Isnin, 10 Jun 2013

Addin

Addin


Apa Sudah Jadi??.. Adik Najib Sokong Kenyataan CEO Air Asia X Hentam Utusan..

Posted: 10 Jun 2013 04:00 PM PDT


Kalau yang menyokong apa yang dikatakan oleh Pengarah Urusan Air Asia X Azran bahawa Utusan Malaysia betul-betul rasis dan perkauman adalah Pemimpin Pakatan Rakyat atau pun Penyokong PR mahu rasa-rasanya tidak lah sangat pelik. 

Tetapi bila yang menyokong kata-kata dari Pengarah Air Asia X tersebut adalah mesra Umno yang merupakan adik kepada Najib Razak, itu yang buat semua pelik dan hairan....

CEO AirAsia X mendapat sokongan adik Najib kerana 'berterus-terang' terhadap Utusan
10 Jun — Ketua Pegawai Eksekutif (CEO ) AirAsia X Azran Osman hari ini menerima pujian daripada CEO Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak (gambar) yang melabelnya sebagai "tanda sebagai pemimpin" walaupun dikritik akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan kumpulan pendesak Melayu ekoran kenyataannya di laman Twitter.
Peneraju syarikat tambang murah itu menjadi sasaran akhbar Umno itu sejak bulan lalu selepas beliau mengkritik akhbar berkenaan secara terbuka yang dikatakannya bersifat perkauman selepas Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu.
Nazir, yang merupakan pembiaya utama Air Asia X memuji Azran kerana meluahkan isi hatinya dengan mempercayai ia adalah perkara yang benar.
"Itulah tanda seornang pemimpin," kata Nazir ketika pelancaran prospektus Air Asia X di sini pagi tadi.
Adik bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu menambah disebabkan kualiti seperti itu pasukan syarikat penerbangan berkenaan yang menunjukkan 70 peratus perkembangan tahunan keuntungan sejak dilancarkan pada November 2007.
Azran dikritik bulan lalu selepas beliau melalui akaun twitternya, @azranosmanrani, mengatakan melihat serangan perkauman selepas pilihan raya.
Beliau turut dilaporkan menerima kritikan daripada Perkasa, kumpulan pendesak Melayu atas kenyataan kerasnya itu.
Sebagai balasan, akhbar berkenaan menyiarkan pandangan pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan aktivis pro Umno menyelar Azran dan menggelarnya "sombong" dan Melayu yang lupa daratan.
Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafizah Aziz dan pengarahnya, Datuk Seri Kalimullah Hassan juga turut diserang daripada pelbagai kumpulan selepas kedua-duanya mempertahankan kenyataan Azran.
Perkasa, Persatuan Veteran Penjawat Awam, Gerakan Reformis Malaysia dan Jaringan Melayu Malaysia antara kumpulan yang menyerang Rafidah dan Kalimullah dan menuntut mereka meminta maaf terhadap kenyataannya terhadap Utusan.
Pemangku Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar turut menyokong akhbar berkenaan dan berkata Azran tidak akan berada di posisi sekarang tanpa "perjuangan Melayu yang dilakukan Utusan Malaysia."
Kolumnis Utusan, Awang Selamat turut menggesa Utusan supaya tidak lagi menerima iklan daripada syarikat penerbangan terbabit sehingga permohonan maaf dikeluarkan.
Awang turut membandingkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan mengatakan syarikat penerbangan nasional itu mempunyai servis yang lebih baik dan lebih bersifat nasionalisme. ~the  malaysian insider



Iklan C (ii)
  


Untuk Apa Ahli Parlimen Sabah, Sarawak Jumpa Ku Li

Posted: 10 Jun 2013 08:12 AM PDT

Dua minggu lepas khabarnya beberapa orang ahli parlimen dari Sabah dan Sarwak telah mengunjungi Tengku Razaleigh Hamzah di kediaman ahli parlimen Gua Musang itu di Langgak Golf, Jalan Ampang.

Kunjungan itu katanya ada kena mengena dengan perkembangan mutakhir politik di kedua buah negeri itu selepas pilihan raya ke-13. Ahli parlimen yang hadir adalah mereka yang tidak dilantik menjadi anggota kabinet Najib Razak.

Untuk apa dan apa tujuan tidak diketahui dengan jelas. Saksi mata memberi tahu pertemuan itu berlaku di mana sekurang-kurang lima atau enam orang yang hadir bertemu Tengku Razaleigh. 

"Mereka berbual panjang sampai lebih dua jam," beritahu saksi. Bagaimana pun mereka tidak hadir serentak tetapi berasingan. Khabarnya selepas ini akan ada satu lagi pertemuan di antara ahli parlimen itu dengan Tengku Razaleigh. 

Mengenai tujuan pertemuan itu ada juga yang menjangkakan mereka mahu meminta nasihat Tengku Razaleigh mengenai kedudukan dan pendirian mereka dalam BN.

Difahamkan mereka mahu Tengku Razaleigh berbuat sesuatu agar kepincangan ataupun lebih tepat meredakan perasaan kurang senang mereka dengan Najib. 

Bagaimana pun Tengku Razaleigh khabarnya memberi masa untuk mereka menyelesaikan apa yang kurang senang itu terlebih dahulu baru beliau akan memberi kata dua. Tengku Razaleigh tidak terburu-buru menerima pandangan atau memenuhi kehendak ahli parlimen berkenaan. ~mso



Iklan C (ii)
  


Akibat Tidak Memakai Uniform Semasa Bertugas, Pegawai SPAD Di Tampar

Posted: 10 Jun 2013 07:44 AM PDT

KUANTAN - Seorang pegawai  penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilaporkan telah ditampar oleh seorang pemandu lori ketika menjalankan operasi mereka di Jalan Pintasan Kemaman -Kuantan baru-baru ini.

Pemandu berkenaan bertindak demikian selepas mendapati seorang lelaki tiba-tiba masuk dan merampas kunci lori beliau ketika dia memberhentikan kenderaan terbabit.

Kejadian dipercayai berlaku kerana beliau tidak mengenali pegawai terbabit yang kini begitu kerap memakai pakaian biasa ketika bertugas. "Mereka tak pakai uniform... sebab tu kena tampar.

Lagi pun SPAD kini semakin melampau mencari duit.. mereka buat operasi hampir saban hari hingga mengganggu mata pencarian sebahagian daripada kami.

Ada sahabat saya yang sudah seminggu tidak membawa lori kerana gusar dengan operasi SPAD sekarang ini.

Dulu ada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang lebih bertimbang rasa dan berbudi bicara ketika bertugas... tapi SPAD mereka langsung tiada pertimbangan kepada kami", kata  seorang pemandu lori yang menghubungi PDO.

Menurutnya, kejadian "tampar" itu berlaku bukan kerana mereka benci kepada SPA tetapi ia kerana kesilapan pegawai terbabit yang tidak memperkenalkan diri.

"Dia tak pakai uniform.. ketika sahabat saya berhenti lori terus dia masuk dalam dan rampas kunci.. sebab tu kena tampar.. tapi lepas di kenalkan dia dari SPAD baru kawan saya tu mintak maaf", tambah beliau lagi.

Justeru kepada pihak SPAD, eloklah memakai uniform ketika menjalankan tugas supaya keadaan dapat di elakkan. ~pahang daily online




Iklan C (ii)
  



Senarai Kawasan Parlimen Yang Akan Di Failkan Petisyen Oleh PR

Posted: 10 Jun 2013 05:00 AM PDT


Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan 24 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen Pilihan Raya 2013 di seluruh negara minggu ini. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata PR juga akan turut memfailkan 10 lagi petisyen pilihan raya membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Daripada keseluruhan jumlah petisyen kerusi Parlimen itu, 19 daripadanya adalah daripada PKR, dan baki masing-masing empat bagi PAS dan dua bagi DAP.
"Satu petisyen membabitkan jumlah RM10,000 untuk petisyen dan RM5,000 bagi urusan pemfailan kes, justeru kami memerlukan sekitar RM1.5 juta bagi kesemua petisyen," kata Rafizi kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini.

Jelas ahli Parlimen Pandan itu lagi, untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh yang dimenangi oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pihaknya akan memfailkan dua petisyen, yang mana salah satunya adalah petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000 seperti yang diperuntukkan Akta Pilihan Raya.

"Kami mendapat maklumat beliau memberikan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 pengundi di sana yang mana menjadikan perberbelanjaan untuk itu sahaja lebih RM2 juta," katanya.

Kesemua petisyen berkenaan juga jelasnya akan difailkan secara berasingan mengikut negeri masing-masing. ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat akan memfailkan petisyen pilihanraya di kawasan-kawasan Parlimen berikut:

Difailkan oleh PKR
1. P014 Merbok
2. P018 Kulim Bandar Baru
3. P026 Ketereh
4. P029 Machang
5. P053 Balik Pulau
6. P072 Tapah
7. P075 Bagan Datok
8. P075 Bagan Datok (petisyen perbelanjaan melebihi RM200,000)
9. P092 Sabak Bernam
10. P118 Setiawangsa
11. P140 Segamat
12. P144 Ledang
13. P146 Muar
14. P158 Tebrau
15. P159 Pasir Gudang
16. P168 Kota Marudu
17. P177 Beaufort
18. P182 Pensiangan
19. P220 Baram

Difailkan oleh PAS
1. P093 Sungai Besar
2. P096 Kuala Selangor
3. P119 Titiwangsa
4. P161 Pulai

Difailkan oleh DAP
1. P078 Cameron Highlands
2. P142 Labis Ini bermakna 25 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen telah dan akan difailkan bermula hari ini sehingga hari Rabu.




Iklan C (ii)
  

Patutlah Zahid Hamidi Menang Di Parlimen Bagan Datoh.. Ini Rahsianya

Posted: 10 Jun 2013 03:08 AM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan melebihi jumlah yang ditetapkan, iaitu RM200,000 dalam kempennya menjelang pilihan raya umum ke-13, dakwa PKR.

Pengarah Strateginya Rafizi Ramli berkata, seperti dalam video yang diedarkan di Internet, Zahid dikatakan mengedarkan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 orang di Bagan Datoh, yang jika dikira melebihi RM200,000.

Bercakap di sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Rafizi berkata, berdasarkan itu, partinya akan memfailkan petisyen pilihan raya berhubung perkara itu minggu ini.

Beliau berkata akan mendedahkan lebih lanjut bukti berkaitan dalam sidang media yang lain pada Rabu ini.

PKR memberi isyarat memfailkan 18 petisyen manakala Pakatan keseluruhannya sebanyak 35 petisyen.

Malaysiakini masih belum boleh dapat menonton video itu atau menghubungi menteri berkenaan atau pembantunya bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan itu. ~malaysiakini





Iklan C (ii)
  

Prof. Dr. Mohammad Agus Belasah SPR

Posted: 10 Jun 2013 12:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan raya Umum ke-13 yang lalu. "Pada saya SPR gagal," tulis beliau di Facebook.

Menurut penganalisis politik itu jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.

Berikut ialah tulis penuh beliau.

Saya tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Pada saya SPR gagal.

Jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.
Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, PM tidak akan membuat pengumuman sedemikian. Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik tidak akan berlaku bantahan dan perhimpunan 505 seperti yang berlaku sekarang ini.

Bagi saya, jika sekadar menyediakan dakwat kekal pun gagal dilaksanakan dengan baik, jika sekadar menyediakan daftar pemilih yang bersih gagal dilaksanakan dengan baik, maka saya kira sudah sampai masanya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.

Cumanya, yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR?

Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada!

Begitupun, sekiranya kerajaan ingin menubuhkan jawatankuasa bagi mereformasikan SPR dan sistem pilihan raya kita, maka hal berikut perlu diberikan perhatian:

(i) kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan;

(ii) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.

Di akhir analisisnya, saya merasakan kerajaan dan PR perlu mengambil tindakan berikut:

(i) mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR supaya meletakkan jawatan,

(ii) PR menghentikan perhimpunan 505 bagi memberi peluang kepada proses petisyen pilihan raya diadili di mahkamah undang-undang.

Dengan pendekatan ini, semoganya tidak ada lagi perhimpunan 505 diadakan dan kerajaan boleh terus menumpukan masa untuk merancang pembangunan negara. Sesungguhnya, rakyat dahagakan kehidupan yang selesa.

~harakahdaily



Iklan C (ii)
  

Rayuan Pembunuh Altantuya Di Benarkan Oleh Mahkamah

Posted: 09 Jun 2013 11:32 PM PDT


Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas pegawai polis Sirul Azhar Umar untuk mengisytiharkan perbicaraan silap dalam kes melibatkan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pihak pendakwaan, diketuai oleh Tun Abdul Majid Hamzah tidak membantah permohonan itu.

Panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Mohamed Apandi Ali, Linton Albert dan Tengku Maimun Tuan Mat mengarahkan pasukan pembelaan Sirul memfailkan permohonan dalam tempoh 10 hari.

Ini bagi membolehkan pasukannya mengumpulkan nota prosiding dan dokumen lain daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam. Kes ditangguh kepada 24 Jun. ~malaysiakini



Iklan C (ii)
  

Lagi Pembohongan SPR Terbarai..

Posted: 09 Jun 2013 10:07 PM PDT

KUALA LUMPUR 9 Jun: Kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan laporan Jabatan Kimia berkaitan isu dakwat kekal, bukti suruhanjaya itu menipu rakyat, kata Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.

Beliau mengulas kenyataan bercanggah antara Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S.Subramaniam mengenai keselamatan dakwat kekal baru-baru ini.

"Sehingga hari ini, SPR gagal mengemukakan laporan dari Jabatan Kimia bahawa kandungan kimia dakwat kekal mampu bertahan lebih dari lima hari dalam masa yang sama selamat untuk digunakan.

"Bersih sudah tuntut perkara ini lama dahulu, malah sehingga di Parlimen kita sudah minta laporan ini, sampai sekarang mereka gagal untuk beri," katanya kepada keadilandaily.

Mengulas lanjut, Lee menyifatkan isu dakwat kekal lebih besar dari isu keselamatan semata-mata dan kenyataan bercanggah itu menghancurkan kepercayaan rakyat terhadap kredibiliti pengerusi SPR sendiri.

"Dakwat kekal bukan sekadar isu keselamatan, ia isu janji sebuah suruhanjaya yang bertanggungjawab terhadap pemilihan tampuk pemerintahan.

"Dia (Abdul Aziz) kata sudah bincang dengan kementerian kesihatan, tapi kementerian nafikan, rakyat mahu percaya siapa?" soalnya ketika dihubungi.

Beliau turut mendesak Aziz segera meletakkan jawata sebelum lebih banyak penipuan beliau dibongkar hingga mencalarkan kredibiliti suruhanjaya itu. ~keadilandaily



Iklan C (ii)
  

Himpunan #Blackout505 Padang Merbok Di Tunda Pada 22 Jun

Posted: 09 Jun 2013 08:08 PM PDT


SHAH ALAM, 8 JUN : Perhimpunan Aman #Blackout505 yang sebelum ini dirancang pada 15 Jun di Padang Merbok, Kuala Lumpur, mungkin ditunda ke hari Sabtu minggu berikutnya.
Bagaimanapun, keputusan menunda tarikh perhimpunan itu tertakluk kepada kesanggupan pemilik Padang Merbok, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan kebenaran menggunakan lokasi itu pada 22 Jun nanti.

Menurut Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, keengganan DBKL berbuat demikian bakal menyebabkan rakyat tidak mempunyai pilihan lain selain turun ke Dataran Merdeka pada 15 Jun nanti.

"Kita akur penganjur kitar semula telah mengambil padang tersebut sebagai venue pada pagi hari sama. Namun kita sedang mengadakan perbincangan lanjut dengan DBKL dan pihak penganjur larian itu.

"Kita tidak menolak kemungkinan untuk menerima cadangan yang diberikan pihak berkuasa untuk pergi ke satu tarikh, minggu lagi satu (22 Jun) yang juga agak praktikal kerana rapat dengan tarikh angkat sumpah Ahli Parlimen.

"Katakanlah kita dah cukup berunding, tetapi sekiranya kamu masih bermain, tidak mahu beri gunakan Padang Merbok, kami minta maaf kalau rakyat mengadakan protes dengan lebih besar lagi di Dataran Merdeka," kata Badrul Hisham ketika dihubungi TV Selangor.

Pada masa ini perbincangan antara seketariat penganjur Perhimpunan #Blackout505 bersama pihak berkuasa dan DBKL masih lagi dijalankan.

Badrul Hisham juga yakin keputusan menundakan perhimpunan #Blackout505 ke 22 Jun mampu memberi impak sambutan lebih besar kerana hampir dengan sessi pertama Dewan Rakyat pada 24 Jun nanti.

"Saya yakin, pada Isnin nanti seketariat penganjur akan membuat pengumuman rasmi berhubung tarikh sebenar perhimpunan ini," kata Badrul Hisham lagi.

Sebelum ini seketariat penganjur bersetuju menukar rancangan asal mereka mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka ke Padang Merbok seperti yang disarankan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, selepas itu, seketeriat penganjur #Blackout505 dimaklumkan bahawa larian kitar semula telah terlebih dahulu padang tersebut.

Keadaan tersebut menyebabkan seketariat penganjur #Blackout505 terpaksa mempertimbangkan semula rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan pada 15 Jun nanti. ~selangorku



Iklan C (ii)
  

Anwar Ibrahim Di Jangkiti HIV?

Posted: 09 Jun 2013 07:21 PM PDT


Ketandusan idea dan juga isu untuk diketengahkan oleh Blogger Pro UMNO yang disahkan hanya menghabiskan boreh kerana gagal membantu UMNO/BN menjelang PRU13 oleh kebanyakkan pemimpin UMNO menyebabkan mereka terpaksa menyebar fitnah lagi..

Fitnah terbaru mereka tetap menjadikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai mangsa mereka.

Kononya menurut mereka...
Beberapa hari ini,isu Anwar dijangkiti HIV kembali diperkatakan oleh beberapa media sosial apabila ramai yang menegur wajahnya yang semakin cengkung dan 'hitam'.

Sebelum ini kisah Anwar mengambil 'cocktail drugs' yang dikatakan mampu melambatkan kesan HIV pernah didedahkan oleh beberapa blog.

Ubat tersebut dikatakan berharga sehingga ribuan ringgit sebiji dan perlu dimakan setiap hari bagi memastikan tubuh tidak terkesan dengan kuman HIV.

Namun,kisah tersebut tidak begitu diperbesarkan memandangkan tiada siapa yang boleh mengemukakan bukti.Ini kerana,tidak seperti Anwar yang gemar menuduh tanpa bukti,pihak BN lebih mengambil berat soal 'bukti' dalam memperkatakan keburukan pembangkang.

Justeru,kisah Anwar dijangkiti HIV ini menjadi hambar dan tawar.Oleh itu, ramai yang tertanya-tanya,jika tidak sakit,kenapa wajah Anwar nampak begitu 'terganggu' ???

Kenapa tiada cahaya diwajahnya seperti wajah Datuk Seri Najib mahupun Tun Mahathir yang jauh lebih tua lagi ??? Jelas,di wajah Anwar terpacar jiwa yang kacau,minda yang bercelaru serta tubuh yang lesu.

Seolah-olah sesuatu sedang memakan tubuhnya dari dalam,sehingga tiada lagi rasa bersalah,rendah diri atau kejujuran.

Yang tinggal di wajah Anwar hanyalah kerakusan dek cita-cita yang tidak pernah padam.Renungan matanya dalam dan kelam,tanpa sedikit pun ketenangan.

Anwar seolah-olah sedang menjadi mayat hidup,mereput dan membusuk dari dalam secara perlahan-lahan.

Kita tahu bahawa Anwar takutkan tiga perkara di dalam dunia ini iaitu :

i.rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan
ii.isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu,Sabah
iii.pendedahan Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau yang bakal 'menelanjangkan' Shamsidar

Ketakutan ini pasti mengganggu tidur Anwar.Jika ini benar,maka isu pencerobohan Lahad Datu pastilah yang paling ditakutinya kerana ia bukan lagi isu peribadi,tetapi isu yang melibatkan dua negara.

Pengkhianatan kepada negara sudah cukup besar untuk mengganggu jiwa Anwar.

Tetapi apa yang lebih dahsyat dari itu ialah ia melibatkan nyawa manusia.Bukan sahaja nyawa manusia yang tidak bersalah,tetapi juga manusia yang bermain dengan ilmu hitam.

Tiada cahaya diwajah Anwar?.. apa yang dimaksudkan dengan cahaya tu entahlah.. mungkin bercahaya macam wajah Muhyiddin Yassin kot??

Apa yang aku lihat wajah Anwar ni sama saja.. baik dari sebelum pilihanraya mahupun selepas pilihanraya, cuma yang kelihatan dari dekat ialah dia dah tua dan penat.. he..he..he..

Penatlah sebab faktor usia.. tapi kalau nak tahu betapa penatnya dia cubalah korang ikut program dia dari awal pagi hingga kemalam.. aku tak sanggup dah.. letih macam nak mampus!

Tak percaya tengok gambar kat bawah ni, dirakamkan minggu lepas semasa dia berkunjung ke Kampung Pertama (Sungai Derhaka)..


~anak sungai derhaka



Iklan C (ii)
  

Punca Kelewatan Kerja Menyelamat Di Runtuhan Jambatan Kedua P. Pinang Tersebar

Posted: 09 Jun 2013 06:37 PM PDT


PULAU PINANG - Semua pihak diminta bersikap rasional dan tidak menuduh operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian runtuhan tanjak penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung di sini sengaja dilewat-lewatkan.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, dalam usaha menyelamat, anggota keselamatan khususnya bomba berdepan kesukaran untuk mengalihkan bebanan seberat 300 tan yang menghempap sebuah kenderaan dan mengorbankan seorang mangsa setakat ini.

"Kita ambil kira banyak faktor antaranya keselamatan semua pihak yang terlibat. Selain itu, usaha menyelamat tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana boleh mendatangkan masalah lain sekiranya ada mangsa terperangkap dalam runtuhan," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mayat Tajudin Zainal Abidin, 45, yang hanya berjaya dikeluarkan selepas 25 jam terperangkap dalam runtuhan tersebut.

Selain itu, dua pekerja warga asing turut cedera parah manakala seorang rakyat tempatan cedera ringan.

Abdul Rahim berkata, usaha mengeluarkan mangsa mengambil masa yang lama kerana anggota penyelamat tidak mahu merosakkan keadaan mayat yang terperangkap dan menjaga hati ahli keluarga.

Mengulas lanjut mengenai Tajudin yang dikatakan bekas anggota polis yang menamatkan perkhidmatan pada 2006, Abdul Rahim berkata, pihaknya akan mengkaji bentuk bantuan yang boleh disumbangkan kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, empat ekor anjing dari unit anjing pengesan (K-9) Kuala Lumpur dibawa ke kawasan runtuhan untuk mengesan sama ada masih terdapat mangsa terperangkap.

Beliau berkata, anjing jenis Labrador itu mempunyai kepakaran untuk mengesan manusia sama ada masih hidup atau meninggal dunia.

Setakat ini, tiada petunjuk baharu ditemui di kawasan runtuhan mengenai kewujudan mangsa.

Menurut Abdul Rahim, polis juga tidak menerima sebarang laporan baharu mengenai kehilangan anggota keluarga daripada orang awam.

"Kita khuatir kemungkinan warga asing terperangkap di dalam dan kehilangan mereka tidak dilaporkan…ada yang kata terdapat motosikal terperangkap di dalam runtuhan itu tetapi sepanjang operasi pembersihan kita tidak menjumpai serpihan kenderaan itu," katanya. ~mp



Iklan C (ii)
  

Muslimat PAS Paling Popular.. Saksikanlah!!

Posted: 09 Jun 2013 05:50 PM PDT


Sepanjang May 2013 pasca pilihan raya umum ke13, nama Muslimat PAS, Ima Sufi mendapat perhatian terhangat di facebook kalangan peminat wacana politik negara.

Dalam satu statusnya, Ima Sufi menulis:

Politik balas dendam UMNO be end sudah bermula!!!..... 400 org guru drp Pasir Puteh akan menerima memo pertukaran ke luar kelantan atas alasan menjd jentera PAS dan PR dlm PRU 13, salah seorgnya ialah adik saya yg tdk pernah memegang walau sehelai bendera pun, tdk pernah menampal walau sehelai poster pun dan tdk pernah menjejakkan kaki pun ke Bilik Gerakan PAS.... alasan... krn saya iaitu kakaknya adalah muslimat PAS yg aktif.... wahai umnobeend... engkau ku laknat dan tak ku redha atas perbuatan mu dunia hingga akhirat... Allahuakhbar
Status muslimat PAS tersebut telah di 'share' oleh ribuan pemilik akaun Facebook dan mendapat belasan ribu 'LIKE' secara keseluruhan daripada pelbagai akaun Facebook lain yang turut berkongsi status.

 

 
~kerajaan rakyat
 

 

Iklan C (ii)
  

Tiada ulasan: