Jumaat, 28 Jun 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Gambar & Video] Gadis Menangis Air Mata BERDARAH

Posted: 28 Jun 2013 05:00 AM PDT


[UM] PURRANQUE, Chile 27 Jun - Seorang gadis di Chile mengejutkan doktor perubatan apabila dia dilaporkan menangis air mata darah.

Yaritza Oliva, 20, memberitahu, keadaan pelik tersebut mula berlaku pada awal bulan ini dan sejak itu matanya boleh mengeluarkan darah beberapa kali dalam tempoh sehari.

Jelasnya, dia cuba mendapatkan rawatan daripada doktor, namun hanya dibekalkan ubat titis mata selepas matanya didapati tidak menghadapi jangkitan.

"Doktor hanya memberi saya ubat mata untuk mengurangkan kesakitan," katanya.

Oliva berkata, setiap kali menangis air mata darah, dia akan merasa terlalu sakit.

Ibu dan bapa gadis itu yang muncul dalam rancangan berita televisyen tempatan, memohon jasa baik orang ramai untuk menderma kepada mereka bagi menampung kos rawatan Oliva.

Berdasarkan keadaannya, Oliva dikatakan mengidap penyakit yang jarang berlaku iaitu haemolacria yang menyebabkan pesakit mengeluarkan air mata darah.

Buat masa ini, hanya ada tiga kes sama dilaporkan, berpunca daripada paras tinggi hormon kesuburan wanita atau mungkin merupakan tanda-tanda penyakit serius dan barah. - AGENSI



Lelaki Didapati Bersalah Bunuh Dirang Dihukum Gantung

Posted: 28 Jun 2013 01:36 AM PDT


[SH] JOHOR BAHRU - Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Muidin Maidin, 27, selepas didapati bersalah membunuh seorang kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Muidin yang berketurunan Sulu, dituduh membunuh kanak-kanak itu di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, antara jam 11.30 pagi 1 Mac 2012 hingga 12 tengah malam 2 Mac 2012.

Muidin Maidin

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 

Dirang dilaporkan hilang 1 Mac tahun lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Kehilangannya menjadi sebuah misteri sehingga DNA rangka manusia yang ditemui seminggu selepas itu merungkai segala-galanya.

Rangka Dirang ditemui pada 8 Mac dan punca kematian adalah bunuh dan dibakar.


Rompak RM20, Kena Penjara 7 Tahun 4 Sebatan

Posted: 27 Jun 2013 11:00 PM PDT


Mohd Anuar dipenjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

[SH] KUALA TERENGGANU - Walaupun tidak berbaloi dengan 'hasil' rompakannya iaitu cuma RM20, namun seorang buruh terpaksa akur apabila dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merompak seorang wanita menggunakan sebilah pisau, April lalu.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Anuar Jusoh, 33, mengaku bersalah merompak mangsa, Maria Md Hussin, 30.

Mohd Anuar mengaku melakukan rompakan bersenjata dengan melarikan beg tangan milik mangsa yang mengandungi beg duit; kad pengenalan dan lesen memandu; beberapa kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM); peralatan solek; wang tunai RM20 dan sebuah telefon bimbit.

Dia mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan itu di bilik sewa tingkat 3, Jalan Banggol, di sini, kira-kira jam 4.15 petang, 9 April lalu.

Terdahulu, dalam rayuannya, Mohd Anuar merayu mahkamah meringankan hukuman terhadapnya kerana mendakwa sudah insaf dan perlu menyara ahli keluarganya.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang berada di rumah sewanya ternampak Mohd Anuar di luar biliknya lalu bertanya mengenai kehadirannya di kawasan rumah sewa itu.

Mohd Anuar yang pada mulanya memberi alasan mahu berjumpa dengan kawannya tiba-tiba datang ke arah mangsa sambil mengacukan sebilah pisau dan meminta mangsa menyerahkan beg tangan.

Mangsa yang bimbang diapa-apakan berundur sebelum Mohd Anuar merampas beg tangan dan telefon bimbit di tangannya.

Bagaimanapun, dia ditahan orang ramai di luar bilik sewa mangsa selepas mendengar jeritan mangsa yang meminta pertolongan.


P/s: Menyesal pun tidak berguna!!!!



Perokok, Penapis Rokok Anda Mungkin Ada DARAH BABI

Posted: 27 Jun 2013 08:30 PM PDT



Penapis Rokok daripada Darah Babi

[HM] Banjarmasin: Ketua Suruhanjaya Pengendalian Tembakau Nasional berkata, penapis rokok yang digunakan secara meluas di Indonesia mengandungi bahan berasal daripada darah babi.

Dr Hakim Sarimuda Pohan berkata, hemoglobin atau protein darah babi digunakan dalam penapis rokok untuk menyaring racun kimia agar tidak masuk ke dalam paru-paru perokok.

Bercakap pada dialog mengenai bahaya merokok di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, semalam, Hakim berkata, beliau yakin penapis yang diimport untuk digunakan pada rokok di Indonesia adalah komponen daripada darah babi.

Katanya, perkara itu diketahui apabila ia didedahkan oleh Profesor Kesihatan Masyarakat dari Universiti Sydney, Simon Chapman.

Chapman dilaporkan mengingatkan perkara itu kepada golongan agama tertentu dengan merujuk kajian yang dilakukan di Belanda yang mendedahkan bahawa 185 syarikat menggunakan hemoglobin babi sebagai bahan membuat penapis rokok.

Hakim berkata, sudah sepatutnya umat Islam di Indonesia menjauhi barang yang jelas haram di sisi agama. - Agensi



Artis Kantoi Dadah TUMBUK Jurugambar, Cuba Tengok Aksinya!

Posted: 27 Jun 2013 07:13 PM PDT



[UM] KUALA LUMPUR 27 Jun - Pelakon era 90-an, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy bertindak agresif mengasari seorang jurugambar ketika mengelak gambarnya dirakam dalam keadaan bergari di Mahkamah Majistret Ampang di sini pagi ini.

Benjy, 35, bertindak demikian ketika dibawa anggota polis di bangunan mahkamah itu untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas dia ditahan semalam berkaitan satu kes dadah.

Pelakon itu mulanya dilihat cuba menutup wajah dan menghalang beberapa jurugambar daripada merakam gambarnya ketika keluar dari bilik mahkamah sebelum tiba-tiba bertukar agresif.

Anak kepada dramatis veteran Azean Irdawaty Yusoef itu kemudian menumbuk kepala seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar dan turut menepis beberapa kamera jurugambar lain.

Benjy yang popular menerusi drama Kerana Cintaku Saerah sebelum itu telah dikenakan tahanan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama.

Peguamnya, P G Cyril ketika ditemui berkata, pegawai penyiasat polis meminta Benjy direman kerana mereka memerlukan masa untuk menjalankan siasatan.

"Benjy bersama tiga lelaki dan dua wanita telah ditahan dalam rumah salah seorang rakannya itu. Kami difahamkan dia ditahan kerana berkaitan kes mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 tetapi daripada apa yang dimaklumkan sendiri oleh Benjy, dia ke situ adalah untuk menguruskan satu dokumen pinjaman.

"Dokumen terbabit juga telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan," katanya yang hadir bersama seorang lagi peguam, Farhan Read sebagai peguam kepada enam yang ditahan.

Beliau berkata, polis memberitahu telah menjumpai 4.7 gram dadah dalam sebuah bilik, bagaimanapun tiada sebarang dadah ditemui pada badan Benjy dan rakan-rakannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman keenam-enam mereka.

Akhbar hari ini melaporkan pelakon itu sekali lagi ditahan atas kesalahan menyalahgunakan dadah dalam serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa pada pukul 11.30 pagi.

Difahamkan, dia ditahan selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Pada Mac 2010, Benjy telah didakwa atas tuduhan memiliki 0.24 gram syabu di No. A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B melalui Jalan Segambut tetapi awal tahun lalu, mahkamah mendapati pelakon itu tidak bersalah dan dibebaskan tanpa syarat.

Berita awal di sini.


P/s: Ibunya sedang menderita barah, pelakon ini masih tidak serik-serik walaupun pernah ditahan sebelum ini.





Komen Prof Dr Agus tentang Dakwat Kekal dan Sistem Pilihan Raya

Posted: 27 Jun 2013 06:30 PM PDT


KELMARIN saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya. 

HARI INI saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain. 

Saya kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat kekal? Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga. 

Buat apa kita membandingkan negara kita dengan dunia ketiga yang lain? Jika kita kahu bandingkan pun, dari segi sistem pengundian, negara kita masih jauh mundur ke belakang. India dan Indonesia menggunakan dakwat kekal, tetapi tidak ada kecelakaan yang menimpa pengundi mereka. Sebaliknya yang berlaku ialah sistem pilihan raya mereka dilihat demokratik, adil dan memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang kita mahu—satu pilihan raya yang telus dan ada integriti supaya tidak timbul kontroversi seperti sekarang ini. 

Jika kita mahu bandingkan sistem pilihan raya kita dengan di negara maju, kedudukannya adalah jauh panggang dari api. Di negara maju, sistem pilihan rayanya adil dan bebas, medianya bebas dan pengurusan pilihan rayanya baik. Di negara maju, mereka tidak lagi menggunakan dakwat kekal, tetapi menggunakan sistem biometrik. Apakah kita mampu menjadi seperti mereka atau telahpun mencapai tahap seperti mereka?

Baiklah, jika kita tidak mahu gunakan dakwat kekal, saya mahu cadangkan dalam pilihan raya yang akan datang, kita gunakan mesin mengesan cap jari. Penggunaan mesin ini baik kerana selain dapat mengesahkan identiti pengundi, mesin ini juga secara automatiknya dapat menolak mereka yang cuba untuk mengundi dua kali. Mengapa timbulnya persepsi adanya pengundian dua kali ini? Ini kerana keraguan kepada senarai pengundi SPR? Bilakah SPR dapat menyelesaikan persepsi rakyat yang negatif ini?

YB pemimpin, tolong selesaikan isu dakwat kekal ini dengan baik. Tolong jangan berikan jawapan yang berterusan mendungukan rakyat. Setakat ini, saya lihat jawapan pemimpin adalah sama seperti pengail yang mengail, tetapi memilih menggunakan umpan yang tidak dimakan ikan. -Prof Dr Mohammad Agus Yusoff


PRK Kuala Besut: Apa Akan Terjadi Jika PAS Menang, Pemilikan Kerusi Terikat 16-16?

Posted: 27 Jun 2013 05:26 PM PDT


Yang Dipertua DUN Jadi Penentu

[HM] Kuala Lumpur: "Yang Dipertua DUN (Dewan Undangan Negeri) Terengganu akan menjadi penentu sekiranya berlaku DUN tergantung jika PAS menang pada pilihan raya kecil Kuala Besut," kata pakar Perlembagaan Prof Emiritus Datuk Dr Shad Saleem Farouqi.

Bagaimanapun, katanya yang juga Penasihat Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM), Barisan Nasional (BN) selaku kerajaan negeri sekarang tidak perlu melepaskan kuasa pemerintahan kerana pembangkang juga tidak memiliki majoriti jika bilangan kerusi terikat 16-16.

Katanya, sebaliknya pembangkang mungkin mengusulkan undi tidak percaya dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan BN.

"Di sinilah peranan Yang Dipertua amat penting yang akan memastikan kerajaan memerintah, tetapi dalam hal ini BN akan kekal memandangkan Speaker daripada BN.

"Speaker berhak menjadi undi penentu walaupun bukan dalam kalangan ADUN sama seperti Yang Dipertua Dewan Rakyat," katanya.

Beliau mengulas sekiranya PAS menang pada pilihan raya kecil berkenaan yang menyebabkan kedudukan kerusi BN dan pembangkang terikat 16-16.

Semalam, Harian Metro melaporkan bekas Yang Dipertua DUN Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, kedudukan BN tidak terjejas sekalipun tewas di kawasan itu kerana Speaker dilantik BN.

DUN Terengganu memiliki 32 kerusi dan pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu BN memenangi 17 kerusi sementara PAS dengan 15 kerusi.

Kerusi Kuala Besut disahkan kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman, 55, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meninggal dunia kelmarin selepas seminggu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat paru-paru berair.

Sehubungan itu, pilihan raya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari iaitu selewat-lewatnya sebelum 27 Ogos ini .

Kawasan itu akan menjadi tumpuan memandangkan BN hanya membentuk kerajaan negeri Terengganu dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 kerusi berbanding 14 kerusi dimenangi PAS manakala satu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

DUN Kuala Besut mempunyai 17,679 pengundi berdaftar, iaitu 98.71 peratus Melayu, Cina (0.80 peratus), India (0.08 peratus) dan lain-lain (0.41 peratus).

Shad Saleem dalam pada itu berkata, menteri besar juga boleh menasihatkan Sultan untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri sekiranya perlu.

"Selain itu, budi bicara Sultan juga boleh diguna pakai untuk menentukan menteri besar jika bilangan kerusi sama dan penyelesaian mengikut peringkat tadi tidak dapat menyelesaikan kemelut," katanya.


P/s: BN terdesak untuk menang dalam PRK Kuala Besut untuk mengelakkan DUN tergantung. Persoalannya, adakah PRK kali ini yang terbersih atau yang terkotor dalam sejarah Malaysia?






Tiada ulasan: