ALHUSSEYN |
Ada yang sakit hati tengok Anwar makan semeja dengan Najib Posted: 27 Jun 2013 07:30 PM PDT Ada orang yang cuba memperlekehkan gambar Anwar Ibrahim yang sedang duduk makan semeja dengan PM Najib sambil mempamerkan pula gambar anak-anak muda yang sedang berdemo baring di atas jalanraya di luar parlimen di ketika yang sama. Perlu diketahui bahawa Protokol parlimen menghendaki Ketua Pembangkang makan semeja dengan Ketua Kerajaan.Kalau TGHA atau LKS yang jadi Ketua Pembangkang, mereka pun perlu berbuat demikian juga. Apakah TGHA atau LKS perlu bercakaran dengan PM Najib macam kucing dan anjing ketika di meja makan itu? Hanya orang yang tidak cukup matang dan gila sahaja yang akan berbuat begitu. Ketika Anwar Ibrahim berkunjung ke Indonesia baru-baru ini, ada juga yang memfitnah kononnya beliau membuat pertemuan dengan Najib di sana....Kah! kah! kah! memang bengong betul. Terbukti itu pun hanya fitnah.Tak perlulah aku nak ulas perkara ini kerana sekarang semua orang tahu hal sebenarnya. Seolah-olahnya, orang-orang UG yang memfitnah ini nak kata, bukan puak mereka sahaja yang gi berjumpa dengan PM(Umno), tetapi Anwar Ibrahim pun berbuat sama...Kah! kah! kah! Jangan sekali-kali mahu menyamakan pertemuan di meja makan macam itu yang terang-terangan, dengan 'pertemuan dalam gelap'. Istilah 'pertemuan dalam gelap' itu adalah merujuk kepada pertemuan pemimpin PAS tertentu yang bertemu dengan Abdullah Badawi (ketika PM) secara rahsia.Pada mulanya pemimpin-pemimpin PAS terlibat cuba menafikan pertemuan tersebut, tetapi bila Abdullah Badawi membocorkannya, Mahfuz Omar sendiri terpaksa memohon maaf kerana sebelum itu cuba membela puak-puak tersebut! Apakah bila kita lihat gambar Anwar nampak bergelak ketawa dan mesra dengan Najib sambil makan-makan, maka Anwar Ibrahim sudah mengkhianati perjuangan Pakatan Rakyat? Lihatlah bagaimana Anwar begitu gigih di parlimen mempertahankan PR di sini Apakah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga berkelakuan sama seperti Anwar ~ mengkhianati perjuangan Pakatan Rakyat juga bila gambar-gambar mereka tersiar sebagaimana berikut? Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),Che'gu Bard menegaskan bahawa aksi protes bermula di Padang Merbok selepas himpunan Black505 dan kemuncaknya di depan Parlimen pada pagi 24 Jun 2013 ini tidak ada kena mengena dengan boikot angkat sumpah. Pihak media telah mengalih isu sebenar iaitu Protes mendesak SPR meletak jawatan. Menurut Che'gu Bard, tujuan utama aksi depan parlimen ialah untuk asak ahli parlimen secara serius membawa isu penipuan SPR, SPR harus dibubarkan dan SPR baru harus ditubuhkan di bawah Parlimen dan bukan lagi sekadar kakitangan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Sila baca : kenyataan rasmi Che'gu Bard |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan