Rabu, 19 Jun 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kebakaran Rumah Atas Air Di Sibu Perbuatan Khianat?

Posted: 19 Jun 2013 04:44 AM PDT



Klik pada gambar untuk lebih jelas.

Kebakaran yang berlaku di sibu petang tadi. Majoriti penduduk di sini adalah beragama islam.

Doakan yang terbaik buat sahabat di sana.

Mohon polis siasat dengan adil.

Jika kebakaran ini disebakan kegiatan khianat semata-mata nama pembangunan.

Ini adalah perbuatan sungguh celaka.

Lembut Dan Enak Perkataan Bung Mokhtar

Posted: 18 Jun 2013 08:04 PM PDT

http://sphotos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/q71/s720x720/998997_197682000396027_1030455780_n.jpg

SHAH ALAM – Umno menyifatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memperkatakan ketirisan berlaku dalam PRU13 lalu hanya tindakan memalukan diri sendiri.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, apa juga dakwaan Anwar dilihat tidak memberikan sebarang impak negatif terhadap pemimpin kerajaan BN.

Menurutnya, pemimpin luar negara sedia tahu perkara sebenar dan tidak mudah termakan tohmahan parti pembangkang.

"Saya tidak hairan tindakan sedemikian. Itulah sikap sebenar mereka (PR) yang tidak boleh menerima hakikat kekalahan mereka.

"Saya percaya, pemimpin luar negara juga sudah mengetahui agenda tersebut. Jika ada yang tidak puas hati, selesai cara profesional di mahkamah," katanya.

Katanya, negara juga tidak terjejas dengan apa yang dilakukan Anwar kerana selama ini, kerajaan sudah melakukan tugas sebaik mungkin termasuk menjaga hubungan baik dengan pemimpin dari negara lain.

"Jelas, rakyat masih percaya pada BN. Ini menunjukkan PR yang suka membawa perkara ini hingga ke luar negara.

"Mungkin, mereka mahu menggambarkan Perdana Menteri Malaysia gagal dalam pentadbiran negara. Walau apa juga cara yang dilakukan, dia hanya berjaya memalukan dirinya sendiri," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan Anwar tidak mencerminkan seorang pemimpin berjiwa besar.

"Beliau dilihat 'kemaruk' kuasa yang mana tidak kesampaian. Mengapa nak burukkan proses pilihan raya hingga ke luar negara tanpa asas bukti yang kukuh.

"Adalah lebih baik jika didapati wujud kelemahan tertentu, failkan petisyen pilihan raya dan selesaikan di mahkamah," katanya.

Katanya, Anwar hanya memalukan diri dengan membawa cerita negara ke pengetahuan pemimpin luar.

Kelmarin, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berada di Bali dan mengakui bertemu Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.

Menurut sebuah portal Vivanews, Anwar bukan sahaja bincang perkara berkaitan Malaysia dan Indonesia, tetapi kepincangan semasa PRU13.

Tolonglah KPM, kami sangat tertekan

Posted: 18 Jun 2013 05:37 PM PDT



Z Ramli,

Saya merupakan seorang guru yang mengajar di salah sebuah sekolah di Sarawak semenjak 2007. Sudah tahun ke-7 saya di sini. Dan setiap kali permohonan untuk pertukaran guru yang dibuka dua kali setahun, saya tidak pernah tertinggal membuat permohonan. Biarpun permohonan tetap juga mendapat jawapan gagal.

Cuma kali ini, saya dan rakan begitu rasa terseksa menunggu keputusan yang ditangguhkan yang sepatutnya disiarkan dua hingga tiga minggu lepas. Kami di sini umpama hidup tanpa nyawa menunggu jawapan tersebut. Barang-barang sudah dikemas di dalam kotak, malah ada yang sudah dihantar pulang.

Motivasi untuk datang bekerja juga sudah hilang sama sekali. Ini bukan kes saya seorang, beratus-ratus rakan-rakan mengalami situasi begini.

Saya sangat kesal dengan pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak dahulu gagal mengatasi perkara begini. Kami boleh terima berjauhan untuk suatu tempoh tertentu, tetapi tiada had limit ditetapkan untuk kami berada jauh dari keluarga.

Dan situasi sekarang makin menzahirkan lagi kegagalan KPM mengurus masalah penempatan guru. Kami hanya mahu keputusan itu dipercepatkan, dan tolonglah faham situasi manusia yang berjauhan dengan keluarga. Tolong bawa pulang kami yang sudah tujuh hingga sembilan tahun di sini.

Tolonglah KPM. Kami sangat tertekan.

Tiada ulasan: