Addin |
- Sessi Pencerahan.. Kisah Sebenar Di DUN Kota Damansara
- (Kemaskini) Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh, 4 Di Khuatiri Maut Tertimbus
- Rahsia Zahid Hamidi Terbongkar..
- Polis Dakwa P. Karuna Tidak Di Pukul Tapi Laporan Forensik Membuktikan Sebaliknya..
- Papagomo 'Mati'..
- Mufti Berjaya Pujuk MB Kedah Teruskan Kuliah Ilmu Di Sri Mentaloon?
- Hishamuddin Hussein Telah Berubah..
- BERNAMA Buka Tembelang Mirzan Mahathir
Sessi Pencerahan.. Kisah Sebenar Di DUN Kota Damansara Posted: 06 Jun 2013 04:00 PM PDT Saya telah menulis beberapa isu berkenaan KD sebelum ini yang merangkumi persoalan Strategi, Akhlak Jamaah Islam, Kawasan Contoh dan Perang Uhud. Artikel ini akan cuba mengupas beberapa kisah dongeng yang berlegar selepas apa yang berlaku di KD. Apabila ingin menegakkan benang yang basah, maka bermacam-macam kisah dogeng terpaksa dikemukakan berhubung KD. Saya senaraikan di sini beberapa kisah dongeng tersebut satu per satu untuk dinilai bersama. Pada tahun 2004 KD ditandingi PAS sambil Paya Jaras ditandingi PKR. Pada 2008, atas permintaan PAS Subang, maka Paya Jaras digantikan dengan KD. Maka PAS bertanding Paya Jaras dan KD ditandingi PKR. PAS kalah di Paya Jaras tetapi PKR, dengan Dr Nasir sebagai calonnya menang di Kota Damansara. Pada tahun 1999, tiada kerusi Kota Damansara. Kota Damansara adalah kerusi baru hasil persempadanan baru yang dilakukan pada 2003 oleh BN. Seperti Parlimen Kota Raja, Dun Sri Andalas dan Dun Sri Muda. Maka bagaimana ianya dijadikan milik PAS? Sepanjang 5 tahun sejak 2008, tidak pernah walaupun sekali isu KD 'dipinjamkan' kepada PKR disebut di BPPNS.Maka kata-kata Kota Damansara dipinjamkan kepada PKR dan KD adalah kerusi PAS adalah dongengan semata-mata. Dongeng 2: PKR Tiada Calon di Kota Damansara Hakikatnya PKR telah bersedia menurunkan calon lain sekiranya Dr Nasir tidak setuju untuk turun sebagai calon PKR. Saudara Radzlan Jalaluddin seorang peguam adalah calon yang akan diturunkan oleh PKR sekiranya Dr Nasir bertanding sebagai calon PSM. Calon PKR'standby' pun saya diberitahu sudah ada iaitu Ustaz Shamsul Firdaus. PKR bersedia menghadapi 3 penjuru dengan PSM sekiranya perlu di Kota Damansara. Tetapi apabila Dr Nasir setuju untuk diturunkan sebagai calon PKR, maka PKR arah calon-calon mereka yang lain untuk menarik diri. Maka cerita konon bahawa PKR tiada calon juga adalah dongeng semata-mata. Dongeng 3: Dr Nasir Adalah Calon PSM Hakikatnya Dr Nasir adalah calon PKR. Watiqah yang diguna adalah watiqah dari PKR. PKR turunkan beliau sebagai calon PKR. Tiada watiqah PSM dan bukan PSM yang ditentangi PAS. Bukan seperti di Semenyih. Cuba buka mata sikit. Ada beza atau tidak Semenyih dan Kota Damansara? Di Semenyih Aru bertanding atas tiket PSM. PKR turunkan calon bertanding kerana tidak terima Aru sebagai calon PKR. Sedangkan kerusi Semenyih dipersetujui semua adalah milik PKR bukan milik PSM. Di KD kes Dr Nasir adalah sebaliknya. Hanya yang terus ingin menegakkan benang basah sahaja akan mengatakan tiada beza. Dalam soal memilih calon, setiap parti berhak memilih calonnya sendiri atas alasan tersendiri. Ahli PAS KD perlu ingat, pada 2008, PAS meletakkan Ibrahim Ali di Pasir Mas! Ibrahim Ali bukan ahli PAS pun! Itu adalah atas maslahah PAS Kelantan. PAS Kelantan mencapai kemenangan besar, dari majoriti 1 kerusi pada 2004 kepada majoriti 2/3 pada tahun 2008. PAS mendapat 39 dari 45 kerusi pada tahun 2008! Strategi meletakkan Ibrahim mungkin telah menyumbang sedikit sebanyak kepada kemenangan itu. Maka cerita penglipur lara bahawa Dr Nasir adalah calon PSM dan bukan PKR juga merupakan dongeng semata-mata. Dongeng 4: PAS KD Tolak Dr Nasir Kerana beliau Sosialis Dr Nasir seorang Sosialis sejak dahulu. Beliau bersama Dr Syed Hussin dalam PSRM dan apabila PSRM bercantum dengan Keadilan sehingga Keadilan pun menambah 'rakyat' dalam nama 'PKR' dan menambahkan jalur merah pada logonya, Dr Nasir tidak ikut sama. Sebaliknya Dr Nasir berusaha menubuhkan PSM. Namun pada 2008 beliau diturunkan sebagai calon PKR di Kota Damansara. Begitu juga Arul yang bekas ahli PSRM juga diturunkan di Semenyih. Pada ketika itu PAS terima dan tidak membantah. Kalau mahu tolak Dr Nasir kerana dia Sosialis, sepatutnya ianya dibuat sejak 2008 kerana semua tahu beliau Sosialis pada ketika itu lagi. Bukan baru beliau isyhtihar bahawa beliau Sosialis. Lagipun telah diakui bahawa PKR dan DAP berbeza fahaman politik dengan PAS. Kalau PAS tolak Sosialis kerana bercanggah dengan Islam, bagaimana pula dengan fahaman liberal demokrat dan sosial demokrat yang dibawa PKR dan DAP? Dan bukankah ini sebabnya ada 'tahalluf' iaitu kerjasama dengan yang tidak sama fahaman politik dengan PAS. Dan bukankah ini sesuai dengan ayat 61 Surah Al-Anfal yang bermaksud; "Dan kalau mereka telah condong kepada perdamaian, hendaklah kamu condong juga kepadanya (perdamaian), dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui". Masalah ini sepatutnya tidak timbul lagi kerana ianya telahpun diputuskan bersama pada 2008 bahawa sekiranya Dr Nasir guna lambang PKR maka tiada masalah. Soal Syed Hussein Ali bertanding di Kelantan dan ditolak oleh PAS Kelantan adalah atas perkiraan lain. Masyarakat Kelantan tidak bersedia menerima Syed Hussein Ali sebagai calon. Faktor 'winnability' dalam suasana saingan sengit perlu diambil kira. Tapi di Kota Damansara, terbukti Dr Nasir boleh menang. Ini telah terbukti pada 2008. Maka dengan itu alasan PAS KD tolak Dr Nasir kerana beliau Sosialis juga adalah alasan dongeng yang telah direka cipta. Dongeng 5: Dr Nasir Sebagai ADUN Banyak Menimbulkan Masalah Ada yang mengatakan bermacam-macam perkara berhubung tindakan Dr Nasir sebagai ADUN. Masalah itu dan ini. Kononnya susah untuk dapat peruntukan untuk program dan sebagainya. Saya jawab dengan mendedahkan satu fakta sahaja untuk menyanggah ini semua. Sepanjang 5 tahun tiada sebarang aduan terhadap Dr Nasir yang dikemukakan dalam mesyuarat BPPNS. Kalau ada pun, isu biasa yang melibatkan semua ADUN yang bukan PAS yang dihadapi oleh ahli PAS. Biasalah tu, mereka pun sibuk membuat program sendiri dan PAS pun dengan programnya. Sepatutnya kerja rapat. Program PKR/DAP program PAS, program PAS program mereka juga kerana semua untuk bertemu dengan rakyat jelata yang merupakan pengundi PR bersama. Pada masa yang sama ramai juga ahli PAS jadi Nazir Masjid, AJK Masjid, Ketua Kampung, JKK, Ahli Majlis dan sebagainya. Tiada pula Dr Nasir menhalang fahaman Islam dari disebarkan dan fahaman Sosialisma diajar di Masjid dan Surau! Amatlah menghairankan kenapa tiba-tiba apabila sudah dekat dengan PRU baru isu ini timbul. Semasa membincangkan soal siapa calon untuk Paya Jaras, di mana pimpinan Selangor bertemu pimpinan PAS Subang berkali-kali, termasuk selepas pembubaran Parlimen, tiada walau satu ayat pun dikeluarkan berhubung KD! Maka bagi saya, sebagai pimpinan PAS Negeri Selangor, alasan Dr Nasir banyak menimbulkan masalah adalah dongeng ke 5. Dongeng 6: Bertanding di KD adalah Keputusan Majlis Syura! Saya malas hendak jawab. Saya nasihat penghujjah jangan menipu. Walaupun kita tahu "peperangan itu adalah tipu-helah" janganlah guna hadis itu sebagai alasan untuk menipu ahli dan rakyat. Saya bukan berperang dengan saudara-saudara. Saya hanya ingin menegur kesilapan yang telah dilakukan. Jangan menipu. Jatuh imej tuan-tuan semua; lebih-lebih lagi yang bergelar Ustaz. Sebenarnya, jika benar ikhlas, alasan tidak perlu bertukar-tukar dan berbagai jenis. Tidak perlu ditokok tambah dengan macam-macam cerita penglipulara. Cakap je, "Dia Sosialis". Atau "dia susah nak kerjasama". Atau "kerusi dipinjam". Atau "PKR tiada calon". Pilih sahaja satu dan hujjah berasaskan yang itu. Ini tidak. Alasan berbagai dan beraneka bentuk dan banyak darinya yang dongeng belaka. Itu adalah bukti alasannya adalah alasan semata-mata. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD | ||
(Kemaskini) Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh, 4 Di Khuatiri Maut Tertimbus Posted: 06 Jun 2013 09:06 AM PDT Struktur pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung yang runtuh kira-kira jam 7 petang tadi.2 kereta orang awam mungkin terperangkap bawah runtuhan Jambatan P Pinang di Bt Maung. Usaha mencari sukar kerana ditimbus sisa konkrit. Kejadian berlaku ketika jalan itu sesak dengan kenderaan orang ramai yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Pihak bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian kini sedang melakukan kerja-kerja mengesan kemungkinan ada mangsa yang terlibat. Beberapa jentera berat termasuk kren terpaksa diguna bagi membantu pihak bomba mengalihkan runtuhan. Baca berita selanjutnya di SINI. | ||
Rahsia Zahid Hamidi Terbongkar.. Posted: 06 Jun 2013 07:42 AM PDT Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini membangkitkan persoalan mengapa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dikenakan tindakan mahkamah ekoran tindakannya memukul seorang ahli perniagaan pada 2006. Lim mendakwa Ahmad Zahid pernah disaman oleh Amir Abdullah Bazli kerana didakwa menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Rekreasi Country Heights, Kajang sehingga menyebabkan beliau mengalami kecederaan tulang hidung dan bengkak di mata. "Najib perlu menjelaskan sama ada beliau mengetahui perkara itu, yang mana Zahid ketika itu adalah timbalan menteri penerangan, dan sama ada perdana menteri telah menyiasat mengapa polis tidak mendakwa Zahid kerana tindakannya itu," tegas Lim merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut mendakwa Ahmad Zahid telah menafikan perkara itu dan memohon Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya menolak kes berkenaan yang mana telah dilakukan pada 21 April 2010. Ahmad Zahid kemudiannya dakwa Lim telah mengemukakan saman balas atas alasan mengalami rasa malu dan trauma emosi disebabkan tuduhan tersebut. Namun tahun lalu jelas Lim, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak cubaan Ahmad Zahid dan mengarahkan beliau membayar RM5,000 kos, dan menggesa beliau memberikan maklum balas terhadap tindakan berkenaan. "Kes ini dibangkitkan bagi menjawab persoalan mengapa Ahmad Zahid tidak didakwa di mahkamah oleh polis kerana perlakuan jenayah. "Ia menimbulkan persoalan adakah Malaysia mempunyai penjenayah sebagai Menteri Dalam Negeri?" kata Lim. Beliau turut menambah "adakah Najib atau Ahmad Zahid bersedia menjelaskan berhubung isu ini dan kesesuaian beliau memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dengan kes berkenaan." Veteran DAP itu turut menuntut penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low sama ada beliau bersetuju Ahmad Zahid harus meletak jawatan sebagai usaha "integriti" dan "tatakelola kerajaan yang baik" sehingga beliau membersihkan dirinya daripada dakwaan kes berkenaan. ~the malaysian insider | ||
Polis Dakwa P. Karuna Tidak Di Pukul Tapi Laporan Forensik Membuktikan Sebaliknya.. Posted: 06 Jun 2013 05:28 AM PDT
KUALA LUMPUR, 6 JUN: Bekas jurutera, P Karuna Nithi, yang mati di lokap IPD Tampin disahkan dipukul berdasarkan laporan pakar forensik, Dr Sharifah Safoorah Syed Alwee Al-Aidrus dari Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Ia bercanggah dengan kenyataan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh kononnya kematian mangsa tiada kaitan dengan pukulan atau penderaan, kata Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi & Undang-undang KEADILAN, S Jayathas. "Bedah siasat juga mendapati seluruh anggota badannya di depan dan belakang penuh dengan kesan lebam selain beberapa kecederaan dalaman," katanya. "Balai polis yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk rakyat tidak pula berlaku ekoran kematian demi kematian yang berlaku sebelum ini," tegas Jayathas. Terdahulu, pada 3 Jun, kira-kira 60 orang menyertai protes dihadapan IPD Tampin bagi membantah insiden kematian dalam tahanan melibatkan P Karuna Nithi. Satu upacara keaagamaan Hindu turut dibuat di hadapan IPD Tampin sebagai simbolik memohon kezaliman dihentikan dan keadilan kepada mangsa yang terkorban diberikan pembelaan. Hadir sama Adun Port Dickson, Ravi Munusamy; Adun Nilai, J. Arul Kumar; Adun Senawang, P. Gunasekaran dan penyokong Pakatan Rakyat. P Karuna Nithi, 42, yang menunggu proses ikat jamin bagi satu kes ditemui mati di lokap Balai Polis Tampin 2 Jun lalu. Kejadian itu yang ketiga dalam sebelas hari selepas kematian N Dharmendran di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, 21 Mei lalu dan R Jamesh Rao di lokap Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang pada 26 Mei. ~keadilandaily | ||
Posted: 06 Jun 2013 03:58 AM PDT SHAH ALAM - Blogger terkenal, Papa Gomo yang 'memeriahkan' alam maya dengan entri-entri kontroversi mengumumkan mahu bersara daripada dunia blogging. Menulis dalam laman mikro Twitter menggunakan nama @PapaGomo, blogger berkenaan memaklumkan perjuangannya dalam dunia blogging sudah berakhir. "I'm done (saya selesai). Itu yang Gomo boleh katakan dalam perjuangan dengan nama blog Papa Gomo. Bagi peluang blogger baru gegar alam maya ini," tulisnya pada Isnin lalu. Papa Gomo merupakan blogger yang tidak asing lagi dengan hasil tulisan dan pendedahan mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai skandal. Terbaru, blogger berkenaan berhadapan dengan kes saman oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang akan didengar awal tahun depan. Saman fitnah RM100 juta itu difailkan Anwar 21 Mac lalu dengan menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai pemilik blog berkenaan. Ia ekoran penayangan video lucah yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang itu. Wan Muhammad Azri bagaimanapun menafikan bahawa beliau adalah pemilik blog berkenaan. Papa Gomo yang identitinya masih menjadi teka-teki dalam laman mikro Twitternya turut menulis, beliau yakin ramai lagi blogger berbakat dapat diketengahkan untuk memeriahkan PRU14 kelak. Blog Papa Gomo juga kini tidak boleh diakses lagi. "Gomo nak fokus pada perniagaan pakaian tu. Lagipun bulan puasa dah nak tiba dan ni masanya nak cari duit lebih," tulisnya. "Gomo yakin PRU14 akan ada ramai blogger pro BN yang hebat. "Semoga perjuangan rakan rakan blogger lain akan terus hebat dan menguasai arus blogger yang ada pada PRU14. Pakatan mesti dihancurkan," tambahnya lagi dalam posting berlainan. ~sinar harian | ||
Mufti Berjaya Pujuk MB Kedah Teruskan Kuliah Ilmu Di Sri Mentaloon? Posted: 06 Jun 2013 12:47 AM PDT Bila tersebar berita bahawa kerajaan UMNO Kedah mengharamkan kuliah di Sri Mentaloon maka ramai peminat kuliah tersebut khususnya kakitangan awam merasa sedih kerana majlis ilmu yang diasaskan oleh Ustaz Azizan lima tahun lalu menjadi mangsa pertukaran kerajaan. Mereka meminta jasabaik Dato' Mufti Kedah Syeikh Badarudin supaya memujuk Menteri Besar untuk membenarkan semula kuliah tersebut diadakan kerana ia adalah kuliah agama, bukan ceramah politik. Yeelah, bukan asal sebut Islam saja politik, sebut Islam saja politik... takkanlah sampai kuliah agama pun takleh sebut Islam. Sepanjang kuliah berjalan sepenggal kerajaan lalu, walaupun yg beri kuliah itu MB sekalipun namun beliau tidak pernah berceramah politik kepartian UMNO-PAS, memang kuliah agama semata-mata. Maklumat terbaru diterima bahawa atas desakan demi desakan dari orangramai akhirnya MB Mukhriz membenarkan semula kuliah di Sri Mentaloon diadakan. Adakah ia hasil perundingan Dato' Mufti dengan MB? Jika benarkah kuliah dibuka semula atas campurtangan Mufti maka sekalung tahniah kepada Dato' Mufti kerana berperanan dengan baik sebagai ulamak... Walaubagaimanapun kita tengoklah hari Sabtu terdekat ini (8 Jun) sama ada kuliah tersebut diadakan semula atau tidak selepas sebulan dihentikan. ~kedahla | ||
Hishamuddin Hussein Telah Berubah.. Posted: 05 Jun 2013 09:50 PM PDT Sementara banyak pihak menyuarakan pendapat agar tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan UMNO pada pemilihan hujung tahun ini, Naib Presiden UMNO Hishammuddin Hussein nampaknya bersikap lebih terbuka dan matang serta memahami bahawa UMNO tidak seharusnya lagi dikawal serta ditentukan oleh orang yang berada di atas sahaja. Beliau yang baru dilantik sebagai Menteri Pertahanan berkata, hanya perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO yang paling layak menentukan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO mahu dipertandingkan atau tidak. Katanya, semua proses meminda perlembagaan parti, termasuk proses mahu membenarkan lebih ramai perwakilan akar umbi mengundi pada pemilihan nanti adalah dibuat bagi menjadikan parti itu menjadi lebih telus dan inklusif. Akhirnya, kata beliau, semuanya terpulang kepada para perwakilan namun ia perlu dibuat agar UMNO kekal kuat. Sikap dan pendirian Hishammuddin ini sekaligus menolak pendirian dan sikap UMNO Negeri Sembilan yang telah membuat resolusi agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO ini tidak dipertandingkan atas alasan kononnya demi perpaduan dan persiapan menghadapi PRU 14. Pendirian UMNO Negeri Sembilan itu juga disokong oleh beberapa pemimpin UMNO yang lain, termasuk seorang lagi Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi. Najib yang sedar kedudukannya belum pasti selamat berikutan keputusan piliharaya yang tidak begitu memberangsangkan, bagaimanapun menyatakan kesediaan jika ada sesiapa yang mahu mencabarnya. Meskipun demikian, sikap dan pendirian ahli UMNO di peringkat akar umbi nampak nyata berbeza. Ramai yang bercakap soal pertandingan dan mahu semangat demokrasi dalam UMNO disuburkan dengan semangat pertandingan yang sihat demi memilih pemimpin yang terbaik di antara yang baik-baik. Kenyataan Hishammuddin yang menyerahkan kepada perwakilan membuat keputusan dan bukannya mana-mana pemimpin yang berhak menentukan sama ada pertandingan itu mahu diadakan atau tidak, jelas merupakan bidasan kepada resolusi UMNO Negeri Sembilan dan sesiapa juga yang menyokongnya. Setelah kali terakhir UMNO menyaksikan pertandingan jawatan Presiden pada 1987 iaitu kira-kira 26 tahun yang lalu, kini ramai yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan itu dibiarkan ada berlaku pertandingan. Tambahan pula, membenarkan sesiapa bertanding juga adalah selari dengan semangat dan hasrat Najib sendiri meminta perlembagaan dan peraturan baru yang melibatkan lebih ramai ahli dibenarkan membuat keputusan mengenai pucuk pimpinan parti berbanding hanya kira-kira 2,500 perwakilan bahagian sebelum ini. Selain kira-kira 145,000 ahli peringkat cawangan akan menentukan pucuk pimpinan kali ini, sesiapa yang mahu bertanding juga tidak lagi terikat dengan kouta pencalonan tertentu, sebaliknya mereka yang berhasrat untuk bertanding hanya perlu mendaftarkan namanya saja di Ibu Pejabat UMNO. Berikutan prestasi BN lebih buruk berbanding 2008, timbul cakap-cakap bahawa Muhyiddin bakal mencabar Najib bagi memberi nafas baru yang lebih segar kepada UMNO dan BN bagi menghadapi PRU 14 nanti. Beberapa nama juga turut disebut sebagai bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO yang akan dikosongkan oleh Muhyiddin, antaranya Zahid Hamidi dan Hishammuddin. Bagi jawatan Naib Presiden pula, nama Khaled Nordin, Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin, selain Shafie Afdal yang akan mengekalkan jawatan, adalah antara nama-nama yang mula disebut bakal bersaing merebut jawatan ketiga tertinggi itu. Walaupun sehingga ini belum ada mana-mana pihak tampil mengesahkan mahu bertanding tetapi jelas tergambar mood ahli di peringkat bawahan ialah mereka mahukan adanya pertandingan di semua jawatan utama kali ini. Sementara ada pemimpin yang tidak mahu adanya pertandingan, sikap dan pendirian Hishammuddin yang menyerahkan perkara itu kepada perwakilan menentukannya haruslah diberikan pujian kerana ianya menunjukkan beliau memahami kehendak ahli di peringkat akar umbi. Berbanding Zahid juga, Hishammuddin ternampak lebih matang dalam hal ini meskipun ketika menjadi Menteri Dalam Negeri dulu, beliau banyak dikecam dan dipertikaikan. Kecaman dan sindiran banyak pihak terhadapnya sebelum ini, serta pertukaran ke Kementerian Pertahanan barangkali telah mengubah pemikirannya menjadi seorang pemimpin yang lebih baik dan memahami hasrat orang bawahan. Sikap Hishammuddin itu juga menunjukkan beliau telah berubah dan mahu nasib pemimpin ditentukan oleh ahli UMNO peringkat akar umbi, sesuai dengan slogan Najib "rebah jika tidak berubah" sementara Zahid pula nampaknya lebih selesa dengan sikap lama yang hanya mahu ahli bawahan mendengar serta mengikut kata pemimpin atasan. ~shahbudin | ||
BERNAMA Buka Tembelang Mirzan Mahathir Posted: 05 Jun 2013 05:47 PM PDT Mirzan Mahathir tidak miliki saham Petron Malaysia Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) hari ini memaklumkan kepada Bursa Malaysia yang Mirzan Mahathir tidak memiliki sebarang saham ataupun beliau mempunyai peranan dalam syarikat. Petron Malaysia membuat kenyataan itu sebagai maklum balas kepada pertanyaan daripada seorang pemegang saham di mesyuarat agung tahunan berhubung pegangan saham Mirzan dalam Petron Malaysia dan syarikat induk, Petron Corporation, dan syarikat pegangan, San Miguel Corporation. Syarikat itu mengesahkan yang Mirzan ialah ahli lembaga syarikat induknya, Petron Corporation Filipina. Beliau telah dipilih sebagai pengarah Petron Corporation pada 13 Ogos 2010 dan memegang 1,000 saham, Di bawah undang-undang kecil syarikat, seseorang itu harus menjadi pemegang saham untuk layak sebagai Pengarah. Petron Corporation mempunyai 9.4 bilion saham yang disenaraikan di Bursa Saham Filipina. Sebelum memegang jawatan pengarah dalam Petron Corporation, syarikat berkata yang Mirzan ialah pengarah San Miguel Corporation untuk tempoh singkat dari 1 September 2009 sehingga 15 April 2010. Beliau masa ini menguasai 5,000 saham San Miguel. San Miguel Corporation mempunyai sejumlah 3.3 bilion saham yang disenaraikan di Bursa Saham Filipina. "Kami berharap yang fakta ini akan mengakhiri segala spekulasi yang berkaitan Mirzan, yang sememangnya tidak adil untuk keluarga Dr Mahathir. "Saham yang dipegang Mirzan dalam San Miguel Corporation dan Petron Corporation sememangnya saham yang melayakkan untuk jawatan pengarah," kata pengerusi dan ketua pegawai eksekutif, Ramon S Ang dalam satu kenyataan. "San Miguel, Petron Corporation dan Petron Malaysia ialah syarikat penyenaraian awam, yang patuh kepada standard ketat tadbir urus," tambah Ang. ~bernama
|
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan