Isnin, 13 Mei 2013

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SOALAN INI WAJIB DI JAWAB

Posted: 13 May 2013 07:31 PM PDT



KOMENTAR TUKAR TIUB
semuanya telah jelas
semuanya telah terbukti
bercakap sampai nak rak
tidak ada gunanya

soalan hakiki ialah:

apa yang wajib dilakukan?

ini persoalan
apa yang wajib dilakukan 
untuk menumpaskan tukang tipu
tak perlu berkesah panjang panjang
tak perlu bersembang panjang

apa yang wajib dilakukan
kerana kita kena tipu?
pic27604.gif


KEADILAN ada bukti pembelian undi di Segamat – Jui Meng »

chui-jui-meng
"Pengundi dari kawasan Felda Palong Timur sahaja mencatatkan 90 peratus jumlah pengundi. Ia berlaku ekoran kes pembelian undi…




Pembelian undi besar-besaran dikesan di Pulau Pinang »

Sim
(Oleh: Rusnizam Mahat) BAYAN BARU 13 Mei: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendedahkan pembelian undi besar-besaran di Pulau
May 13 2013 /  / Read More »


TIGA TUNTUTAN
JANJI BERSIH
1 - tidak terima keputusan pru13
2 - tubuh spr baru yang bebas dan bersih
3 - lakukan pilihan raya baru

----------

MALAM INI DI KUANTAN - MALAM ESOK DI JOHOR BAHRU

Posted: 13 May 2013 06:00 PM PDT


DI STADIUM
KELANA JAYA

KOMENTAR TUKAR TIUB
perhimpunan ini bertujuan untuk
menunjukkan yang rakyat malaysia
tidak mahu ditipu

perhimpunan ini menolak keputusan pru13
perhimpunan ini melawan penipuan
pehimpunan ini menuntut diadakan 
pemilihanh di kawasan yang dimenangi dengan cara tipu

NOTA:
malam ini di kuantan
malam esok di johor bahru
demo ini bukan hanya di semenanjung
di sabah dan sarawak juga demo
mula merebak

DI PULAU PINANG

Jangan sertai perhimpunan di Kuantan esok

KUANTAN 13 Mei - Polis Pahang memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan hasutan pihak tertentu yang mengajak mereka menyertai perhimpunan haram di Taman Mahkota Aman di sini esok.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Komisioner Anuar Osman berkata, setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang notis atau permohonan daripada pihak penganjur untuk memaklumkan mengenai perhimpunan tersebut. - MELOYO ONLINE

Perhimpunan Hitam di Johor Bahru Rabu ini haram: Polis

JOHOR BAHRU: Polis Johor menyifatkan Perhimpunan Hitam anjuran parti pembangkang yang dijadualkan di sini Rabu ini sebagai haram kerana tidak menepati syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. »
Polis buka kertas siasatan perhimpunan di pejabat SPR negeri 4:42pm
KOTA KINABALU 13 Mei - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung tindakan lebih 30 individu yang berhimpun di pekarangan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah di sini Jumaat lalu. Ketua Polis...

TIGA TUNTUTAN
JANJI BERSIH
1 - tidak terima keputusan pru13
2 - tubuh spr baru yang bebas dan bersih
3 - lakukan pilihan raya baru



-----

BUKU YANG WAJIB DIJADIKAN RUJUKAN

Posted: 13 May 2013 05:00 PM PDT





SEBUAH BUKU
HISHAMUDDIN RAIS

ANTARA ILUSI DAN HARAPAN

Ilusi bermakna angan-angan. Malah tidak ada perkatan yang cukup  tepat untuk menerangkan makna perkataan ilusi ini. Angan-angan Mat Jenin pun memiliki asas kerana ketika Mat Jenin berangan-angan dia sebenarnya sedang membuat sesuatu yang positif – memanjat pokok kelapa – untuk membuat modal  berniaga. Ilusi tidak memiliki asas.  Justeru, lebih tepat  kalau saya katakan ilusi ini angan-angan karut lagi marut.

Harapan juga boleh bertukar menjadi ilusi jika harapan tidak dibantu dengan usaha dan kerja. Mengharapkan sesuatu tetapi tidak melakukan apa-apa ialah ilusi. Ini samalah saperti kesah Pak Lebai yang heboh berlabon  hendak  ke Mekah tapi bukan sahaja  paspot belum dilamar, malah gambar kad pengenalan pun belum diambil.

Apa yang menarik ialah ilusi dan harapan ini boleh berlaku atau dilakukan tanpa pelaburan atau kerja keras. Ilusi boleh dipasang luas tanpa modal. Mengharap tanpa bergerak. Pada hemat saya pada tanggal  5 Mei 2013  yang lalu kita melihat ilusi dan harapan terbarai.

Saya tidak mahu menulis '... kan aku dah cakap...' atau  ' orang cakap hang tak dengar...' Tetapi apa yang saheh PRU13 ini telah memecahkan ilusi dan harapan  anak semua bangsa yang ramai. PRU13 yang baru berlalu telah membuktikan bahawa apa yang telah tulis  selama ini bukan tohmah, bukan fitnah bukan kesah dongeng tetapi telah menjadi fakta.

Babak-babak yang berlaku pada Ahad 5 Mei 2013 semuanya telah saya tulis. Malah hampir dua tahun – berpuluh-puluh kali saya telah  menulis  dan menerangkan   secara jujur bahawa pilihan raya yang dijalankan  oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Malaysia ini adalah satu penipuan.   Saya juga secara hitam puteh telah menulis tanpa segan  tanpa silu    untuk membuktikan kepada anak semua bangsa bahawa SPR ini adalah barua  setia United Malays National Organisation.

Saya juga telah menulis berpuluh kali menerangkan bahawa TUGAS asas SPR ialah untuk memastikan United Malays National Organisation  menang atau sentiasa menang.  Tugas ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara,  dengan kerjasama Mahkamah, dengan kerjasama  Peguam Negara, dengan  kerjasama PDRM dan dan dan berpuluh belas jabatan kerajaan. 

 Ketua Jabatan dan Pegawai tinggi dalam lembaga-lembaga ini dipilih bukan kerana mereka berilmu, bukan kerana mereka sosok yang jujur tetapi kerana mereka akan taat setia dengan Ketuanan Melayu. Mereka memiliki kepentingan ekonomi untuk memastikan gerombolan Ketuanan Melayu menang. Jika gerombolan ini tewas maka bengolan-bengolan yang hidup mewah ini akan kekeringan mata pencarian. Malah ramai diantara mereka akan didakwa dan besar kemungkinan banyak yang akan dipenjara.

Justeru, kita melihat tugas menipu ini telah dilakukan dengan jayanya oleh SPR dalam PRU13 yang baru selesai 5 hari dahulu.  Justeru, saya merasa bangga kerana saya telah mengumpulkan semua tulisan tentang penipuan SPR ini  ke dalam sebuah buku – Tipu Pilihan Raya – Turun Jalan Raya. Dalam buku ini saya telah menulis  secara teperinci tentang cara dan teknik penipuan yang telah dirancang.

Wong Tuck ketua Himpunan  Hijau di Bentong  telah ditipu dengan  teknik kotak undi masuk bertambah. Calon PKR di Tanah Merah, Nik Mahmud  telah ditipu kerana Borang 14 dan Pacaba dibeli. Bangla  telah datang mengundi. Mat Indon datang mengundi. Peti undi bertukar. Peti undi masuk lambat. Peti undi jatuh dari helikopter. Borang 14 tidak sampai. Borang 14 tidak ditanda tangan. Undi rosak lebih banyak dari undi menang.  Pengkiraan cara tipu. Semua pekara  dan teknik penipuan ini telah  saya tulis. Semuanya telah saya huraikan. Malah buku saya itu akan menjadi rujukan bagaimana warga Malaysia anak semua bangsa telah ditipu berkali-kali dalam pilihan raya.

Saya juga telah menulis  dan menerangkan bahawa dalam Dunia Ketiga – pilihanraya belum pernah dapat mengubah kerajaan.  Dalam Dunia Ketiga jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa telah lama pilihan raya diharamkan. Dalam Dunia Ketiga kerajaan berubah  kerana rampasan kuasa tentera. Berubah kerana pemberontakan bersenjata oleh orang ramai. Para ditaktor yang zalim dan ganas diburu lari oleh gerakan massa oleh anak muda dan belajar.

Untuk penjelasan -  Dunia Pertama ini maknanya ialah Amerika Syarikat. Dunia Kedua ialah Eropah Barat . Dunia Ketiga ialah negara-negara Asia, Afrika dan Amerika Latin. Maka Malaysia termasuk dalam katogeri Dunia Ketiga. Justeru di mana-mana pun dalam Dunia Ketiga ini watak pilihan raya tidak pernah berubah.

Suharto dari Jakarta , Marcos dari Manila, Pak Chung Hee dari Korea Selatan, Mubarak dari Mesir, Zia Ul Haq  dari Pakistan, Zainal Abidin dari Tunisia  – adalah contoh-contoh terbaik bagaimana kerajaan pimpinan mereka  hanya  dapat diubah melalui gerakan massa. Apabila rakyat turun ke jalan raya maka barulah para ditaktor ini dihumbankan. Pilihan raya tidak pernah berjaya mengalah para ditaktor ini.

Kenapa tidak dapat dikalahkan? Jawabnya senang sahaja. SPR Mubarak, SPR Marcos, SPR  Suharto – telah bekerja siang dan malam untuk memastikan ' boss' mereka terus memegang  kuasa. SPR di Kenya ke, di Colombia ke , di Mexico ke –  semua sama. Menjalankan pilihanraya dengan menipu.

Sejarah membuktikan bagaimana gerakan massa – anak muda, pelajar dan warga kota  -   turun ke jalan raya dan menghalau Marcos, mengahalau Suharto, menghalau Zainalk Abdin. Sesudah Marcos dihalau, sesudah Suharto di halau, sesudah Pak Chung Hee di halau – barulah satu pilihan raya baru dijalankan. Sebuah lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas diwujudkan. SPR baru ini dinobatkan untuk mengendalikan satu pemilihan yang baru. Ini berlaku  di Mesir sekarang.  Ini telah berlaku di Pilipina. Di Indonesia pilihan raya mereka Jurdil – jujur, bebas dan adil.

Hakikatnya , untuk  kita  di Malaysia ini ,  selagi SPR yang dipilih oleh United Malays National Organisation  wujud selagi itu penipuan berlaku. Selagi SPR ini wujud  - sampai kiamat pun – Pakatan Rakyat atau apa apa sahaja parti politik tidak akan dapat  mengalahkan United Malays National Organsiation.

Saya telah menulis dan menerangkan  bahawa yang dilawan oleh penyokong Pakatan Rakyat  bukan parti United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional.  Parti Ketuanan Melayu ini telah lama 'kaput'. Yang dilawan  dan  ditentang oleh Pakatan Rakyat adalah jentera daulah. SPR hanya  satu-satunya yang jelas dilihat. Di berlakang SPR  -ada JPN, ada PDRM, ada MKN, SKMM, SPRM  dan dan dan. Semua lembaga ini bersekongkol untuk mewujudkan satu sistem penipuan.

Ada sistem penipuan  yang diwujudkan secara  berselindung dengan Undang-Undang Kecil Pilihanraya, dengan undang-undang yang dilulus oleh Parlimen. Ada penipuan yang dirancang tanpa berselindung. Yang berselindung dengan undang-undang ini contohnya saperti Pengundi Awal.  Menggunakan dakwat kekal.  Menggunakan Borang 14.   Yang tidak berselindung ialah membawa Mat Bangla datang mengundi.  Atau Pedatang Haram daru  Burma  yang menambah undi Najib di Pekan. Atau Pegwai Atasan memastikan para soldadu mengundi United Malays National Organisation.

Dakwat kekal terbukti satu penipuan yang terang-terang. Tetapi, kali ini yang menjadi tulang belakang atau Induk Tipu  ialah sistem Pengundi Awal. Dari sistem inilah mencurah-curah masuk  kertas undi yang memenangkan United Malays National Organisation.

Rasa saya kita tidak guna terus memperkatakan hal penipuan ini. Penipuan  telah jelas. Saya rasa tidak ada lagi para pembaca yang akan memiliki ilusi bahawa ada kemungkinan untuk Pakatan Rakyat menang dalam PRU14. Pada 5 Mei 2013 semua ilusi ini pecah berderai.  Justeru kuliah 5 Mei  wajib dijadikan kuliah  politik untuk kita mendewsa.

Lalu timbul persoalan hakiki : Apa yang wajib dilakukan sekarang?  Pertama orang ramai wajib sedar bahawa kerajaan Najib Rosmah ini adalah kerajaan haram. Kerajaan ini tidak ada sokongan rakyat. Undi popular – undi terbanyak – 52% undi orang ramai telah di menangi oleh Pakatan Rakyat.  Justeru  orang ramai – anak semua bangsa – tidak perlu menerima kemenangan United Malays National Organisation. Orang ramai tidak perlu tunduk dan bertaat setia kepada Najib dan Rosmah. Dua ekor manusia ini  tidak memiliki apa-apa  kelayakan untuk memimpin.

Tidak cukup dengan ini sahaja. Lebih dari 150,000 anak semua bangsa telah turun ke jalan raya. Mereka berhimpun di Stadium Kelana Jaya. Jumlah yang sama di Pulau Pinang dan Ipoh. Gerakan massa saperti ini ini wajib diteruskan.   Difahamkan Johor dan Pahang akan mengadakan perhimpuan yang sama.  Setiap kota wajib mengadakan tunjuk perasaan yang sama. Penolakan orang ramai terhadap keputusan pilihan raya ini wajib dikekalkan.

Tidak menerima keputusan PRU13 adalah tepat. Penolakan ini wajib  terus diperhangatkan. Bara kemarahan ini wajib terus dikipas. Ini untuk memastikan kuliah politik pada 5 Mei 2013 akan  terus segar.  Cerita-cerita karut untuk membawa kes ini ke mahkamah juga wajib dijadikan kuliah.   SPR dan bengolan dari Ketuanan Melayu sedang meloncat-loncat mengarahkan Pakatan Rakyat atau  pengundi yang tak puasa hati untuk membawa  kes 'penipuan'  ke mahkamah.

Apa maknanya ini?  Kenapa digalakkan bawa ke mahkamah?

 Jawapan cukup senang. Bila kes dibawa ke mahkamah maka akan padamlah  kemarahan rakyat.   Kes dibawa ke mahkamah akan sekali lagi menimbulkan ilusi bahawa mahkamah itu  boleh menentukan. Rubbish.  Hukum dan sifir politik amat senang. Apa yang disukai oleh musuh ertinya itu jalan salah. Apa yang dilarang oleh musuh itu jalan betul.

Mahkamah ini juga adalah sebahagian dari sistem yang bersekongkol dengan SPR untuk menipu.  Justeru, kes ke mahkamah wajib dijadikan   satu  lagi kuliah politik bahawa mahkamah adalah alat yang sama saperti SPR.

 Mahkamah ini hanya kilang membuat ilusi. Untuk memadamkan ilusi ini anak semua bangsa wajib meneruskan  gerakan jalan raya. Ilusi akan diganti dengan perbuatan bukan dengan harapan. Tidak ada sesiapa dalam dunia ini akan mengagihkan Kuasa dan Kebebasan. Kuasa dan Kebebasan  hanya  dapat dirampas  dengan Perlawanan. Berlawanlah untuk  memadamkan semua ilusi.  Hanya dengan melawan baru tercapai kemenangan.(TT)


 TIGA TUNTUTAN
JANJI BERSIH
1 - tidak terima keputusan pru13
2 - tubuh spr baru yang bebas dan bersih
3 - lakukan pilihan raya baru

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sila langgani akhbar mingguan ini







---------

BERITA BAIK - INI BERITA TERBAIK

Posted: 13 May 2013 07:30 AM PDT


KOMENTAR TUKAR TIUB
untuk warga pahang
sila datang beramai ramai
tunjukkan kemarahan
tunjukkan marah kerana ditipu

BERHIMPUN 
BERDEMO
LAWAN PENIPUAN
Jangan sertai perhimpunan di Kuantan esok


Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Komisioner Anuar Osman berkata, setakat ini, pihak polis tidak menerima sebarang notis atau permohonan daripada pihak penganjur untuk memaklumkan mengenai perhimpunan tersebut. - MELOYO ONLINE



 TIGA TUNTUTAN
JANJI BERSIH
1 - tidak terima keputusan pru13
2 - tubuh spr baru yang bebas dan bersih
3 - lakukan pilihan raya baru


---------

KITA TUNGGU DEMO BESAR LAWAN PENIPUAN

Posted: 13 May 2013 05:30 AM PDT


KITA TUNGGU DAN LIHAT

    pic29781.gif           

KENAPA JUMLAH PENGUNDIAN BOLEH BERUBAH? 
Apa perlunya peti undi diusung & dihantar ke pusat pengiraan undi? Objektifnya mudah, BN dgn kerjasama sekutu rapatnya SPR mempunyai ruang masa dgn boleh mengenalpasti keptusan tersebut samada perlu penambahan atau tidak undi pos, undi hantu dsb. 

pic27604.gifProses ini boleh dibuat semasa PENGHANTARAN peti undi ke pusat pengiraan undi dgn kawalan sepenuhnya oleh SPR - (Parti komponen BN). Sekiranya, pengiraan di pusat pembuangan undi telah menunjukkan kekalahan kpd BN, proses "top-up" boleh berlaku semasa proses penghantaran tersebut.
 Sekiranya majoritinya terlalu besar, agak sukar utk "top-up"kan & ini biasanya memberi kemenangan kepada PR. Sebaliknya, sekiranya majoriti yg agak sedikit, agak mudah BN membawa masuk lain2 peti undi. Pasal tu seringkali kita melihat, undi awal telah dimenangi PR, tp bila pengiraan semula dipusat pengiraan undi, calon BN pula yg perolehi kemenangan! Pasal tu juga byk berlaku "blackout", pengiraan undi sampai 5 6 kali ( on TERUS LAWAN PENIPUAN
Publish | Delete | Spam
PelangiMalam
on 5/13/13
TIGA TUNTUTAN
JANJI BERSIH
1 - tidak terima keputusan pru13
2 - tubuh spr baru yang bebas dan bersih
3 - lakukan pilihan raya bar



-------

MALAM INI JAM DI DEWAN CHINA

Posted: 13 May 2013 02:40 AM PDT


GERAKAN #TIPU 505




Warnakan 13 Mei Dengan Penyatuan Rakyat, Selamatkan Demokrasi

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pertama sekali mengucapkan selamat menyambut Hari Bangsa Malaysia, 13 Mei. Satu tarikh yang telah menjadi sejarah akan diwarnakan dengan episod penyatuan rakyat.

Ketika Barisan Nasional cuba menyembunyikan pemerkosaan terhadap demokrasi dalam PRU13 baru-baru ini dengan mengapikan sentimen perkauman melampau, SAMM tampil dengan acara khas yang membabitkan pemimpin rakyat dari semua kaum, termasuk penampilan wakil mahasiswa dari pelbagai bangsa.

Bersempena dengan 13 Mei ini juga, SAMM dan penggerak mahasiswa SMM dengan kerjasama pelbagai NGO menganjurkan sebuah Rapat Rakyat "13 Mei: Hari Bangsa Malaysia - Selamatkan Demokrasi" pada malam ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH). Acara bermula jam 8 malam. 

Rapat Rakyat yang berlangsung pada tarikh hari ini menjadi bukti betapa permainan perkauman tidak menghalang semangat penyatuan rakyat berbilang kaum itu disambut. Rakyat dengan berani keluar dan berhimpun pada tarikh ini, tiada apa lagi yang dapat dimomokkan kepada generasi hari ini.

Sudahlah demokrasi dinafi, rakyat disimbah pula dengan minyak tanah untuk dibakar sentimen perkauman. Kononnya pilihanraya 5 Mei adalah penolakkan satu bangsa. Namun semua sedar dan tahu, sebenarnya tarikh 505 adalah penolakkan semua bangsa terhadap perasuah dan pemain perkauman acuan penjajah. 'Pre-emptive'  penolakkan besar terhadap Barisan Nasional ini telah mengundang rancangan kecurangan pilihanraya diatur dan hasilnya kemenangan rakyat dinafikan dalam sebuah pilihanraya terkotor dalam sejarah. TIPU505!

Maka atas sebab ini, semua wajib mengambil bahagian dalam rapat rakyat malam ini di KLSCAH.

Penganjur acara malam ini menyediakan ruang yang cukup untuk lebih 10ribu hadirin dengan tempat selesa di dalam dewan (bagi yang hadir awal) dan skrin besar di parkir yang berpagar. Ruangan parkir juga akan dikosongkan untuk beri ruang lebih ramai mampu dimuatkan dalam rapat rakyat malam ini. Kepada yang menaiki kereta, penganjur mencadangkan supaya meletak kenderaan di parkir stadium merdeka dan hanya perlu menyeberangi jalan (Maharajalela) melaui stesen monorail Maharajalela. 

Hadirlah dengan pakaian hitam atau simbolik hitam sebagai tanda bersama pergerakan #TIPU505 dalam usaha mengembalikan kemenangan rakyat pada PRU13 dari keputusan SPR yang telah dilacurkan.

"Suara Rakyat Suara Keramat"

CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia




 TIGA TUNTUTAN
JANJI BERSIH
1 - tidak terima keputusan pru13
2 - tubuh spr baru yang bebas dan bersih
3 - lakukan pilihan raya baru



------

TERKINI - TER HOTT - TERNOWWW

Posted: 13 May 2013 12:02 AM PDT


KOMENTAR TUKAR TIUB
kemana muhyiddin hilang?
ke amerika?
ke jepun?
ke saudi arabia?
ke dubai?

hilang  senyap
senyap sunyi atau merancang
dan dan dan 
kenapa saifuddin abdullah
mengeluar kenyataan ini
adakah ini tanda perang sudah bermula
atau tanda hari hari akhir untuk saekor najib
atau hari hari akhir untuk  saekor rosmah


Saifuddin: Suicidal for Umno to bring down Najib or leave moderate path

BY IDA LIM
KUALA LUMPUR, May 13 — Umno will be committing suicide if it attempts to bring down its president Datuk Seri Najib Razak or leaves the moderate path, Datuk Saifuddin Abdullah, the … READ MORE



TIGA TUNTUTAN
JANJI BERSIH
1 - tidak terima keputusan pru13
2 - tubuh spr baru yang bebas dan bersih
3 - lakukan pilihan raya bar


-------

TERUS LAWAN PENIPUAN

Posted: 12 May 2013 09:00 PM PDT

KOMENTAR TUKAR TIUB

seluruh negara
malah seluruh dunia tahu
bahawa united malays national organisation
telah menipu dalam pru13

obama telah buat kenyataan  tentang penipuan ini
akhbar new york times telah keluar dengan karton najib tko
akhbar guardian london
majalah econnomist yang pro pemodal
south china morning post hong kong
the age melbourne
sydney morning herald
le monde paris
liberation paris
tempo jakarta
jawa post jakarta

tv juga telah sama melaporkan penipuan:
cnn
aljazeera
bbc

TIDAK ADA JALAN LAIN
telah terbukti berlaku penipuan


HANYA SATU JALAN
sebanyak 30 kawasan 
telah jelas berlaku penipuan
maka di 30 kawasan ini
wajib diadakan sekali lagi pemilihan
ini untuk memulihkan keyakinan rakyat
tentang proses demokrasi
untuk memulihkan keyakinan rakyat
kepada kerajaan yang akan ditubuhkan


SIASATAN 
pakatan sedang mengumpul bukti
secepat mungkin laporan siasatan wajib diumum
orang ramai
para pengundi ingin tahu


GERAKAN MASSA DITERUSKAN
rapat dan tunjuk perasaan
wajib diteruskan
untuk menerangkan  duduk pekara

Anwar berikrar tak akan mengalah sehingga keputusan PRU13 disahkan

KUALA LUMPUR, 13 Mei —  Anwar Ibrahim berikrar malam tadi tidak akan mengalah dalam perlawanan Pakatan Rakyat (PR) untuk memastikan dakwaan seharusnya menang dan berada di Putrajaya, mengekalkan pendirian mereka Barisan Nasional (BN) menang dengan menipu pada 5 Mei.


KALAU INI BUKAN TIPU? APA INI?

Pemimpin de facto PR, kelihatan bertenaga dan penuh bersemangat apabila berucap di hadapan penyokong PR berpakaian hitam dalam perhimpunan ketiga selepas Pilihan Raya 2013 di Ipoh, Perak mengakui ianya seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan secara rasmi.

Akan tetapi beliau menegaskan walaupun Najib Razak telah mengangkat sumpah dan gabungan tersebut kelihatan berurusan seperti biasa di Putrajaya, pengerusi BN dan presiden Umno bukanlah orang sebenar yang dipilih untuk jawatan itu.
"Pemimpin Umno akan kata, kami mempunyai mandat jadi kamu diam. Tetapi saya kata — No way. Kita mempunyai mandat dan akan… lawan tetap lawan," kata beliau mengundang hadirin untuk menjeritkan slogan tersebut.
"Najib telah disahkan menang… dan telah mengangkat sumpah. Apa harus kita lakukan?
"Sebab itu saya kata… di Kelana Jaya ratusan ribu rakyat hadir hanya dengan notis dua hari… Di Pulau Pinang, ratusan ribu hadir di Batu Kawan… kebangkitan rakyat.
"Kenapa? Kerana suara rakyat suara keramat," kata Anwar.
"Hari Selasa kita akan berhimpun di Kuantan. Rabu kita akan berhimpun di Johor. Dan kita tidak akan berhenti sehingga keadilan ditegakkan di negara ini.
 "Kita tidak akan berhenti sehingga keputusan sah diumumkan. Ya. Kita akan teruskan dan tidak akan mengalah," tambah beliau melalui siaran secara langsung di Internet malam tadi.
Anwar dan pasukannya dalam PR menegaskan keputusan pilihan raya 5 Mei yang baru diumumkan dicemari dengan penipuan, corak pengundian luar biasa, cara menguruskan kotak undi diragui dan isu lain.
TIGA TUNTUTAN
JANJI BERSIH
1 - tidak terima keputusan pru13
2 - tubuh spr baru yang bebas dan bersih
3 - lakukan pilihan raya baru


----------

PROGRAM BERSEJARAH MALAM INI

Posted: 12 May 2013 08:00 PM PDT




AMM ajak sambut 13 Mei Hari Bangsa Malaysia

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengajak orang ramai menyambut Hari Bangsa Malaysia - Selamatkan Demokrasi di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei ini.

Program anjuran SAMM dengan kerjasama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang akan bermula jam 8 malam itu akan diisi dengan pidato bagi membuang sentimen perkauman yang diwujudkan oleh pihak tertentu.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, 13 Mei diiktiraf sebagai Hari Penyatuan Rakyat Malaysia dan pidato perdana sempena tarikh tersebut bertepatan dengan situasi dan mood rakyat yang bangkit sekaligus melenyapkan cubaan-cubaan jahat menjadikan negara tidak harmoni atas nama 1Malaysia.

"Namun hari ini suasana jauh berbeza. Rakyat tidak lagi takut, rakyat kini sudah berani membawa sepanduk kebenaran betapa sentimen perkauman itu sudah ditinggalkan. Rakyat kini bersatu, dengan berani melawan penafian demokrasi," katanya kepada Harakahdaily.

Antara pemidato ialah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, dua Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, bekas veteran Umno Datuk Thamrin Ghaffar, ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan pakar perlembagaan Profesor  Aziz Bari.

Selain itu Presiden Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima) Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak), aktivis Hishamuddin Rais, ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah, penyelaras Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim dan wakil Mahasiswa seperti Safwan Anang, Adam Adli, KS Bawani dan KC Heng akan turut hadir.

Masuk adalah percuma dan orang ramai disaran memakai tema hitam sebagai simbolik demokrasi yang mati.


SIARAN LANGSUNG
UNTUK WARGA
DI LUAR LEMBANG KLANG
dan
WARGA MALAYSIA DILUAR NEGARA
layari  radio bangsar utama



--------

DIMANA BOLEH DI BELI BUKU HISHAMUDDIN RAIS

Posted: 12 May 2013 07:30 PM PDT


PENGUMUMAN
buku - tipu pilihanraya - turun jalan raya
kini boleh dibeli dari:
KINOKUNIA
MPH
PEKAN BUKU
 UNIVERSITI MALAYA
dan
pada malam ini
buku ini akan dijual
di dewan china

SEBUAH BUKU
HISHAMUDDIN RAIS

NOTA:
buku ini akan sampai
ke kedai buku popular
tidak lama lagi
---------

Tiada ulasan: