Rabu, 19 Jun 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hello Azli Musa , ko pun terlepas bas juga?

Posted: 19 Jun 2013 09:00 AM PDT


Saya terus menghubungi Ust Azli Musa sejurus saya terbaca kenyataan beliau di Utusan Meloya melalui status di Facebook, mengenai kenyataan Husam yang bersabit isu 'pengkhianat'  sebagaimana 'screenshot' kat atas tu.

Saya mahu mempastikan sama ada benar atau tidak kenyataan yang dilapor Utusan itu.Pertamanya, kerana setahu saya , Azli mengerjakan ibadah Umrah baru-baru ini.

"Bila balik Umrah?" Saya ajukan soalan itu bila dia menjawab panggilan telepon saya.

"Isnin lepas," jawabnya. Seterusnya beliau akui kenyataan di akhbar Utusan Meloya itu adalah kenyataannya.Dalam hati, terasa sangat hampanya,  walhal kita ada akhbar sendiri... saya mengeluh sorang sendiri...alahai.

Saya terasa pelik, apasal masih ada pemimpin kita dalam PAS yang tidak serik-serik mengeluarkan kenyataan melalui akhbar musuh macam Utusan Meloya nih? Boleh sesiapa tolong jawabkan ?

Saya sendiri tidak bersetuju dengan kenyataan Husam sebagaimana yang dilaporkan Utusan Meloya.  Kalaulah laporan itu benar, maka sesungguhnya kenyataan Husam itu adalah tidak perlu kerana ianya boleh menyebabkan simpati orang kepadanya akan semakin menurun.

Tapi, nak cakap lebih-lebih pun tak berani kerana tidak punyai kenyataan asal Husam dari sumber yang sahih.

Saya tidak pasti sama ada Azli sendiri telah mendapat sumber sahih mengenai kenyataan Husam itu atau hanya melalui di sini?

Saya cuma bertanya sahaja sebab saya rasakan, Azli telah begitu lancang  dalam membuat kenyataan di akhbar musuh tersebut.

Saya mengingatkan Azli, mengenai sikap Ust Harun Taib dalam soal ini, walau pun beliau pernah mengeluarkan kenyataan yang kontraversi , namun kemudian beliau sendiri akur bila keluar kenyataan PAS Pusat di sini.

Pun begitu juga kenyataan Ust Haron Din yang menegaskan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Husam dalam masa terdekat sebelum memberikan reaksi terhadap kenyataan pemimpin berkenaan.Baca laporan di sini


KUALA LUMPUR 18 Jun - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa tidak sewajarnya menggelar mana-mana pemimpin parti yang tidak menyertai perhimpunan anjuran pakatan pembangkang bagi membantah perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, sebagai pengkhianat. 

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Norazli Musa berpandangan, gelaran pengkhianat sebenarnya lebih tepat diberikan kepada mana-mana pemimpin Pas yang mematuhi arahan pucuk pimpinan parti lain. 

Menurut beliau, arahan untuk menganjurkan perhimpunan membantah keputusan PRU-13 dikeluarkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan melalui persetujuan majlis pimpinan pakatan pembangkang.Artikel Penuh 


Mengulas kenyataan Azli pada perenggan 2 dan tiga, saya kira, Azli termasuklah antara mereka yang ketinggalan bas.Kenyataan Azli hanya akan menambah kekeliruan anggota jemaah sendiri.

Mana tidaknya, dalam para 2,  Azli menuduh sebagai pengkhianat ' mana-mana pemimpin-pemimpin PAS yang mematuhi arahan pucuk pimpinan parti lain. Siapakah mereka yang dimaksukan oleh Azli? Saya pun tidak berhajat untuk tahu kerana ianya sebenarnya bukanlah isu dan tidak perlu diperkatakan.

Kalau menurut para 3, Azli menganggap bahawa arahan perhimpunan (BLACKOUT 226) itu datangnya dari arahan 'Anwar Ibrahim dan bukan melalui persetujuan majlis pimpinan pakatan pembangkang.' (catatan : mungkin maksudnya ialah Majlis Presiden Pakatan Rakyat?)

Azli jelas telah keliru. Mungkin Azli telah terlepas pandang (terlepas bas) bahawa :

1) Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Nawawi telah mengadakan sidang akhbar dan mengeluarkan kenyataan bahawa kepimpinan PAS sebulat suara menyokong keputusan yang dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat baru-baru ini terhadap penganjuran perhimpunan tersebut. Kenyataan ini dibuat pada 5 Jun 2013 di sini

2) Pada 9 Jun 2013, barulah PAS Pusat mengumumkan dan mengerahkan ahlinya menyertai perhimpunan aman Black 505. "Kenyataan rasmi presiden akan kita keluarkan melalui laman rasmi PAS dan juga Harakahdaily dalam masa terdekat," terang Mat Sabu yang mewakili PAS Pusat membuat kenyataan tersebut.( Catitan : sehingga kini Presiden tak ada lagi keluarkan kenyataan tersebut....alahai da 10 hari nih!)

3) Pada 10 Jun 2013, Ustaz Harun Taib dilaporkan membuat kenyataan dengan tajuk "Kalau demo untuk revolusi saya tak setuju" Kenyataan itu yang antaranya menyebut: Beliau akur dengan keputusan parti berhubung penyertaan dalam perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya 'Black 505' yang akan diadakan pada 15 Jun ini ( catatan : tarikh 15 Jun telah ditunda kepada 22 Jun 2013 ini).

4) Dalam kenyataan seterusnya, Azli menyatakan,  "Sepatutnya kita menyokong pemimpin yang lebih tinggi, bukannya bercanggah pendapat dengan mereka," jelasnya sambil menegaskan tidak akan menghadiri perhimpunan itu kerana mematuhi arahan pemimpin tertinggi Pas.

Ulasan saya mengenai kenyataan ini, adalah : Sebagaimana yang kita semua maklum, Datuk Presiden tidak pernah memaksa sesiapa untuk pergi.

Apa yang perlu kita fahami bahawa Datuk Presiden tidak ada halangan bagi sesiapa pun yang nak pergi ke perhimpunan tersebut. Apa bijaknya Azli 'menegaskan tidak akan menghadiri perhimpunan itu kerana mematuhi arahan pemimpin tertinggi Pas...'

Dan tidak ada masalahnya bagi setiap kita untuk 'menyokong  pemimpin yang lebih tinggi, bukannya bercanggah pendapat dengan mereka' ~ kita tunggulah kenyataan selanjutnya oleh Presiden sebagaimana kata Mat Sabu kat atas tadi tu. (Ingat, Azli kena pergi bersama kita ke perhimpunan itu kelak bila Presiden bagi lampu hijau....kalau tak dia tak sokong pemimpin yg lebih tinggi dan bercanggah pendapat .....alahai!)

Bahawa perhimpunan BLACKOUT pada 22 Jun 2013 akan datang ini adalah arahan PAS Pusat dan telah mendapat persetujuan Majlis Presiden Pakatan Rakyat.Tidak timbul isu adanya mana-mana pimpinan PAS yang mematuhi arahan pucuk pimpinan parti lain.

Air yang tenang jangan disangka tiada UG....

Posted: 19 Jun 2013 07:27 AM PDT

Berita panas di suatu ketika dulu...
 
Aku dah kata, Geng UG ni like a river runs deep...Well, the river runs deep And the water is cold as ice River runs deep And the water is cold as ice ....macam lagu Eric Clapton di sini

Air yang tenang jangan disangka tidak ada UG.... Nasharudin Mat Isa dah bagi tahu  kat sini di minit ke 5:57 ` …. kalau mungkin tidak dapat saya laksanakan agenda tadi, errrr…. atas kapasiti yang sebelum daripada ini, tapi insya' Allah, akan cuba 'KITA' gerakan, apa juga cara, bagi mempastikan …

Pada saya, ungkapan 'KITA' itu menunjukan, dia bukan keseorangan tetapi ramai! Memang ramai geng UG masih berada dalam PAS.

(Agenda yang dimaksudkan Nasha ialah agenda UG ~ antara Umno dan PAS, antara Umno dan PAS, antara Umno dan PAS ~ BUKAN  BN dan Pakatan Rakyat! BUKAN! BUKAN! BUKAN!)

Kalau tak caya, dengar balik kenyataan Nasha dalam video itu.Kalau Nasha buat fitnah, kenapa sehingga ke hari ini Majlis Syura Ulama PAS tidak pernah menafikannya? Atau saman Nasha kerana berbohong?

Nampak macam ada udang di sebalik batu bila baca berita berikut :


Malaysiakini hari melaporkan berita beriku :  
Dzulkefly: PAS-Umno harus kekal terpisah
Anggota jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad menyokong penuh kenyataan mursyidul am parti Islam itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menentang sebarang usaha untuk mengadakan 'muzakarah perpaduan' dengan Umno.

Ketika spekulasi bahawa idea itu masih diteruskan dalam diam, Dzulkefly berkata, PAS harus "kekal di luar Umno" untuk menjadi agen semak dan imbang dalam politik negara.Baca seterusnya di sini

Tambang naik 20 sen - Rakyat bakar bas dan berdemo ....

Posted: 18 Jun 2013 04:03 PM PDT

Hanya dengan kenaikan sebanyak 20 sen sahaja. Bukan 20 peratas; apalah lagi kalau naik berganda-ganda sebagaimana yang di Malaysia yang akan berkuatkuasa menjelang 1 Ogos 2013 seperti kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mengumumkan perkara itu di sini 

Tetapi di Brazil, hanya disebabkan kenaikan 20 sen itu, rakyat Brazil telah keluar ke jalan raya membantah kenaikan tersebut. 

Mereka turut mengancam untuk memboikot Piala Bolasepak Dunia, dimana Brazil adalah tuan rumah tahun ini. 
Orang ramai di Sao Paulo, bandar terbesar di Brazil, memulakan bantahan di seluruh negara sebulan yang lalu apabila mereka membantah kenaikan 20 sen tambang bas.
Dengan masalah ekonomi Brazil yang tenat dengan kadar inflasi yang naik mendadak, harga tiket yang mahal turut menjadi isu dan mengancam kejohanan berprestij dunia itu. Ikuti beritanya di bawah : 


Beribu-ribu ke jalan-jalan di Brazil , membantah Piala Dunia
 
Ramai ... penunjuk perasaan keluar di jalan-jalan raya
LEBIH daripada 200,000 penunjuk perasaan telah bertempur dengan polis dan menyerbu bangunan kerajaan di bandar-bandar utama Brazil membantah keputusan negara untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014. 

Perarakan - kebanyakannya dianjurkan melalui virus kempen media sosial - telah membawa bandar-bandar besar seperti Rio De Janeiro dan Sao Paulo terhenti. Bas dan kereta telah dibakar, kerana beberapa penunjuk perasaan menyerang polis - yang bertindak balas dengan gas pemedih mata, semburan lada dan peluru getah. 

Dan di ibu negara, Brasilia, beberapa penunjuk perasaan berjaya naik ke bumbung bangunan kongres kebangsaan sebelum mencari jalan masuk ke dalam. 

Rio De Janeiro telah menyaksikan satu tunjuk perasaan yang terbesar, dengan lebih daripada 100,000 orang turun dalam perarakan kebanyakannya aman melalui bandar itu malam tadi. 

Ada yang membawa sepanduk dengan tulisan "Violencia" (Keganasan) dan "Jangan datang ke Piala Dunia". 

Walaupun bantahan telah dicetuskan oleh kejohanan bola sepak yang akan datang, ramai yang marah tentang pelbagai isu-isu tempatan seperti ekonomi punah Brazil, inflasi yang semakin meningkat dan peningkatan dalam jenayah ganas. 

Penunjuk perasaan Maria Claudia Cardoso berkata: "Ini adalah bantahan rakyat menyuarakan:" Kami tidak berpuas hati ' 

"Kami tidak mempunyai sekolah yang baik untuk anak-anak. Hospital kami adalah dalam keadaan yang mengerikan. Rasuah berleluasa. "Bantahan ini akan menjadi sejarah dan menyedarkan ahli politik kita bahawa kita tidak dapat enerimanya lagi." 

Banner ... meminta orang ramai untuk menjauhkan diri

Orang ramai di Sao Paulo, bandar terbesar di Brazil, memulakan pemberontakan di seluruh negara sebulan yang lalu apabila mereka membantah kenaikan 20 sen tambang bas. 

Dan 65,000 orang keluar ke jalan-jalan di bandar malam tadi - mewujudkan suasana karnival di beberapa tempat - dengan ramai masih lagi membawa sepanduk tentang bas. 

Penduduk tempatan Sao Paulo , Eduardo Saretta berkata: "Semua orang di sini adalah menjadi sebahagian daripada protes. 


Musnah dalam api.....20sen punya pasal!
"Anda boleh mencari segala-galanya di internet, orang yang berkongsi banyak dan menggunakan Twitter, Facebook dan Whatsapp untuk berkomunikasi dan membuat (perarakan) setiap hari yang lebih besar. 

"Hari ini kita akan ada lagi, dan sekali lagi pada hari Khamis, dan sebagainya sehingga Kerajaan menurunkan tambang pengangkutan." 

 Ia masih belum diketahui sama ada skala besar protes akan menjejaskan Piala Konfederasi yang kini sedang dimainkan sebagai memanaskan badan untuk Piala Dunia tahun depan.

'Keganasan' ... banner bantahan.
Tetapi kejohanan itu telah mula goyah, apabila polis dan penunjuk perasaan bertempur di luar stadium sebelum permainan pembukaan. Negara ini telah komited untuk membelanjakan berbilion-bilion sebagai tuan rumah Piala Dunia dan Sukan Olimpik dua tahun kemudian. 

Tetapi penunjuk perasaan menyalahkan masalah ini mengakibatkan  kesan buruk pada perbelanjaan perkhidmatan awam, yang mereka katakan semakin teruk.

Tiada ulasan: