Rabu, 1 Mei 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BN parti rasis, menghina Allah dan Rasul (LM)

Posted: 01 May 2013 05:02 PM PDT

Dalam usaha untuk terus kekal memegang tampuk kuasa pentadbiran negara di Putrajaya selepas PRU-13, BN kini sudah sampai ke tahap amat-amat terdesak untuk mendapatkan sokongan Rakyat yang semakin menipis. Rata-rata mood dan sambutan Rakyat terhadap pesaing utama, Pakatan Rakyat semakin meningkat menjelang hari pembuangan undi pada hari Ahad ini, 5 Mei 2013.

Pelbagai taktik, penipuan, penyelewengan fakta telah dilakukan oleh pihak BN untuk meraih undi yang semakin banyak beralih kepada pihak Pakatan Rakyat. 

DSAI: Tiada maaf bagi mu, Tun Daim. (LM)

Posted: 01 May 2013 04:57 AM PDT

Anwar: Saya maafkan Mahathir, tidak Tun Daim

PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, beliau sedia memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad, bukannya bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

"Tuan Daim kata lapan tahun Anwar jadi Timbalan Menteri Kewangan, hari-hari dia beri nasihat," kata Anwar ketika menyampaikan perutusan Hari Pekerja di sini, hari ini. Kedua-dua Anwar dan Daim merupakan anggota Kabinet era Dr Mahathir." 

K/tangan awam bakal terima gaji 52 minggu setahun (LM)

Posted: 01 May 2013 02:56 AM PDT

Dasar kerajaan BN yang membayar kakitangan awam gaji bersamaan 12 bulan atau 48 minggu setahun, akan digantikan oleh Pakatan Rakyat dengan bayaran gaji mingguan sebanyak 52 minggu setahun.

Selama ini kakitangan awam menerima gaji berdasarkan kiraan bulan. Oleh itu mereka hanya menerima gaji untuk 12 bulan yang bersamaan dengan 48 minggu. 

Dalam setiap tahun, kakitangan awam 'kehilangan' gaji untuk 4 minggu yang bersamaan dengan 1 bulan! 


Bapa Saifool kansel mohon maaf drp DSAI.. (LM)

Posted: 01 May 2013 12:43 AM PDT

Pulak dahhhhhh.... lawaklah Encik Azlan ni... suka hati kamulah kalau nak buat lawak bodoh pun.. Rakyat ada kesah?? Baca 'Amanat DSAI Menjelang PRU-13' la mangkuk flip-flop... depan Allah nanti, bolehkah kamu main tarik tali macam ini? 

Najib dan Umno/BN sudah hilang segala daya dan upaya untuk menghalang semangat kemaraan Rakyat ke Putrajaya. Ini antara talian-talian hayat terakhir yang dapat disambar.. Paksa bapa Saifool buat U-turn....


Tiada ulasan: