Addin |
- Ahli Parlimen Ini Bakal Di Halau Bagai Anjing Kurap?
- Betul Ke Ni!! Menteri BN Ni Ada Ijazah Palsu?
- MCA Belasah KM Melaka
- Penjelasan 231 Kes Kematian Dalam Lokap.. Versi Zahid Hamidi
- Lagi Pemimpin Umno Berlidah Biawak.. Ini Buktinya
- KM Melaka Buat U Turn?
- (Gambar) Harumnya Masyitah Si Penyikat Anak Firaun
- ADUN Kuala Besut Meninggal Dunia
- Keputusan Kes Kematian A Kugan
- Runtuh Lagi.. Tapi Bukan Di Terengganu
- Palanivel Ke Jakarta Hari Ini Untuk Padamkan Api
- Punca Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Sekat Oleh Kadi Daerah Segamat Tersebar
Ahli Parlimen Ini Bakal Di Halau Bagai Anjing Kurap? Posted: 26 Jun 2013 10:14 AM PDT Februari lalu Senator dari Australia, Nick Xenophon telah dihalang dan ditahan dari memasuki Malaysia kerana dikatakan menyibuk dalam hal rumah tangga Negara kita kata macai-macai UMNO. Menurut Anwar Ibrahim "Beliau datang ke sini untuk memantau dan mengamati proses demokrasi dalam pilihanraya. Penahanan Xenophon ketika tiba di Malaysia pada pagi hari kejadian itu jelas bercanggah dengan prinsip demokrasi dan ia membuktikan Pilihanraya Umum (PRU) 13 tidak akan berjalan dengan telus, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim lagi.. Kalau yang nak datang memerhatikan pilihanraya pun kena halau balik.. korang agak Ahli Parlimen British ni boleh masuk Malaysia tak? Dia bukan nak perhati Pilihanraya tapi nak bincangkan isu mengenai penipuan yang telah berlaku dalam PRU13 yang lalu..
~anak sungai derhaka |
Betul Ke Ni!! Menteri BN Ni Ada Ijazah Palsu? Posted: 26 Jun 2013 08:23 AM PDT KUALA LUMPUR, 26 JUN: DAP hari ini mendedahkan dua ahli kabinet Kerajaan Barisan Nasional yang didakwa memiliki ijazah palsu dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah tegas dengan meminta mereka meletakkan jawatan.Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr. Ong Kian Ming berkata, kedua-dua mereka adalah Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin. Bercakap pada sidang media di Lobi Parlimen tadi, Dr. Ong berkata kedua-duanya mesti meletakkan jawatan untuk melindungi integriti dan kredibiliti kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang semakin hari semakin dipersoalkan.Beliau berkata Richard Riot telah menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Chartered Institute of Business Administration (Ireland) pada tahun 1994 dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Preston (USA). "Bukan sahaja kita tidak dapat mencari mana-mana laman web yang dengan nama Chartered Institute of Business Administration, Universiti Preston juga merupakan sebuah universiti palsu yang sangat terkenal seperti yang dilaporkan oleh banyak media," katanya.Sementara itu, Ewon memperolehi Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan dari Golden State University (USA) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Open Commonwealth berpangkalan di British Virgin Islands. Kian Ming menegaskan kedua-dua institusi itu telah disenaraikan sebagai institusi yang tidak dibenarkan dan tidak sah oleh kerajaan negeri Oregon dan Maine di Amerika Syarikat."Apa yang lebih ironik adalah hakikat bahawa kedua-dua menteri yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan, akreditasi yang betul, pensijilan, dan piawaian," kata beliau."Jadi bagaimana kedua-dua mereka ini boleh diamanahkan dengan tanggungjawab yang serius dalam membentuk pembangunan modal insan dan pengurusan pensijilan. Ini sudah tentu memberi malu besar kepada yang berdegar-degar melaungkan transformasi," sinisnya.Turut hadir dalam sidang media adalah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen DAP Stampin, Julian Tan Kok Ping.Zairil menambah, tindakan ini jelas menunjukkan pimpinan UMNO tidak berkelakuan jujur sehingga sanggup menipu dalam ijazah."Dengan ijazah palsu ini mereka sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri."Jadi bolehkah kita mempercayai orang menipu ini dengan memikul tanggungjawab sebagai Menteri akan menjaga harta intelek yang diamanahkan dengan baik?" soalnya. ~roketkini |
Posted: 26 Jun 2013 05:02 AM PDT KUALA LUMPUR: MCA membantah keputusan Kerajaan Melaka menutup pasar malam Jonker Walk di negeri itu. Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron mengkaji semula keputusan berkenaan. "Kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan kerajaan negeri mendengar bantahan dan rintihan rakyat. "Kami tidak bersetuju dengan tindakan itu. Kami sangat harap isu ini dapat diselesaikan segera," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, Rabu. Beliau mengulas mengenai keputusan Kerajaan Melaka baru-baru ini menutup Jonker Walk yang menjadi lokasi pelancongan popular di negeri itu walaupun mendapat bantahan peniaga pasar malam di situ. Sementara itu pada sidang media yang sama, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong melahirkan rasa kecewa dengan alasan yang diberikan kerajaan negeri bahawa penutupan Jonker Walk dibuat kerana kewujudannya mengakibatkan kesesakan lalulintas. "Jonker Walk bukanlah punca kepada kesesakan lalulintas yang berlaku di bandaraya Melaka," katanya. Wee yang juga pakar dalam bidang pengurusan trafik juga menawarkan diri untuk membantu kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu berkenaan jika ia menjadi punca penutupan Jonker Walk. Sebelum ini Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjelaskan penutupan pasar malam di kawasan itu hanya bersifat sementara iaitu selama empat minggu sebagai tempoh percubaan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. ~mStar |
Penjelasan 231 Kes Kematian Dalam Lokap.. Versi Zahid Hamidi Posted: 26 Jun 2013 02:34 AM PDT KUALA LUMPUR - Statistik menunjukkan hanya dua daripada 231 kes kematian dalam tahanan yang direkodkan sejak 2000 hingga Mei lalu didapati berpunca daripada kecederaan yang dilakukan polis. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata 196 kematian tahanan adalah disebabkan penyakit seperti HIV/AIDS, asma dan sakit jantung, 29 menggantung diri, dua akibat bergaduh sesama sendiri dan dua tergelincir dalam lokap. "Bagi statistik mengikut kaum pula, 97 yang mati ialah bangsa Melayu, 49 Cina, 51 India, 25 warga asing dan sembilan bangsa lain," katanya menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. Soalan Johari menyentuh beberapa laporan kes kematian dalam lokap polis yang menjurus kepada gesaan supaya masalah itu diatasi segera. Kes kematian seumpama itu antara lain melibatkan A. Kugan, 23, yang ditemui mati di lokap Balai Polis Taipan di Subang Jaya, Selangor pada 2009; N. Dharmendran, 32, di Kuala Lumpur pada 21 Mei 2013; dan R. Jamesh Ranesh, 40, di Pulau Pinang pada 27 Mei 2013. Ahmad Zahid, yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh, menegaskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius kes kematian dalam tahanan dan memberi jaminan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai penguatkuasa yang didapati terbabit. "Setiap aduan berkaitan kecederaan atau kematian semasa dalam tahanan akan disiasat dengan tindakan sewajarnya diambil oleh KDN sama ada dari sudut tatatertib atau dicadangkan kepada pendakwa raya untuk dituduh di mahkamah," katanya. Ahmad Zahid menarik perhatian untuk memantapkan lagi pengurusan tahanan dan mengelakkan kes kematian, langkah-langkah seperti memasang lebih banyak kamera litar tertutup, mewujudkan lokap tahanan berpusat dan mewujudkan Mahkamah Koroner telah diambil. Ia juga menyaksikan penubuhan sebuah jawatankuasa khas polis yang dipengerusikan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai penambahbaikan pengurusan lokap dan tahanan polis. Sementara itu, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata Sekolah Wawasan yang diilhamkan kerajaan merupakan wadah terbaik bagi memupuk perpaduan kaum bermula di peringkat persekolahan. "Dengan adanya Sekolah Wawasan, Kementerian Pendidikan yakin kejayaan integrasi kaum boleh direalisasikan menerusi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan (murid) secara bersama," katanya menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong). Shamsul Anuar ingin mengetahui langkah terbaru kementerian dalam usaha menanam semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Menjawab soalan tambahan Datuk Ir Nawawi Ahmad (Langkawi-BN), Idris berkata kementerian tidak berhasrat memaksa pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan memasuki Sekolah Kebangsaan. "Apa yang sedang dilaksanakan ialah memperkasakan Sekolah Kebangsaan, kerana ramai yang tidak tahu di situ juga ada tenaga pengajar yang boleh mengajar bahasa-bahasa berkenaan (bahasa Cina dan India). Idris berkata bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri pelajar, kementerian juga menjadikan subjek Sejarah sebagai wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun ini. "Di peringkat institusi pengajian tinggi pula, pelajar diwajibkan mengambil mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia, serta Hubungan Etnik," katanya. ~bernama |
Lagi Pemimpin Umno Berlidah Biawak.. Ini Buktinya Posted: 26 Jun 2013 02:04 AM PDT MP Petaling Jaya Utara Tony Pua mendakwa Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berbohong apabila menyatakan bahawa Jonker Walk hanya akan ditutup selama empat minggu untuk tempoh percubaan. Pua dalam satu sidang media di bangunan Parlimen berkata, beliau mendakwa demikian berdasarkan satu surat pekeliling yang dikeluarkan kepada Datuk Bandar Melaka, yang menurutnya bertentangan dengan kenyataan Idris. Menurut surat pekeliling daripada anggota majlis kerajaan negeri Melaka itu, Jonker Walk perlu kekal dibuka kepada lalu lintas dan bukannya untuk tempoh percubaan. Pekeliling itu juga menyatakan bahawa pengusaha gerai tidak lagi dibenarkan untuk membuka gerai di mana-mana tempat di jalan berkenaan. ~malaysiakini |
Posted: 26 Jun 2013 12:29 AM PDT Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri mengeluarkan arahan untuk menghentikan operasi perniagaan di Jonker Walk seperti yang dibangkitkan ADUN Kesidang Chin Choon Seong. Sebaliknya, kerajaan negeri hanya memutuskan untuk membuka semula jalan di sekitar kawasan pasar malam tersebut yang sebelum ini ditutup pada waktu malam setiap hujung minggu, katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia. "Ada kekeliruan kerana kenyataan saya sebelum ini disalah tafsir, mesyuarat Exco sebelum ini tidak pernah mengarahkan operasi perniagaan di sepanjang jalan raya di Jonker Walk ditutup. "Saya hanya mengarahkan jalan raya yang sebelum ini ditutup setiap Sabtu dan Ahad dibuka semula kepada lalu lintas bagi mengelak kesesakan di bandar raya Melaka," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. Malah, ada pengguna jalan raya yang mendakwa terpaksa mengharungi kesesakan selama empat jam untuk perjalanan dari plaza tol Ayer Keroh ke bandar Melaka, katanya. ~malaysiakini |
(Gambar) Harumnya Masyitah Si Penyikat Anak Firaun Posted: 25 Jun 2013 10:27 PM PDT Diriwayatkan dari Ibnu Abbas Radhiallahu 'anhu dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda.. "Pada saat malam terjadinya Isra' saya mencium bau harum, sayapun bertanya, "Ya Jibril, bau harum apakah ini?" Jibril menjawab,"Ini adalah bau wangi wanita penyisir rambut putri Fir'aun (Masyithah) dan anak-anaknya." Saya bertanya, "Bagaimana demikian?" Jibril bercerita,"Ketika dia menyisir rambut putri Fir'aun suatu hari, tiba-tiba sisirnya terjatuh. Dia mengambilnya dengan membaca "Bismillah (dengan nama Allah)." Putri Fir'aun : "Hai, dengan nama bapakku?" Masyithah : "Bukan, Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu begitu juga Tuhan bapakmu." Putri Fir'aun : "Kalau begitu, kamu punya Tuhan selain ayahku?" Masyithah : "Ya." Putri Fir'aun : "Akan aku lapor*kan pada ayahku." Masyithah : "Silahkan!" Putri Fir'aun kemudian melaporkan kepada bapaknya, dan Fir'aun pun kemudian memanggil Masyithah. Fir'aun bertanya, "Ya Masyithah, apakah kamu mempunyai tuhan selain aku?" Masyithah menjawab, "Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah." Kemudian Fir'aun memerintahkan untuk mempersiapkan periuk besar dari tembaga untuk dipanaskan. Satu persatu anak wanita tukang sisir itu kemudian dilemparkan ke dalam periuk yang mendidih. Beberapa saat kemudian, Masyithah berkata kepada Fir'aun,"Saya mempunyai satu permohonan." Fir'aun : "Katakanlah." Masyithah :,"Saya ingin engkau mengumpulkan tulang-tulangku dan tulang-tulang anakku dalam satu kain/kantong untuk kemudian dikuburkan." Fir'aun : "Akan aku penuhi permintaanmu." Lalu satu demi satu anaknya dilemparkan ke dalam periuk mendidih itu di depan matanya, sampai akhirnya tinggal seorang bayi yang masih menyusu. Pada saat itu wanita tukang sisir nampak ragu-ragu. Si bayi diatas gendongan Masyithah, atas izin Allah tiba-tiba berbicara,"Terjunlah Ibu! Ayo terjunlah, adzab dunia lebih ringan daripada adzab Akhirat." Mendengar anaknya berbicara si ibupun langsung terjun bersama bayinya. Demikianlah sebuah kisah yang tercantum dalam Musnad Imam Ahmad, 4/291-295 dan juga tercantum dalam Majma'uz Zawa'id, 1/65. Anisul Jalabi II, Ali Al-Hazza'. Kisah dari seorang wanita bernama Mashithah yang menjadi penerang kegelapan istana Fir'aun. Dia mempertahankan kebenaran, meskipun berat dan pahit terasa. Lalu siapakah pembawa obor bagi kita di kegelapan abad dua puluh satu ini? (Pengajaran yang dapat dipetik):
Sumber |
ADUN Kuala Besut Meninggal Dunia Posted: 25 Jun 2013 09:08 PM PDT Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pukul 10 pagi tadi. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu dimasukkan ke Hospital Besut pada pagi Khamis minggu lepas dipercayai akibat masalah penafasan sebelum dirujuk ke HSNZ. Jenazah akan disembahyang dan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut. Buat masa sekarang, jenazah masih lagi berada di Kuala Terengganu. Sema-samalah kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. |
Keputusan Kes Kematian A Kugan Posted: 25 Jun 2013 08:19 PM PDT KUALA LUMPUR 26 JUN: Keputusan kes A Kugan, mangsa yang mati dalam tahanan polis akan diketahui hari ini setelah berlarutan empat tahun lalu. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk V T Singham akan menyampaikan penghakimannya berhubung saman kecuaian yang difailkan keluarga Kugan bagi menuntut keadilan terhadap mangsa yang mati pada 2009 itu. Kes ini menjadi perhatian KEADILAN, yang berterusan mendapatkan pembelaan untuk keluarga Kugan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar individu yang menjadi tumpuan dalam kes ini. Pada ketika itu, Khalid yang merupakan Ketua Polis Selangor menerima banyak tekanan kerana cuba menyembunyikan kes kematian dalam tahanan. Dalam sidang akhbar pertamanya, Khalid mengatakan Kugan mati disebabkan terdapat cecair dalam paru-parunya. Sebaliknya bedah siasat kedua mendapati Kugan, 22, dipukul teruk, kebuluran dalam tahanan dan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang. Khalid juga tidak mencadangkan inkues diadakan dan tiada siasatan dalaman oleh pihak polis untuk les ini. Keluarga Kugan memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, dan menamakan Khalid sebagai individu bertanggungjawab cuba menyembunyikan punca kematian Kugan. Peguam Latheefa Koya yang juga Pengarah Guaman KEADILAN mewakili keluarga Kugan. Ibu mangsa, N Indra menamakan salah seorang pegawai penyiasat anaknya, iaitu bekas anggota polis, V Navindran sebagai salah satu lagi defendan. Indra mendakwa, defendan-defendan gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Kugan semasa berada dalam tahanan polis. Kugan ditahan di Puchong pada 14 Januari 2009 kerana didakwa terlibat dalam sendiket mencuri kereta. Beliau ditahan satu malam di lokap Balai Polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman. Beliau kemudiannya dibawa ke Balai Polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat. Empat hari kemudian, Kugan ditemui mati. Navindran merupakan satu-satunya orang yang dipertanggungjawabkan untuk kematian Kugan. Beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun. Beliau kini merayu di mahkamah berhubung hukuman itu. Dalam saman sivil itu, Navindran mendakwa beliau dijadikan kambing hitam dan mengatakan terdapat 12 lagi orang yang terlibat dalam soal siasat Kugan. 10 saksi memberi keterangan dalam perbicaraan di hadapan Hakim Singham. ~keadilandaily |
Runtuh Lagi.. Tapi Bukan Di Terengganu Posted: 25 Jun 2013 08:02 PM PDT PUTRAJAYA: "Mulanya saya nampak awan gelap diikuti bunyi angin. Selepas itu, saya nampak sampah berterbangan dan zink jatuh diiringi bunyi dentuman kuat," kata Mohd Ridzuan Mat Sharif, 33, penduduk Blok B Kuarters Kerajaan Presint 15, di sini ketika menceritakan ribut di kawasan kediamannya, semalam. Dalam kejadian itu jam 6.45 petang itu, sebahagian bumbung zink di tingkat 15, blok berkenaan jatuh secara tiba-tiba berikutan angin kencang dan hujan lebat sebelum menimpa pondok rehat di bawah bangunan itu, selain merosakkan lampu jalan di situ. Mohd Ridzuan yang juga pensyarah di sebuah institut kemahiran berkata, ketika kejadian, dia sedang melayari Internet di rumahnya yang terletak di tingkat satu blok berkenaan. "Saya ingatkan ada pembenihan awan kerana hujan begitu lebat disertai angin kencang. Pada awalnya angin terbabit hanya menumbangkan pokok di kawasan sekitar dan kepingan zink serta sampah berterbangan. "Namun, tiupan angin bertambah kuat sebelum bumbung zink di tingkat atas bangunan jatuh disusuli bunyi dentuman kuat," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Mohd Ridzuan berkata, sejak tinggal di situ kira-kira dua tahun lalu, kejadian bumbung runtuh itu kali pertama dilaporkan berlaku ketika hujan lebat dan angin kuat. "Sebelum ini, jika hujan lebat dan angin kuat, tidaklah sampai begini (bumbung runtuh), tetapi kali ini ia meruntuhkan sebahagian bumbung selain merosakkan infrastruktur di kawasan ini. "Sepuluh minit sebelum hujan lebat dan angin kuat, polis ada meronda di kawasan ini dan mereka kembali semula ke sini sebaik menerima maklumat ada bumbung runtuh," katanya. Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui di tempat kejadian berkata, beliau menerima laporan mengenai bumbung berkenaan runtuh daripada penduduk di situ kira-kira jam 7 malam semalam. ~harian metro |
Palanivel Ke Jakarta Hari Ini Untuk Padamkan Api Posted: 25 Jun 2013 06:31 PM PDT PUTRAJAYA - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel akan ke Indonesia hari ini untuk bertemu rakan sejawatannya Balthasar Kambuaya bagi mencari penyelesaian segera terhadap kebakaran yang menyebabkan Malaysia dilanda jerebu tebal, selain Singapura dan Indonesia sendiri. Palanivel berkata Malaysia bersedia menawarkan sokongan teknikal bagi meningkatkan usaha memadam kebakaran di negara itu yang menyebabkan kualiti udara di negara ini semakin merosot. "Mula-mula sekali, kami perlu ambil tindakan segera untuk memadam kebakaran yang berlaku. Kami bersedia memberi bantuan kepada Indonesia dalam bentuk tenaga manusia, kepakaran teknikal, peralatan, pembenihan awan dan pesawat pengebom air. "Sebenarnya, kini, jerebu menjadi isu nasional. Ia sudah merebak hingga ke Borneo apabila terdapat terlalu banyak tompok panas di Indonesia. Kami perlu berbincang untuk menyelesaikan masalah ini," katanya. Palanivel berkata masalah jerebu merupakan masalah rentas negara dan sempadan yang menjejaskan kesihatan, pelancongan, perniagaan dan ekonomi. Di samping pertemuan itu, Palanivel berkata kementerian berkenaan juga akan cuba mengadakan perjumpaan dengan para wakil syarikat perladangan Malaysia di Indonesia, yang disyaki menyumbang kepada keadaan berjerebu sekarang. "Laporan mendakwa syarikat Malaysia terlibat dalam kegiatan pembakaran secara haram. Jika ini benar, kerajaan Indonesia perlu menguatkuasakan undang-undang dan mendakwa mereka. "Pendakwaan boleh dilakukan kemudian, tapi perkara lebih penting sekarang ialah mengawal kebakaran hutan di tengah Sumatera," katanya. ~bernama |
Punca Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di Sekat Oleh Kadi Daerah Segamat Tersebar Posted: 25 Jun 2013 05:51 PM PDT SEGAMAT: "Kenapa penganjuran tarian gelek sebelum ini pejabat kadi tidak bertindak? Tetapi apabila kuliah agama Ustaz Azhar Idrus pula mahu disekat?" Inilah antara perkara yang dibangkitkan Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masod kepada Kadi daerah Segamat, Assheikh Haji Sulaiman berhubung larangan membenarkan Ustaz Azhar Idrus menyampaikan kuliah di sebuah madrasah, di Segamat, 22 Jun lalu. Beliau turut mencabar pihak kadi tersebut untuk menahan Ustaz Azhar pada malam tersebut jika benar bersalah dan bertegas untuk meneruskan majlis ilmu tersebut yang kemudiannya mencatat kehadiran lebih dari 10,000 hadirin. Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Firdaus berkata beliau kesal dengan keadaan itu, yang mana kuliah agama yang membawa kepada kebaikan cuba disekat, sebaliknya tidak berbuat apa-apa terhadap tarian gelek yang menimbulkan kontroversi sebelum ini. Kadi daerah itu menghantar surat kepada pihak penganjur kuliah ini agar menghentikan majlis itu atau berhadapan dengan tindakan undang-undang dari Kadi Daerah. "Ini yang berlaku di Johor, mereka takut dengan ustaz-ustaz yang ada nama yang mereka anggap boleh mempengaruhi orang ramai. Kalau pengaruh untuk perkara baik, tiada masalah. Tapi, isu tauliah yang dibangkitkan bagi menyekat kuliah agama," tegas beliau yang membantu adiknya menguruskan madrasah tersebut. Arahan pembatalan ini dikeluarkan oleh Kadi Daerah Segamat, Assheikh Haji Sulaiman pada 20 Jun lepas. "Dukacita dimaklumkan bahawa pihak kami tiada menerima apa-apa permohonan kebenaran dan pihak kami juga tiada mengeluarkan apa-apa kebenaran dan tauliah bagi program tersebt. "Justeru itu adalah dikehendaki agar tuan menangguhkan ceramah tersebut atau pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang," tulis Kadi daerah itu dalam suratnya bertarikh 20 Jun yang ditujukan kepada Pengerusi Madrasah Ibnu Mas'ud, Kampung Tasik, Segamat. Bagaimanapun, kata Firdaus, majlis ilmu itu tetap diteruskan dengan kuliah diberikan oleh Ustaz Azhar dan pihak madrasah tidak menerima sebarang surat susulan ekoran keingkaran terhadap arahan tersebut. Dalam pada itu, beliau mencadangkan isu tauliah yang diberikan kepada pendakwah di setiap negeri dikaji semula. Biarpun mengakui keperluan pentauliahan untuk mana-mana pendakwah bagi mengelakkan sebarang penyebaran ajaran sesat, Firdaus berkata sudah sampai masanya ia dipermudahkan dengan mekanisme-mekanisme tertentu. "Kita akui bukan mudah seseorang itu diberikan tauliah, kita akui itu. Cuma mungkin perlu dipermudahkan dengan penyelarasan di seluruh negara," kata beliau. Cadang beliau, biarpun pemberian pentauliahan itu terletak di bawah kuasa undang-undang negeri, ia mungkin boleh digunapakai di mana-mana negeri di seluruh negara. "Mungkin apabila seseorang pendakwah itu mendapat tauliah dari negeri Selangor, tauliah itu juga turut terpakai di negeri-negeri lain di Malaysia," kata beliau. ~harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan