MIMPI SENJA |
- Rakyat Johor bangkit . . . lautan manusia hadiri ceramah Pakatan
- 5 orang kuat Ku Li isytihar sertai PAS
- 'Milo Suam' ditahan polis
Rakyat Johor bangkit . . . lautan manusia hadiri ceramah Pakatan Posted: 01 May 2013 09:58 PM PDT Ratusan ribu sertai majlis Pakatan di Johor
(Rangkuman gambar-gambar yang membayangkan sambutan terhadap Pakatan Rakyat di Johor) KUALA LUMPUR: Sambutan yang sangat tidak terduga terhadap semua himpunan Pakatan Rakyat di seluruh Johor bakal menggegar Umno dalam pilihan raya umum kali ini. Ia merebak dengan cepat bagai api dalam skam dan sudah tidak boleh lagi disekat. Sambutan terhadap majlis Pakatan Rakyat mengejutkan banyak pihak. Dari Johor Bahru, Gelang Patah, Segamat, Pontian, Pasir Gudang, Kulai, Bakri bahkan di Simpang renggam semuanya dipenuhi puluhan ribu orang. Malam tadi, himpunan Sutera Mall mencecah 100,000 orang yang menyertai perhimpunan Grand Finale itu. "Bagi saya, bekas MB Johor, Datuk Ghani Othman benar-benar bungkus kali ini di Gelang Patah dan pertandingan ini benar-benar menjadi transisi beliau keluar," kata Tamrin Ghafar yang baru pulang membantu kempen PAS di Johor. Menurut bilik gerakan PAS, PKR dan DAP, sehingga kini mereka yakin sekurang-kurang dapat menafikan kuasa 2/3 dalam DUN Johor sehinggalah memenanginya. Bagi mereka, ia bukan satu yang mustahil dalam pilihan raya ini jika dilihat kepada sambutan terhadap program Pakatan Rakyat. Menurut laporan dari blogger Pakatan Rakyat, sambutan diberikan amat menggerunkan Umno, kerana Johor sudah dilihat bukan lagi negeri selamat dan paling kuat untuk Umno. Mood rakyat ialah Johor sebagai salah satu penyumbang besar kepada kejatuhan kerajaan korup Umno/BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak diperingkat pusat. Ramalan para pemimpin UMNO/BN yang UMNO/BN akan menang di Johor dengan penuh bergaya sudah tidak lagi boleh dipercaya. | ||
5 orang kuat Ku Li isytihar sertai PAS Posted: 01 May 2013 08:38 PM PDT
Lima orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah semalam mengisytiharkan diri mereka menyertai PAS kerana kecewa dengan Umno yang dilihat meminggirkan penduduk di Gua Musang. Kelima-lima mereka adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang Abdul Karim Mat Diah, Ketua Pemuda Umno Cawangan Batu Papan Zulhelmi Zulkifli, Ketua Umno Cawangan Limau Kasturi Nawang Ismail, Ketua Pemuda Umno Cawangan Lepan Jaya Rozali Rodin dan Ketua Pemuda Umno Cawangan Kuala Betis Ibrahim Hassan. Kelima-lima mereka telah menyerahkan borang kepada calon PAS bagi Parlimen Gua Musang Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada satu program ceramah di Gua Musang malam semalam. Wan Rahim ketika ditemui Harakahdaily menyifatkan penyertaan kelima-lima orang kuat veteran Umno itu menunjukkan satu petanda baik kepada politik Gua Musang pada Pilihan Raya Umum kali ini. Malah jelasnya lagi, beliau yakin perkembangan ini memberi peluang kepada PAS untuk merampas kerusi yang telah dikuasai oleh BN sejak 44 tahun lalu lagi. "Dengan penyertaan mereka, ini menunjukkan satu petanda yang baik untuk Pakatan Rakyat khususnya PAS bagi merampas balik kerusi yang dimenangi oleh BN sejak sekian lama. "Saya pasti dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh mereka, kita dapat menarik lebih pengundi dan secara tidak langsung akan memberi jumlah majoriti yang besar kepada kita nanti," jelasnya. Mengulas suasana kempen, Wan Rahim turut berterima kasih dengan kedua-dua penyokong dalam parlimen Gua Musang kerana menjadikan kempen pilihanraya kali ini begitu aman tanpa ada sebarang provokasi. "Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di kedua-dua parti yang dapat menjaga keamanan tanpa sebarang provokasi pada kempen kali ini. "Saya sendiri tidak berasa takut untuk bergerak kerana suasana aman yang ditunjukkan, malah suasana ini turut ditunjukkan di kawasan-kawasan Felda," sambung beliau. Beliau berjanji akan memastikan Parlimen Gua Musang akan menjadi penyumbang kepada jumlah kerusi di peringkat parlimen agar matlamat untuk tawan Putrajaya tercapai. | ||
Posted: 01 May 2013 08:58 AM PDT
KUALA LUMPUR: Bloger Milosuam dilaporkan telah ditahan pihak polis malam ini dan kini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Makluman itu dinyatakan dalam satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR kepada media lewat malam ini. Menurut kenyataan itu, pihak polis juga kini berada di hadapan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square di Petaling Jaya. Bagaimanapun tiada sebarang makluman oleh mereka berkaitan sebab penahanan tersebut. "Blogger Milo Suam baru telah ditahan oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman. Polis juga sekarang berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square ," kenyataan itu dipetik. Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya. Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). berita lanjut menyusul ... |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan