RAKYAT MARHAEN |
- PRU13: Ceramah Pakatan terus dibanjiri puluhan ribu orang, derma dikutip RM263,328.80
- Anwar to be the next prime minister of Malaysia - Kit Siang
- Lim Kit Siang's message at Larkin, Johor Bahru
- Anwar Ibrahim: Di Kalangan Orang Melayu, Sokongan Anwar Lebih Tinggi 10% Daripada Sokongan Najib
- Anwar Ibrahim: Saya Nak Mahathir Tonton TV3 Pada 6 Mei
- Lim Kit Siang: 5 Mei Ubah, 6 Mei Kerajaan Baru 五月五换政府,五月六新政府
- PRU13: Flashmob Anak Muda Kota Bharu Kelantan
- Daim the most corrupt finance minister in M'sian history - Anwar
- Kit Siang: May 5, change govt; May 6, NEW GOVT!
- AWESOME DAP pulls in more than 60,000 to Sutera Mall ceramah
- DAP FRENZY: Crowd goes 'crazy' on hearing Ubah song!
- PR will free M'sia from ignorance, graft & FEAR - Guan Eng
- PRU13: 4,000 keluarga bakal dihalau angkara janji Najib
- PRU13: 8 NGO isytihar sokong Pakatan di Pahang
- PRU13: Rumah Nasrudin dibaling darah babi
- PRU!3: Kertas undi jadi referendum rakyat bantah Lynas – Lee Chean Chung
- PRU13: Blogger Milo Suam ditahan polis kerana dedah penipuan SPR?
- PRU13: 5 Mei undi, 6 Mei bentuk kerajaan, 7 Mei turun harga minyak
- Pilihan raya telus realiti atau dongeng?
- PRU13: Umno cukup berdebar sekarang - Rafizi
PRU13: Ceramah Pakatan terus dibanjiri puluhan ribu orang, derma dikutip RM263,328.80 Posted: 01 May 2013 05:41 PM PDT Ia merupakan RM173,328,80 yang dikutip dari ceramah malam ini sahaja dan RM90, 000 lagi dikumpul daripada siri program yang diadakan pada sebelah siangnya. Jumlah tersebut merupakan kutipan yang terbanyak sejak kempen pilihan raya bermula pada 20 April. Johor Bahru: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pilihan raya umum ini adalah pilihan antara politik lama yang mengamalkan diskriminasi kaum dan politik baru yang memberikan layanan yang adil kepada semua. Beliau berjanji jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, ia akan memberi bantuan penuh kepada semua sekolah dari aliran yang berbeza selagi mereka mengukuhkan bahasa kebangsaan. Beliau juga memberi jaminan kepada orang Melayu bahawa tidak ada sebab untuk takut kepada ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang. Gelang Patah: Orang ramai yang membanjiri ceramah Pakatan di Skudai meningkat kepada 70,000 orang. Dalam ucapannya, Anwar menggesa semua pengundi untuk menyokong calon-calon pembangkang, terutama pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, untuk membuktikan bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad salah. Beliau berkata, mungkin namanya Lim Kit Siang tetapi beliau adalah seorang yang berprinsip. Anwar berkata, Mahathir dilaporkan menggesa rakyat menguburkan karier politik Kit Siang di Gelang Patah dan karier politiknya di Permatang Pauh dalam pilihan raya umum kali ini. Johor Bahru: Kira-kira 10,000 orang menghadiri ceramah Pakatan di tapak pasar di sebelah Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos di mana Anwar dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dijadual berucap. Orang ramai memenuhi kawasan tersebut walaupun agak gelap, termasuk yang duduk di atas lantai untuk mendengar ucapan. Bagaimanapun, ia terganggu sekejap apabila seorang wanita menjerit apabila tikus melintas tempat beliau duduk. |
Anwar to be the next prime minister of Malaysia - Kit Siang Posted: 01 May 2013 05:10 PM PDT |
Lim Kit Siang's message at Larkin, Johor Bahru Posted: 01 May 2013 05:09 PM PDT |
Anwar Ibrahim: Di Kalangan Orang Melayu, Sokongan Anwar Lebih Tinggi 10% Daripada Sokongan Najib Posted: 01 May 2013 05:09 PM PDT |
Anwar Ibrahim: Saya Nak Mahathir Tonton TV3 Pada 6 Mei Posted: 01 May 2013 05:00 PM PDT |
Lim Kit Siang: 5 Mei Ubah, 6 Mei Kerajaan Baru 五月五换政府,五月六新政府 Posted: 01 May 2013 04:59 PM PDT |
PRU13: Flashmob Anak Muda Kota Bharu Kelantan Posted: 01 May 2013 04:58 PM PDT |
Daim the most corrupt finance minister in M'sian history - Anwar Posted: 01 May 2013 04:57 PM PDT |
Kit Siang: May 5, change govt; May 6, NEW GOVT! Posted: 01 May 2013 04:57 PM PDT |
AWESOME DAP pulls in more than 60,000 to Sutera Mall ceramah Posted: 01 May 2013 04:56 PM PDT |
DAP FRENZY: Crowd goes 'crazy' on hearing Ubah song! Posted: 01 May 2013 04:56 PM PDT |
PR will free M'sia from ignorance, graft & FEAR - Guan Eng Posted: 01 May 2013 04:55 PM PDT |
PRU13: 4,000 keluarga bakal dihalau angkara janji Najib Posted: 01 May 2013 04:54 PM PDT GEORGE TOWN, 1 MEI: Nampaknya begitu terdesak sekali Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang menabur janji sehingga tidak sedar bahawa bagi melunaskan janjinya itu, 4,000 keluarga bakal hilang tempat tinggal. Perdana Menteri sementara, Najib Razak telah mengejutkan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mengumumkan pembelian tanah di tiga kawasan kononnya bagi membina rumah kos rendah dan rumah mampu milik. Setiausaha Agung DAP merangkap Pengerusi Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya berkata, tindakan itu adalah suatu penghinaan terhadap 4,000 keluarga yang bakal diusir bagi memberi jalan kepada janji Najib itu. "Mengapakah BN dan Najib berperangai buruk sebegitu dengan tidak berunding dahulu dengan 4,000 keluarga tetapi hanya terus mahu meranapkan rumah mereka dengan satu pengumuman sahaja tanpa memaklumkan mereka?" ujar beliau. |
PRU13: 8 NGO isytihar sokong Pakatan di Pahang Posted: 01 May 2013 04:52 PM PDT (Poster yang dibuat oleh Gamis Pahang yang mendakwa kerajaan Pahang membisu) KUANTAN: Sebanyak lapan NGO dari gerakan masyarakat dan belia negeri Pahang semalam telah mengadakan satu sidang media mengisytiharkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat untuk pilihanraya umum ke 13. Sokongan itu dibuat dalam bentuk Deklarasi Anak Muda Pahang yang bertemakan "Tumbangkan Barisan Nasional (BN), Bersama Pakatan Rakyat (PR) Menerajui Wisma Pahang". Mereka menyifatkan kerajaan Pahang membisu ke atas segala dakwaan rakyat dan diam ini bermakna ya bagi mereka. Sidang media ini yang diadakan di bandar Kuantan turut mendapat liputan wartawan dari Astro Awani, Sinar Harian, Nanyang and Sin Chew. Kesemua NGO bersepakat menyeru seluruh rakyat negeri Pahang khususnya anak muda untuk bersama dengan kebangkitan rakyat Malaysia yang bertekad untuk menumbangkan BN dalam PRU13. Antara isi deklarasi yang dibentangkan menyatakan bahawa BN gagal mengurus ekonomi negara sehingga membebankan rakyat dengan hutang negara, yang mana kini nilai hutang melebihi RM500 bilion. Deklarasi itu turut menyelar BN atas kegagalan mereka memupuk suasana demokrasi yang baik dan adil antaranya dengan memanipulasikan media untuk survival politik sendiri. |
PRU13: Rumah Nasrudin dibaling darah babi Posted: 01 May 2013 04:51 PM PDT TEMERLOH: Kediaman calon PAS di Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di Taman Sri Semantan di sini disimbah dengan darah dipercayai perbuatan khianat pihak tertentu. Kejadian disedari seorang petugas yang juga pembantu calon apabila melihat kesan darah berserakan di atas lantai bahagian hadapan rumah ketika keluar rumah awal pagi ini. Kelihatan juga satu palstik darah dipercayai dibaling dari luar pagar. Turut ditinggalkan sekeping nota bertulis 'Terimalah darah babi ini'. Satu sidang media akan diadakan pagi ini di kediamannya serta laporan polis akan dibuat. |
PRU!3: Kertas undi jadi referendum rakyat bantah Lynas – Lee Chean Chung Posted: 01 May 2013 04:50 PM PDT Rakyat Kuantan akan menjadikan undi mereka pada pilihan raya ini sebagai referendum membantah kilang pemprosesan nadir bumi Lynas, kata calon Dun Semambu, Lee Chean Chung. Beliau berkata, sentimen rakyat masih kuat dalam membantah kilang itu, walaupun ia sudah mula beroperasi penghujung tahun lalu. "Kilang itu akan jadi beban kepada BN Pahang dalam pilihan raya kali ini. Memangkah BN bermakna memilih Lynas. jika rakyat memangkah Pakatan, itu bermakna mereka memilih masa depan yang aman dan bersih untuk anak cucu mereka," katanya ketika dihubungi. Kilang Lynas memulakan operasi 30 November lalu, walaupun menerima bantahan daripada Pakatan dan pelbagai NGO alam sekitar. Selain menggunakan saluran mahkamah, dua himpunan aman besar-besaran turut dianjurkan bagi mendesak kerajaan membatalkan operasi kilang itu. Dalam pada itu, beliau memaklumkan, terdapat beberapa usaha mengganggu kempen Pakatan, antaranya dengan merosakkan 'bunting' dan poster. Namun, katanya lagi, ia sama sekali tidak mematahkan semangat jentera pilihan raya, memandangkan sokongan besar penduduk kawasan bandar, serta penerimaan yang semakin meningkat di kalangan penduduk luar bandar. Chean Chung akan bertembung dengan calon dari MCA, Pang Tsu Ming yang juga penyandang Dun itu. Pada 2008, Pang Tsu Ming menewaskan calon KEADILAN, Nancy Khong dengan majoriti 2,136 undi. |
PRU13: Blogger Milo Suam ditahan polis kerana dedah penipuan SPR? Posted: 01 May 2013 04:48 PM PDT KUALA LUMPUR 2 MEI: Blogger, Milo Suam yang baru-baru ini mendedahkan kemungkinan penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam blognya, ditahan polis malam ini di Setia Alam sebelum dibawa ke Bukit Aman. Ia dinyatakan dalam laman facebook rasmi KEADILAN lewat malam ini yang turut menyebut, sepasukan polis juga datang ke ibu pejabat KEADILAN di Merchant Square di Petaling Jaya. "Blogger Milo Suam ditahan polis dan dibawa ke Bukit Aman. Polis juga sekarang berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square," kenyataan itu dipetik. Sebelum ini, beberapa laporan polis dibuat terhadap Milo Suam yang pernah menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota polis mengundi lebih awal dari tarikh sebenar. Blog itu memaparkan kekeliruan yang didakwanya ditimbulkan SPR berkaitan undi pos dan undi awal. Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan SPR. Ironinya, blogger pro-Umno, Papagomo yang kerap memapar kandungan video fitnah lucah tidak pula ditangkap walaupun berpuluh-puluh laporan polis dibuat orang awam walaupun kesalahannya terang-terang menyalahi peruntukan undang-undang. |
PRU13: 5 Mei undi, 6 Mei bentuk kerajaan, 7 Mei turun harga minyak Posted: 01 May 2013 04:30 PM PDT PULAU PINANG: Rakyat Malaysia bakal merasai penurunan harga minyak kenderaan dalam masa lima hari lagi dari sekarang jika Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah Malaysia kata, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifudin Nasution Ismail. Read More / Baca Lagi >>"5 Mei kita mengundi, 6 Mei kita tubuh kerajaan baru, 7 Mei kita dapat harga minyak yang baru, insya Allah," kata Saifudin. Masa sudah tiba ujarnya, untuk rakyat buat perubahan ke arah yang lebih bebas tidak terkongkong dengan bebanan kenaikan harga barangan selepas ini terutamanya harga petrolium yang makin meninggi. "Pakatan Rakyat tak janji kosong. Dah tak sampai seminggu ia akan jadi kenyataan. Berilah sokongan padu untuk melihat segala-galanya," jelasnya yang juga calon Parlimen Kulim Bandar Baru, Kedah. Tegas beliau lagi, selepas sahaja diistiharkan Pakatan Rakyat menang keesokan bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengunjungi Istana Negara bertemu Yang Dipertuan Agung kemudian balik ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk berucap sebagai Perdana Menteri yang ke tujuh serta mengumumkan penurunan harga minyak serta merta. Kepada sesiapa yang hendak menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah itu di Kuala Lumpur, masih kena bayar tol seperti biasa bila ke Kuala Lumpur. |
Pilihan raya telus realiti atau dongeng? Posted: 01 May 2013 04:28 PM PDT Bila bercerita mengenai pilihan raya yang adil di Malaysia, akan ada yang mengeluarkan ayat ayat berikut:
Dan mungkin banyak lagi kenyataan yang menafikan berlaku penyelewengan dalam pilihan raya di Malaysia dan mengiayakan bahawa Malaysia mempunyai pilihan raya yang adil. Di sini saya ingin membincangkan satu sudut, yang tanpanya, satu satu pilihan raya itu amat sukar untuk dikatakan sebagai ADIL. Deklarasi Kesatuan Antara-Parlimen 1994 Kesatuan Antara-Parlimen (Inter-Parliament Council [I.P.U] ), yang mana Malaysia adalah salah satu daripada anggotanya, pada tahun 1994, merangka satu deklarasi di mana di dalamnya digariskan beberapa kriteria yang mendefinisikan pilihanraya yang telus dan adil. Pencalonan, parti dan hak berkempen Semua orang, secara individu, dan berkumpulan mempunyai hak: Read More / Baca Lagi >> |
PRU13: Umno cukup berdebar sekarang - Rafizi Posted: 01 May 2013 04:26 PM PDT KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Umno semakin gementar melihat 'mood' rakyat apabila menghampiri tarikh keramat 5 Mei ini. Menurutnya, pelbagai cara yang dilakukan Umno-Barisan Nasional (BN) terhadap Pakatan Rakyat untuk mengelirukan rakyat apabila menghampiri detik Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Beliau juga berkata, sebelum ini Umno-BN telah menggunakan isu penggunaan lambang parti DAP namun gagal apabila PR menunjukkan kesepakatan dalam menyelesaikan perkara tersebut. "... kita dapat belajar daripada dua, tiga bulan lepas, Umno-BN ini di saat-saat ia nak jatuh, ia akan cuba takutkan rakyat. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan