Telok Bakong Online |
Bolehkah mangsa curi redha – TG Nik Aziz Posted: 09 Jun 2013 09:57 PM PDT
KUALA LUMPUR: "Jika seorang pencuri mengajak mangsa redha dengan kecurian dan tidak perlulah lagi berusaha mendapatkan lagi haknya?" tanya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS itu menulis demikian di Facebooknya sebagai respons kepada seorang pemimpin Umno Kelantan yang mengajak Pakatan Rakyat menerima sahaja keputusan pilihan raya baru-baru ini. "Saya membaca Sinar Harian hari ini yang memuatkan kenyataan seorang pemimpin UMNO Kelantan yang mengajak Pakatan Rakyat menerima sahaja keputusan pilihan raya, usahlah dipersoalkan lagi ketelusannya. "Saya terfikir, jika seorang pencuri mengajak mangsa redha dengan kecurian dan tidak perlulah lagi berusaha mendapatkan lagi haknya, bolehkah mangsa tersebut redha?" tulis beliau. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan