BRIGED MP SEGAMBUT |
- GAMBAR TERBAIK HUJUNG MINGGU:SAKSIKAN..YG GELI JANGAN TENGOK YA
- SUPARMAN POLITIK SUDAH LAHIR DI MELAKA:KETAHUI SIAPA DIA
- DUA GAMBAR PALING POPULAR MINGGU INI:KETAHUI SEBABNYA
- MALAON NI SERANG AGAMA ISLAM:MANA PENCACAI NI...
- ROKOK DIHARAMKAN..KETAHUI MENGAPA KERAJAAN TAKUT BUAT
- PAS PKR DAP PARTAI SUKA TIKAM BELAKANG?
- KETAHUI MENGAPA HAKIM INI BERSARA AWAL SETAHUNJA LAGI..:BACALAH!!!
GAMBAR TERBAIK HUJUNG MINGGU:SAKSIKAN..YG GELI JANGAN TENGOK YA Posted: 29 Jun 2013 07:00 AM PDT Penduduk Kampung Bunan Gega, Serian, Lily Tuah, 47, (kiri) dan Margaret Gugot, 45, menunjukkan sate ulat mulung atau "Singket" ketika sambutan Pesta Bimuruh 2013 di Serian, Sarawak, Sabtu. Selain dibuat sate, makanan eksotik kaum Bidayuh ini juga sedap jika digoreng bersama kicap, disalai atau dibuat sup. Malahan ada yang memakannya hidup-hidup. Antara khasiatnya termasuk dapat mengurangkan masalah kegemukan. Seekor ulat mulung boleh dijual dengan harga 50 sen hingga RM1 seekor bergantung saiznya. Ia sebenarnya larva kumbang yang bersarang di dalam batang pokok rumbia yang sudah reput. - fotoBERNAMA |
SUPARMAN POLITIK SUDAH LAHIR DI MELAKA:KETAHUI SIAPA DIA Posted: 29 Jun 2013 06:30 AM PDT DAP mempersoalkan sama ada Ketua Menteri Melaka Idris Haron cuba mendapatkan kemenangan dalam pemilihan Umno akan datang dengan penutupan pasar malam popular Jonker Walk di negeri itu. "(Penutupan itu) boleh mencapai tiga objektif. (Antaranya) menjadikan Idris Haron wira segera dan mendapat undian terbanyak dalam pemilihan Umno pada hujung tahun ini. "Idris barangkali cuba mengikut jejak (bekas pendahulunya) Abdul Rahim Thamby Chik, yang lebih kurang 30 tahun lalu menjadi wira segera dengan mendapat undi tertinggi dalam pemilihan majlis tertinggi Umno, ekoran cadangannya untuk merobohkan perkuburan lama Bukit Cina," kata pemimpin popular DAP Lim Kit Siang (lihat gambar). Objektif lain, kata Lim, untuk menghukum pengundi Melaka yang tidak memilih BN dalam pilihan raya umum lalu dan meneruskan retorik menghentam Cina selari dengan laporan "Apa Lagi Cina Mahu?" di Utusan Malaysia. Sementara itu, Lim juga berkata, kenyataan Menteri Pelancongan Nazri Abdul Aziz bahawa Jonker Walk antara penyebab kesesakan lalu lintas sehingga ke plaza tol Ayer Keroh juga tidak berasas sama sekali. |
DUA GAMBAR PALING POPULAR MINGGU INI:KETAHUI SEBABNYA Posted: 29 Jun 2013 12:30 AM PDT Apakah Najib akan mengambil tindakan ke atas Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara? Tahap kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu KPN dan Menteri Dalam Negeri, sedang berjerebu Belum pun reda betul jerebu yang diakibatkan oleh kebakaran gambut di Riau dan Sumatera dan telah menyebabkan darurat diisytiharkan di beberapa kawasan dan ribuan sekolah ditutup di beberapa buah negeri, Malaysia kini dilanda pula oleh jerebu baru – jerebu kebertanggungjawaban, integriti dan tadbir-urus dua pegawai tertinggi dalam bidang keselamatan, iaitu Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri. Siapa sangka dalam masa hanya 48 jam kredibiliti dan kewibawaan dua pegawai tertinggi keselamatan negara – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – boleh hancur lebur. Pada hari Rabu, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk V.T. Singham (mencapai usia 65 tahun hari ini dan telah mengambil keputusan untuk bersara setahun lebih awal daripada sepatutnya), mendapati Khalid ketika menjadi ketua polis Selangor bertanggungjawab atas kematian A Kugan. Kugan yang disyaki terlibat dalam kes curi kereta telah mati akibat kecederaan teruk dalam tahanan polis di Balai Polis Taipan pada 20 Januari 2009. Sejarah dalam bidang kehakiman tercipta apabila hakim memutuskan keluarga Kugan berhak menerima pampasan sebanyak RM801,700 kerana polis dan kerajaan boleh dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan, manakala Khalid pula boleh dipertanggungjawabkan kerana menyalahgunakan kedudukannya sebagai penjawat awam. Kelmarin, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Zahid untuk mengenepikan saman terhadapnya yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah berikutan serangan yang berlaku pada tahun 2006. Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md Raus Sharif yang mengetuai panel lima orang hakim menyebut bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam Zahid, Shamsul Bahrain Ibrahim, adalah berfakta dan perlu didengar dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Dengan keputusan mahkamah tertinggi dalam negara ini, saman sivil oleh Amir Bazli Abdullah terhadap menteri dalam negeri akan mula didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos nanti. Baru dua minggu lalu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut bahawa pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, iaitu bahawa mereka mahu kerajaan bersikap tegas mempertahankan institusi-institusi penting dalam negara, "menguatkuasakan undang-undang, menegakkan Perlembagaan". Malangnya dua insiden melibatkan Menteri Dalam Negeri dan KPN ini menyampaikan mesej yang berlawanan, iaitu betapa kredibiliti, integriti, dan kewibawaan institusi-institusi negara sedang diancam hebat selepas PRU13. Sukar untuk Menteri Dalam Negeri meminta KPN memikul tanggungjawab penuh atas kematian Kugan sedangkan pada masa yang sama persoalan timbul mengapa polis tidak membuat penyiasatan dan mendakwa Zahid atas serangan terhadap Amir Bazli pada tahun 2006. Pada masa yang sama juga, KPN tidak boleh menggesa Menteri Dalam Negeri untuk memikul tanggungjawab penuh atas kes serangan pada tahun 2006 itu kerana Khalid sendiri sedang dipertanggungjawabkan atas kematian Kugan dalam tahanan polis pada tahun 2009. Langkah Menteri Dalam Negeri dan KPN nampaknya sedang terkunci kerana kedua-duanya tidak dapat menggunakan kuasa masing-masing ke atas satu sama lain kerana kedua-dua mereka mempunyai pekung tersendiri. Apakah ini caranya kerajaan Barisan Nasional memulihkan kepercayaan rakyat dalam negara dan warga dunia terhadap institusi-institusi utama dalam negara selepas PRU13? Belum pun dua bulan selepas PRU13, kerajaan Barisan Nasional telah mula berdepan dengan krisis tadbir-urus yang parah. Rakyat Malaysia berhak tahu bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hendak menyelesaikan jerebu terbaru ini yang menjejaskan tahap kebertanggungjawaban, integriti, dan tadbir-urus yang baik oleh dua pegawai keselamatan tertinggi negara. Rakyat mahu tahu sama ada beliau akan menamatkan perkhidmatan mereka, menggantung, atau mengarahkan kedua-dua mereka mengambil cuti sehinggalah mereka berjaya membersihkan diri daripada tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap mereka. |
MALAON NI SERANG AGAMA ISLAM:MANA PENCACAI NI... Posted: 28 Jun 2013 11:47 PM PDT MCA menyelar pembentangan secara "diam-diam" undang-undang pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan berkaitan penukaran agama anak sebagai "mengejutkan" kerana ia didakwa menceroboh hak bukan Islam. "Saya terkejut apabila difahamkan kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 kerana ia mengandungi peruntukan kontroversi yang menjejaskan perlembagaan dan hak beragama bukan Islam. "Pembentangan rang undang-undang itu seperti memperkenalkan undang-undang secara diam-diam dan ia merugikan kerukunan nasional yang banyak diperkatakan," kata Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu dalam sidang media semalam. Pindaan itu antaranya bagi melonggarkan tafsiran terma "ibu bapa" bagi membolehkan kebenaran seorang sahaja diperlukan untuk menukar agama kanak-kanak. |
ROKOK DIHARAMKAN..KETAHUI MENGAPA KERAJAAN TAKUT BUAT Posted: 28 Jun 2013 10:52 PM PDT LASAN Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyambut baik langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha di negeri itu kerana ia mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok. CAP sejak beberapa tahun yang lalu telah menggesa pihak berkuasa yang berkenaan agar mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana ia ternyata boleh memudaratkan kesihatan penggunanya. CAP dalam satu kenyataan akhbar pada 29 Oktober 2012 menggesa pihak berkuasa mengharamkan terus penggunaan shisha yang semakin berleluasa di seluruh negara terutama sekali dalam kalangan anak-anak muda. Namun begitu usaha dan gesaan yang dibuat oleh CAP itu tidak mendapat maklum balas daripada yang berkenaan. Selaras dengan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Perlis itu, CAP menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang mengharamkan penggunaan shisha sepertimana juga fatwa yang mengharamkan rokok. CAP sekali lagi menyarankan pihak berkuasa berkenaan mengharamkan terus penggunaan shisha dan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara ini tidak lagi mengeluarkan lesen perniagaan terhadap premis yang mempunyai kemudahan untuk menghisap shisha. Risiko sama seperti rokok Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya berkata, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu. Dr Juanda berkata, amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja. Beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat. Menurutnya, langkah pengharaman itu dilaksanakan kerajaan negeri Melaka sejak 2009 dan Perlis juga menuruti jejak negeri itu kerana kegiatan itu didapati membawa kemudaratan yang besar. Gejala menghisap shisha yang semakin menular dalam kalangan remaja masa kini dan kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan menghisap shisha perlu diberi perhatian serius dengan segera oleh pihak berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran. Langkah ini perlu diambil dengan segera oleh semua negeri yang masih belum mengeluarkan fakwa mengharamkan shisha memandangkan menghisap shisha ini dikatakan sama bahayanya dengan menghisap rokok. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap hookah atau shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau menggunakan produk tembakau lain. Arang mendap di salur penafasan Penghisap shisha biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter. Mereka yang menghisap rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap. Mengenai bahaya menghisap shisha ini, dikatakan penghisap shisha turut boleh mengalami ketagihan seperti penghisap rokok biasa, kerana penggunaan tembakau sebagai bahan utama sememangnya membahayakan kesihatan. Penggunaan arang dalam peralatan dalam peralatan untuk menghisap shisha boleh meningkatkan masalah paru-paru berikutan arang yang digunakan boleh mendap dalam saluran pernafasan si penghisap. Air didihan yang digunakan juga tidak dapat menapis toksin yang ada, memandangkan shisha turut mengandungi nikotin dan karbon dioksida yang terdapat dalam rokok biasa, penggunaan berterusan hanya akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang. Tindakan tegas perlu diambil segera memandangkan penggunaan shisha boleh memudaratkan kesihatan demi untuk menjaga kesejahteraan generasi kita yang akan datang. SM MOHAMED IDRIS presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). |
PAS PKR DAP PARTAI SUKA TIKAM BELAKANG? Posted: 28 Jun 2013 07:53 PM PDT Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim mendakwa Pakatan Rakyat "menikam" parti itu daripada belakang pada pilihan raya umum lalu sekalipun berpandangan gabungan itu bukan musuh utama mereka. "Benar, kita tetap bermasalah apabila kawan sendiri membelot dan menikam kita dari belakang kerana pada hemat kami mereka ini bukanlah musuh utama. "Namun kita tetap dilanyak dan kita cuba bertolak ansur dengan harapan dapat bersatu. "Walhal kalau mengikut sejarah perjuangan PSM, kita tidak gentar menghadapi musuh utama, sanggup kena pukul dipenjara dan diheret ke mahkamah. Masih bangun melawan," katanya dalam ucapan dasarnya sempena kongres parti itu di Kuala Lumpur semalam. Sambil menyifatkan hubungan PSM dengan Pakatan "kucar kacir" semasa pilihan raya umum lalu, Dr Nasir bagaimanapun berkata pada masa lain mereka bersatu membanteras ketidakadilan dan salah guna kuasa. Menurutnya, parti itu "diasak, dimungkiri janji, lembab menangani masalah parti dan mementingkan kedudukan masing-masing" ekoran tiada kekuatan keahlian dan sokongan sekali gus mengharap Pakatan meraih kejayaan dalam pilihan raya. "Namun begitu, sebagai kawan Pakatan, kita sanggup bertolak ansur bagi memudahkan Pakatan menuju ke Putrajaya. Malangnya tindakan ini dipandang remeh dan dianggapkan satu kelemahan. "Akibat daripada tindakan Pakatan yang lekehkan semangat setia kawan ini, ramai kawan NGO, mahasiswa, individu bersimpati dan menawarkan bantuan material dan meluangkan masa menyertai ceramah-ceramah semasa pilihan raya," katanya. Serah DUN atas 'dulang emas' Sehubungan itu, Dr Nasir menegaskan pihaknya ingin mengkaji semula hubungan dengan Pakatan ekoran dakwaan sabotaj yang dilakukan terhadap calon mereka pada pilihan raya umum lalu. "Apabila calon Pakatan kalah dalam pilihan raya, maka timbullah tohmahan baharu bahawa PSM tidak membantu. Mereka tidak sebut langsung tentang sabotaj yang mereka lakukan secara terbuka dan bersekongkol (senyap) menentang calon PSM menjelang pilihan raya. "Maka saingan satu lawan satu menjadi saingan banyak penjuru dan berpecahlah undi, memberi kemenangan mudah kepada pihak musuh. Justeru itu tidak hairanlah sekiranya PSM ingin mengkaji semula hubungannya dengan Pakatan," katanya. Dalam ucapannya, beliau mengulas bagaimana Pakatan khususnya PAS yang didakwa mengeksploitasikan keadaan "bersendirian" mereka dalam pilihan raya umum lalu seperti yang berlaku di Kota Damansara. "PAS penuh yakin boleh menang apabila dapat sokongan sebahagian daripada PKR dan Umno. Namun mereka tidak berjaya menang tetapi berjaya memecah undi dan menyerah DUN Kota Damansara ke Umno di atas dulang emas. "Begitulah, mereka menang sorak tetapi kampung halaman tergadai. DUN Semenyih dan DUN Jelapang juga mengalami cerita yang agak sama iaitu kita diserang dan disabotaj oleh rakan-rakan dari Pakatan. Apakah iktibar kita dalam kesemuanya ini?" katanya. |
KETAHUI MENGAPA HAKIM INI BERSARA AWAL SETAHUNJA LAGI..:BACALAH!!! Posted: 28 Jun 2013 04:30 PM PDT Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk VT Singham yang menyampaikan penghakiman memihak kepada keluarga A Kugan dua hari lalu, bersara hari ini selepas berkhidmat selama 13 tahun. Datuk Singham bersara pada usia 65 tahun hari ini. Pegawai dari jabatan komunikasi korporat dan perhubungan antarabangsa kehakiman menyatakan bahawa beliau memilih usia berkenaan untuk bersara. Pada kebiasaannya, para hakim, termasuk dari Mahkamah Persekutuan, akan berkhidmat di sehingga usia bersara wajib 66 tahun. Singham dilantik sebagai pegawai kehakiman Mahkamah Tinggi pada tahun 2000 selepas berkhidmat sebagai peguam – dan kemudiannya disahkan sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 2002. Beliau merupakan hakim Mahkamah Tinggi paling kanan dan pernah berkhidmat di Temerloh, Taiping, Ipoh, Kuantan dan Kuala Lumpur. Difahamkan, Singham pernah berkhidmat sebagai wartawan sambilan pada awal kerjayanya. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan