Sabtu, 29 Jun 2013

Addin

Addin


Panas!! Ustaz Azhar Idrus Calon PAS Di PRK Kuala Besut

Posted: 29 Jun 2013 10:08 AM PDT

Kekosongan kerusi DUN Kuala Besut berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar dilihat memberi talian hayat kepada Pas untuk menawan semula Terengganu selepas tewas pada PRU13. 

Malah, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Pas berpeluang menawan DUN Kuala Besut, namun bergantung kepada calon diletakkan nanti. 

Katanya, Pas perlu letak calon 'heavyweight' kerana DUN Kuala Besut kubu kuat Umno dan pastinya BN akan meletakkan calon berwibawa. 

Baik bila bercakap soal 'heavyweight' ini, dah mula dengar cakap-cakap dan komen dalam internet yang mula mengaitkan nama pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai calon Pas di kerusi itu. 

UAI seperti yang kita tahu memang penyokong kuat Pas dan kerap dilihat memberi sokongan terbuka kepada kepimpinan parti berkenaan. 

Malah dia adalah duta Pemuda Pas Terengganu pada PRU-13 lalu. Cuma yelah, UAI sebelum ini pernah menolak untuk bertanding atau diberi pencalonan bertanding dalam pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil. 

Dalam erti kata lain, mungkin dia lebih selesa di platform sekarang iaitu menjalankan kerja dakwahnya. ~terengganu today



Iklan C (ii)
 


MIC Mengesyaki Persaraan Hakim V.T. Singham Berkaitan Dengan Kes Kugan

Posted: 29 Jun 2013 06:00 AM PDT

Pemimpin MIC Senator Datuk Jaspal Singh hari ini meragui persaraan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham pagi ini mungkin disebabkan oleh keputusannya melibatkan kematian dalam tahanan A. Kugan dua hari lalu.

Bendahari Agung tersebut berkata meskipun benar persaraan Singham itu adalah mengikut proses yang sewajarnya, kerajaan perlu menolak dan mengekalkan hakim tersebut kerana cara pengendaliannya yang tegas dan rakyat Malaysia memerlukan individu yang berprinsip seperti beliau.

"Saya secara jujur berharap beliau tidak dipaksa untuk bersara." "Jika itu adalah keputusannya sendiri untuk berhenti, saya menggesa kerajaan untuk menolak perletakan jawatannya. Malaysia sangat perlukan hakim berprinsip seperti beliau," kata Jaspal.

Jaspal juga menggesa supaya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunaikan janjinya di dalam Parlimen yang mengatakan tidak akan melindungi pesalah dengan membuka semula kes Kugan dan pembunuhnya mesti didakwa dan dihukum dengan segera.

"Beliau (Ahmad Zahid) perlu tunaikan janjinya," kata Jaspal lagi.

Di samping itu, Jaspal juga menegaskan supaya kerajaan supaya menimbangkan cadangan oleh Singham supaya ditubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) sebagaimana dicadangkan Suruhanjaya Diraja yang diketuai Tun Dzaiddin Abdullah, malah mempercepatkan penubuhan institusi tersebut.

"Kabinet mesti menyemak semula keputusan tersebut, terutamanya selepas penghakiman oleh beliau."

"Sama ada ia IPCMC atau lain-lain, secara jelasnya polis tidak boleh menyiasat diri mereka sendiri," tambah beliau.

Dua hari lalu, beliau membuat penghakiman mengatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanggungjawab terhadap kematian A.

Kugan tiga tahun lalu semasa berada dalam tahanan polis.

Singham yang masih bujang merupakan hakim paling kanan di Mahkamah Tinggi pada ketika ini.

Keluarga Kugan telah memfailkan tuntutan RM100 juta terhadap polis dan kerajaan, secara spesifiknya menamakan Khalid, mendakwa beliau cuba menyembunyikan punca kematian Kugan.

Ibu Kugan, N. Indra menamakan salah seorang pegawai penyiasat mangsa, bekas anggota polis V. Navindran sebagai salah satu lagi defendan.

Ibunya mendakwa defendan-defendan gagal untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan Kugan semasa berada dalam tahanan polis. Kugan yang pada ketika itu berumur 22 tahun, ditahan di Puchong pada 14 Januari 2009, satu malam di lokap balai polis Puchong Jaya sebelum polis mendapatkan perintah reman.

Beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Taipan USJ, Subang Jaya dua hari kemudian untuk disoal siasat. Akan tetapi, empat hari kemudian, beliau ditemui mati. Navindran merupakan satu-satunya orang yang dipertanggungjawabkan untuk kematian Kugan.

Beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun. Beliau kini merayu di mahkamah berhubung hukuman itu. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)
 


Rupanya Ini Tujuan Tersirat Idris Haron Mahu Tutup Jonker Walk?

Posted: 29 Jun 2013 05:00 AM PDT

DAP mempersoalkan sama ada Ketua Menteri Melaka Idris Haron cuba mendapatkan kemenangan dalam pemilihan Umno akan datang dengan penutupan pasar malam popular Jonker Walk di negeri itu.

"(Penutupan itu) boleh mencapai tiga objektif. (Antaranya) menjadikan Idris Haron wira segera dan mendapat undian terbanyak dalam pemilihan Umno pada hujung tahun ini.

"Idris barangkali cuba mengikut jejak (bekas pendahulunya) Abdul Rahim Thamby Chik, yang lebih kurang 30 tahun lalu menjadi wira segera dengan mendapat undi tertinggi dalam pemilihan majlis tertinggi Umno, ekoran cadangannya untuk merobohkan perkuburan lama Bukit Cina," kata pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.

Objektif lain, kata Lim, untuk menghukum pengundi Melaka yang tidak memilih BN dalam pilihan raya umum lalu dan meneruskan retorik menghentam Cina selari dengan laporan "Apa Lagi Cina Mahu?" di Utusan Malaysia.

Sementara itu, Lim juga berkata, kenyataan Menteri Pelancongan Nazri Abdul Aziz bahawa Jonker Walk antara penyebab kesesakan lalu lintas sehingga ke plaza tol Ayer Keroh juga tidak berasas sama sekali. ~malaysiakini

Addin:

Idris Haron mahu jadi wira ultras Melayu ke?



Iklan C (ii)
 


Punca Idris Harun Menjilat Ludahnya Sendiri Tersebar

Posted: 29 Jun 2013 02:44 AM PDT

Isu Jonker Walk terus menggegar Ketua Menteri Melaka, Idris Harun, yang sebelum ini menjadi bahan sindiran kerana mahu mempatenkan resepi asam pedas terbaik negeri itu melalui hasil suatu pertandingan bagi memeliharanya sebagai suatu produk warisan negeri yang perlu dipertahankan.

Idris yang baru sebulan lebih menjadi Ketua Menteri menggantikan Ali Rustam sebelum ini dilaporkan mahu menutup Jonker Walk, kawasan perniagaan barangan seperti cenderamata, kemeja-t dan sebagainya yang mirip seperti kawasan perniagaan Jalan Petaling untuk mengurangkan masalah kesesakan di negeri itu. 

Berikutan adanya bantahan atas tindakan itu, Menteri Pelancongan, Nazri Aziz, ikut masuk campur dan kemudian menjelaskan bahawa ianya hanya melibatkan pembukaan jalan di kawasan perniagaan itu kerana adanya rungutan orang awam berkenaan kesesakan lalu lintas yang teruk. 

Kononnya pula, ia hanya percubaan selama empat minggu sahaja dan akan dikembalikan seperti biasa selepas itu.

Dalam masa yang sama, tindakan yang dibuat oleh Idris itu dikecam oleh pelbagai pihak terutama DAP sebagai amalan politik balas dendam terhadap masyarakat Cina berikutan keputusan pilihan raya lalu yang menyaksikan komuniti itu menolak BN.

Sementara tindakan Idris itu terus dibantah, terdapat pula pihak lain termasuk blogger pro-UMNO yang memuji tindakan Idris itu sebagai suatu pengajaran kepada pengundi Cina yang majoritinya tidak menyokong BN. 

Idris dalam masa yang sama dilihat pemimpin yang berjiwa Melayu yang tinggi atas tindakannya itu kerana majoritinya peniaga di situ ialah orang Cina dan peniaga Melayu didakwa tidak mendapat manfaat yang besar daripadanya.

Berikutan isu itu terus dimainkan, Idris kemudiannya membuat keputusan yang lain pula dalam mesyuarat Exco Kerajaan Melaka iaitu membuka laluan untuk kenderaan dan di ketika yang sama membuka juga kawasan perniagaan Jonker Walk sebagai suatu keputusan menang-menang kepada para peniaga dan juga kepada para pengguna jalan raya. Namun keputusan ini menyebabkan beliau dikecam juga kerana dianggap tidak tegas dan ibarat menjilat ludahnya kembali.

Bagaimanapun tindakan beliau itu tidak juga meredakan keadaan. Selain peniaga-peniaga, menteri yang menjaga pelancongan negara, Nazri sekali lagi bersuara membantah. Beliau berkata, pembukaan serentak laluan untuk kenderaan dan kebenaran untuk berniaga sebenarnya lebih menyebabkan kesesakan. 

Lagi pula, kata Nazri, dengan membenarkan kenderaan lalu-lalang di kawasan itu, ia tidak akan dikenali lagi sebagai Jonker Walk, sebaliknya sudah menjadi Jonker Drive.

Demi kepentingan pelancongan dan oleh kerana produk Jonker Walk lebih bernilai tinggi berbanding asam pedas dari segi menggamit kehadiran pelancong ke negeri itu, Nazri juga berjanji akan mengembalikan kawasan itu sebagaimana kedudukan asalnya dalam masa terdekat ini. 

Terlihat seperti Nazri amat tidak bersetuju dengan Idris dalam isu Jonker Walk ini. Dalam masa yang sama, MCA juga merayu kepada Idris agar menarik balik pembukaan jalan untuk kenderaan itu dan menjadikan kawasan perniagaan Jonker Walk sebagaimana ia diwujudkan dulu.

Isu Jonker Walk seperti mendatangkan malang kepada Idris. Beliau mungkin berniat baik dan mahu menunjukkan jiwa Melayunya yang tinggi sepertimana bekas Menteri Besar Selangor, Harun Idris, yang memang terkenal sebagai pemimpin berjiwa Melayu yang tinggi dengan mewujudkan perkampungan Melayu seperti Kampung Baru dan Kampung Pandan di tengah-tengah Kuala Lumpur. 

Kebetulan pula nama keduanya hanya terbalik nama bapa sahaja.Tetapi Idris harus menyedari bahawa beliau hidup dalam era 1Malaysia di mana kepimpinan negara termasuk Najib amat berhati-hati dalam perkara-perkara yang melibatkan kaum Cina kerana tidak mahu terus kehilangan sokongan daripada masyarakat itu. 

Tindakan Idris dalam isu Jonker Walk boleh saja ditafsirkan sebagai beliau tidak mempunyai semangat seperti Najib, malah dianggap mengamalkan gaya politik balas dendam.

Lebih-lebih lagi dalam rekodnya menjadi pemimpin, bermula daripada menjadi Exco Pemuda UMNO, sekejap sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Pengerusi Syarikat Perumahan Negara, jiwa dan perjuangan Melayunya tidak tergambar langsung di mata umum walaupun dalam ucapannya suatu ketika dulu, beliau pernah juga memperkenalkan dirinya secara bergurau dengan menyebut, "nama saya Idris Harun, kalau diterbalikkan jadi Harun Idris."

Terlihat ada kecenderungan untuk menjadi popular dan gah seperti bekas Menteri Besar Selangor itu, walaupun karektor dan wibawanya jauh berbeza. 

Isu Jonker Walk ini menjadikan beliau lagi jauh berbeza. Tindakannya bukan saja menjadi kecaman ramai, malah tidak dipersetujui oleh seorang menteri kabinet yang jauh lebih senior dan mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan Najib.

Dalam mengurus sebuah kerajaan negeri seperti Melaka, kalau pun tidak mahu berguru dengan Rahim Tamby Chik yang juga pernah memimpin negeri itu, Idris seharusnya banyak belajar daripada pendahulunya, Ali Rustam, yang dikenali sebagai antara Ketua Menteri Melaka yang hebat, tenang dan disukai ramai serta mempunyai keghairahan yang tinggi memajukan negeri itu. 

Walaupun kalah di Bukit Katil dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan, beliau terus bekerja dan berjumpa dengan rakyat seperti biasa.

Jika idea Idris mengenai asam pedas mengundang ketawa dan Jonker Walk pula meletakkannya ke lembah pertikaian ramai, cabaran di hadapannya jauh lebih besar lagi. Sekiranya berterusan begini, kedudukannya di Melaka tentunya bakal mengundang rasa tidak senang di hati Perdana Menteri dan hayatnya di Melaka mungkin hanya sepenggal saja.


Iklan C (ii)
 


Sudahlah Ambil Dadah Lagi, Belasah Pulak Jurugambar..

Posted: 28 Jun 2013 10:00 PM PDT

Pelakon lelaki yang ditahan sekali lagi membabitkan kes dadah dilaporkan bertindak kasar terhadap juru gambar bagi mengelak gambarnya dirakam, semalam.

Memetik laporan Utusan Online, anak kepada pelakon veteran ini mulanya dilihat cuba menutup wajah dan menghalang beberapa juru gambar daripada merakam gambarnya ketika keluar dari bilik mahkamah sebelum tiba-tiba bertukar agresif.

Dia menumbuk kepala seorang jurugambar sebuah syarikat akhbar dan turut menepis beberapa kamera juru gambar lain.

Ketika itu, dia sedang dibawa anggota polis di bangunan Mahkamah Majistret Ampang untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas dia ditahan, kelmarin.

Pelakon terbabit dikenakan tahanan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 akta sama.

Peguamnya, P G Cyril ketika ditemui berkata, pegawai penyiasat polis meminta pelokon terbabit direman kerana mereka memerlukan masa untuk menjalankan siasatan.

"(Dia) bersama tiga lelaki dan dua wanita telah ditahan dalam rumah salah seorang rakannya. Kami difahamkan dia ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Tetapi daripada apa yang dimaklumkan sendiri (pelakon itu), dia ke situ adalah untuk menguruskan satu dokumen pinjaman. Dokumen terbabit juga telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan," katanya.

Beliau berkata, polis memberitahu telah menjumpai 4.7 gram dadah dalam sebuah bilik, bagaimanapun tiada sebarang dadah ditemui pada badan pelakon itu dan rakan-rakannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman keenam-enam mereka. ~sinar harian



Iklan C (ii)
 


Ustazah Ni Cakap Umno Tidak Akan Berpecah.. Saksikanlah!!

Posted: 28 Jun 2013 08:28 PM PDT

SHAH ALAM - Ketua Wanita Umno Baling, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, pertandingan merebut dua jawatan tertinggi parti itu tidak akan membawa perpecahan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1987 lalu.

Menurutnya, ahli-ahli Umno tahu apa yang terbaik untuk parti dan suasana hari ini amat berbeza dengan keadaan 26 tahun lalu. "Hari ini, gandingan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah yang paling mantap dan terbaik. Mereka bergerak seiring dan sejalan.

"Saya menggesa semua ahli Umno menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada parti. Semua ahli sedar akan pentingnya perpaduan dalam parti," katanya semalam.

Dr Mashitah turut mengalu-alukan kenyataan Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa semua jawatan dalam parti boleh dipertandingkan, dan ia menjelaskan kekeliruan yang muncul di kalangan akar umbi.

Katanya, kenyataan ini jelas membuktikan Umno sebuah parti yang sering mengamalkan demokrasi.

"Soal beberapa bahagian Umno meluluskan usul supaya presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan juga tidak bercanggah dengan perlembagaan parti. Itu juga amalan demokrasi," katanya. ~sinar harian


Addin :

Tiada yang kekal hanya Allah SWT.. Apa jaminan parti yang menentang terang-terang hukum Allah SWT akan terus kekal? Tepuk dada tanya iman..




Iklan C (ii)
 


Rupanya Dakwat Kekal Beperisa Itu Ada Kelasnya Tersendiri.. Ini Buktinya

Posted: 28 Jun 2013 07:00 PM PDT


Aku mahu mengulas sikit apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini semalam, khususnya berkaitan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang memberi jaminan bahawa 'dakwat kekal yang lebih baik" akan digunakan di dalam PRK Dun Kuala Besut, Terengganu tidak beberapa lama lagi.

Ertinya, dakwat kekal yang 'berperisa makanan' yang berharga lebih kurang RM7 Juta itu rupa-rupanya ada kelas tersendiri iaitu "Lebih baik, baik dan tidak baik". 

 Itulah yang boleh kita faham dari apa yang diperkatakan oleh orang Nombor Dua di dalam SPR yang mana orang ini adalah salah seorang yang menjadi mangsa maki hamun, sumpah seranah dari rakyat yang terasa mereka tertipu dengan dua ekor makhluk dari SPR ini.

Semakin banyak kenyataan yang cuba menangkis dakwaan penipuan SPR, semakin teserlah penipuan SPR. Mengapa di dalam PRU 13 SPR tidak gunakan 'dakwat yang terbaik' itu jika benar dakwat kekal tersebut ada yang terbaik dan tidak berapa baik?

Apakah berbaloi wang rakyat RM7 Juta digunakan hanya untuk dakwat berperisa makanan tetapi tidak semuanya 'yang terbaik'?

Tolonglah SPR. Hentikan terus buat kenyataan yang akan menjadi bahan ketawa orang ramai, walaupun di dalam ketawa rakyat memendam rasa kebencian kepada kamu. 

 Jika benar kamu seorang manusia yang mempunyai maruah dan ada sifat malu, lepaskanlah jawatan kamu. Sampai bila kamu mahu memakan wang gaji yang dibayar oleh rakyat di dalam masa yang sama kamu 'kencing' rakyat?

Apabila didesak oleh Pembangkang di dalam Parlimen, syarikat manakah yang membekalkan dakwat berperisa makanan itu, Menteri pula menjawab bahawa nama syarikat pembekal tidak boleh didedahkan atas sebab-sebab keselamatan. 

 Wey...beli senjata pun orang sebut nama pembekal atau syarikat, ini beli dakwat perisa makanan pun boleh rahsia? Apa kena mengena dengan isu keselamatan? Keselamatan siapa mahu kamu jaga? Mengapa takut mahu dedahkan? 

Seorang lagi Menteri berkata, dakwat itu tiada bahan kimia seperti di India kerana Malaysia mahu menjaga keselamatan rakyat. 

 Aku mahu tahu, semenjak India menggunakan dakwat kekal di dalam Pilihanraya negara mereka, berapa juta rakyat India yang sakit atau mati akibat dakwat kekal? Lagi banyak bercakap semakin jelas kebodohan pak-pak Menteri ini.

Nampaknya tembelang SPR semakin lama semakin jelas. Pengerusi SPR dan Timbalannya sewajibnya meletakkan jawatan di samping dikenakan tindakan di atas kebodohannya di dalam membuat keputusan penting. 

Sebab itulah aku kata, betapa pentingnya MP-MP dari PR mengangkat Sumpah di Parlimen kerana jika mereka tidak berada di Parlimen sekarang, sampai sekarang kita tidak tahu tembelang SPR. ~wfauzdin



Iklan C (ii)
 


Nazri Aziz Belasah Kebodohan KM Melaka...

Posted: 28 Jun 2013 06:00 PM PDT

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi jaminan bahawa laluan kenderaan di sekitar Jonker Walk, Melaka, akan terus ditutup pada hujung minggu agar tidak mengganggu operasi pasar malam di situ.

Menurutnya, pasar malam Jonker Walk adalah tarikan pelancong utama di negeri Melaka dan langkah membuka jalan bagi laluan kenderaan di sekitarnya akan mengganggu kehadiran pelancong dan pengunjung yang berjalan kaki.

"Melaka ini tak ada apa-apa, ada pelancongan sahaja. Di mana-mana pun orang pergi, orang dah kenal Jonker Walk ini.

"Kalau kita buka Jonker Walk (kepada kenderaan), kereta dah boleh lalu, (jadi) pelancong dah tak datang nanti, jangan salahkan orang lainlah," kata Nazri pada sidang media petang tadi.

Beliau juga berkata, alasan kerajaan negeri untuk membuka semula jalan berkenaan juga bukan satu pertimbangan yang wajar.

Walhal, jalan tersebut ditutup pada setiap hujung minggu sejak 13 tahun lalu, katanya."Saya harap ketua menteri akan mengkaji perkara ini dan saya berjanji akan pastikan pada akhirnya, jalan itu akan ditutup pada hujung minggu.

"Kalau kita buka untuk kereta lalu lalang, ia dah tak jadi Jonker Walk, ia mungkin akan jadi Jonker Highway," katanya lagi.

Kemelut Jonker Walk bermula apabila ADUN Kesidang, Chin Choong Seong pada minggu lalu mendakwa Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron menutup pasar malam itu sebagai balasan kepada orang Cina yang mengundi Pakatan Rakyat di negeri itu.

Bagaimana pun, Idris kemudian berkata kenyataan beliau disalah tafsir kerana beliau hanya mengarahkan agar jalan yang menjadi tapak pasar malam itu dibuka semula kepada kenderaan.

Kenyataan itu bagaimanapun berbeza dengan satu pekeliling yang diterima jawatankuasa penjaja di situ yang melarang mereka daripada berniaga atau menjaja di kawasan tersebut.

Nazri pada hari Selasa lalu menjelaskan, penutupan pasar malam tersebut bukanlah satu pembalasan kepada masyarakat Cina namun tetap menggesa agar kerajaan Melaka mengkaji semula keputusan tersebut. ~malaysiakini




Iklan C (ii)
 


Tiada ulasan: