punyai hak tetapi kamu perlu tanya soalan ini: jika majoriti rakyat telah bercakap tentang ini dalam waktu yang lama, saya tidak fikir rakyat biasa Malaysia akan pergi dan membuat cerita tanpa apa-apa dan yang lebih penting ialah integriti pilihan raya adalah suci dan begitu penting kepada negara kita.

"Cara saya melihat ia adalah jika terdapat sebarang dakwaan mengenai pengundi hantu sama ada mereka adalah warga Bangladesh, Indonesia, Filipina ... apa yang lebih penting adalah pihak berkuasa dan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk itu seperti SPR perlu mengambil serius dan menyiasat sepenuhnya.

"Tetapi mereka enggan menyiasat jadi ianya memperkuatkan lagi persepsi terdapat pengundi hantu dari luar negara," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti di sini.

Semalam pemerintah Bangladesh menafikan wujud pengundi hantu daripada kalangan rakyat negara itu pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, walau bagaimanapun mengakui terdapat pemberian kad pengenalan melalui proses secara sah.

Pesuruhjaya Tinggi AKM Atiqur Rahman berkata dakwaan kehadiran 40,000 pengundi warga Bangladesh diterbangkan untuk mengundi Barisan Nasional (BN) seminggu sebelum pilihan raya 5 Mei sebagai tidak munasabah.

Menurut Atiqur lagi, dakwaan tersebut adalah palsu dan bertujuan untuk kepentingan politik semata-mata pihak tertentu untuk meraih sokongan sehingga mencalar imej hubungan antara kerajaan Bangladesh dan Malaysia.

Naib Presiden PKR Nuruk Izzah Anwar mengatakan walaupun parti itu mengakui adalah salah untuk mensasarkan pekerja asing Bangladesh, SPR seharusnya melakukan sesuatu untuk mencegah tindak balas xenofobia terhadap warga asing jika ia bertindak terhadap aduan itu. 
 
"Sudah tentu serangan dan permusuhan tidak harus dilakukan terhadap orang asing, SPR sepatutnya menghalang ini. Kami tidak meminta orang ramai untuk membenci dan sebagainya tetapi kita tidak boleh membiarkan kejadian ini menjadi sesuatu yang kita mudah lupa.

"Anda perlu untuk mendesak dan menuntut SPR dan menjalankan siasatan berkaitan dengan profesional," katanya semasa sidang media yang sama.

Pemimpin PR telah menuduh parti pemerintah mencuri Pilihan Raya 2013 melalui amalan penipuan yang termasuk mengangkut warga asing ke negeri-negeri utama di Malaysia untuk mengundi BN.

Pemimpin-pemimpin BN, bagaimanapun, menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas dan berkata pembangkang masih belum menunjukkan apa-apa bukti kukuh untuk menyokong tuntutan itu.

Walaupun terdapat kebangkitan pembangkang, BN masih memegang kuasa dengan memenangi 133 kerusi berbanding PR 88, walaupun kurang tujuh kerusi daripada apa yang mereka perolehi pada tahun 2008.

Gabungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga kehilangan undi popular untuk kali pertama sejak 1969.

PR dan kumpulan reformasi pilihanraya Bersih kini merancang untuk memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar beberapa keputusan dalam 5 Mei pilihan raya, mendakwa mempunyai bukti kukuh penipuan dalam apa yang dikatakan pilihan raya paling sengit di Malaysia.

Antara bukti-bukti yang dikumpul adalah video kononnya menunjukkan warga asing diterbangkan satu hari sebelum pilihan raya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengumumkan kerajaan akan melihat melalui pelan untuk reformasi sistem pilihan raya dengan meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah satu jawatankuasa khas parlimen.

Pemimpin PR, bagaimanapun, mendakwa langkah itu adalah lebih daripada satu latihan perhubungan awam dan mendesak kepimpinan SPR meletakkan jawatan sebagai langkah pertama ke arah reformasi tulen pilihan raya.

Halang masuk Sabah tidak rasional – Ketua Biro Imigresen KEADILAN

Posted: 04 Jun 2013 03:11 AM PDT

Oleh Azwan Rahman

KUALA LUMPUR: Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN, Dr Chong Eng Leong mengingatkan kerajaan Sabah supaya tidak menyalahgunakuasa menghalang mana-mana ahli politik dari memasuki negeri itu.

Mengecam halangan Pejabat Ketua Menteri Sabah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat masuk ke negeri itu, beliau mendesak arahan berkenaan yang disifatkan 'tidak masuk akal' segera dihentikan.

dr Chong
"Menghalang wakil rakyat yang dipilih secara sah dari memasuki Sabah membuktikan betapa tenatnya demokrasi di bawah Barisan Nasional Sabah," kata Chong Eng kepada Keadilan Daily.

Sedangkan katanya, Seksyen 67 Akta Imigresen jelas mengatakan setiap warganegara berhak melawat Sabah untuk menjalankan aktiviti politik yang sah.

"Halangan ke atas mana-mana Ahli Parlimen yang bertindak sebagai pembuat dasar dan penggubal undang-undang di negara ini dari memasuki Sabah jelas tidak rasional dan tidak masuk akal," tegasnya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lima pemimpin Pakatan yang dilarang memasuki Sabah sebagaimana satu surat dari pejabat Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman kepada Pengarah Jabatan Imigresen negeri bertarikh 21 Mei lalu.

Turut dihalang Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga.

Surat itu bagaimanapun tidak menyatakan sampai bila mereka dilarang memasuki negeri itu.

Nurul Izzah dihalang masuk ke Sabah ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) untuk menghadiri sambutan Hari Kaamatan anjuran KEADILAN Negeri.

Beliau turut dinafikan hak bertemu peguam, Darrel Leiking, yang juga Ahli Parlimen Penampang yang menunggu di balai ketibaan KKIA.

Sekatan ke atas Naib Presiden KEADILAN itu bagaimanapaun ditarik balik semalam dipercayai akibat desakan pemimpin Pakatan.

Pelantikan Saifuddin: Terima dengan positif

Posted: 04 Jun 2013 03:09 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

saifuddin

SHAH ALAM - Pelantikan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pegawai Perhubungan Politik Selangor, bertujuan menyelaras pemikiran setiap komponen untuk menjadikan Pakatan Rakyat (PR) Selangor negeri kuat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, pimpinan komponen PR Selangor terutama Pas menerima dengan positif pelantikan Saifuddin itu sebagai satu penambahbaikan bagi mengukuhkan lagi pentadbiran.

"Pas Selangor tidak berdepan sebarang masalah dengan jawatan baru ini kerana menteri besar juga berjanji akan melantik pimpinan Pas dan DAP dalam kapasiti sama.

"Kewujudan jawatan itu adalah baik sebenarnya dalam menentukan penyelarasan pemikiran antara Pas, PKR dan DAP," katanya ketika mengulas mengenai pelantikan
Saifuddin.  

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor berkata, pelantikan Saifuddin adalah relevan kerana Selangor sebagai negeri contoh yang membuktikan ketiga-tiga komponen parti sama kuat dan bekerjasama.

"Jawatan sebagai Pegawai Perhubungan Politik Selangor berfungsi sebagai penjalin hubungan politik. Ia berperanan menangani isu-isu politik yang dihadapi di dalam negeri Selangor untuk ketiga-tiga komponen duduk berbincang bersama menyelaras pemikiran setiap komponen untuk menjadikan PR Selangor negeri kuat," katanya.

Sementara itu mengulas perkara sama, Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata, jawatan itu adalah perkara lazim dalam perkembangan politik untuk memperkukuh institusi menteri besar.

"Jawatan ini adalah sebagai perhubungan antara parti dan ia perlu ada dalam sesebuah negeri untuk menyelesaikan beberapa perkara yang melibatkan ketiga-tiga komponen," katanya.

Bagaimanapun, Suee Lim yang juga Adun Sekinchan memaklumkan komponen PR Selangor masih belum jelas fungsi dan bidang tugas jawatan baru berkenaan.

"Kita masih menunggu fungsi sebagai tugas tersebut. Bagaimanapun, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pastinya ada sebab kukuh untuk berbuat demikian," katanya.

Bot karam: Polis siasat 2 lelaki dakwa penumpang terselamat

Posted: 04 Jun 2013 03:07 AM PDT

Wartawan Sinar Harian
BELAGA - Dua lelaki membuat laporan polis di Kapit dengan mendakwa mereka adalah penumpang dan telah kehilangan barang serta dokumen dalam tragedi bot ekspres 'Kawan Mas' karam di Giam Bungan, Sungai Rajang, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Belaga, DSP Bakar Sebau berkata polis perlu mengesahkan kesahihan laporan itu sebelum nama kedua-dua mereka dimasukkan ke dalam senarai mangsa terselamat.

"Kami perlu menyiasat kesahihan laporan berkenaan kerana khuatir mungkin ada yang mengambil kesempatan berhubung kejadian ini.

"Jadi setakat ini (malam tadi), jumlah mangsa yang selamat ialah 205 orang, dua masih hilang dan satu mayat sudah dijumpai," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penyelamat, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Bakar turut memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap sesiapa yang membuat laporan palsu mendakwa penumpang dalam kejadian itu.

Beliau berkata tambahan dua buah jentolak milik sebuah syarikat pembalakan akan dibawa esok berdekatan lokasi bot ekspres dalam usaha untuk menarik dan mengapungkan bot itu.

Polis: Suspek hina Agong akan dikenakan tindakan

Posted: 04 Jun 2013 03:02 AM PDT

SINAR HARIAN
Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar
 
PEKAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi laman sosial Facebook.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengesan akaun Facebook individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan itu.
  
"Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjalankan siasatan lanjut terhadap individu yang dikatakan terlibat dalam kegiatan itu, harap dapat bersabar," katanya.
  
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom di Istana Abu Bakar di sini hari ini.
  
Turut hadir timbalan beliau, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani dan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.
  
Menurut kenyataan media ringkas SKMM hari ini, SKMM dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM mengesan dan menahan suspek yang dipercayai menghina Tuanku Abdul Halim menerusi laman Facebook bagi membantu siasatan.
  
Suspek yang merupakan seorang wanita itu dikatakan menyembunyikan diri setelah identitinya terbongkar di beberapa laman web. - Bernama

'Menang bukan kerana kuat, tapi ketakutan Melayu'

Posted: 04 Jun 2013 12:53 AM PDT


 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata belum sampai masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Bekas perdana menteri itu berkata pendekatan terbaik pada masa ini ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.

"Kita tak boleh ketepikan parti-parti yang mewakili kaum mereka. Walaupun dalam BN terdapat parti-parti yang berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya parti yang mendakwa dirinya sebagai berbilang kaum juga didominasi oleh satu kaum sahaja.

"Kalau kita lihat parti Gerakan sebagai sebuah parti berbilang kaum, tapi ia dikuasai oleh orang Cina, jadi belum sampai masa kita boleh ketepikan kaum dan kita adakan satu parti," katanya kepada Bernama di Yogyakarta Isnin.

"Kita lihat DAP umpamanya dikatakan berbilang kaum, tapi sebenarnya dikuasai oleh orang Cina. Demikian juga dengan PKR dikuasai oleh orang Melayu.

"Jadi biasanya, walaupun diadakan satu parti berbilang kaum, satu-satu kaum akan mendominasi dan ini tidak menjadikannya sebuah parti berbilang kaum," kata Dr Mahathir.

Beliau berada di Yogyakarta kerana memberi syarahan umum mengenai "Keamanan Global dan Penyelesaian Konflik" sempena perasmian Mahathir Global Peace School di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta (UMY).

Dr Mahathir berkata BN tidak boleh tergesa-gesa menerima sesuatu cadangan tentang corak dan bentuk parti itu di masa depan, sebaliknya semua cadangan perlu dikaji dengan mendalam akan kesan baik dan buruknya.

Beliau ditanya mengenai sama ada BN boleh menerima kemasukan parti-parti pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagaimana Perikatan pada suatu masa lalu membawa masuk parti pembangkang ke dalam parti gabungan itu.

Dr Mahathir berkata BN terbuka kepada parti pembangkang, tetapi mereka mestilah membelakangkan prinsip mereka yang bertentangan dengan perjuangan BN.

Mengenai prestasi UMNO pada PRU13, Dr Mahathir berkata walaupun parti itu menjadi parti terbesar yang menang dalam pilihan raya itu, ia masih berdepan dengan banyak kelemahan.

"Kemenangan UMNO kali ini bukan kerana kekuatan UMNO ataupun perpaduan dalam UMNO, kemenangan UMNO kali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu, terutamanya kalau-kalau parti lawan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim bersama dengan DAP mendirikan kerajaan di Malaysia.

"Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberi sokongan kepada UMNO," kata Dr Mahathir. - Bernama

Rampasan: Edaran Harakah turun 17,000 naskhah

Posted: 04 Jun 2013 12:51 AM PDT

 

 
Pengedaran akhbar dua minggu sekali PAS Harakah turun kira-kira 17,000 naskhah ekoran rampasan oleh Menteri Dalam Negeri, sekali gus menyebabkan kerugian kira-kira RM25,000, kata ketua pengarangnya Lutfi Othman.

djz convention 101205 ahmad lutfiBercakap kepada Malaysiakini, Lufti berkata, pengedarannya mulai turun sejak minggu lalu dan belum diambil oleh penjual dan pengedar yang takut mengambil risiko menjual penerbitan popular parti Islam itu.

"Bukan hanya merampas Harakah, pegawai Kementerian Dalam negeri juga memberitahu penjual, jika Harakah ditemui di premis mereka lagi, mereka akan didakwa di mahkamah.

"Terdapat penjual yang hanya menjual kira-kira 10 naskhah dan hanya mendapat untung 20sen senaskhah. Jika mereka didakwa di mahkamah, mereka boleh didenda antara RM4,000 hingga RM5,000. Mereka tidak akan ambil risiko itu," katanya.

DAP: Politikkan pelaburan, Utusan main api

Posted: 04 Jun 2013 12:49 AM PDT

malaysiakini


 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng nampaknya tiada mood untuk mengulas tindakan mengaitkan DAP dengan kumpulan tentera siber misteri "Red Bean Army".

"Tanya soalan itu esok (hari ini)," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Komtar semalam.

Beliau bagaimanapun menyelar Utusan Malaysia yang didakwa "mempolitikkan pelaburan" apabila cuba mengaitkan Ketua Eksekutif Phison Electronics Corporation Pua Khein Seng - yang popular dengan gelaran father of the Pendrive - dengan usaha membentuk pasukan itu.

"Utusan bermain permainan yang bahaya, bermain dengan api. Selepas DAP, mereka kini mengkritik pelabur, mereka tidak patut politikkan pelaburan," kata Lim.

Beliau mengulas laporan harian milik Umno itu pada Sabtu bertajuk "Penglibatan syarikat elektronik Taiwan disiasat".

Himpunan 15 Jun ini boleh diteruskan jika...

Posted: 04 Jun 2013 12:47 AM PDT

 

 
Himpunan Blackout 505 di Kuala Lumpur pada 15 Jun ini boleh diteruskan jika Akta Perhimpunan Aman 2012 dipatuhi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sekiranya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu mengadakannya di kawasan yang ditetapkan dalam akta tersebut, maka polis akan membenarkannya.

Ahmad Zahid menjawab berhubung himpunan yang dirancang itu walaupun Yang di-Pertuan Agong bertitah agar semua pihak menerima keputusan pilihan raya umum yang lalu.

Semalam Anwar berkata keputusan sama ada himpunan itu akan dibuat di dalam stadium atau di jalan raya masih belum diputuskan.

Akta Perhimpunan Aman 2012 memperuntukkan supaya pihak berkuasa perlu diberikan notis sepuluh hari sebelum sebarang himpunan diadakan manakala kebenaran bertulis perlu diperolehi daripada pemilik tapak himpunan.

MP tunggu kebenaran JKR lawat tapak hospital

Posted: 04 Jun 2013 12:45 AM PDT

 

 
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata beliau menunggu surat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Pusat selama empat bulan berhubung permohonannya melawat tapak serta laporan projek pembinaan hospital di kawasannya.

Selaku wakil rakyat Shah Alam, Khalid berkata beliau bertanggungjawab untuk mengetahui perkembangan pembinaan hospital tersebut.

NONEKatanya lagi, surat permohonan untuk melawat tapak serta laporan tentang projek pembinaan itu telah diberi kepada syarikat kontraktor pembinaan pada Februari lalu.

Bagaimanapun, katanya, syarikat tersebut meminta beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat, untuk memohon pada JKR negeri pada bulan yang sama.

"Lepas hantar surat pada JKR negeri, dia jawab kena dapatkan kelulusan daripada JKR Pusat dan saya telah hantar surat. Sampai sekarang saya tak dapat surat balasan.

"Ini bukan nak bina tempat simpan nuklear. Ini hospital. Apa susah sangat nak beri kebenaran dan laporan. Mereka cuma perlu beri penerangan dan sejauhmana projek itu dah berjalan seperti yang dirancang.

"Ini bukan milik Umno. Ini milik rakyat. Bukan guna duit Umno tapi duit rakyat. Dan saya wakil rakyat kepada rakyat Shah Alam," katanya.

NONEBeliau yang juga timbalan pesuruhjaya PAS III Selangor berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya hari ini.
Sebelum ini penangguhan berhubung projek tersebut berlaku ekoran pertukaran tender kepada kotraktor pembinaan. Hospital yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam itu dijangka siap pada Oktober tahun ini.

Pada Disember tahun lalu, menteri kerja raya ketika itu Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dilapor berkata kerja-kerja struktur hospital itu 98 peratus siap namun masih perlu menunggu kerja mekanikal dan kerja elektrik.

Bagaimanapun, katanya, kerja-kerja berkenaan dijangka siap pada Oktober 2013 dan akan menyediakan 300 katil dan membantu mengurangkan kesesakan di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang.

Pemimpin PAS itu juga mendakwa daripada sumber dalaman yang diperolehinya, projek itu kini tertangguh lebih 70 hari .

Sehubungan itu, Khalid meminta supaya Menteri Kerja Raya yang baru Datuk Fadillah Yusof supaya campur tangan berhubung perkara ini.

"Jadi saya minta supaya menteri kerja raya yang baru supaya ambil kira tentang perkara ini dan beri kebenaran kepada saya untuk melawat tapak dan beri laporan perkembangan projek," katanya lagi. 

Daging kambing baik untuk kesihatan jantung

Posted: 04 Jun 2013 12:17 AM PDT

free malaysia today

Kandungan zat mineral susu kambing pula adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain. 

 
 Oleh Wan Shahara Ahmad Ghazali

KUALA LUMPUR: Entah mengapa ramai di kalangan kita memilih untuk menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit jantung.

Sedangkan pada masa kini, kambing merangkumi 63 peratus daging yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di banyak negara Arab dan Afrika Utara, selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain.

Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.

Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.

Komposisi khasiat 

Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.

Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.

Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).

Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).

Selain itu, kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.

Kebaikan lain yang menjadikan daging kambing sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.  Paras kolestrol  (tajuk kecil)

Kajian klinikal oleh Universiti Harvard pula, mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain.

Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurangkan keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik.

Keburukan utama kolestrol tidak baik dalam darah ialah kemampuannya untuk melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang menjadikan ruang salur darah sempit atau tersekat, yang seterusnya menyebabkan serangan jantung atau strok.

Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat.

Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing.

"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.

Susu berkhasiat

 
Semua kelebihan daging kambing dari segi kesihatan itu turut diakui oleh penyelidik dari Jabatan Pertanian Universiti Babcock, Nigeria.

Malah, kumpulan penyelidik itu menekankan kepentingan nilai nutrisi kambing dalam aspek pengurusan kesihatan manusia sebagaimana yang dilaporkan menerusi artikel mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Pertanian dan Kajihayat Amerika Utara.  Antara lain, artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.

Ia turut membincangkan kepentingan susu kambing yang mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu.

"Sifat itu membolehkan susu kambing digunakan untuk merawat masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik dan sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi," tambah laporan itu.

Selain itu, mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.

Artikel itu turut menjelaskan kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit, khususnya untuk membantu merawat penderita masalah seperti psoriasis, ek zema atau jerawat.

"Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit," lapornya.

Potensi penternakan 

Memandangkan terdapat banyak bukti saintifik berkaitan khasiat dan kebaikan daging serta susu kambing yang semakin diketahui ramai, maka tidak mustahil permintaan bekalan global akan melonjak naik dalam waktu terdekat.

Malaysia dilihat amat berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar kambing bagi memenuhi permintaan itu berdasarkan kesesuaian keadaan iklim negara yang panas dan lembab sepanjang tahun.

Penternakan kambing meskipun dimulai secara kecil-kecilan tetap mampu mencapai kejayaan yang tinggi memandangkan kambing matang dengan cepat dan membiak seawal usia lapan bulan.

Lagipun, pemakanan kambing tidak cerewet dan boleh dibiarkan bebas meragut rumput dan tumbuhan renek belukar di kawasan kampung selain najisnya yang lebih kecil dan tidak sebusuk najis lembu.

Walaupun satu ketika dulu, penternakan kambing di Malaysia lebih sinonim dengan kaum India yang memang gemarkan sajian kambing terutamanya masalla, trend itu mula berubah kebelakangan ini.

Kini, semakin ramai pengusaha muda Melayu termasuk lepasan ijazah yang menjadikan kambing sebagai sumber rezeki khususnya bagi memenuhi permintaan untuk majlis akikah dan Hari Raya Aidiladha.

Tambahan pula, kerajaan telah banyak mengadakan pelbagai galakan untuk pengusaha muda membangunkan diri menjadi usahawan kambing yang berjaya sekaligus memajukan industri penternakan kambing untuk membantu menjana ekonomi kawasan luar bandar.

Ini sekaligus menggalakkan percambahan ladang penternakan dari pelbagai baka dan hibrid kambing, menyediakan pelbagai peluang kerja kepada anak muda dan membantu menjana ekonomi luar bandar tanpa banyak risiko.- Bernama

Hina Agong dalam Facebook, suspek ditahan

Posted: 04 Jun 2013 12:11 AM PDT

free maylaysia today

 
Suspek ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.



KUALA LUMPUR: Hasil siasatan serta maklumat yang diterima daripada orang ramai, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM hari ini telah berjaya mengesan dan menahan suspek yang menghina DYMM SPB Yang DiPertuan Agong di laman Facebook-nya.

Suspek yang merupakan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan. Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya.

SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan untuk membantu siasatan lanjut.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja Malaysia.-Bernama

Konvensyen Pakatan Rakyat 23 Jun ini

Posted: 04 Jun 2013 12:07 AM PDT

Oleh Aisha Geoffrey

PETALING JAYA,: Pengerusi Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan konvensyen Pakatan Rakyat akan diadakan pada 23 Jun ini.

"Pakatan bersetuju akan mengadakan sebuah konvensyen yang akan membahaskan pelbagai isu termasuk perpaduan rakyat," katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

"Masa dan lokasi akan dibincangkan oleh Sekretariat Pakatan dan diumum kemudian," katanya memberitahu, konvensyen akan dihadiri semua pimpinan ketiga-tiga parti.

Konvensyen tersebut adalah cadangan Majlis Setiausaha Pakatan ekoran suasana perkauman yang dimainkan kerajaan BN sejurus selepas pilihan raya umum ke-13.

Suri rumah di Pulau Pinang dapat RM100 mulai 2014

Posted: 04 Jun 2013 12:06 AM PDT

Oleh Nazar Hashim

PERMATANG PAUH : Suri rumah di Pulau Pinang akan menerima RM100 seorang mulai 2014 hasil sumbangan kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Lim Guang Eng berkata, program 'Ibu Emas' itu diberikan tanpa mengira fahaman dan ideologi politik.

"Walaupun suri rumah tersebut adalah penyokong Umno atau BN, mereka dialu-alukan untuk mendaftar bagi mendapatkan pemberian wang tersebut selagi mereka adalah suri rumah yang tidak bekerja," katanya.

SONY DSC

Beliau berkata demikian pada majlis menaik taraf Pasar Awam Sama Gagah, Permatang Pauh, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubok, Lee Khai Loon.

Guan Eng berkata, kerajaan negeri juga menyediakan pemeriksaan memogram percuma kepada semua wanita yang tinggal di Pulau Pinang.

"Pemeriksaan memogram percuma ini juga tidak mengambil kira fahaman dan ideologi politik wanita-wanita tersebut," katanya sambil menegaskan, Pulau Pinang tidak mengamalkan prejudis seperti amalan pemimpin BN Terengganu dalam memberikan kemudahan perumahan kepada rakyat.

Katanya, menjadi tanggungjawab mana-mana pihak yang menjadi kerajaan samada di peringkat negeri mahupun Pusat untuk membela semua golongan miskin.

Tiada ulasan: