Jumaat, 14 Jun 2013

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Jangan beri muka kepada pembangkang kata Mahathir

Posted: 14 Jun 2013 01:30 AM PDT

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

"Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di sini, hari ini.

Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka  gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

"Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya.

LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana.

Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk 'Transforming A Nation: The Malaysian Experience", Dr Mahathir berkata pelaksanaan dan penyelarasan  yang betul oleh Kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.
Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya   saing dan peluang ekonomi Malaysia.

"Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya,"  katanya.

Dr Mahathir berkata strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).
"Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita," katanya. - Bernama

SPRM perlu peruntukan baru perangi rasuah

Posted: 14 Jun 2013 12:39 AM PDT

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan menyeluruh semua pihak termasuk mengadakan peruntukan-peruntukan baru bagi memperkasa usaha membanteras jenayah rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, tanpa kerjasama menyeluruh dan peruntukan undang-undang yang lebih berkesan, usaha membanteras rasuah tidak akan membuahkan hasil seperti diharapkan rakyat.

Katanya, pihaknya mempunyai indikator yang menunjukkan sokongan rakyat semakin meningkat ekoran program-program transformasi termasuk  penggubalan Akta SPRM 2009.

"... tetapi negara memerlukan peruntukan yang lebih berkesan bagi memenuhi keperluan semasa.

"Jika tidak diberi kuasa yang lebih berkesan, usaha-usaha membanteras rasuah tidak akan membuahkan impak yang mendalam.

"Kita perlu bersama, tidak kira ideologi politik, rasuah adalah jenayah. Kalau undang-undang tidak cukup, kita perlu buat pindaan, kita perlu sokong," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Dialog Pengurusan Tertinggi SPRM Bersama Editor di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia.

Tambah beliau, SPRM memerlukan kerjasama lebih menyeluruh daripada orang ramai selaras dengan program transformasi yang sedang dijalankan oleh suruhanjaya ini.

Untuk rekod, SPRM ditubuhkan pada 1 Januari 2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Kami memerlukan sokongan media, ada kekurangan... semua pihak perlu menyokong usaha-usaha yang mengesyorkan pindaan undang-undang dan peruntukan-peruntukan baru," katanya lagi. - SINAR HARIAN

Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh

Posted: 13 Jun 2013 04:09 PM PDT


GEORGETOWN - Sebuah antena yang ditempatkan diatas Menara Umno di Jalan Macalister tercabut dan jatuh selepas dipukul ribut yang berlaku disini kira-kira jam 6.30 petang tadi.


Akibat dari kejadian itu,hampir 11 kenderaan rosak akibat dihempap antena yang tercabut itu dan tiga parah.


Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Rahim Hanafi baru tiba dilokasi kira-kira sejam lalu.
Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh
Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh
Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh
Antena Menara Umno Pulau Pinang runtuh

Tiada ulasan: