Sabtu, 1 Jun 2013

Tukar Tiub

Tukar Tiub


UNTUK YANG GUGUR KAMI SEDEKAHKAN DOA

Posted: 01 Jun 2013 06:00 PM PDT


ANAK MUDA
BERSETIA KAWAN

Kenyataan Akhbar: Kemalangan Bot Ekspress Belaga 528

Menjelang hari perayaan Gawai, sepatutnya harus menjadi suatu hari perayaan yang ditunggu-tunggukan oleh rakyat Sarawak terutamanya etnik Dayak dan ia diraikan oleh seluruh rakyat Sarawak. Tetapi pada tahun ini, berlakunya sebuah tragedi kemalangan bot ekspress yang berlaku pada 28/5/2013. 

Tragedi ini berlaku apabila bot ekspress tersebut membawa muatan yang melebihi had yang ditetapkan iaitu hanya sebanyak 67 penumpang. Bot ekspress ini mengalami kegagalan enjin berfungsi dan terlanggar batu lalu karam di Jeram Tukok/Jeram Bungan. Sehingga kini masih 12 yang masih hilang dan 1 seorang lelaki berumur 44 tahun telah meninggal dunia.

Bot tersebut telah membawa penumpang yang melebihi 200 orang penumpang, sedangkan muatan yang dibenarkan hanya 67 orang sahaja. Pengerusi Lembaga Datuk Roland Sagah telah mengatakan bahawa pihak beliau akan mengadakan siasatan ke atas insiden ini dan mengambil tindakan terhadap syarikat bot ekspress tersebut iaitu Kawan Mas. Disebabkan syarikat tersebut tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dan melebihi muatan. 

Akan tetapi malangnya, sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa kini, tidak dapat mengembalikan nyawa kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Dua tahun yang lepas, telah berlaku juga sebuah kemalangan yang membabitkan bot ekspress di daerah Tatau berhampiran dengan bandar Bintulu. Tragedi kemalangan tersebut telah mengakibatkan 13 penumpang kehilangan nyawa. Jelas disini, pihak berkuasa kurang menitikberatkan langkah-langkah keselamatan untuk mencegah berlakunya kemalangan bot ekspress daripada berlaku di masa hadapan.

Kami sebagai anak muda Sarawak yang perihatin, kami ingin menuntut pihak Lembaga Sungai Sarawak menyiasat perkara ini secara telus dan terperincil. Pihak lembaga turut untuk bertanggungjawab keatas tragedi kemalangan bot ekspress ini. 

Lembaga Sungai Sarawak sepatutnya harus mengawal dan memastikan semua bot ekspress mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak melebihi muatan penumpang. Dalam tragedi ini, adalah menjadi tanda soal kenapa bot ekspress tersebut dibenarkan untuk bertolak dengan muatan yang begitu ramai. Adakah pengawai daripada Lembaga Sungai Sarawak menjalankan tugasnya secara professional dan mengikut prosedur yang ditetapkan?

Selain itu, Lembaga Sungai Sarawak turut harus meletakkan pegawainya di pelabuhan-pelabuhan bot di kawasan pendalaman seperti Bakun dan Belaga untuk memastikan setiap bot ekspress mematuhi peraturan yang ditetapkan. Lembaga Sungai Sarawak harus bertanggungjawab kerana sebagai pihak berkuasa, ia telah gagal memastikan tragedi seperti ini dielakkan daripada berlaku di masa depan.

Selain itu, kami turut menuntut bahawa syarikat bot ekspress, Kawan Mas untuk diambil tindakan undang-undang yang tegas kerana syarikat tersebut telah langgar peraturan yang ditetapkan dengan membawa jumlah penumpang yang melebihi muatan yang ditetapkan. Syarikat tersebut sepatutnya memastikan keselamatan penumpang adalah terjamin sepanjang perjalanan, bukan sahaja ia gagal malah tindakan syarikat tersebut telah menyebabkan kematian seorang lelaki berumur 44 tahun. Kami mahu syarikat tersebut disiasat dan lesen pengangkutan syarikat tersebut digantung.

Walaubagaimanapun, tragedi kemalangan bot ekspress yang berlaku sepanjang masa ini adalah disebabkan oleh kegagalan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri membawakan pembangunan yang sewajarnya kepada kawasan pendalaman seperti Bakun dan Belaga. Selepas 50 tahun memerintah negeri Sarawak, tidak terdapat jalan raya yang menghubungkan antara kawasan pendalaman. Kerajaan Persekutuan dan Negeri harus berusaha untuk menyediakan jalan dari Bakun-Belaga-Bintulu dan kemudiannya Kanowit-Song-Kapit.

Disebabkan tiada jalan raya yang menghubungkan kawasan pendalaman, maka kemudahan awam yang ditawarkan kepada rakyat Sarawak yang tinggal di kawasan pendalaman amat terhadap sekali. Mereka hanya boleh bergantung pada perkhimatan bot ekspress. 

Oleh itu, permintaan bot ekspress akan naik secara mendadak pada musim perayaan seperti Gawai tetapi bot yang sedia ada adalah terhadap. Jika terdapat jalan yang menghubungkan kawasan pendalaman ini, maka permintaan bot ekspress dapat dikurangkan dan kemungkinan terjadinya kemalangan turut akan dikurangkan.

Oleh itu, kami ingin menyeru wakil rakyat Sarawak, sama ada ADUN atau Ahli Parlimen untuk membawakan isu ini untuk dibincangkan di Dewan Undangan Negeri dan juga Dewan Rakyat agar satu penyelesaian dapat dicapai. Kami berharap nyawa mereka yang telah terkorban dalam kemalangan tragedi bot ekspress ini tidak akan disia-siakan. Kami turut berharap pihak-pihak yang berkenaan akan mengambil iktibar daripada tragedi kemalangan ini.

Disediakan bersama:
1.     Suara Rakyat Sarawak
2.     Buku Jalanan Kuching
3.     Teori Timur
4.     Sarawak Youth For Change

5.     Sarawak Progressive Student Movement 

ANAK MUDA
MAHU JAWAPAN

---------

SABAH INI MALAYSIA ATAU TIDAK?

Posted: 01 Jun 2013 05:00 AM PDT



PM WANITA
MALAYSIA PERTAMA
PENAHANAN ANTI-DEMOKRATIK ATAS ARAHAN KETUA MENTERI SABAH DISELAR

Semalam, 30 Mei 2013, saya telah ditahan apabila kad pengenalan saya diambil di pintu masuk imigresen untuk menghalang saya daripada memasuki negeri Sabah, walaupun hak saya selaku warganegara Malaysia termaktub di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63:

67. Hak untuk masuk ke Negeri Malaysia Timur bagi menjalankan hak-hak politik.
Seksyen 66 (1) hendaklah tidak berkuatkuasa dalam hubungan dengan seseorang warganegara yang memasuki Negeri Malaysia Timur hanya untuk menceburkan diri dalam aktiviti politik yang sah; tetapi beban membuktikan bahawa seseorang itu berhak memasuki Negeri Malaysia Timur di bawah seksyen ini terletak ke atasnya.

Lawatan saya ke Sabah adalah untuk menghadirkan diri dalam program Parti Keadilan Rakyat Sabah di samping menyambut pesta Kaamatan bersama warga tempatan.

Alasan yang diberikan atas penahanan saya adalah atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah. Saya juga difahamkan ada nama-nama lain, termasuk aktivis tempatan beserta ahli politik Pakatan Rakyat yang akan juga dinafikan kemasukan ke dalam negeri Sabah atas arahan Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia, dan warganegara Malaysia, tindakan menyekat kemasukan yang tidak rasional dan bersebab ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik. Permohonan saya untuk mendapatkan senarai nama mereka yang terlarang ditolak atas sebab-sebab kerahsiaan. Tiada alasan lain diberikan dalam tangkapan dan penafian masuk saya ke Sabah.

Sekiranya saya dianggap mengancam keselamatan warga Sabah, maka kemukakan rasional serta penjelasan atas dakwaan tersebut. Rasional yang sama juga perlu diberikan dalam kes YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu dan Naib Presiden KEADILAN, yang juga dinafikan kemasukan pada 7 April yang lalu.

Isu keselamatan negara dan persempadanan tidak boleh sama sekali dipolitikkan. Malang, tindakan menghalang saya daripada masuk ke Negeri di Bawah Bayu ini berlaku di kala Sabah berhadapan dengan kebolosan sempadan - termasuklah pengeluaran kad pengenalan secara haram seperti yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah. Seharusnya tumpuan kerajaan negeri adalah mengawal selia masalah kebolosan yang mendesak ini, bukan menyalahgunakan kuasa dengan menafikan hak demokrasi dan aktiviti politik pimpinan Pakatan Rakyat demi mempertahan kedudukan UMNO mahupun BN.  

Justeru itu, isu keselamatan dan kedaulatan negara sepatutnya tidak diperlekehkan dengan menjadikan ia alat politik menindas rakyat.

KEADILAN akan menghantar surat rasmi ke Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk mengemukakan aduan rasmi serta mendapatkan penjelasan sepenuhnya mengenai isu ini. KEADILAN akan turut meminta senarai nama-nama mereka yang dihalang memasuki negeri Sabah, serta sebab-sebab mereka dihalang.

Pada masa yang sama, YB Darrell Leiking, Ahli Parlimen Penampang, akan mengetuai sebuah jawatankuasa guaman di Sabah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri yang akan difailkan di Kota Kinabalu kelak.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN 

UNTUK JADI
INGATAN BERSAMA
--------

HANYA SATU AJENDA

Posted: 01 Jun 2013 12:30 AM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB
hanya satu ajenda
tipu pilihan raya
turun jalan raya

 KALAU TERER
BUAT LAH MACAM INI
Demonstrasi jalanan hanya muslihat Anwar
KUALA LUMPUR 31 Mei - Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus melakukan provokasi mengajak rakyat turun berdemonstrasi di jalanan dilihat seperti mempunyai muslihat dan agenda tersirat.

Presiden Pertubuhan Penyokong Barisan Nasional (PPBN) Saharuddin Awang Yahya berkata, ini kerana demonstrasi jalanan bagi menggulingkan kerajaan itu juga  dipersetujui oleh Pas dan DAP, jadi jelas politik jalanan tersebut hanya agenda peribadi Anwar


BAWA LAH PENYOKONG GEROMBOLAN
KUMPUL DI STADIUM


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... MANA ADA AGENDA TERSIRAT..... kah kah kah...

woit...BANGANG.... kah kah kah...

kah kah kah...RAKYAT KELUAR BERDEMO KERANA PILIHAN RAYA TIPU.... klah kah kah...

kah kah kah... RAKYAT TAK MAHU KENA TIPU.... kah kah kah...

kah kah kah...INGAT SENANG NAK BAWA 500,000 KE JALAN RAYA?.... kah kah kah..

kah kah kah... CUBA LAAA BAWA  PENYOKONG KELAB SENDIRI.... kah kah kah..

kah kah kah.... BUAT DEMO TUNJUK SOKONGAN.... kah kah kah...

kah kah kah....BUAT LAAA KALAU TERER..... kah kah kah

KALAU TERER
BUAT LAH DEMO



-------

SOKONGAN UNTUK ABANG MAT

Posted: 31 May 2013 11:00 PM PDT



TUNGGU DAN NANTI
 SOKONG MAT BRONSON
Salam... Gua sokong lu... Selagi mana gua rasa lu betul... Selagi mana obor kebencian kita sama... Selagi mana panji2 masih bersama.. Gua akan sokong lu dan Abg Mat.. Betul... dua dua komen tu dari creature yg sama.. Ini makhluk langsung tak nampak apa2.. Yg dia tahu... menjadi pengikut.. Ikut telunjuk dan otak pecah... 

Itu sebab kalau tengok orang2 UMNGOK ni Memang sekor sekor nampak BODOH je.. Bukak je mulut memang sah BODOH... Dia dah tak holeh fikir... Dari org bawahan sampai atasan.. Muka sembab otak kecik... Menagih simpati pada racism yg mereka laungkan... Gua btul2 tak paham.. Tapi takpa... Asal masih ada org macam lu dan Abg Mat.. Gua sokong... on PENCERAHAN DARI PEMBACA
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 5/31/13

-----

KAH KAH KAH ... WOIT WOIT WOIT

Posted: 31 May 2013 09:00 PM PDT



Yang di-Pertuan Agong mahu rakyat akur keputusan PRU13
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mahu rakyat di negara ini akur dengan keputusan PRU13 yang telah ditentukan oleh mereka sendiri.

Sambil merakamkan tahniah kepada anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dipilih, Seri Paduka berharap semua pihak di negara ini memelihara keutuhan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak merdeka.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KAH KAH KAH....kah kah kah..

woit.... KAH KAH KAH..... kah kah kah..

kah kah kah... WOIT ...WOIT.... WOIT.... kah kah kah


NOTA
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

KAH KAH KAH.... i rest my case my lord... KAH KAH KAH


YA AMPOOOON
KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH
--------

TPTJ - SEBUAH BUKU HISHAMUDDIN RAIS

Posted: 31 May 2013 07:30 PM PDT



SEBELUM KE JALAN RAYA
sebuah buku 
hishamuddian rais

BUKU  TPTJ INI
isi buku ini
secara jelas 
telah merakam
segala jenis dan bentuk penipuan
yang dirancang oleh spr

ini telah ditulis 2 tahun
lebih awal dari  505

dalam buku ini dinyatakan
secara jelas peranan spr
secara jelas perancangan menipu spr
secara jelas penipuan dakwat
secara jelas tentang teknik lampu padam
secara jelas pembelian pachaba
secara jelas kes borang 14
secara jelas penukaran peti undi
secara jelas teknik undi rosak
secara jelas kemasukan mat indon
secara jelas membuktikan bahawa 240,000 pekerja spr akan mengundi awal untuk menipu
dan dan dan

secara terang peranan idris jusuh
yang kini telah dibayar dengan jawatan timbakan menteri

BUKU  ANALISA DAN TEORI 
buku satebal 400 muka surat ini
boleh dibeli di:

BORDERS BOOKSTORE
KINOKUNIYA
TIMES BOOKSTORE
MPH BOOKSTORE
KEDAI BUKU UNIVERSITI MALAYA
akan sampai ke
POPULAR BOOKSTORE tidak lama lagi

atau
pukul talipon
mister hadi: 019-326-26-78
ronasina: 016-635-36-72

atau e-mail

kutubkhanah112@gmail.com


------

Tiada ulasan: