BRIGED MP SEGAMBUT |
- INI ORANG TAK FAHAM TUGANYA...LIHAT MUKANYA
- ANDA NILAILAH SENDIRI MALAON NI...
- JIKA INI TERJADI:KERAJAAN PERAK BAKAL BERTUKAR TANGAN:BERDOALAH
- KEM BARU UNTUK MENGGOYANG DS NAJIB?BACALAH!!!
- LAHAD DATU:HUBUNGAN YG LEBIH ERAT DAN MENGUNTUNGKAN?
INI ORANG TAK FAHAM TUGANYA...LIHAT MUKANYA Posted: 11 Jun 2013 08:30 AM PDT MP Tidak Boleh Sertai Sidang Dewan Rakyat Jika Tidak Angkat Sumpah - SpeakerSpeaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kesemua 222 anggota parlimen mesti mengangkat sumpah jawatan pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke-13, yang akan bermula 24 Jun ini. Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata jika ada yang tidak berbuat demikian tanpa sebab kukuh, mereka akan dihalang daripada menyertai persidangan Dewan Rakyat, justeru menjadikan mereka 'strangers of the House'. Beliau menjelaskan mengenai Peraturan Mesyuarat Nombor 1 yang menyatakan anggota-anggota parlimen perlu mengangkat sumpah pada hari pertama persidangan bagi satu penggal baharu itu setelah memilih seorang yang dipertua Dewan Rakyat. "Jika anda tidak (berbuat demikian), anda memperolokkan peraturan anda sendiri sebagai wakil rakyat, mempersendakan Parlimen, undang-undang dan Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi taklimat bagi anggota parlimen, di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai rancangan anggota-anggota parlimen pembangkang untuk tidak mengangkat sumpah jawatan pada hari berkenaan sebagai tanda memboikot keputusan pilihan raya umum 5 Mei lepas. -- BERNAMA |
ANDA NILAILAH SENDIRI MALAON NI... Posted: 11 Jun 2013 04:00 AM PDT KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Akhir-akhir ini, Malaysia seperti beberapa negara lain berhadapan dengan pembabitan sebilangan anak muda yang antigolongan berkuasa dalam perhimpunan dan demonstrasi kononnya atas nama kebebasan bersuara dan melakukan pembaharuan. Apakah yang sebenarnya berlaku yang mendorong sebahagian generasi muda ini bertindak sedemikian? Mengupas persoalan itu, Pakar Perunding Psikiatri dari Jabatan Perubatan Psikologi Universiti Malaya (UM) Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata sebilangan anak muda yang dikategorikan dalam generasi Y ini cepat berasa diri mereka 'hebat'. Sikap ini mudah mendorong mereka untuk melibatkan diri dalam demonstrasi jalanan atau melakukan provokasi menerusi laman sosial apabila terpengaruh dengan asakan budaya negatif ini. "Mereka sebenarnya belum matang dalam membuat keputusan terutama ketika mereka berada dalam keadaan tertekan atau kecewa. Lebih membimbangkan ada yang cuba mencabar sistem perundangan negara dengan membuat kecoh, huru-hara dan ini menimbulkan tanggapan negatif terhadap generasi itu," katanya kepada Bernama. Ramai anak muda menghadiri beberapa perhimpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat baru-baru ini membawa nada serupa, menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya, kononnya berlaku penyelewengan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Apakah institusi keluarga kini semakin kurang memainkan peranan mendidik dan membentuk sahsiah anak muda? Dr Muhammad Muhsin berkata banyak faktor lain termasuk media sosial yang boleh mempengaruhi corak pemikiran generasi muda terutama kepada mereka yang menjadikan media sosial sebagai sumber rujukan utama maklumat |
JIKA INI TERJADI:KERAJAAN PERAK BAKAL BERTUKAR TANGAN:BERDOALAH Posted: 10 Jun 2013 11:40 PM PDT PAS Perak hari ini menfailkan tiga petisyen pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Mahkamah Tinggi di Ipoh untuk mengisytiharkan tidak sah dan membatalkan keputusan di tiga kerusi DUN. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Misbahul Munir Masduki berkata petisyen itu membabitkan DUN Manjoi, Lubok Merbau dan Pasir Panjang. "PAS Perak juga akan menfailkan tiga petisyen lain bagi kerusi DUN iaitu Rungkup, Manong dan Selama yang akan dikendalikan oleh peguam kita yang lain," katanya kepada pemberita. Pada PRU13, calon PAS Asmuni Awi kalah kepada calon BN Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin dengan majoriti 132 undi bagi pertandingan di DUN Manjoi. Bagi DUN Lubok Merbau, calon BN Datuk Siti Salmah Mat Jusak mengalahkan calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof dengan majoriti 53 undi manakala di DUN Pasir Panjang, calon BN Rashidi Ibrahim menewaskan calon PAS Rohawati Abidin dan calon Bebas S Vijayan dengan majoriti 304 undi. Pada PRU13, PAS hanya menang lima daripada 22 kerusi DUN Perak yang ditandinginya manakala bagi kerusi parlimen pula, parti itu menang dua daripada lima yang ditandingi. - Bernama |
KEM BARU UNTUK MENGGOYANG DS NAJIB?BACALAH!!! Posted: 10 Jun 2013 06:21 PM PDT KUALA LUMPUR, 11 Jun — Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013. The Malaysian Insider difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada mereka selepas menang. "Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera raja itu.Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen. BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. "Ahli Parlimen dari Malaysia Timur tidak mahu meninggalkan BN akan tetapi mahukan sesuatu dari kemenangan mereka. "Mereka bertemu Ku Li untuk melihat apa yang mereka boleh lakukan untuk meluahkan kekecewaan mereka," tambah sumber itu. Putera raja Kelantan itu mahu mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti lalu akan tetapi tidak mendapatkan pencalonan cukup untuk layak, di mana pemenangnya kebiasaannya menjadi perdana menteri dalam kerajaan BN. Beliau mewakili Gua Musang semenjak 1974 dan sudah beberapa kali cuba untuk mendapatkan jawatan perdana menteri tetapi tidak berjaya. Satu lagi sumber memberitahu ahli Parlimen Malaysia Timur adalah yang terbaru untuk memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi mandat pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi. "Najib sudah diberikan tekanan dalam Umno dan sekarang ini, selepas keputusan buruk dalam pilihan raya," tambah beliau. Umno memenangi 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, meningkat sembilan berbanding 2008 akan tetapi beberapa veteran parti menyalahkan parti itu dan prestasi buruk BN kepada ahli strategi "bilik perang", dan membayangkan perdana menteri mungkin perlu ditunjukkan pintu keluar jika dia tidak membuang ahli strateginya kerana nasihat buruk mereka. "Ahli-ahli Parlimen ini tidak boleh melakukan banyak kecuali memanggil untuk undi tidak percaya. Menjadikannya sebagai agenda sudah satu kejayaan untuk menzahirkan kekecewaan mereka. "Atau mereka boleh biarkan ahli Umno semasa pemilihan parti akhir tahun menunjukkan kepada PM bagaimana mereka rasa," tambah sumber tersebut. Sumber itu juga memberitahu, ahli Parlimen BN yang bertemu Tengku Razaleigh tidak dijangkakan untuk menunjukkan perasaan mereka sehingga Parlimen bermula pada 24 Jun. "Apa pun, ini hanyalah lebih tekanan kepada Najib untuk memuaskan hati semua pihak dalam BN, "katanya. |
LAHAD DATU:HUBUNGAN YG LEBIH ERAT DAN MENGUNTUNGKAN? Posted: 10 Jun 2013 05:31 PM PDT Tragedi Lahad Datu Eratkan Hubungan Malaysia-Filipina KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Tragedi Lahad Datu menjadi peringatan kepada Malaysia dan Fipilina untuk bekerja lebih rapat antara satu sama lain, kata Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya. Katanya, pencerobohan ke atas Sabah tidak membawa impak negatif terhadap hubungan kedua-dua negara atau menjejaskan proses damai di Mindanao. "Proses damai Mindanao diteruskan meskipun insiden tersebut ia menuju ke arah penyelesaian yang berjaya dalam tempoh beberapa minggu. "Untuk ini, Filipina berterima kasih terhadap kemahiran dan keadilan Malaysia sebagai pemudah cara," katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-115 pengisytiharan Kemerdekaan Filipina di pejabatnya, Isnin. Menteri Kesejanteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan hadir mewakili kerajaan Malaysia ke majlis resepsi itu. Malaya berkata seramai 38 individu Filipina individu menghadapi tuduhan di Filipina kini, selepas mereka disyaki mempunyai kaitan dengan pencerobohan dan ditahan ketika cuba menyeberang ke Tawi Tawi. Namun, apabila ditanya mengenai pendakwaan terhadap Jamaluddin Kiram yang mengisytiharkan dirinya 'Sultan' beliau berkata: "Saya tidak mempunyai kata putus,". Malaya menganggap kerjasama Malaysia dan Filipina kekal bertahan dengan ujian sedemikian dan kedua-dua negara perlu meningkatkan penglibatan dalam bidang perniagaan, ekonomi, sosial dan budaya, pada masa depan. "Marilah kita meningkatkan hubungan dua hala serta kerjasama dalam Asean," tambahnya. Sementara itu, menurut satu kenyataan dari kedutaan itu, kira-kira 2,000 warga Filipina berarak di sepanjang Jalan Bukit Bintang semalam, menandakan sambutan ulang tahun ke-115 Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina yang jatuh pada 12 Jun. "Kuala Lumpur menyertai bandar-bandar seperti New York dan San Francisco yang mempunyai komuniti Filipina berarak untuk memperingati sambutan ulang tahun dan ini merupakan kali kedua perakaran tersebut dianjurkan rakyat Filipina di Malaysia," menurut kenyataan itu. -- BERNAMA |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT(BAWEAN TERMENUNG) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan