Addin |
- MB Terengganu Mengamuk
- Tentera Di Kerah Ke Himpunan Black 505?
- Polis Nafi KL Tersenarai 10 Bandaraya Berbahaya Di Dunia
- Gempar!! Timbalan Pengerusi SPR Masuk Umno?
- KJ Calon Timbalan Speaker Pakatan Rakyat
- Cara Terbaik Tumbangkan Najib Dalam Masa Terdekat
- Udara Muar Paras Bahaya, 211 Sekolah Di Arah Tutup
- 'Kejayaan Besar' Program PLKN Tersebar
- Perhimpunan Black 505 Tetap Di Padang Merbok - Rafizi Ramli
- Khalid Ibrahim Sound SYABAS Lagi..
- Tidak Boleh Berhimpun Di Padang Merbok, Keputusan Muktamad Polis
- Ini Penjelasan Anwar Berkenaan Pertemuan Rahsia Dengan Najib
Posted: 20 Jun 2013 09:24 AM PDT KUALA TERENGGANU: Seperti yang dijangka, isu pembinaan Pasar Besar Kedai Payang yang baru benar-benar menghangatkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pertama kali diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Selepas usul berhubung isu tersebut ditolak Yang Dipertua Dewan Mohd Zubir Embong Selasa lalu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) mengambil peluang membangkitkannya sewaktu sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, petang semalam. Ketika Ahmad menjelaskan isu tersebut, Syed Azman bangun meminta penjelasan berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur. "Saya mohon penjelasan adakah benar projek ini diberikan kepada Syarikat Gabungan Granite yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Abu Sahid Muhamed, Lim Chiau Woei, Law Phooi Wong dan Chan Lai Choon. "Pasar payang ini adalah persoalan warisan Negeri Terengganu. Bukan sahaja saya yang membuat bantahan tetapi Datuk Seri Menteri Besar perlu teliti pandangan ramai (dari) dalam negeri dan luar negeri dan seorang penulis prolifik Anak Terengganu, Awang Goneng menulis dengan jelas dalam akhbar New Straits Times, kalau nak bina hotel, bina di tempat lain," kata beliau ketika bangun mencelah. Ahmad menafikan projek tersebut mendapat bantahan ramai sebaliknya mendakwa 'pihak-pihak tertentu' mempengaruhi peniaga Pasar Payang supaya membantah projek tersebut. Beliau tidak menjawab dakwaan Syed Azman berhubung pemberian projek kepada bukan anak tempatan itu. Tidak berpuas hati, Syed Azman bangun memohon penjelasan sekali lagi. "Saya tanya soalan yang spesifik iaitu kepada syarikat mana projek ini diberikan. Kalau saya gunakan bahasa 'jawapan bodoh' tak kena dengan dewan tapi jawapan memang jawapan bodoh," katanya. Ahmad kemudiannya melenting dan berkata 'dah soalan bodoh, jawapan biar bodohlah. Mung (awak) mahu apa lagi?' "RM400 juta bukan kita beri projek ini kepada kontraktor tapi kepada pemaju yang majukan. PhD apa begini tak faham?" sanggahnya lagi. Pertikaman lidah berlarutan beberapa minit dan turut disampuk beberapa wakil BN sehingga Mohd Zubir mengarahkan mereka diam dan bertenang. "Kalau dikatakan panas dan sesak, kenapa tak diperbaiki pasar sedia ada? Kenapa perlu dibina pasar baru sekali dengan hotel dan apartmen?" soal Syed Azman lagi. "Baik pulih tidak memberikan erti yang besar. Kerajaan bina pasar baru untuk memberikan yang terbaik kepada peniaga dan orang ramai," jawab Ahmad. ~harakahdaily |
Tentera Di Kerah Ke Himpunan Black 505? Posted: 20 Jun 2013 07:38 AM PDT Polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul andai pembangkang meneruskan perhimpunan mereka di ibu negara Sabtu ini. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu. "Setakat ini PDRM masih lagi mampu untuk kekalkan keamanan (negara). Kami sentiasa berhubung dengan tentera dan sekiranya perlu tentera akan diminta turun membantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Upacara Tamat Latihan Asas Konstabel Orang Asli PDRM di Ipoh hari ini. Mengulas lanjut, Salleh menasihati orang ramai agar menjauhi perhimpunan itu yang jika diadakan adalah tanpa kebenaran pihak berkuasa. ~parlimen kota raja |
Polis Nafi KL Tersenarai 10 Bandaraya Berbahaya Di Dunia Posted: 20 Jun 2013 06:29 AM PDT Walau apa pun penafian oleh PDRM berkenaan dakwaan tersebut, maka kita tak boleh lagi la nak menggunapakai hujah tersebut melainkan ada bukti yang menyokong kenyataan tersebut. Tulisan tersebut perlulah di sertakan dengan kajiselidik yang di iktiraf dan ada kredibilitinya. Dan bukan hanya penafian yang semberono. Zaman ini zaman fakta bukannya zaman auta. Sumber ~ fb pdrm |
Gempar!! Timbalan Pengerusi SPR Masuk Umno? Posted: 20 Jun 2013 05:08 AM PDT Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Beliau berkata pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip."Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi, tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit. "Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya? Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot, taklimat dia kata," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis syarahan jamuan tengah hari anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) bertajuk 'PRU13: Terima Keputusan Rakyat' di Kuala Lumpur hari ini.Selain itu, Wan Ahmad berkata pembangkang juga dilihat hipokrit apabila mendakwa sistem pilihan raya negara ini tidak adil namun mereka tetap menghantar calon bertanding. "Kalau pembangkang tidak yakin daripada mula tentang undang-undang pilihan raya, ketelusan pilihan raya dan kononnya berlaku penipuan... mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyertai pilihan raya."Tetapi dia masuk bertanding sebab percaya pilihan raya kita adil, percaya boleh mendapat kemenangan kerana kemenangan ada di tangan rakyat. Mereka menang, dapat tubuh kerajaan, dapat pecahkan monopoli parti pemerintah," katanya.Beliau berkata pembangkang hanya mempergunakan rakyat bagi menyokong prinsip tidak menerima keputusan pilihan raya dengan mengheret mereka ke perhimpunan jalanan, namun pada masa sama mengakui diri wakil rakyat yang dilantik menerusi proses pilihan raya. Wan Ahmad juga berkata SPR tidak akan melayan segala desakan pembangkang kerana tuntutan mereka di luar garis perlembagaan dan peruntukan undang-undang."Pembangkang tuntut SPR untuk letak jawatan, tidak masuk akal sebab menurut Perlembagaan, itu bukan caranya; menuntut pilihan raya diadakan semula di 30 kawasan yang mereka menang kecil, tidak masuk akal sebab kalau mereka tidak percaya keputusan pilihan raya, buat bantahan melalui petisyen pilihan raya, dalam Perlembagaan, Perkara 118. "Selain itu, mereka menuntut kajian semula persempadanan ditangguhkan sementara, menurut Perlembagaan ia perlu dibuat selepas tempoh lapan tahun, sudah sampai masanya dan tidak boleh dilengahkan."Bagaimanapun, mereka mahu perkara itu dibuat sehingga dapat lantikan SPR baharu. Nak lantik di bawah undang-undang mana?" soalnya. ~bernama Addin: Kalau statement macam ketua cawangan umno,eloklah jadi ahli berdaftar umno.. |
KJ Calon Timbalan Speaker Pakatan Rakyat Posted: 20 Jun 2013 03:07 AM PDT KUALA LUMPUR - PR hari ini memutuskan untuk mengemukakan calonnya untuk jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi sidang Parlimen 2013-2018. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PR sebulat suara memilih ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar untuk dicalonkan bagi mengisi jawatan terbabit. Menurutnya, tujuan PR berbuat demikian adalah bagi memantapkan lagi proses demokrasi dan memastikan perjalanan perbahasan berlangsung secara telus dan adil. "PR tegaskan Speaker mesti dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat. "Kita juga nak pastikan Parlimen tidak jadi berat sebelah dan hanya dengar suara sebelah pihak sahaja," katanya pada sidang media, di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini. Sebelum ini, PR telah menamakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai calon Speaker Dewan Rakyat. Manakala, BN mengekalkan calon Speaker penggal lalu iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk meneruskan perkhidmatannya pada sesi Parlimen ke-13. Mengulas lanjut, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pencalonan dua nama adalah sejajar dengan peningkatan bilangan komposisi ahli Parlimen PR. "Tindakan akan meningkatkan lagi kualiti amalan demokrasi di negara ini," katanya. ~sinar harian |
Cara Terbaik Tumbangkan Najib Dalam Masa Terdekat Posted: 20 Jun 2013 01:39 AM PDT Sama ada memang benar berlaku penyelewengan dan ketidak-adilan (melampau) dalam pilihan raya KE-13 lalu, hakikatnya parti UBN masih berkuasa dan Najib Razak masih menjadi perdana menteri. Dalam permainan politik yang berpaksikan kepada 4C (teori saya) sebagai rukunnya, penegakkan kebenaran dengan segala macam fakta 'akli' atau bayangan tidak merubahkan keadaan.Rakyat apa lagi rakyat berbangsa Melayu tidak mudah untuk digerakkan mengikut apa yang diagendakan. Bukan mereka cerdik atau pintar tetapi begitulah sifat dan ciri-ciri yang ada kepada mereka, Bangsa Melayu adalah bangsa separuh masak - kebaratan pun tidak ketimurtengahan juga pun tidak. Sebahagian besar orang Melayu masih berfikir secara ortodoks.Puak pembangkang khasnya Anwar Ibrahim yang kagen dan kempunan hendak menjadi perdana menteri masih berusaha dengan cuba menafikan pilihan raya ke-13 tempoh hari. Anwar yang boleh dipuji beliau tidak pernah berputuas asa dan boleh mengubah segala janji dan ikrar politiknya. Sebelum ini dia bermadah akan bersara dalam politik sekiranya Pakatan Rakyat tidak menang. Saya sudah menduga awal-awal kenyataan (janji) itu sebahagian sebagai gimik dan modal politiknya demi meraih simpati.Maka dicarilah satu dalih atau alasan untuk mengatakan Pakatan Rakyat menang bagi membolehkan beliau terus berada dalam gelanggang politik. Maka angka 51% diambil untuk menghalalkan tindakan. Kononnya Pakatan Rakyat mendapat suara 51% undi popular berbanding dengan UBN yang mendapat 47%. Dengan figure-figure yang disihirkan itu maka halallah Anwar untuk memungkiri janji politiknya untuk bersara.Apapun kita ucapkan selamat kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Memang mereka tidak akan berpuas hati selagi Najib tidak jatuh dan di kalangan mereka (Anwar) yang akan dinobatkan sebagai perdana menteri. Orang yang mengatakan politik Pakatan Rakyat, baik Anwar, Lim Kit Siang dan lain-lain sebagai gilakan kuasa, orang itulah yang sebanarnya 'sinting' kerana seakan tidak mahu memahami politik itu yang mahukan kuasa. 'Budak'lah orang yang bermain politik tetapi tidak mahukan kuasa .Ayuh teruskan Anwar dengan cara anda. Selagi rakyat masih mempercayai degan cara anda, silakan. Cuma ingat sedikit sudah ada bidalan, sepandai-pandai tupai melopat akhirnya ke tanah juga. Setinggi mana bangar terbang akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. Hidup ini asa lapan dimensi bukannya empat. Mungkin bidalan ini tidak tepat. Apa yang hendak diceritakan, rakyat mempercayai kita hari ini esok dan lusa, tetapi bukan selamanya. Makanya tektik dan strategi kena tukar.Bagaimana pun di sini saya ada formul kecil bagaiman kalau hendak jatuhkan Najib sebagai perdana menteri tanpa menunggu pilihan raya umum ke-14. Formula ini saya tidak mengira UBN akan tumbang. Tetapi khasnya untuk Najib semata-mata. Formula ini agak janggal dan tidak masuk akal. Namun kerana politik itu kadang kala di luar norma rentas pemikiran manusia, maka formula ini boleh dikira masih waras dalam kancah politik dan ia boleh dicuba.Untuk menggugurkan seseorang bukan semestinya menerusi pilihan raya umum. Pilihan raya adalah cara formal yang yang ketat dengan syarat-syaratnya.Tetapi mereka juga boleh digugurkan secara lain. Kalau semua orang berfikir untuk jatuhkan Najib menerusi pilihan raya, maka pilihan raya ke-14 masih jauh. Masih ada empat tahun 10 bulan lagi. Dalam masa itu Najib boleh mempersiapkan dan memperkemaskan dirinya. Najib boleh berusaha untuk mengukuhkan kedudukannya. Belum tentu PRU-14 jalan mudah dan rapoh menjatuhkan Najib.Makanya masa itu jangan dinanti. Ambil peluang dan cari jalan pintas. Bagaimana caranya? Umum tahun perhimpunan agung Umno akhir tahun ini melibatkan pemilihan pemimpin disemua peringkat termasuk untuk jawatan presiden Umno. Mereka yang ingin melihat Najib jatuh boleh gunakan kesempatan ini. Anwar yang beriya mahukan Najib tumbang jangan berfikir selepas Najib adalah beliau. Anwar harus rasional dan berfikiran terbuka dalam soal ini. Dalam konteks ini Anwar dan Pakatan Rakyat perlu berfikir untuk menumbangkan Najib. Ini agendanya.Untuk ini Anwar dan Pakatan Rakyat perlu berusaha agar ada orang melawan Najib dalam perhimpunan itu kelak. Untuk Anwar berbuat demikian mustahil kerana beliau berada di luar Umno. Satu-satu orang yang layak dan sesuai untuk berdepan dengan Najib ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Anwar dan Pakatan Rakyat boleh memberi sokongan kepada Tengku Razaleigh untuk berdepan dengan Najib. Dalam erti kata lain Anwar dan Pakatan Rakyat harus bersekongkol dengan Tengku Razaleigh.Mungkin ada yang mengatakan formula ini mustahil tidak masuk akal. Saya ingatkan mereka yang berfikir separuh dari fikiran politik saya abaikan formula ini dan berhenti bercakap mengenainya. Memang ianya mustahil dan Anwar tidak dapat berbuat apa-apa. Anwar dan Pakatan Rakyat tidak boleh mengundi untuk kemenangan Tengku Razaleigh. Saya sendiri memberi jaminan Tengku Razaleig boleh kalah. Hegemoni politik Najib dalam Umno sangatlah hebat.Tetapi apa yang dikehendaki menerusi pertandingan ini ialah menghimpun berapa ramai orang-orang Umno khasnya yang menjadi ahli parlimen yang kecewa dengan kekalahan Tengku Razaleigh Hazmah ini. Apakah kesemua lebih 80 ahli parlimen Umno itu menyokong Najib Razak? Sudah pasti apabila ada pertandingan kedudukan ahli Umno akan berbelah bahagi. Mereka yang tidak senang dengan Najib akan mencari alternatif (pemimpin) baru. Mereka secara lumrahnya akan melepaskan wap marah kepada Najib dengan mengundi Tengku Razaleigh Hamzah.Seperti mana dibimbangI Mahathir Mohamad kalau berlaku pertandingan dalam Umno perpecahan tidak dapat dielakkan. Akan ada hati-hati yang retak dan jiwa yang lara serta berdendam. Nah, perpecahan inilah yang diperlukan. Anwar dan Pakatan Rakat boleh mengambil kesempatan. Perbalahan di dalam Umno disebabkan perpecahan akibat perlawanan itu boleh dibawa ke parlimen. Di parlimen inilah proses untuk menjatuhkan Najib boleh dilakukan.Sekiranya bilangan undi cukup undi tidak percaya boleh dikemukakan ke atas Najib. Tengku Razaleigh atau ahli parlimen yang kecewa dengan Najib boleh mengemukakan undi tidak percaya. Jika ini berlaku ahli parlimen Pakatan Rakyat akan ikut serta menyokong undi tidak percaya berkenaan. Kedudukan hari sekiranya terdapat 10 atau 15 ahli Parlimen Umno ia sudah mengoyangkan kedudukan Najib sebagai perdana menteri.Angka 10 itu akan ditambah dengan beberapa bilangan lain lagi yang akan mengenapkan menjadi 30 kesemuanya. Dengan jumlah itu maka akan jatuhlah Najib sebagai perdana menteri dan akan bertukarlah juga kerajaan. Ketika itu mungkin Pakatan Rakyat membentuk kerajaannya dengan memberi laluan kepada Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perdana menteri. Soalnya apakah Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain, PAS dan DAP sedia untuk melakukan 'kudeta' ini?Untuk menjadikan formula ini sebagai realiti maka Anwar Ibrahim bersama pemimpin Pakatan Rakyat lain hendaklah berkempen memberi semangat dan dorongan agar Tengku Razaleigh menentang Najib untuk jawatan presiden Umno. Berikan kekuatan dan keyakinan kepada ahli parlimen Gua Musang itu. Masalah kouta pencalonan 30% untuk bertanding kerusi presiden bukan menjadi masalah lagi. Sistem pemilihan baru seseorang yang hendak bertanding jawatan apa saja dalam Umno tidak lagi terikat dengan kouta.Keterbukaan atau tranformasi di dalam Umno inilah yang kini membimbangkan Mahathir dan beberapa pemimpin Umno lain. Masing-masing sudah memberi signal agar jawatan tertinggi dalam Umno jangan dipertandingkan. Macam-macam alasan diberikan semuanya untuk menyelamatkan Najib di atas takhta. Pun begitu pandangan itu berbelah bahagi kerana ada yang mahukan semua jawatan dipertandingkan untuk melihat demokrasi benar-benar wujud di dalam Umno.Nota, apa yang dikemukakan ini hanya satu formula atau kaedah bagaimana untuk menjatuhkan Najib. Kaedah ini adalah peluang terbaik pada waktu ini. Peluang ini lebih baik daripada cara cuba mengheretkan rakyat agar memberi tentangan berterusan kepada kerajaan. Menjatuhkan Najib dalam partinya kemudian mengakat Tengku Razaleigh sebagai penggantinya lebih realistik daripada apa-apa tindakan provokatif yang dilakukan hari ini. ~mso |
Udara Muar Paras Bahaya, 211 Sekolah Di Arah Tutup Posted: 19 Jun 2013 11:26 PM PDT KUALA LUMPUR - Lebih 200 sekolah di Muar, Johor diarah tutup buat sementara berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat paras bahaya iaitu 383. Pengarah Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani berkata keputusan itu dibuat berikutan paras IPU di daerah itu mencecah tahap bahaya, dan tindakan itu melibatkan 76,940 pelajar. Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini melaporkan Muar merupakan kawasan yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU 383 pada 11 pagi meningkat daripada 337 pada 7 pagi tadi. Sementara itu, Kota Tinggi mencatat bacaan sangat tidak sihat dengan IPU 232 diikuti Pasir Gudang dan Larkin Lama mencatat status tidak sihat dengan masing-masing mencatat IPU 199 dan 181, menurut laman web www.doe.gov.my. Di Melaka, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai mencatat bacaan IPU tidak sihat masing-masing 137 dan 119. Menurut jabatan itu, bandar-bandar lain di negara ini mencatat bacaan IPU sederhana iaitu di bawah 100. ~bernama |
'Kejayaan Besar' Program PLKN Tersebar Posted: 19 Jun 2013 09:48 PM PDT Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut semalam. Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar. Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu, manakala keadaan ibu muda terbabit dalam yang sedang dirawat tidak membimbangkan. Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki. "Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut. ~bernama |
Perhimpunan Black 505 Tetap Di Padang Merbok - Rafizi Ramli Posted: 19 Jun 2013 08:22 PM PDT Dengan 48 jam sebelum perhimpunan Black 505 pada Sabtu, ketegangan diantara polis dan penganjur berterusan. Sebagai respon kepada amaran polis semalam mengatakan penganjur akan didakwa sekiranya perhimpunan diteruskan, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu The Malaysian Insider tiada perubahan setakat ini. "Kita akan teruskan dengannya," katanya berkenaan dengan rancangan untuk mengadakan perhimpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur. "Walau bagaimanapun, kita berharap menjelang hari perhimpunan, polis akan memenuhi permintaan kita."Beliau menambah: "Akan tetapi saya faham, polis terikat dalam perkara ini. Putrajaya yang mengawal keadaan. "Mereka harus belajar menghormati majoriti yang bimbang dengan penipuan pilihan raya baru-baru ini."Semalam, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengeluarkan satu lagi amaran keras. Bercakap pada sidang akhbar, ketua polis yang bertanggungjawab atas kawasan tempat perhimpunan itu diadakan memberi amaran pihak penganjur masih boleh didakwa walaupun polis telah menerima notis pemberitahuan perhimpunan 10 hari lebih awal, seperti ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 . Ini adalah kerana penganjur tidak mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan padang itu.? Beliau turut mengatakan polis tidak akan membuat sebarang persiapan untuk membantu perhimpunan akan tetapi akan hadir untuk "menguatkuasakan" undang-undang. Akan tetapi Rafizi mengatakan perhimpunan akan berterusan sehingga kerajaan menunaikan tuntutan mereka "Lebih cepat mereka sedar lebih baik," kata ahli Parlimen Pandan itu. Beberapa siri perhimpunan Black505 yang bermula pada 8 Mei telah dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk membantah keputusan Pilihan Raya 2013 yang didakwa tercemar dengan penipuan dan kecurangan pilihan raya. Mereka juga menuntut agar kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan untuk bertanggungjawab terhadap perjalanan pilihan raya umum 5 Mei yang dikatakan hambar. Barisan Nasional (BN) terus berjaya mengekalkan kuasa dengan 133 daripada 222 kerusi Parlimen akan tetapi gagal merampas semula majoriti tradisi dua pertiga di Dewan Rakyat. PR pula mendapat 89 kerusi. ~the malaysian insider |
Khalid Ibrahim Sound SYABAS Lagi.. Posted: 19 Jun 2013 08:09 PM PDT SHAH ALAM – Syabas diminta lebih cekap dalam menyelesaikan kejadian paip bocor selain memantau loji serta rumah pam bagi mengelakkan kerosakan yang boleh menjejaskan kehidupan pengguna di Lembah Klang dan Putrajaya. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan terus memantau kerja penyelenggaraan yang dibuat syarikat konsesi itu dalam memastikan bekalan air terawat mencukupi. "Oleh kerana isu penyusunan semula industri air kita akan bincangkan dengan kementerian berkaitan minggu depan, kita juga memantau kerja yang dibuat Syabas supaya bekalan air terawat berterusan. "Lembaga Urus Air Selangor (Luas) juga memaklumkan paras air di semua kolam takungan di negeri ini dalam keadaan memuaskan walaupun cuaca panas ketika ini," katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco, di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), di sini semalam. Dalam pada itu katanya, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) telah mengemukakan permohonan untuk membuat kerja penggantian injap sluis (Sluice Valve) di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1). Beliau berkata, kerja penggantian itu memerlukan operasi separuh daripada loji berkenaan perlu dihentikan selama lapan jam, kelmarin."Kerja penggantian berjadual ini menyebabkan gangguan bekalan air di Kolam Imbangan Matang Pagar yang membekalkan air ke kawasan Petaling dan Kuala Lumpur. "Pihak SPLASH telah mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pengguna air dan kerja penggantian injap sluis itu telah siap sepenuhnya jam 4 petang semalam (kelmarin) dan loji berkenaan telah beroperasi secara normal dengan membekalkan 750 juta liter sehari. Kita dimaklumkan bekalan air sepatutnya telah kembali pulih sepenuhnya pagi hari ini (semalam) kecuali kawasan tinggi yang mengambil sedikit masa kerana masalah tekanan air rendah," katanya.Tambahnya, orang ramai dinasihatkan menggunakan air dengan cermat sebagai langkah berjaga-jaga. ~sinar harian |
Tidak Boleh Berhimpun Di Padang Merbok, Keputusan Muktamad Polis Posted: 19 Jun 2013 06:43 PM PDT Polis bertegas tidak membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Padang Merbok di sini Sabtu ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, keputusan polis itu selari dengan keputusan yang telah diputuskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, baru-baru ini. Katanya, kawasan Padang Merbok merupakan milik DBKL dan bergantung kepada pihak berkenaan untuk membuat keputusan. "Datuk Bandar telah memberi kenyataan yang memutuskan perhimpunan tersebut tidak boleh diadakan di situ dan sebagai tuan punya kepada kawasan itu, DBKL mempunyai hak. "Itu selari dengan kehendak Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan setiap kebenaran berhimpun perlu mendapat kebenaran pemilik dan penganjur perlu mengemukakan kebenaran pemilik untuk mengadakan perhimpunan itu," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa pertemuan pegawai polis kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan Pengerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ayub Yaakob di sini hari ini ~anak sungai derhaka |
Ini Penjelasan Anwar Berkenaan Pertemuan Rahsia Dengan Najib Posted: 19 Jun 2013 06:00 PM PDT PETALING JAYA – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataan bahawa beliau tidak bertemu Datuk Seri Najib Tun Razak di Indonesia sebagaimana dilapor sebuah portal berita baru-baru ini. Katanya, tidak ada keperluan baginya untuk bertemu Perdana Menteri secara rahsia, sebaliknya kunjungannya ke negara jiran itu adalah atas jemputan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono. "Saya bertemu Presiden Susilo selama hampir satu setengah jam. Sudah tentu saya gembira bertemu dengan beliau dan berterima kasih kepadanya atas pengiktirafan (jemputan) itu," katanya, semalam. Anwar berkata, beliau boleh bertemu Najib secara terbuka di Parlimen dan tidak ada keperluan bagi mereka untuk bertemu secara rahsia sama ada di Jakarta atau di London. "Kami juga boleh bertemu di pejabat Perdana Menteri," katanya mengulas laporan portal itu yang antara lain menyebut, pertemuan mereka mungkin berlaku untuk bantu Najib mengelak usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat selepas BN mencatatkan keputusan kurang meyakinkan pada PRU13. Ini juga dikaitkan kemungkinan Presiden Umno itu dicabar pada pemilihan parti hujung tahun ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan ke Indonesia, menafikan laporan mengenai pertemuan itu. Najib ke Jakarta pada masa Anwar pula di Bali. Ditanya mengenai kecaman sesetengah pihak terhadap tindakannya mengadu kepada Susilo mengenai keputusan PRU13 yang tidak berpihak kepada pembangkang dan didakwanya sebagai berunsur penipuan, Anwar berkata, bukanlah satu jenayah baginya untuk bertemu pemimpin dari negara lain. "Beliau (Susilo) pula wakili negara demokratik," katanya. Pada sidang media sama, Anwar mengecam polisi ekonomi negara dengan menyelar penubuhan Jawatan Kuasa Dasar Fiskal yang diumum Najib kelmarin, sebagai usaha untuk menekan rakyat. ~sinar harian |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan