Biaqpila |
PANAS!!! MENTERI PUN IJAZAH PALSU? KAH! KAH! KAH! Posted: 26 Jun 2013 08:54 AM PDT DAP dedah menteri dengan ijazah palsu, desak letak jawatan. KUALA LUMPUR, 26 JUN: DAP hari ini mendedahkan dua ahli kabinet Kerajaan Barisan Nasional yang didakwa memiliki ijazah palsu dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah tegas dengan meminta mereka meletakkan jawatan. Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr. Ong Kian Ming berkata, kedua-dua mereka adalah Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin. Bercakap pada sidang media di Lobi Parlimen tadi, Dr. Ong berkata kedua-duanya mesti meletakkan jawatan untuk melindungi integriti dan kredibiliti kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang semakin hari semakin dipersoalkan. Beliau berkata Richard Riot telah menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland) pada tahun 1994 dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Preston (USA). "Bukan sahaja kita tidak dapat mencari mana-mana laman web yang dengan nama Chartered Institute of Business Administration, Universiti Preston juga merupakan sebuah universiti palsu yang sangat terkenal seperti yang dilaporkan oleh banyak media," katanya. Sementara itu, Ewon memperolehi Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan dari Golden State University (USA) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Open Commonwealth berpangkalan di British Virgin Islands. Kian Ming menegaskan kedua-dua institusi itu telah disenaraikan sebagai institusi yang tidak dibenarkan dan tidak sah oleh kerajaan negeri Oregon dan Maine di Amerika Syarikat. "Apa yang lebih ironik adalah hakikat bahawa kedua-dua menteri yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan, akreditasi yang betul, pensijilan, dan piawaian," kata beliau. "Jadi bagaimana kedua-dua mereka ini boleh diamanahkan dengan tanggungjawab yang serius dalam membentuk pembangunan modal insan dan pengurusan pensijilan. Ini sudah tentu memberi malu besar kepada yang berdegar-degar melaungkan transformasi," sinisnya. Turut hadir dalam sidang media adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan Kok Ping. Zairil menambah, tindakan ini jelas menunjukkan pimpinan UMNO tidak berkelakuan jujur sehingga sanggup menipu dalam ijazah. "Dengan ijazah palsu ini mereka sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri. "Jadi bolehkah kita mempercayai orang menipu ini dengan memikul tanggungjawab sebagai Menteri akan menjaga harta intelek yang diamanahkan dengan baik?," soalnya. – Roketkini.com roketkini RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
TEMPAT PARKING BASIKAL PALING FANTASTIK Posted: 25 Jun 2013 08:39 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan