Kelab Greenboc |
- SPR Tak Tahu Malu, Ambiga Suruh Nilai Diri Mereka Sendiri
- Ustaz Azhar Idrus: Petisyen BN Kelakar
- Kereta Terbenam 6 Meter, Penjual Nasi Dipercayai Tertimbus
- Orang Cina Pula Minta Bendera PAS...
- [BERGAMBAR] Peserta ‘Flash Mob’ Black 505 Ditahan Depan Sogo
- Wanita Dalam CCTV Dicari
SPR Tak Tahu Malu, Ambiga Suruh Nilai Diri Mereka Sendiri Posted: 16 Jun 2013 12:45 AM PDT AAmbiga gesa kepimpinan SPR nilai diri sendiri Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga semalam menggesa pegawai tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekurang-kurangnya menilai diri sendiri dan mempunyai maruah diri untuk mengakui kesilapan mereka. Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Ambiga menegaskan kepimpinan SPR perlu serius bertanya diri sendiri sama ada mereka mendapat keyakinan rakyat. Menurut Perlembagaan Persekutuan, pesuruhjaya SPR yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mesti mendapat keyakinan orang ramai. Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Rabu lalu yamg mengulangi bahawa pesuruhjaya SPR tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya umum lalu. Abdul Aziz berkata barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. -mk |
Ustaz Azhar Idrus: Petisyen BN Kelakar Posted: 15 Jun 2013 11:01 PM PDT Kuala terengganu – Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan petisyen BN Kelantan mengaitkan beliau sebagai punca kekalahan BN di negeri itu pada PRU13 lalu sebagai kelakar. Ikon agama itu dalam reaksinya berkata, perkara itu langsung tiada kena mengena dengan beliau kerana kenyataan berhubung 'Haram jatuhkan kerajaan Islam' yang dimainkan Pas pada kempen pilihan raya itu bukan kenyataan peribadi beliau, sebaliknya daripada al-Quran. "Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (berkaitan), haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam. Tidak boleh," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Meraikan Ustaz Azhar Idrus anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), di Padang Hiliran, semalam. Memberitahu petisyen BN itu disedari melalui laman sosial Facebooknya, Azhar berkata, sekiranya kenyataan dibuat cenderung mempengaruhi rakyat tidak menjatuhkan kerajaan Kelantan, mungkin BN boleh mempertimbangkan untuk menjadikan beliau sebagai alasan. "Kalau (kaitkan) benda itu saya rasa bukan. Itu dalam al-Quran. Yang boleh buat petisyen (kalau) saya kata 'jangan jatuhkan kerajaan Kelantan' tetapi (saya) tidak kata begitu. (Saya kata) jangan jatuhkan kerajaan Islam," katanya. Mengulas lanjut, Azhar yang turut dikenali dengan akronimnya UAI sekali lagi menegaskan, apa-apa sahaja perkara yang berbentuk Islamik tidak patut dihalang dan haram sama sekali menjatuhkannya. -SH |
Kereta Terbenam 6 Meter, Penjual Nasi Dipercayai Tertimbus Posted: 15 Jun 2013 08:05 PM PDT Georgetown - Pekerja pembersihan menjumpai serpihan kereta yang dipercayai jenis Honda City berwarna gelap yang terbenam di bawah konkrit yang menghempas jalan raya membentuk kawah berikutan runtuhan penebat Kilat. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu kira-kira jam 5.20 petang ini. Menurutnya, pekerja pembersihan menjumpai bahagian depan kereta itu dan enjin yang mempunyai nombor casis. Sebelum ini, pihak polis menerima satu laporan mengenai seorang lelaki berusia 44 yang dipercayai hilang pada hari kejadian keruntuhan rod penebat kilat menara UMNO, di Jalan Macalister, Khamis lalu. Difahamkan, lelaki itu juga menaiki kereta jenis yang sama pada masa kejadian. Keluarga mangsa turut berada dilokasi kejadian menunggu kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang diteruskan sehingga kini. Sinar Harian difahamkan, masa kejadian mangsa dalam perjalanan untuk membawa anaknya pulang dari sebuah sekolah dekat situ. Mangsa dipercayai tidak pulang dan dipercayai hilang selepas hari kejadian.
|
Orang Cina Pula Minta Bendera PAS... Posted: 15 Jun 2013 05:00 PM PDT |
[BERGAMBAR] Peserta ‘Flash Mob’ Black 505 Ditahan Depan Sogo Posted: 15 Jun 2013 07:50 AM PDT Seramai 16 peserta termasuk wanita dan seorang kanak-kanak berumur 10 tahun ditahan ketika mengadakan 'flashmob' sempena Himpunan Suara Rakyat depan gedung beli-belah Sogo dan Jalan Tunku Abd Rahman di sini. Mereka ditahan selepas memulakan perhimpunan kira-kira jam 2.00 petang tadi. Di antara yang terawal ditahan, Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Eddy Noor Reduan. Mereka dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan kenderaan Black Maria untuk tindakan lanjut. Selepas kenderaan itu beredar, aktivis pelajar Ekhsan Bukharee dan seorang peserta lagi kemudiannya ditahan. Peguam, New Sin Yew tiba di balai selepas dimaklumkan oleh seorang aktivis yang ditahan, bagaimanapun beliau tidak dibenarkan berjumpa dengan aktivis yang ditahan itu. Sehubungan itu, beliau memutuskan untuk meminta kebenaran membuat laporan polis ekoran tidak dibenarkan masuk di Balai Polis yang sama. Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata penahanan peserta 'flashmob' itu tidak akan menggugat Himpunan Suara Rakyat pada 22 Jun ini. "Walaupun 16 peserta ditahan, tetapi masih terdapat 16,000 rakyat masih menunggu untuk ditahan. Ini juga sebagai satu acara mobilisasi untuk himpunan. Apa yang penting kita fokus pada 22 Jun depan," katanya ketika ditemui di Balai Polis terbabit. Dalam 'flash mob' tadi, Presiden Solidariti Mahasiswa (SMM), Safwan Anang memaklumkan 'flashmob' itu bertujuan untuk mengajak orang ramai turun pada 22 Jun ini. "Kami bukan ingin menggulingkan kerajaan tetapi kami mahu menolak penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya. -selangorku
|
Posted: 15 Jun 2013 05:31 AM PDT CCTV sebuah bank di bandar ini berjaya merakam tindakan seorang wanita mengambil telefon pintar jenis Iphone 4S ditinggalkan pemiliknya di atas mesin deposit wang, sekitar jam 8 malam, 3 Jun lalu. Berdasarkan rakaman terbabit, wanita berkenaan yang memakai baju, tudung dan seluar berwarna hitam, masuk ke dalam bank semata-mata untuk mengambil telefon bimbit tersebut. Wanita dianggarkan berusia lewat 20-an itu dilihat keluar dan masuk semula ke dalam bank untuk melakukan transaksi di mesin sama selang seminit kemudian. Pemilik telefon, Rosli Mustafa, 38, berkata, dia tertinggal telefonnya di mesin terbabit dan hanya menyedarinya sejam kemudian. "Saya terus membuat beberapa panggilan, tetapi telefon saya ditutup. "Apabila saya kembali semula ke bank, saya dapati telefon bimbit saya sudah tiada," katanya. Rosli berkata, dia kemudiannya meminta kebenaran pihak bank untuk melihat CCTV dipasang di tempat kejadian bagi menjejaki individu yang mengambil telefonnya. Katanya, berdasarkan rakaman tersebut, terdapat dua individu yang masuk ke bank berkenaan selepasnya. "Individu pertama seorang lelaki menggunakan mesin sama, tetapi tidak mengambil telefon saya. Selang beberapa minit kemudian, masuk wanita terbabit. "Saya tidak mahu berprasangka buruk, mungkin dia mengambil telefon itu untuk diserahkan kepada pihak lebih dipercayai agar dapat dikembalikan kepada saya semula," katanya. Bagaimanapun katanya, setelah lebih seminggu kejadian itu berlaku, tiada sesiapa tampil untuk memulangkan semula telefon tersebut kepadanya. "Telefon itu dibeli pada harga lebih RM2,500. Tambahan pula banyak kenangan saya dalam telefon itu. Saya harap wanita dalam rakaman CCTV ini dapat tampil dan berjumpa dengan saya. "Kini saya sedang mendapatkan kerjasama daripada pihak bank untuk mengesan transaksi dilakukan wanita berkenaan. Jika tiada sebarang pemulangan, kemungkinan saya akan membuat laporan polis berdasarkan bukti yang ada ini," katanya. Pemilik kedai cermin mata Optik Jengka itu berkata, kejadian yang menimpanya itu boleh menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya bersikap lebih jujur. "Kalau terjumpa sesuatu yang bukan milik kita, tidak salah jika mengambilnya untuk diserahkan kepada pihak yang boleh memulangkannya kepada pemilik asal. "Kebetulan kejadian sebegini dirakam CCTV. Kalau tidak kerana CCTV sekali pun, ingatlah ALLAH SWT itu Maha Melihat," katanya. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan