Khamis, 20 Jun 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kuala Lumpur antara 10 Bandaraya paling bahaya dalam dunia.. Maklumat Palsu kata Polis

Posted: 20 Jun 2013 06:56 AM PDT


Kuala Lumpur adalah bandaraya keenam paling berbahaya di dunia, demikian apa yang dipaparkan dalam laman web 10awesome.com. yang entah siapa pemiliknya..

Menerusi posting bertajuk '10 Bandaraya Berbahaya di Dunia', San Pedro Sula, Honduras disenaraikan sebagai bandar yang paling berbahaya diikuti dengan Ciudad Huarez di Mexico, Maceio di Brazil, Acapulco di Mexico dan Sharm el Sheikh di Mesir.

"Pada masa ini, ibu negera ini (Kuala Lumpur) dikatakan salah satu bandar yang paling berbahaya di dunia. Kadar jenayah meningkat sebanyak 70 peratus dalam tempoh tiga tahun yang lalu," demikian menurut kenyataan laman web itu.

http://10awesome.com/10-dangerous-cities-in-the-world/

Bagaimanapun penulis yang hanya dikenali sebagai Deaa tidak menyatakan maklumat lain sebagai sokongan terhadap dakwaan berkenaan.

Berikutan itu satu kenyataan telah dikeluarkan dalam FaceBook PDRM menafikan dakwaan penulis itu..

MAKLUMAT PALSU: Dakwaan sebuah laman sesawang yang menyenaraikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai antara 10 bandar paling berbahaya di dunia adalah TIDAK BENAR SAMA SEKALI.

Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman sesawang tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada pihak polis.

Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi.

Sepanjang tempoh 3 tahun iaitu dari tahun 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan jenayah indeks di Kuala Lumpur sebanyak 31.8%, hasil usaha berterusan pihak polis dalam menangani isu jenayah di bandaraya tersebut.
Macai tentu kata ini mesti Red Bean Army punya kerja ataupun penulis yang memburuk-burukkan Kuala Lumpur ni sahabat Anwar Ibrahim.. kah.. kah.. kah..

Pembangkang hipokrit kata dia ni..

Posted: 20 Jun 2013 05:35 AM PDT


Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip.

"Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi, tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit.

"Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya? Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot, taklimat dia kata," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis syarahan jamuan tengah hari anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) bertajuk 'PRU13: Terima Keputusan Rakyat' di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, Wan Ahmad berkata pembangkang juga dilihat hipokrit apabila mendakwa sistem pilihan raya negara ini tidak adil namun mereka tetap menghantar calon bertanding.

"Kalau pembangkang tidak yakin daripada mula tentang undang-undang pilihan raya, ketelusan pilihan raya dan kononnya berlaku penipuan... mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyertai pilihan raya.

"Tetapi dia masuk bertanding sebab percaya pilihan raya kita adil, percaya boleh mendapat kemenangan kerana kemenangan ada di tangan rakyat. Mereka menang, dapat tubuh kerajaan, dapat pecahkan monopoli parti pemerintah," katanya.

Beliau berkata pembangkang hanya mempergunakan rakyat bagi menyokong prinsip tidak menerima keputusan pilihan raya dengan mengheret mereka ke perhimpunan jalanan, namun pada masa sama mengakui diri wakil rakyat yang dilantik menerusi proses pilihan raya.

Wan Ahmad juga berkata SPR tidak akan melayan segala desakan pembangkang kerana tuntutan mereka di luar garis perlembagaan dan peruntukan undang-undang.

"Pembangkang tuntut SPR untuk letak jawatan, tidak masuk akal sebab menurut Perlembagaan, itu bukan caranya; menuntut pilihan raya diadakan semula di 30 kawasan yang mereka menang kecil, tidak masuk akal sebab kalau mereka tidak percaya keputusan pilihan raya, buat bantahan melalui petisyen pilihan raya, dalam Perlembagaan, Perkara 118.

"Selain itu, mereka menuntut kajian semula persempadanan ditangguhkan sementara, menurut Perlembagaan ia perlu dibuat selepas tempoh lapan tahun, sudah sampai masanya dan tidak boleh dilengahkan.

"Bagaimanapun, mereka mahu perkara itu dibuat sehingga dapat lantikan SPR baharu. Nak lantik di bawah undang-undang mana?" soalnya. -Bernama

Keputusan tidak boleh berhimpun muktamad kata Polis

Posted: 19 Jun 2013 05:00 PM PDT


Polis bertegas tidak membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan  membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Padang Merbok di sini Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, keputusan polis itu selari dengan keputusan yang telah diputuskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, baru-baru ini.

Katanya, kawasan Padang Merbok merupakan milik DBKL dan bergantung kepada pihak berkenaan untuk membuat keputusan.

"Datuk Bandar telah memberi kenyataan yang memutuskan perhimpunan tersebut tidak boleh diadakan di situ dan sebagai tuan punya kepada kawasan itu, DBKL mempunyai hak.

"Itu selari dengan kehendak Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan setiap kebenaran berhimpun perlu mendapat kebenaran pemilik dan penganjur perlu mengemukakan kebenaran pemilik untuk mengadakan perhimpunan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa pertemuan pegawai polis kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan Pengerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ayub Yaakob di sini hari ini ~ Lidah Rasmi UMNO

Tiada ulasan: