Biaqpila |
Posted: 28 Jun 2013 05:49 AM PDT SPR Terus Perbodoh Rakyat: Tiada Logik Dakwat Kekal Untuk PRK Cukup-cukuplah dengan penipuan demi penipuan yang dilakukan SPR untuk menutup kegagalan sistem dakwat kekal, rakyat terus diperbodohkan lagi dengan cadangan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya kecil N1 Kuala Besut. Apakah SPR tidak memahami hukum logik sistem penggunaan dakwat kekal sebelum melontarkan cadangan yang kononnya bertujuan meredakan kemarahan rakyat? Logiknya penggunaan sistem dakwat kekal ialah untuk memastikan setiap pengundi dicalit dakwat tersebut sebagai tanda sudah mengundi, dan ia melibatkan semua pengundi pada pilihanraya umum. Dakwat seharusnya kekal selama 7 hari memandangkan hampir 300 ribu pengundi awal dan pengundi pos membuang undi mereka 5 hari sebelum hari mengundi. Maka jika sistem ini berjalan baik, mereka yang sudah mengundi samada pengundi awal atau pengundi biasa, tidak boleh mengundi kali kedua kerana dakwat masih dijari. Ini konsepnya. Tetapi apa yang berlaku pada 5 Mei lalu ialah ratusan ribu pengundi awal telah terdedah untuk mengundi lebih dari sekali malah pengundi yang membuang undi 5 Mei juga boleh berbuat demikian kerana didapati dakwat kekal itu sebenarnya pewarna tiruan sahaja, tidak mampu kekal walau 5 minit merujuk kepada banyak kes dan laporan polis. Integriti pilihanraya hancur dan undang-undang PRU-13 dicemari dengan teruk sekali. Kini setelah SPR hilang sepenuhnya kepercayaan rakyat dan didesak oleh majoriti rakyat supaya berundur, SPR yang sama telah cuba untuk perbodoh rakyat dengan cadangan sistem dakwat kekal di PRK K.Besut. Mana mungkin sebuah pilihanraya kecil mengamalkan sistem dakwat kekal melainkan pengundi di seluruh negara selain pengundi DUN K.Besut ditandakan dakwat kekal terlebih dahulu sehari sebelum hari pengundian N1 K.Besut. Dengan kata lain, menandakan dakwat kekal kepada hanya sekelompok pengundi di K.Besut sedangkan berbelas juta pengundi tempat lain bebas untuk masuk dan menyamar sebagai pengundi. Dakwat kekal untuk pilihan raya kecil adalah sangat tidak relevan. Justeru itu, SAMM melihat cubaan Timbalan Pengerusi SPR membuktikan dakwat yang bakal digunakan di PRK K.Besut lebih kekal dari 5 Mei adalah berniat jahat untuk menutup isu sebenar. Rakyat kini tidak mahu lagi dakwat kekal, rakyat mahu dakwat kekal pada 5 Mei dan kegagalan berbuat demikian sepatutnya kamu dan semua koncu kamu meletakkan jawatan. Cubaan yang baik dari SPR, namun rakyat semakin bijak dan semakin kental untuk terus melawan! Biarpun ada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menerima keputusan pilihanraya sepertimana ahli parlimen Barisan Nasional, namun rakyat tetap menolak keputusan yang penuh penipuan, menggelapkan demokrasi yang juga merampas kemanangan rakyat. Anak muda akan lawan sampai menang! Rakyat bersatu tidak akan dikalahkan! Edy Noor Reduan Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
Posted: 28 Jun 2013 12:00 AM PDT Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang mahsyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang bukan rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorg Nabi yg menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, " esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat : Pertama : apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah. Kedua : Engkau sembunyikan Ketiga : Engkau terimalah Keempat : jangan Engkau putuskan harapan Kelima : larilah Engkau daripadanya. Pada keesokan harinya nabi itupun keluarlah dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata " aku diperintahkan memakan pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka nabi itu pun mengambilnya lalu di suapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'. Kemudian nabi itupun meneruskan perjalanannya dan bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan. Lantas nabi pun menggali sebuah lubang dan ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah nabi itu, " Aku telah melaksanakan perintahmu". Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam. Ketika dia sedang berjalan, tiba2 dia ternmpak seekor burung helang sdang mengejar burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata , " Wahai nabi Allah tolonglah aku." Mendengar rayuan itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihat keadaan itu, lantas burung helang datang menghampiri nabi sambil berkata. " Wahai nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya dan diberikan kepda helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. "Ya Allah aku telah pun melaksanakan perintahmu sebagaimana yang diberitahu dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini." Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T bahawa: Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal iaitu menahannya, maka marah itu akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua, semua amal kebaikan(budi) walau disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga, jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat, jka orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima, bau yang busuk itu ialah ghibah ( menceritakan hal seseorang) maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah." Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, kerana kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan seharian kita. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita sebab ada sebuah hadis mengatakan diakhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, " Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T, " ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walau apa pun yang kita kata itu memang benar, tetapi kata mengata itu akan merugikan diri kita sendiri . Oleh itu, janganlah kita mengata hal keburukan orang walaupun ia benar. Wallahu a'lam islam2u.net RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
PEMBEKAL DAKWAT KEKAL TERBONGKAR!!! Posted: 27 Jun 2013 08:10 PM PDT DEY MACHA!!! MUSIM PERAYAAN DAH MAI DAH DAPATKAN SEGERA PEWARNA KUIH MUIH YANG HALAL LAGI KEKAL BOLEH DIGUNA TANPA WAS-WAS PASAI DAKWAT INI KEKAL SELAMA TUJUH KETURUNAN KAH! KAH! KAH! Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan bahawa bahan pewarna makanan digunakan bagi menggantikan bahan kimia dalam dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, ia menjadi bahan ketawa. Ini membuat Ahli Parlimen Bagan dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam twitternya secara berjenaka menulis, dakwat kekal kini boleh dimakan. Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau membuat pendedahan ini pada sidang Dewan Rakyat semalam dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) dan Anthony Loke (DAP-Seremban). Beliau menjelaskan bahawa tarikh luput untuk dakwat kekal ialah empat bulan dari tarikh pengeluaran. Tidak ada bahan kimia digunakan dalam dakwat itu dan "kami menggantikannya dengan bahan pewarna dalam makanan yang dibenarkan." Sementara itu, Pakatan Rakyat mengancam untuk mendedahkan nama syarikat yang membekalkan dakwat kekal kepada Suruhanjaya Pilihan Raya sekiranya suruhanjaya itu masih enggan berbuat demikian. "Kita sudah siasat, kita tahu. Jangan tunggu terlalu lama atau kami akan dedahkan," kata Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang mencelah sewaktu ucapan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam. Beliau mendakwa siasatannya menunjukkan bahawa kontrak untuk membekalkan dakwat kekal tersebut dianugerahkan kepada sebuah syarikat Singapura. Rafizi seterusnya mendakwa bahawa syarikat berkenaan tidak mempunyai pengalaman dan dana, malah terpaksa membuat pinjaman dengan seorang ahli perniagaan untuk mendapatkan modal RM7 juta bagi transaksi tersebut. -FMT Harga 'dakwat kekal' tiga kali ganda lebih tinggi jadi tanda-tanya Jika dahulu kerajaan Barian Nasional (BN) membazirkan wang rakyat sebanyak RM2. 4 juta pembelian dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12) lalu yang akhirnya dilupuskan, DAP hari ini mempersoalkan pula mengapa kos pembelian bahan itu untuk PRU13 tiga kali jauh lebih tinggi dengan jumlah RM7.1 juta walhal nisbah peningkatan bilangan pengundi sekitar 20 peratus tidak wajar untuk harga semahal itu. Bercakap kepada media hari ini di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, tambah membingungkan lagi ialah bagaimana Kerajaan Kemboja yang mempunyai lebih dari sembilan juta pengundi hanya perlu mengeluarkan RM2.8 juta untuk pembelian dakwat kekal dari Kerajaan India pada 19 Jun baru-baru ini. "Kenapa perbezaan kos ini begitu ketara dan kita juga hairan apa sahaja yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia selalunya akan lebih mahal. "Memang saya amat terkejut dan terkilan dengan jawapan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendedahkan amaun pembelian 'dakwat kekal yang tidak kekal' bagi PRU13 ini amat tinggi," katanya. Loke yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dalam perkara berkait menyatakan kekecewaan beliau kerana dakwat kekal itu bukan sahaja mahal malah tidak memenuhi fungsinya sebagai 'dakwat yang kekal'. "Kita mahu kerajaan dan SPR mengambil tindakan yang sepatutnya kepada pembekal tetapi apa yang berlaku, SPR bukan sahaja tidak bertindak malah terus melindungi syarikat pembekal dengan merahsiakan siapa mereka konon atas sebab keselamatan. "Kita nak tahu apakah isu keselamatan yang mereka maksudkan? Bagaimana pula maklumat pembekal dakwat kekal itu boleh menimbulkan masalah keselamatan?," soalnya. Katanya, jika sebelum PRU13 pihak SPR merahsiakan maklumat syarikat pembekal kerana takut disabotaj, mengapa pula alas an sebegini digunakan walaupun pilihan raya sudah berlalu. Beliau mengingatkan SPR bahawa tindak-tanduk mereka dalam perkara ini hanya akan memperkuatkan persepsi negative rakyat terhadap mereka. Roketkini RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan