Aku menanti tarikh 22 Jun... Setelah tiket 15 Jun Kire hangus... Khabarnye mesyuarat PAS Pusat dah setuju agar penyokongnya menyertai himpunan ini. Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden telah mengumumkan keputusan tersebut seusai mesyuarat PAS Pusat. Malah beliau menyatakan bahawa akan ada arahan rasmi Presiden sedikit masa lagi.
Kenyataan itu digambarkan berbeza dengan kenyataan awal Ketua Ulama Pas Puast , Ust Harun Taib. Apapun keputusan Pas Pusat telah menjadikan Ustaz Harun menarik keputusan beliau sebelum ini. Ramai yang
mengambil peluang menghentam Ketua Ulama ini dengan berbagai gelaran sebelumnya. Hanya kerana tidak bersetuju dengan kenyataan awal beliau.
Aku mula nak paham bahawa dunia politik ini hanya ingin A atau B. Tiada pandangan C atau selainnya. Kamu ikut aku atau musuh aku. Itulah kepala otak politik bagi yang menghambakan diri dengan politik... apatah lagi bagi yang menghabiskan masa depan komputer sebagai pengulas ikut suka...
Dalam Islam.. ada yang MESTI diikuti dan ada yang MESTI ditentang... Namun ada yang diberi kelonggaran untuk di pilih mana yang lebih utama. Inilah tanda penghargaan Islam terhadap keluasan pandangan dan kebebasannya. Malangnya kebanyakkan kita memilih untuk menyekat kebebasan itu walau di satu sudut melaungkannya... ha..ha... hipokrit... Bila dah sama dengan keputusannya... aku setuju... aku tabik dan macam macam lagi... hipokrit!!!
Bagi aku soal memilih untuk menyertai perhimpunan atau menolakknya adalah soal ijtihad. Hakikatnya semua mengakui bahawa BN menang dengan menipu... Cuma soalnya apa pendekatan selepas ini...?? berhimpun... sampai bila..??? membina melalui pembangunaan jiwa dan rohani ... untuk menghadapi penipuan masa depan... Boleh saje dipilih... yang utama ... mana yang terbaik...
Namun keputusan yang dibuat oleh mesyuarat JK PAS pusat telah memilih mana yang perlu diutamakan. Sebagai ahli gerakan Islam yang tahu adab berjamaah.. Ustaz Harun Taib memilih akur dengan keputusan itu... Inilah akhlak Islam yang sebahagian blogger tak ambil tahu.... atau memang tak tahu....
Aku ucapkan tahniah kepada Ustaz Harun Taib kerana mengajar adab kepada yang tak tau adab dan terus menyanggah keputusan yang telah dipersetujui. Berbeza pandangan adalah baik... untuk melihat yang terbaik... Cumanya setelah keputusan dibuat... maka kenalah akur... Ketua Ulama ini menunjukkan akhlak berjamaah... Tahniah sekali lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan