Anak Sungai Derhaka |
- Empat dikhuatiri terbunuh dalam runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang..
- Jambatan Kedua yang Najib kata hadiah buat rakyat P. Pinang runtuh.. (Gambar dan Video)
- Papa Gomo bersara dari menulis Blog?.. Boleh percaya ke ni?
- Ooo.. patutlah PKR Perak kalah..
- Semoga tiada rakyat Malaysia yang akan demo macam ni...
- Matlamat Himpunan Black 505 didedahkan!!
- Setelah berbulan-bulan menafikan.. akhirnya mereka mengaku..
Empat dikhuatiri terbunuh dalam runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang.. Posted: 06 Jun 2013 08:26 AM PDT Dalam kejadian runtuhan sebahagian daripada 'ramp' susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini yang runtuh kira-kira jam 7.15 malam tadi empat orang dikhuatiri terbunuh.. Ini berikutan penemuan sebuah kereta Kelisa yang berwarna putih yang remuk ditimpa runtuhan struktur tersebut.. Second Penang Bridge ramp collapses, four in car found dead GEORGE TOWN: An uncompleted flyover connecting to the still-under-construction second Penang bridge at Batu Maung collapsed at around 7pm Thursday, burying at least one car and a motorcycle under the debris. Police fear that four people are dead after one car, a white-coloured Perodua Kelisa was found buried under the rubble. State Fire and Rescue Department confirmed that one motorcyclist, who was earlier trapped under the debris, has been pulled out. He suffered injuries to his head. State Fire and Rescue Department have mobilised hundreds of firemen from throughout the state as well as volunteers to the scene, including medical personnel. Firemen are extricating the debris to reach the cars and motorcycles under the rubble, consisting mostly metal scaffolding and steel beams. Bayan Baru MP Sim Tze Tzin, who was on the scene, said about a 30m-long span of the ramp was believed to have collapsed around 7pm, as work to install concrete boulders to strengthen the structure was ongoing. He said he was informed a few people may be trapped under the rubble. State executive councillor Lim Hock Seng said the cause of the collapse had yet to be determined. "We cannot confirm the cause of the accident," he said, adding that a full investigation would be carried out. Police have began deploying traffic policemen as the incident has caused a severe jam to ensue near the Tun Dr Lim Chong Eu Expressway. Many motorists have also stopped to look at the debris. As of 9:30pm Thusrday night, fire department authorities have briefed Sim and Lim. R. Thilasheni, 24, whose car windscreen was shattered by a falling beam during the incident, was still in a state of shock. "We were lucky to come out alive. We were only about three seconds away from when the ramp collapsed," she said. She was travelling with her friend G. Gajashaantini, also 24. She believed a motorcyclist was trapped under the rubble and said a beam fell onto a car in the incident. The 24km-long bridge was set for completion next month, the longest bridge in South-East Asia and 20th in the world was supposed to go through road commissioning and testing in August before being officially opened in September ~ The Star Laporan dan video sebelum ini sila lihat di SINI |
Jambatan Kedua yang Najib kata hadiah buat rakyat P. Pinang runtuh.. (Gambar dan Video) Posted: 06 Jun 2013 06:47 AM PDT Dalam kunjungannya ke Pulau Pinang semasa kempen pilihanraya 13 sedang berlangsung Mei lalu, Presiden UMNO telah mengumumkan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang berharga RM4.5 bilion yang boleh digunakan pada September depan ini adalah hadiah dari kerajaan Barisan Nasional buat rakyat Pulau Pinang.. Bagaimanapun penghujung struktur yang Najib umumkan sebagai hadiah buat rakyat Pulau Pinang ini telah runtuh sekitar jam 7.00 malam tadi.. BATU MAUNG: Sebahagian dari struktur jambatan kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan telah runtuh kira-kira jam 7 malam tadi. Kejadian berlaku di kawasan darat di sekitar Batu Maung. Menurut Penolong Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohamad Shoki Hamzah, sebatang konkrit seberat lebih 1,000 tan serta berukuran 30 meter telah jatuh terhempap ke tanah. Akibat runtuhan, sekurang-kurangnya sebuah kereta iaitu Perodua Kelisa telah disahkan tertimbus, namun masih tidak diketahui samada terdapat mangsa yang terperangkap atau tidak. Sebuah kren juga digunakan bagi mengangkat batang konkrit tersebut. Menurut Shoki, pihak bomba juga dikejarkan ke lokasi sebaik sahaja kejadian itu berlaku. Difahamkan juga, kerja-kerja pembinaan juga dihentikan buat sementara namun pembinaan pada bahagian lainnya tidak terjejas. Sehingga setakat ini, punca sebenar kejadian masih tidak dapat diketahui ~ Astro Sementara itu menurut Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin, yang kini berada di lokasi kejadian berkata bahagian jambatan sepanjang 30 meter di kawasan daratan di Batu Maung itu runtuh dalam kejadian tersebut. Menurutnya, beliau menerima panggilan mengenai kejadian itu sekitar jam 7.15 malam tadi dan sampai ke tempat kejadian pada kira-kira jam 7.30 malam. Sepasukan anggota bomba kini sedang membersihkan sisa runtuhan tersebut, katanya. Beliau belum mendapat angka rasmi namun pihak bomba mengesyaki terdapat sekurang-kurangnya sebuah kereta di bawah runtuhan tersebut, katanya. "Ini adalah kemalangan yang paling buruk melibatkan binaan yang pernah berlaku di Pulau Pinang," kata Sim yang merupakan bekas jurutera awam. Rupa-rupanya inilah bunyi 'Prangggg' yang aku dengar masa dekat nak Maghrib tadi.. Kalaulah kejadian runtuhan ini berlaku sekitar jam 10.00 pagi.. kemungkinan besar riwayat aku berakhir disitu..di bawah timbunan ratusan tan struktur tu, sebab setiap pagi aku memandu melintasi struktur binaan ni untuk ke pejabat yang terletak dekat situ.. Setiap kali aku lintas di bawah struktur tu aku tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi mangsa... sebab nampak ada benda yang tak berapa betul dari segi teori.. Tapi Alhamdulillah.. umur aku masih panjang, kalau tak korang baca laporan tentang kejadian ini di Blog AmenoWorld dan lain-lain Blog sajala.. Kita biarkan Jurutera yang terlibat memberikan penjelasan.. sebab aku bukan Civil Engineer tapi Mechanical Engineer... |
Papa Gomo bersara dari menulis Blog?.. Boleh percaya ke ni? Posted: 06 Jun 2013 03:15 AM PDT Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging. Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir. "I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu. Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal. Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan. Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan. Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu. Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan. Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak. Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi. "Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya. "Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat. "Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan ~ Sinar Harian Hmm... boleh percaya ke tu?.. tapi kalau dia betul-betul berhenti menulis kerana dah sedar dosa menyebar fitnah tu.. kira baguslah.. Sebagai musuh dia dalam arena Blog ini.. Aku ucapkan selamat bersara.. semoga perniagaan diberkati Allah hendakNya.. Tapi... lepas ni aku nak berperang dengan siapa pulak? |
Ooo.. patutlah PKR Perak kalah.. Posted: 06 Jun 2013 12:44 AM PDT Keengganan pimpinan PKR Perak mendengar suara akar umbi mengenai pemilihan calon-calon PRU13 menjadi faktor utama kekalahan parti itu di Perak. Naib Ketua PKR Cabang Tambun, Muhamad Arafat Mahamad berkata, beberapa calon yang dipilih kebanyakannya dibuat melalui keputusan mesyuarat dan bukan keputusan akar umbi. "Pimpinan langsung tidak menghormati suara akar umbi kerana tetap meletakkan calon yang tidak diterima oleh jawatankuasa cabang walaupun ada beberapa cabang telah menyampaikan suara akar umbi mengunakan saluran yang betul seperti memorandum dan sebagainya "Pandangan itu bukan bermaksud pimpinan perlu ikut kehendak akar umbi tetapi sebagai meraikan dan hormati jasa jawatankuasa cabang sepatutnya pimpinan mengadakan pertemuan untuk membincang soal calon," katanya dalam satu kenyataan semalam. Arafat berkata, sebaliknya yang berlaku seolah-olah pimpinan tidak perlukan pandangan dan peranan jawatankuasa cabang. Katanya, apabila pimpinan mengetepikan suara jawatankuasa cabang dan akar umbi serta meletakkan calon bukan pilihan akar umbi, maka jentera PR telah rasa kecewa dan diri mereka dilihat tidak dihargai sebagai pemimpin kawasan yang membantu membangunkan parti selama ini. "Sungguhpun begitu, jawatankuasa cabang dan akar umbi tetap membantu gerak kerja PRU13 tetapi undi yang diterima berbanding PRU12 berkurangan. "Pada pandangan saya, ini adalah mesej berupa amaran yang jelas dari akar umbi kepada pimpinan supaya tidak sewenang-wenangnya menafikan suara mereka," katanya. Beliau berkata, pada masa yang sama pihaknya bersetuju dengan tiga faktor yang dikemukakan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty yang dinyatakan kelmarin. Katanya, sebagai langkah yang perlu diperbaiki bagi memastikan PR menang di Perak pada PRU14, permuafakatan PR di beberapa kawasan perlu dipereratkan lagi kerana sebelum ini ia dilihat berlaku ketidak sefahaman antara ketiga-tiga parti itu semasa PRU13. Selian itu, pihaknya menegaskan semula bahawa pimpinan perlu memastikan pemilih calon dibuat mengikut suara akar umbi dan bukan calon pilihan mesyuarat semata-mata. Beliau berkata, kekalahan dan prestasi buruk PKR di Perak pada PRU13 lalu harus dipikul Muhammad Nur sebagai ketua. "Bagaimanapun, peluang harus diberikan kepada beliau (Muhammad Nur) untuk memperbetulkan semula keadaan dan memastikan masalah berkenaan tidak berulang," katanya ~ Sinar Harian |
Semoga tiada rakyat Malaysia yang akan demo macam ni... Posted: 05 Jun 2013 10:01 PM PDT Sekumpulan lima orang ahli perniagaan telah melucutkan seluar mereka di hadapan Parlimen Italy semalam, menuntut pemansuhan cukai dan denda terhadap mereka yang menurut mereka telah menyebabkan puluhan rakan-rakan mereka membunuh diri. Lelaki-lelaki itu telah beraksi dihadapan camera hanya dengan mengenakan seluar dalam dan juga kameja membawa plakat yang berbunyi "Anda membunuh beribu-ribu pekerjaan". Menurut Presiden Cobas Imprese, Giuseppe Graziani yang berada dalam kumpulan tersebut "Dalam tempoh 18 bulan lalu, 162 ahli perniagaan telah membunuh diri kerana penat lelah mereka berakhir di agensi yang mengutip cukai ini," Ini laporannya.. Italian businessmen drop pants in tax protest Kalau adapun yang hendak mengadakan demo seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli perniagaan dari Italy ini biarlah mereka terdiri dari penyokong-penyokong atau ahli-ahli UMNO.. |
Matlamat Himpunan Black 505 didedahkan!! Posted: 05 Jun 2013 07:30 PM PDT Tujuan Pakatan Rakyat menganjurkan perhimpunan aman Black505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun ini adalah bagi membuktikan Pakatan Rakyat menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya. Itu saja matlamatnya.. tolak penipuan dan tuntut reformasi pilihanraya.. tapi berjela-jela pulak analisa para pemikir UMNO/BN ni.. Beberapa pemimpin politik dan pakar strategi percaya perhimpunan yang diadakan di pelbagai tempat itu juga merupakan suatu usaha untuk membentuk minda anak muda Malaysia yang akan mencapai usia 21 tahun dan layak menjadi pemilih pada tahun-tahun akan datang. Kesian kat depa.. orang lain yang nak buat himpunan depa pulak yang sibuk buat analisa.. |
Setelah berbulan-bulan menafikan.. akhirnya mereka mengaku.. Posted: 05 Jun 2013 05:30 PM PDT Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akhirnya mengakui projek KLIA2 tergendala teruk setelah berbulan-bulan menafikan kepincangan yang berlaku itu. Pengakuan MAHB ini dibuat selepas Pakatan Rakyat (PR) beberapa kali mempertikaikan kelancaran pelaksanaan projek berkenaan sejak tahun lalu. Bagaimanapun, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, berkata, MAHB memberi alasan kelewatan menyiapkan kerja pembinaan yang sepatutnya siap pada September 2011 itu kerana beberapa bahagian projek yang gagal disiapkan kontraktor terbabit. "Kami tidak terkejut apabila kontraktor utama projek itu menafikan dakwaan MAHB sebaliknya menyalahkan MAHB sendiri kerana memberi arahan berulang kepada kontrak asal," katanya Pua dalam kenyataannya, hari ini. Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mempertikaikan tindakan MAHB yang menyalahkan pihak kontraktor selepas dua tahun berlaku kelewatan. "Jika ianya benar kesalahan pihak kontraktor, mengapa mereka tidak dikenakan denda dan ganti rugi yang ditetapkan atau LAD (Liquidated Ascertained Damage) sejak September 2011 kerana kelewatan menyiapkan projek berkenaan," katanya. Menurut Pua, masalah membabitkan kontraktor itu tidak pernah disebut MAHB atau Kementerian Pengangkutan sepanjang 18 bulan lalu ketika beliau dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengetengahkan isu berkenaan. "Akhirnya, MAHB sebagai pengurus projek dan pemilik serta semua mereka yang berada dalam pengurusan tertinggi syarikat perlu bertanggungjawab terhadap kemelut dan perkara yang memalukan itu," kata Pua. Beliau dalam nada sinis turut berkata, penamaan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) MAHB Faizal Mansor sebagai CFO terbaik bagi Perhubungan Pelabur oleh Persatuan Perhubungan Pelabur Malaysia (MIRA) adalah sangat ironi. "Permulaannya kos pembinaan projek KLIA2 itu kira-kira RM2 bilion tetapi sekarang meningkat 100 peratus kepada kira-kira RM4 bilion."Peningkatan drastik ini menyebabkan MAHB perlu meningkatkan bon sebanyak RM3.1 bilion dan dijangka perlukan tambahan RM1 bilion lagi pada masa akan datang menyebabkan MAHB terpaksa berhutang," kata Pua. Awal tahun ini, Pua pernah mendedahkan pengumuman MAHB untuk menambah RM598 juta melalui penempatan saham baru mengesahkan lagi bahawa syarikat itu terdesak dan terjejas dengan kos pembinaan KLIA2 yang meningkat. Ia sekaligus membabitkan dana kerajaan dan kepentingan rakyat secara langsung dengan MAHB melalui pemegang saham seperti Khazanah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Amanah Saham Berhad (ASB). ~roketkini |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan