Muslimeen United |
- Anwar Akan Buktikan Wan Muhammad Azri Itu "Papagomo"
- PANAS: Waytha SENYUM bila Uthaya kena JAILED
- UMNO Baru Terjaga Ketika Matahari Sudah Tegak Di Atas Kepala - TGNA
- Perhimpunan aman 15 Jun di Padang Merbok
Anwar Akan Buktikan Wan Muhammad Azri Itu "Papagomo" Posted: 05 Jun 2013 04:06 PM PDT Anwar beri keterangan saman 'Papa Gomo' 27 Jan Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Jan tahun depan untuk mendengar keterangan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes saman beliau terhadap penulis blog 'Papa Gomo' kerana didakwa menyiarkan perkataan fitnah dan mengaitkan beliau dengan seorang lelaki dalam video seks. Hakim Rosilah Yop turut menetapkan 28 Jan untuk mendengar kes saman itu. Beliau menetapkan tarikh itu hari ini ketika kes berkenaan dikemukakan untuk pengurusan kes. Peguam Mohd Afiq Mohd Noor yang mewakili Anwar memberitahu pemberita anak guamnya (plaintif) akan memanggil empat saksi manakala Wan Muhammad Azri Wan Deris (defendan) dijangka memanggil dua saksi. Pada 21 Mac lepas, Anwar memfailkan saman fitnah RM100 juta dengan mendakwa Wan Muhammad Azri, pemilik laman blog www.papagomo.com menyiarkan empat siri perkataan fitnah dalam laman web itu pada 16, 17, 19 dan 20 Mac lepas. Dalam pernyataan tuntutannya Anwar mendakwa defendan turut meletakkan satu pautan web yang memaparkan siri imej dan defendan telah secara nyata dan/atau tersirat menyatakan bahawa individu dalam imej itu ialah plaintif. Anwar menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos, lain-lain relif yang difikirkan wajar dan satu injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej itu. Wan Muhammad Azri dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 20 Mei menafikan bahawa beliau pemilik blog 'Papa Gomo'. Beliau menegaskan alamat kediaman yang dinyatakan menerusi saman Anwar itu bukan miliknya dan beliau tidak mengenali plaintif secara peribadi. Anwar dalam jawapannya kepada pernyataan pembelaan Wan Muhammad Azri itu berkata beliau boleh membuktikan bahawa defendan adalah pemilik blog 'Papa Gomo'. Beliau mendakwa defendan turut melakukan serangan peribadi terhadap parti pembangkang dan pemimpinnya tanpa membuat sebarang justifikasi. - Bernama |
PANAS: Waytha SENYUM bila Uthaya kena JAILED Posted: 05 Jun 2013 04:00 PM PDT The Hindraf brothers: Uthaya jailed the day Waytha becomes senator More than five years after he was first charged under the sedition act, Hindu Rights Action Force de facto leader P Uthayakumar has now been sentenced to two-and-a-half years in prison. As Uthayakumar was in court this morning, his estranged brother P, Waythamoorthy was being sworn in as a senator in parliament, taking on the position of a deputy minister in the prime minister's department Uthaya dipenjara 30 bulan Pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) P Uthayakumar dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan selepas didapati bersalah membuat kenyataan hasutan pada 2007. Beliau didakwa memuatkan bahan hasutan dalam surat yang ditulis antara 15 November hingga 8 Disember 2007 kepada perdana menteri British ketika itu Gordon Brown, yang mendakwa terdapat pembersihan etnik India miskin di Malaysia. Dia juga memuatkannya di laman web Police Watch yang tidak lagi beroperasi. Pada Isnin, Uthayakumar menolak untuk menyambung pembelaannya atas alasan bahawa keadaan kes itu tidak membenarkannya untuk meneruskannya. Dia juga enggan membuat penghujahannya pagi ini. Kes itu dikendalikan oleh Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain. |
UMNO Baru Terjaga Ketika Matahari Sudah Tegak Di Atas Kepala - TGNA Posted: 05 Jun 2013 03:58 PM PDT Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Perdana Menteri mahu meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen adalah bukti SPR sangat pincang sebelum ini. "Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang," kata beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily. Bagi beliau, jika sebelum ini, ada pemimpin Umno yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden Umno itu sendiri?. Sehubungan itu beliau mengingatkan para pemimpin Umno dan lain-lain pihak jangan memperlekehkan pandangan rakyat. "Saya ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat marhaen," tegasnya. Sementara itu, pandangan Tuan Guru Nik Aziz dikongsi oleh anggota Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong (gambar kanan). "Saya berpendapat ini merupakan taktik terbaru Umno-BN untuk menghalalkan sebarang tindakan SPR di masa depan bagi mengekalkan kuasa mereka," katanya. Jika Perdana Menteri betul-betul ikhlas untuk melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya, beliau menyeru supaya segera dilaksanakan tuntutan Bersih 3.0 iaitu 1) melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0, 2) pimpinan SPR meletak jawatan segera kerana kehilangan keyakinan rakyat terhadap SPR, dan 3) membenarkan pemantau antarabangsa bebas untuk memantau pilihan raya. "Jika ini tidak dilaksanakan terlebih dahulu, maka sebarang perubahan hanyalah perubahan kosmetik dan bakal menjadi satu lagi projek penipuan Barisan National," katanya.
|
Perhimpunan aman 15 Jun di Padang Merbok Posted: 05 Jun 2013 03:42 PM PDT KUALA LUMPUR: Perhimpunan aman Black505 bagi menolak penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun ini bermula jam 2 petang. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, lokasi itu dipilih selepas mengambil kira pandangan pihak polis yang menggesa supaya perhimpunan tidak melibatkan Dataran Merdeka. "Pilihan utama kita semestinya Dataran Merdeka, tetapi buat masa ini kita tetapkan dahulu Padang Merbok dan akan mendapatkan kebenaran dari polis untuk menggunakan Dataran semasa menghantar surat makluman nanti," jelas Rafizi dalam sidang media hari ini. Menurutnya, surat makluman kepada pemilik Padang Merbok, DBKL dan Balai Polis Dang Wangi akan dihantar pada hari ini sebagai memenuhi peraturan dalam Akta Perhimpunan Aman iaitu notis dalam tempoh 10 hari. Surat tersebut ditandatangani Rafizi bersama wakil PAS iaitu Syed Azman Syed Nawawi dan Anthony Loke dari DAP. "Kita harap tidak akan berlaku sebarang tangkapan lagi kerana kita sudah memenuhi peraturan yang ditetapkan," kata Rafizi dipetik KeadilanDaily. Sementara itu, Pengarah Programm Datuk Johari Abdul berkata keselamatan peserta yang mengikuti himpunan menjadi keutamaan penganjur. "Paling penting adalah keselamatan peserta, berhimpun dalam suasana aman dan santai," katanya. -Hrkh |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan