Isnin, 13 Mei 2013

Komentar Kini

Komentar Kini


Pelantikan MB Selangor dan penyelesaiannya

Posted: 13 May 2013 01:32 AM PDT




Sangat tidak wajar penulis masuk campur dalam kes pelantikan Menteri Besar Selangor yang seolah olah ada benda yang tidak kena.

Penulis tidak tahu siapakah yang punya angkara apabila nama Tan Sri Khalid Ibrahim dipertikaikan sedemikian rupa.

Apakah kesilapan yang pernah dilakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga nama miskipun telah diwatikahkan pelantikannya serta mendapat restu Al Sultan.

Barangkali ada yang tahu, cuma penulis sahaja yang tidak tahu apakah yang tersurat dan yang tersirat sebelum ini.

Yang penulis tahu sikit dikatakan Khalid Ibrahim dengan Khalid Ibrahimnya dn Azmin Ali dengan Azmin Alinya.

Yang peliknya mengapa boleh jadi begitu. Hendak Azmin Ali gilakan jawatan menteri besar, katanya dia memang tidak berniat untuk dilantik sebagai menteri Besar.

Kalau begitu, mengapa tidak setuju dengan nama Khalid Ibrahim yang sudah sangat berjasa pada Pakatan Rakyat, miskipun hilang beberapa kerusi yang di menangi pada PRU 12 (3008).

Khalid Ibrahim mengaku dia tidak pandai politik, tetapi pandai cari duit.Azmin Ali mungkin pandai politik tetapi tak pandai cari duit.

Penulis sudah sebut adalah sangat tidak pwajar penulis masuk campur dalam perkara pelantikan menteri besar Selangor.

Tetapi sebagai penulis yang ikut perkembangan politik tanahair, terutama sekali pada Pakatan rakyat yang sering sahaja bergelora ini kena dengar juga pandangan orang diluar. Tidak mahu pakai tidak apa.

Semua tahu, penulis terdiri daripada pelbagai sepsis. Ada yang makan upah. Ada yang mengampu ada yang berbodek. Dan macam macam lagi. Malah ada yang jahat. Tetapi tidak kurang yang baik.

Penulis ingin beri sikit nasihat. Tapi apalah dengan nasihat penulis ini. Pasti nasihat penulis ini tak boleh pakai dan tak berguna langsung oleh puak puak yang bertelagah. Mereka ada pendirian masing masing.

Namun begitu, kita kena ingat ada penyelesaiannya, Jika kamu benar benar beriman dan bersabar. Jika tak benar benar beriman dan tak bersabar jadilah apa yang terjadi sekarang. Lebih lebih lagi bercankap dan bertindak menggunakan hawa nafsu.

Ambil jalan tengah,iaitu sila namakan tokoh yang bukan dari parti yang sama untuk menjadi menteri Besar Selangor. Habis cerita. Tidak ada sebab mengapa puak yang tidak setuju nama Khalid Ibrahim menolaknya.

Jika puak yang tidak setuju dengan nama Khalid Ibrahim mempertikaikan juga pasti ada yang tidak kena dengan Azmin Ali dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang jadi nahkoda kapal yang sudah hampir hampir nak sampai ke Putrajaya.

Tidak mustahil ia akan Berjaya pada PRU 14 nanti. Insya Allah.



Tiada ulasan: