Selasa, 11 Jun 2013

Addin

Addin


Anwar Sedang Memperlahankan Zaman Kejatuhannya?

Posted: 11 Jun 2013 09:10 AM PDT

Mungkin ramai sahabat Kerajaan Rakyat dikalangan PKR, terutamanya penyokong dan peminat tegar Anwar Ibrahim tidak bersetuju, tetapi saya berpendapat karier politik Anwar Ibrahim memuncak ketika era Reformasi 1998, bukan sekarang!! 

Masakini Anwar Ibrahim sedang berusaha bersungguh memperlahankan zaman kejatuhannya !!

Mengukur berdasarkan bacaan politik semasa dan beberapa kesilapan besar partinya yang kerap dikesampingkan dan dianggap remeh oleh Anwar Ibrahim, Kerajaan Rakyat kira untuk Anwar Ibrahim bangkit semula amat samar apa tah lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kerajaan Rakyat adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang mengharapkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia agar dapat baginya mengangkat martabat rakyat marhean, tetapi saya juga adalah pemerhati politik yang tidak taksub, malah saya menilai irama politik politikus bersendikan alunan badai politik semasa.

Walau bagaimanapun Anwar Ibrahim akan tetap dikenang sebagai politikus dan pemidato politik terbaik negara disamping bekas pemimpin pelajar yang amat glamour di eranya. ~kerajaan rakyat

Addin :

Kita raikan pendapat yang berbeza tetapi pengaruh Anwar masih kuat di kalangan masyarakat. Lihatlah himpunan Black 505, ramai rakyat yang hadir memberi sokongan. Tak di nafikan, Addin sendiri teramat kecewa apabila PR tidak berjaya menguasai Putrajaya.

Namun setelah di fikirkan, mungkin ada hikmahnya.. Mungkin kita sendiri belum bersedia untuk menguasai Putrajaya dan banyak yang kita perlu perbaiki. Rakyat masih mengharap agar Anwar dapat memimpin tsunami yang ketiga nanti dan seterusya dapat menguasai Putrajaya.. Insya Allah..



Iklan C (ii)
  

Ahli Parlimen BN Bengang Dengan Ku Li

Posted: 11 Jun 2013 07:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013. The Malaysian Insider difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada mereka selepas menang. 

"Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera raja itu. 

Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen. 

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. 

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. 

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. 

"Ahli Parlimen dari Malaysia Timur tidak mahu meninggalkan BN akan tetapi mahukan sesuatu dari kemenangan mereka. 

"Mereka bertemu Ku Li untuk melihat apa yang mereka boleh lakukan untuk meluahkan kekecewaan mereka," tambah sumber itu. 

Putera raja Kelantan itu mahu mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti lalu akan tetapi tidak mendapatkan pencalonan cukup untuk layak, di mana pemenangnya kebiasaannya menjadi perdana menteri dalam kerajaan BN. 

Beliau mewakili Gua Musang semenjak 1974 dan sudah beberapa kali cuba untuk mendapatkan jawatan perdana menteri tetapi tidak berjaya. 

Satu lagi sumber memberitahu ahli Parlimen Malaysia Timur adalah yang terbaruuntuk memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi mandat pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

"Najib sudah diberikan tekanan dalam Umno dan sekarang ini, selepas keputusan buruk dalam pilihan raya," tambah beliau. 

Umno memenangi 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, meningkat sembilan berbanding 2008 akan tetapi beberapa veteran parti menyalahkan parti itu dan prestasi buruk BN kepada ahli strategi "bilik perang", dan membayangkan perdana menteri mungkin perlu ditunjukkan pintu keluar jika dia tidak membuang ahli strateginya kerana nasihat buruk mereka. 

"Ahli-ahli Parlimen ini tidak boleh melakukan banyak kecuali memanggil untuk undi tidak percaya. Menjadikannya sebagai agenda sudah satu kejayaan untuk menzahirkan kekecewaan mereka. 

"Atau mereka boleh biarkan ahli Umno semasa pemilihan parti akhir tahun menunjukkan kepada PM bagaimana mereka rasa," tambah sumber tersebut. 

Sumber itu juga memberitahu, ahli Parlimen BN yang bertemu Tengku Razaleigh tidak dijangkakan untuk menunjukkan perasaan mereka sehingga Parlimen bermula pada 24 Jun. 

"Apa pun, ini hanyalah lebih tekanan kepada Najib untuk memuaskan hati semua pihak dalam BN, "katanya. ~the malaysian insider


Iklan C (ii)
  


Jangan Harap Ada Persempadanan Semula Jika..

Posted: 11 Jun 2013 05:20 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 JUN: Persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan dilaksana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula tahun ini bertujuan untuk mengurangkan majoriti undi Pakatan Rakyat bagi memberi laluan mudah untuk BN menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, kata Tian Chua.

Naib Presiden KEADILAN itu mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa persempadan semula itu bakal merubah bilangan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negara ini.

Pemecahan itu melibatkan kawasannya – Batu dan satu lagi Parlimen – Bandar Tun Razak, kononnya ekoran proses pembangunan dan migrasi yang banyak berlaku. Malah pembukaan Parlimen baru juga dalam pertimbangan.Tian mengulangi pendirian bahawa Pakatan tidak akan menerima proses persempadanan semula selagi suruhanjaya itu diragui kewibawaannya.

"Pakatan Rakyat menolak sebarang percubaan SPR untuk mengadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya selagi badan itu tidak dirombak dan dibersihkan," katanya kepada Keadilan Daily."Kita bertegas mahu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletak jawatan.

Kita juga mahu SPR dirombak sepenuhnya kerana rakyat sudah tidak lagi yakin kepada mereka."Dengan kes dakwat kekal, senarai pengundi pincang dan banyak lagi penyelewengan, apakah mereka akan jujur dalam persempadanan semula nanti?" tegasnya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menggesa suatu badan bebas ditubuhkan di bawah bidang kuasa Parlimen bagi mengambil alih peranan SPR dalam membuat syor-syor terhadap urusan persempadanan semula.

Menurutnya, ini penting bagi memastikan tidak berlaku konflik berkepentingan atau penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertentu dalam proses persempadanan semula itu kelak. ~keadilandaily



Iklan C (ii)
  

Elok Ustaz Harun Taib Berundur Sebelum Muktamar

Posted: 11 Jun 2013 04:03 AM PDT


Kata Harun Taib beliau tidak setuju kalau himpunan diadakan untuk melakukan revolusi, sebaliknya dia setuju kalau himpunan secara aman dengan mengadakan ceramah. Kerana ujarnya cara itu pernah dibuat oleh Pas.

Kenyataan beliau ini seperti dia menarik balik kenyataannya sebelum ini yang tidak setuju dengan himpunan politik seperti Black505 bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang didakwa tidak ada dan jahat. Justifikasinya untuk menarik kenyataan itu ialah kerana parti (Pas) bersetuju dengan himpunan Black505.

Semalam mesyuarat jawatankuasa Pas membuat keputusan semua ahli Pas diarah menghadiri himpunan Black505 pada 15 Jun ini di Padang Merbok Kuala Lumpur. Harun juga mengakui pendapat beliau sebelum ini yang melarang himpunan Black505 adalah pendapat peribadi. 

Walaupun Ketua Urusan Dewan Ulama' ini akur dengan kehendak parti tetapi alasan diberikan untuk membolehkan himpunan diadakan masih mengelirukan, ertinya bukan persetujuan 100 peratus.

Dia bersetuju kalau himpunan itu bukan untuk melakukan revolusi? Apakah Harun Taib ini faham atau tidak dengan politik? Atau beliau bercakap dari atas bendul rumahnya dan mengikut perasanya sendiri saja? Apakah politik yang beliau faham dan apaklah politik yang beliau tidak faham? 

Siapa yang mentafsirkan kepadanya himpunan Black505 itu untuk menggerakan revolusi? Apakah dia juga faham dengan perkataan dan pengertian revolusi? Harun telah meletakkan dirinya dalam keadaan yang berat.

Dia berfikir sesuatu yang orang tidak berfikir dan menganggap orang berfikir seperti dia fikir. Saya rasa Harun mendapat maklumat mengenai himpunan itu bukan dari partinya tetapi dari akhbar Utusan Malaysia dan wartawan yang sering menghubunginya. Telatah atau cara Harun berfikir lari jauh. 

Ibarat berpakat hendak mengusung rumah, tetapi dia berfikir orang ramai diajak untuk meruntuhkan bukit dan mengusung batu bawa balik ke rumah. Pemahaman Harun dalam soal ini terlalu jauh sebenarnya dan menyekasakan dirinya sendiri. Percanggahan fahaman ini juga meroakkan reputasi beliau dan dewan yang beliau ketuai itu.

Elok berhenti sajalah. Baik juga rasanya kalau Harun Taib dimasukkan semula ke dalam madrasah politik yang realistik iani politik berasaskan fakta semasa bukannya politik berasaskan hukum agama. 

Pemikiran dan pemahaman seperti Harun inilah yang mencemarkan demokrasi dan merosakkan strategi politik Pas dan rakannya sebagai sebuah gerakan massa.

Orang seperti Harun sebenarnya tidak layak untuk mengulas mengenai politik. Ia bukan memberi kebaikan sebaliknya keburukan kerana ada pendapat dan kenyataanya kontra dengan keputusan parti. 

Ahli Pas pula jangan mudah menerima pandangan politik dari seseorang yang mendapat pendidikan tinggi dari institusi terkenal, atau digelar ulama tanpa diadaptasikan dengan politik semasa berdasarkan realiti. Untuk pengetahuan Harun, Pakatan Rakyat masih menerima konsep dan prinsip demokrasi.

Belum ada tanda-tanda untuk mereka melaikukan aksi revolusi merampas kuasa secara kekerasa atau pun meruntuhkan institusi raja. Cara Harun mentafsir sesuatu tidak ubah seperti dia metafsirkan keadaan dirinya yang hanya demam tetapi dirasakan sudah mengalami sakit jantung. 

Maka ubah yang diambil adalah untuk jatung sedangkan dia hanya demam saja. Sampai ke bila pun Harun tidak akan sembuh dan rasional. Saya melihat orang macam Harun Taib ini bukan lagi membantu menggalakkan perjuangan Pas tetapi banyak menyusah dan membantutkan usaha pihak lain. Seelokknya menjelang muktamar ini Harun berundur sajalah. ~mso




Iklan C (ii)
  

BN Tak Percayakan SPR.. Ini Buktinya

Posted: 11 Jun 2013 02:31 AM PDT


Kalau dah failkan petsiyen maknanya tak percayakan SPR lah. Jadi tindakan PR untuk failkan petisyen, boikot taklimat parlimen ada asasnya. Ini kerana BN failkan sebanyak 21 petisyen PRU13. Sudah terbukti SPR tidak di percayai oleh PR dan juga parti pemerintah iaitu BN.

BN fail 21 petisyen PRU13
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk memfail 21 petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hari ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata BN pada mulanya merancang untuk memfailkan 50 petisyen, namun atas faktor ingin menjimatkan masa mahkamah dan mengelak perbelanjaan yang tidak munasabah, jumlah itu dikurangkan kepada hanya 21.

"Setelah mempertimbangkan nasihat yang diberi oleh pasukan petugas khas undang-undang, maka BN memutuskan untuk memfailkan 21 petisyen pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tengku Adnan berkata BN tidak mahu membangkitkan isu remeh di mahkamah dan yakin petisyen yang difailkannya mempunyai asas kukuh serta merit yang wajar untuk dipertimbangkan.

"Kami (BN) berharap perkara-perkara ini dipertimbangkan oleh pihak pembangkang dalam memfailkan petisyen pilihan raya mereka dan berharap isu-isu remeh semata-mata tidak dibangkitkan di mahkamah," katanya.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, yakin benteng kerajaan yang dipimpin BN akan kekal untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.

PKR, PAS dan DAP memfailkan 25 petisyen kerusi Parlimen dan 10 petisyen kerusi Dewan Undangan Negeri PRU13 mulai semalam hingga esok. ~bernama



Iklan C (ii)
  

Apa Dia?? Peti Undi Di Jumpai Di Belakang Hotel??..

Posted: 11 Jun 2013 02:00 AM PDT


Pada pagi 10hb June 2013 seorang bekas guru besar Cornalius Gugkang terjumpa bag peti undi SPR di belakang Hotel Pedana Lawas Sarawak.

Selepas beberapa minit bag peti undi hilang dari tempat tersebut. Encik Cornalius telah menghubungi pejabat PKR dan DAP di Lawas dan telah memaklumkan perkara ini.

Beliau juga akan membuat satu laporan Polis di balai Polis Lawas mengenai insident tersebut.

~FB Kedahkini


Addin :

Betul ke ni??..


Iklan C (ii)
  

Blogger Popular BeautifulNara Di Rompak, Kereta BMW Dilarikan

Posted: 11 Jun 2013 12:34 AM PDT


SUNGAI BULOH - Seorang blogger portal hiburan BeautifulNara atau nama sebenar Nazuwan Ahmad kerugian kira-kira RM350,000 apabila kereta BMW miliknya dilarikan tiga penjenayah di kawasan Aman Puteri, di sini petang semalam.

Nazuwan berkata, ketika kejadian kira-kira jam 2.10 petang, dia bersama isteri, Fadzlin Zulkiflee dan seorang anak mereka sedang melihat kerja ubahsuai rumah yang baru dibeli di kawasan berkenaan.

Katanya, tiba-tiba datang kereta jenis Perodua MyVi hitam, meluru ke arah mereka sekeluarga dan tiga lelaki bertopeng mengeluarkan parang.


"Penjenayah mengugut saya dengan parang, mengambil duit RM30 di dalam beg duit dan melarikan kereta BMW 3 Siri berwarna putih berplat WWM 7040.

"Saya sangat gementar dan bimbang dicederakan oleh lelaki itu. Saya tergamam dan terus memberikan apa sahaja yang diminta oleh mereka. Saya rasa, mereka memang dah jadikan kereta itu sebagai sasaran," katanya.

Beliau berkata, mereka sekeluarga selamat dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Pelong, Kuang.

Katanya, sesiapa yang terlihat atau mempunyai maklumat berhubung keretanya, boleh menghubungi beliau di talian 017-2678341.



Iklan C (ii)
  

Taklimat Dewan Rakyat 'Lengang', Hanya Seorang MP Pakatan Rakyat Hadir

Posted: 10 Jun 2013 11:25 PM PDT


KUALA LUMPUR - Seolah-olah mengotakan apa yang dihebohkan sebelum ini, hanya seorang ahli Parlimen pembangkang hadir taklimat ahli Dewan Rakyat hari ini.

Majlis taklimat yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi menyaksikan hanya ahli Parlimen Bakri dari DAP, Er Teck Hwa sahaja yang hadir ke upacara rasmi itu.

Menulis dalam laman mikro Twitter, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, " hanya satu orang MP pembangkang yang hadir majlis taklimat Parlimen. Yg lain tak iktiraf?".

Pembangkang sebelum ini menegaskan mereka mahu boikot sesi Parlimen ke-13 yang akan bermula 24 Jun ini selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Antaranya, mereka mendesak supaya pengerusi dan timbalan pengerui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan kerana didakwa bersekongkol dalam penipuan PRU13. ~sinar harian




Iklan C (ii)
  

Fuad Zarkashi Desak Ghani Othman Serah Jawatan

Posted: 10 Jun 2013 08:46 PM PDT

BATU PAHAT - Bekas Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman diminta menyerahkan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor kepada Menteri Besar baru, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin secepat mungkin seperti diamalkan parti berkenaan selama ini.

Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Abdul Ghani wajar menyerahkan segera jawatan itu kepada Mohamed Khaled bagi memudahkan perubahan dalam parti dilakukan segera.

Menurutnya, walaupun secara tradisinya, pertukaran jawatan berkenaan dibuat ketika pemilihan parti yang dijadualkan pada hujung tahun ini, namun tempoh berkenaan agak lama bagi melakukan perubahan dalaman Umno.

"Abdul Ghani perlu melakukan penyerahan jawatan itu secepat mungkin bagi memudahkan perubahan dibuat, ini kerana Johor yang dianggap kubu kuat Umno kini mengalami kemerosotan yang membimbangkan dalam PRU13 lalu.

"Walaupun Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai prerogatif untuk melakukannya sekarang, tetapi pertukaran jawatan itu akan menjadi mudah jika Abdul Ghani sendiri dengan rela hati menyerahkannya kepada Mohamed Khaled," katanya.

Mohd Puad berkata, Umno negeri kini memerlukan pimpinan baru yang mampu menyuntik idea dan memulihkan parti berkenaan khususnya di Johor jika tidak mahu terus lemah. ~sinar harian




Iklan C (ii)
  

Berita Yang Tidak Mahu Di Dengari Oleh Najib Dan Rosmah..

Posted: 10 Jun 2013 07:06 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 JUN: Permohonan perbicaraan salah bekas pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shariibuu sekiranya diluluskan mahkamah, boleh membawa implikasi perbicaraan semula ke atas kes tersebut, sekali gus mengesan lebih banyak pihak yang terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.

"Sirul dan Azilah boleh terlepas. Perbicaraan semula boleh dibuat untuk mendapat tahu siapa sebenarnya yang bersalah," kata biro guaman KEADIILAN, Latheefa Koya kepada Keadilandaily.

Jelasnya, seseorang boleh bebas atas sebab salah tuduhan, dakwaan dibawah seksyen yang silap, atau hakim belum 'swearing-in' (mengangkat sumpah jawatan)

"Apa yang penting dalam kes ini terdapat pembunuhan dan kematian. Rakyat nak tahu siapa yang diadili," kata Latheefa lagi. Semalam, Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan permohonan perbicaraan silap oleh Sirul untuk mengisytiharkan perbicaraan salah dalam kesbeliau membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Dalam notis usulnya difail pada 3 Jun, Sirul Azhar memohon diisytihar sebagai perbicaraan salah oleh Mahkamah Tinggi kerana mendakwa terdedah kepada publisiti buruk secara meluas dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu dinafikan perbicaraan yang adil.

Publisiti buruk diterimanya menimbulkan kebarangkalian bahawa hakim mahkamah tinggi bersikap berat sebelah dan dengan itu sabitannya boleh dipertikaikan.

Sirul mendakwa publisiti buruk itu menerusi tiga akuan bersumpah, iaitu dua oleh Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin. ~keadilandaily



Iklan C (ii)
  


Tiada ulasan: