RAKYAT MARHAEN |
- Rallies replace riots in Malaysia
- Peristiwa 13 Mei: Patut dilupakan atau dikaji?
- Hukum pemimpin, akhbar rasis, pengkhianat
- Semak mendengar kata-kata MB Terengganu
- Antara Ahmad Said dan Abdullah Qulliam
- SPR sengaja cabar kesabaran rakyat
- Pasca PRU13: Satu pencapaian besar
- Indians are for Pakatan
- Rasis: Api-apikan perkauman perbuatan jahiliah
- Rakyat tolak BN, tetapi pemimpin UMNO terus cetus kebencian kaum
- Peristiwa 13 Mei 1969 adalah fitnah terbesar terhadap DAP
- Ombak Melayu, Tsunami Cina, ombak rindu, tsunami cinta.....
- Kit Siang mahu pilihan raya di Malaysia bersih, adil dan bebas
- Kartunis enggan iktiraf Najib sebagai PM
- PRU Ke-13: Banyak yang kita pelajari
- Tanpa Anwar Ibrahim Siapa Lah Mereka??
- Pakatan Rakyat tetap menambah kerusi, kuatkan suara di Parlimen
- Zul Noordin enggan minta maaf mesej 13 Mei
- Anwar: Nazri muflis idea
- Siapa Ketua Polis yang baru?
- Warnakan 13 Mei dengan penyatuan rakyat, selamatkan demokrasi
- 4 peserta ‘Flash Mob Menolak Perkauman’ ditahan
- Pulau Pinang tubuh panel siasat penipuan pilihan raya
- Himpunan rakyat berdepan puak rasis
- SPR Malaysia ‘curi’ kemenangan Pakatan Rakyat – CNN
Rallies replace riots in Malaysia Posted: 13 May 2013 07:54 AM PDT By Chin Huat-Wong On May 13, 1969, the Malaysian capital of Kuala Lumpur was a living hell with vehicles, houses and the national consciousness set ablaze. Clashes between ethnic Malays and Chinese claimed 196 lives according to official police estimates. Independent foreign observers estimated the death toll as ten times higher. Triggered by the outcome of the 1969 elections, that riot paved way for two years of emergency rule and a fundamental change in politics and society. The then ruling Alliance Party – a coalition of three communal parties representing Malays, Chinese and Indians and their regional allies in Sabah and Sarawak – found itself squeezed by Malay and non-Malay Opposition from both flanks. In terms of popular votes in Peninsular Malaysia, the Opposition Pan-Malaysia Islamic Party (PAS) rose from 15% in 1964 to 24% at the 1969 polls, threatening the then ruling United Malays National Organization's (UMNO) claim as ethnic Malays' sole political representative. In contrast, the popular support for non-Malay opposition parties was constant at 26%. Thanks to a first-past-the-post (FPTP) voting system and strategic avoidance of multi-cornered electoral fights, non-Malay opposition parties saw their parliamentary seats rise from six in 1964 to 22 in 1969, while PAS increased its share only marginally from 9 to 12. The non-Malay opposition's electoral gains were at the time conveniently interpreted as an ethnic Chinese challenge to ethnic Malays' political dominance. When UMNO's junior partner Malaysian Chinese Association (MCA), which suffered a major setback at the 1969 polls, decided to stay out of the cabinet to respect the popular verdict, this was unfortunately viewed as a Chinese decision to abandon communal power sharing with UMNO. The riot resulted in a transfer of power from Malaysia's first Prime Minister Tunku Abdul Rahman to his Deputy Abdul Razak Hussein, the father of current Prime Minister Najib Razak. In the wake of the riot, Abdul Razak implemented a series of pro-Malay policies, most significantly the New Economic Policy (NEP), and co-opted most of the opposition into Barisan Nasional (BN), an expanded version of the previous ruling Alliance. He effectively built an electoral one-party state which remained unassailable until 2008, when opposition parties that later came to form the Pakatan Rakyat (PR) coalition made historic gains at the ballot box. These historical facts are worth revisiting because history seems to have repeated itself in many ways in the general election held on May 5. Like in 1969, BN lost its majority in popular votes, polling only 47%, despite allegations of widespread irregularities and fraud. Nevertheless, malapportionment and gerrymandering of constituencies allowed the ruling coalition to maintain 60% of parliament's total seats. Najib's first response to the poor popular showing was that BN's electoral setback was due to a "Chinese tsunami". Altogether, the PR opposition coalition won only 40% of parliament's seats while notching a bare majority of 51% in popular votes. Individually, popular support for the PR's Chinese-dominated Democratic Action Party (DAP) rose from 14% to 16%, while PAS's vote share also rose from 14% to 15%. The Malay-dominated centrist People's Justice Party (PKR) won 20% of all votes cast, compared to the 19% it garnered five years ago. Thanks to the first-past-the-post electoral system, DAP emerged as the largest party with 38 parliamentary seats, while PKR and PAS lost respectively one and two seats at 30 and 21 respectively, despite winning more votes than they did in 2008. Read More / Baca Lagi >> |
Peristiwa 13 Mei: Patut dilupakan atau dikaji? Posted: 13 May 2013 07:48 AM PDT Oleh RUSTAM A SANI Dr Kua Kia Soong sebagai penulis buku May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots 1969 (Suaram: Kuala Lumpur, 2007) sungguh beruntung. Beberapa hari sebelum diterbitkan, dan beberapa hari setelah diterbitkan, bukunya masih meluas diperkatakan – dari posting di laman-laman blog hinggalah kepada kenyataan oleh timbalan perdana menteri. Para pegawai dari Kementerian Keselamatan Dalam Negeri sudah mulai bertindak merampas beberapa naskah buku itu dari sebuah toko buku yang ternama di Kuala Lumpur. Meskipun ada kata-kata yang bermaksud mengancam daripada timbalan menteri tentang kemungkinan buku itu diharamkan, namun sehingga waktu rencana ini ditulis pengharaman itu tampaknya masih belum terjadi. Bahawa rakyat Malaysia begitu berminat terhadap kandungan buku ini tidaklah terlalu menghairankan saya. Peristiwa rusuhan kaum yang telah tercetus di beberapa kawasan Kuala Lumpur-Petaling Jaya dan beberapa bandar besar di Semenanjung Malaysia 38 tahun lalu itu memanglah merupakan peristiwa hitam yang penting dalam sejarah semasa negara ini. Namun peristiwa itu tetap merupakan peristiwa yang penuh rahsia dan sukar ditafsirkan secara saksama implikasi dan pengertiannya terhadap realiti sosial dan politik negara itu. Sehingga kini pun masih terlalu banyak yang tidak kita ketahui tentang peristiwa itu – sebahagiannya kerana banyak fakta yang sengaja dirahsiakan daripada kita untuk memberikan kredibiliti kepada penceritaan "rasmi" tentangnya, dan sebahagiannya kerana pentafsirannya yang diputarbelitkan pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik mereka sendiri. Buku terbaru Kua ini menarik minat umum kerana penceritaan dan analisisnya didasarkan pada dokumen-dokumen yang sudah tidak dilindungi dan dirahsiakan lagi di Pejabat Rekod Awam di London. Sejak dua tiga hari sebelum buku itu dilancarkan, Malaysiakini telah menyiarkan banyak bahan promosi tentang buku ini (termasuk wawancara dengan Kua). Pada 13 Mei lalu (sempena "perayaan" peristiwa itu dan Hari Ibu) pelancaran buku tersebut telah berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur. |
Hukum pemimpin, akhbar rasis, pengkhianat Posted: 13 May 2013 07:47 AM PDT Oleh Lanh Kali ini kita menyentuh isu pasca PRU13 yang menyaksikan lebih 50 peratus pengundi memilih Pakatan Rakyat (5.5 juta pengundi berbanding BN 5.2 juta pengundi) tetapi berdasarkan sistem pilihan raya kita, Pakatan Rakyat hanya menghantar 89 wakil ke Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi manakala BN mempunyai 133 wakil. Selepas pilihan raya, kita menyeru semua rakyat kembali bertaut; perbezaan parti dan pandangan tidak seharusnya dijadikan alasan untuk terus hidup dalam suasana tegang. Bagi orang Islam, ukhuwah adalah tersangat penting; marilah kita bina suasana kehidupan harmoni bagi kita memartabatkan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama kita ke tahap tertinggi bagi mendapat keredaan-Nya di dunia dan akhirat. Rakyat adalah unit terpenting dalam pembentukan sesebuah negara. Namun apabila membicarakan kepincangan perjalanan pilihan raya dan isu pascanya, adalah tidak wajar meluruskan telunjuk ke arah mereka, sebaliknya apa yang perlu difokuskan adalah kepada pemimpin dan organisasi serta identiti negara. Berdasarkan dakwaan seterusnya pembuktian perkara yang meragukan dalam pengendalian pilihan raya seperti wujudnya pengundi hantu (disyaki membabitkan warga asing) dan penggunaan dakwat kekal 'yang tidak kekal', kita begitu dukacita ada pihak termasuk pegawai tinggi dan pemimpin yang berlaku curang dan khianat kepada negara. Mereka inilah yang perlu didedahkan tembelang masing-masing dan dihukum sekeras-keras kerana menggadai negara bagi meraih sedikit kepentingan duniawi untuk diri sendiri dan organisasi mereka. Merekalah sebenarnya pengkhianat negara, namun bertopengkan insan berakhlak mulia dengan tutur kata mereka bagaikan pejuang bangsa dan negara. Read More / Baca Lagi >> |
Semak mendengar kata-kata MB Terengganu Posted: 13 May 2013 07:46 AM PDT Oleh Aspan Alias Bukannya mudah untuk mencari pemimpin yang "level headed" terutamanya dalam masa keadaan politik belum lagi menentu. Masing-masing dengan emosi masing-masing kerana kekalahan atau kerana kemenangan dan juga kerana tidak puas hati dengan keputusan PRU 13 yang lalu. Menteri Besar Terengganu yang hampir tidak dilantik menjadi Menteri Besar buat kedua penggalnya begitu emosi dengan menunjukkan sifat dendam kesumatnya kepada parti pembangkang. Ahmad Said berkata tiada rumah mampu milik bagi kawasan yang dimenangi oleh pembangkang dan kenyataan ini menunjukkan yang pelajaran dan pendidikan tinggi belum lagi mampu menguatkan persepsi beliau terhadap demokrasi. Beliau begitu berdendam seolah-olah tiada orang dalam Umno Terengganu itu berdendam terhadap beliau. Tetapi apa yang menyejukkan hati orang seperti saya, ialah apabila terbaca Twitter Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno, yang tidak bersetuju dengan sikap Menteri Besar Terengganu yang perongos itu. Khairy berpendirian yang sepatutnya tidak ada dendam mendendam dan inilah yang kita mahu lihat dalam kepimpinan tidak kira dari BN mahu pun Pakatan Rakyat. Itu sebabnya sebelum pilihanraya yang lalu saya menulis, jika diantara yang menang di dalam Umno itu biarlah salah seorangnya Khairy Jamaludin. Kita mahu melihat pemimpin yang tahu dan menginsafi yang demokrasi ini adalah kuasa rakyat, bukannya kuasa seorang Menteri Besar yang perlantikannya begitu menyakitkan setengah pihak walau dalam Umno sekali pun. Read More / Baca Lagi >> |
Antara Ahmad Said dan Abdullah Qulliam Posted: 13 May 2013 07:45 AM PDT Oleh Dr Firdaus Rahim "Pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan Dun yang kita (Barisan Nasional) kalah". Demikian tutur Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang telah heboh seantero negara, setelah beliau diberikan mandat oleh rakyat Terengganu untuk mengemudi bumi Darul Iman. Itu pun setelah direstui perlantikannya oleh Sultan Terengganu yang kita hormati. Apa reaksi Tuanku Sultan, saya tidak pasti. Kami sayang Ahmad Said selaku seorang pemimpin Muslim. Namun sayang sekali jika sebagai seorang Muslim, kenyataan di atas benar-benar diutarakan beliau. Ahmad Said mengingatkan saya kepada Abdullah Quilliam. Nama mereka mungkin bermula dengan aksara 'A' yang sama, namun pendekatan mereka jauh berbeza, bahkan lebih jauh antara aksara 'A' dan 'Z'. Siapakah gerangan Abdullah Quilliam ini? Abdullah Quilliam merupakan seorang peguam tersohor di kepulauan British pada penghujung abad ke-19. Abdullah, setelah memeluk Islam pada tahun 1887, telah membuka masjid pertama di Britain, di kota raya metropolitan Liverpool yang merupakan bandaraya kedua dalam Empayar British selepas London. Abdullah Quilliam merupakan seorang tokoh masyarakat dan ulama' yang sangat dihormati oleh penduduk Liverpool, sehingga Khalifah Turki Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamid II menggelar beliau sebagai 'Sheikhul Islam of British Isle'. Makanan percuma Pada tahun 1888, beliau telah memulakan pendekatan menghidangkan sarapan pagi percuma kepada kanak-kanak miskin yang kelaparan, tanpa mengira batasan ras, agama dan keturunan. Walaupun Islam merupakan agama minoriti di Liverpool pada zamannya (dan masih sehingga kini), beliau tidak membutakan matanya kepada anak-anak kecil yang majoritinya berbangsa Inggeris dan beragama Kristian. Demi kanak-kanak miskin Kristian dan Muslim. Sama-sama disuap, sama-sama diusap. Namun sayang sekali di Terengganu, hanya 17 kerusi yang ingin 'disuap'. Read More / Baca Lagi >> |
SPR sengaja cabar kesabaran rakyat Posted: 13 May 2013 07:44 AM PDT Oleh NYZA AYOB KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sengaja mencabar kesabaran rakyat, apabila PRU13 berlangsung dengan segala kelemahan yang berjaya dikesan dan sekali gus memperlihatkan dengan terang dan jelas badan yang seharusnya bebas itu merupakan ejen Umno-BN, kata Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi. Katanya, desakan agar SPR yang ada hari ini digantikan dengan suruhanjaya baru yang lebih bebas dan telus telah lama dibuat dan rakyat telah menyuarakan desakan tersebut melalui suara mereka dalam beberapa siri himpunan, namun 'dibutakan' oleh kerajaan dengan segala desakan tersebut. "Sebelum berlangsung pilihan raya lagi, rakyat tidak percaya dengan SPR kerana semua percaya SPR adalah ejen Umno. Suara mereka adalah suara kerajaan. Akhirnya pilihan raya dilalui dengan diuruskan SPR yang serba pincang dan tidak amanah ini," katanya Beliau turut menegaskan, Umno-BN sebenarnya sudah tewas dalam mendapat tempat di kalangan rakyat kerana sudah kehilangan tujuh kerusi parlimen dan 71 kerusi Dun. Umno-BN juga, katanya, perlu berpijak di bumi nyata bahawa undi popular kini berpihak kepada Pakatan Rakyat kerana mendapat 50.3 peratus berbanding BN yang hanya memperolehi 46.8 peratus. Sementara itu, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, menuntut supaya SPR yang ada sekarang digantikan dengan sebuah suruhanjaya baru yang lebih bebas, adil dan telus untuk mengendalikan proses pilihan raya di negara ini. |
Pasca PRU13: Satu pencapaian besar Posted: 13 May 2013 07:43 AM PDT Oleh ABU FIRDAUS PADA tahun 1974, pertama kali Barisan Nasional (BN) masuk pilihan raya, sebaik saja penamaan calon diumumkan banyak calon gabungan parti itu menang tanpa bertanding. Mereka mampu menubuhkan kerajaan semasa penamaan calon lagi. Ketika itu, tonggak Barisan Nasional adalah dua kerajaan campuran yang ditubuhkan sebelumnya iaitu Perikatan-PAS dan Perikatan-Gerakan. Dua parti yang enggan menyertai Barisan Nasional ialah DAP dan Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM). Maka DAP mewakili Cina dan PSRM mewakili Melayu untuk menentang Barisan Nasional, dua-dua kecundang. PSRM langsung tidak mendapat sebarang kerusi. Ada juga banyak calon Bebas yang cuba melawan Barisan Nasional yang amat kuat ketika itu. Salah seorangnya ialah Yang Dipertua Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ), Pet Ludin di Batu Pahat. KPIJ adalah sekutu ABIM. Dengan berlambangkan kunci, beliau masuk bertanding di kawasan yang Umno dan Perikatan sentiasa menang. Batu Pahat ialah antara tempat penting dalam sejarah mengasas Umno. Malah parti pengasas Umno, Dato' Onn Jaafar iaitu Parti Kemerdekaan Malaya dan Parti Negara turut kalah di tangan Umno di Batu Pahat. Maka sudah tentu pada tahun 1974, Barisan Nasional dengan mudah mengalahkan Pet Ludin. Kecenderungan calon Bebas ini adalah kepada perjuangan Islam. Beliau sesuai berada dalam PAS. Tetapi PAS ketika itu berada dalam Barisan Nasional. Barisan Nasional terus menang dalam pilihan raya bagi kawasan Batu Pahat. Tetapi buat pertama kalinya pada tahun 2013, Batu Pahat terlepas daripada tangan Barisan Nasional. Dari tahun 1974 hingga 2013 itu adalah 39 tahun. Pada tahun 1974, Barisan Nasional diketuai oleh Tun Razak Hussein. Pada tahun 2013, ia diketuai oleh anaknya, Najib Tun Razak. Pada tahun 1974, calon Barisan Nasional diwakili oleh MCA di Batu Pahat. Pada tahun 2013, calon Barisan Nasional diwakili oleh Umno, seorang Timbalan Menteri Pelajaran yang pernah menyertai PAS semasa mudanya, Puad Zakarshi. Pada tahun 1974, pemimpin penentang Barisan Nasional yang utama ialah Lim Kit Siang daripada DAP. Pada tahun 2013, pemimpin penentang Barisan Nasional yang utama ialah Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat. Pada tahun 2013, Lim Kit Siang masih aktif dan berjaya mengalahkan bekas Menteri Besar Johor di Gelang Patah, Ghani Othman. Pada tahun 1974, Anwar Ibrahim adalah penentang Barisan Nasional tetapi melalui ABIM. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 13 May 2013 07:42 AM PDT The GE13 results show that BN was wrong in assuming that it has regained the community's support. In the build-up to GE13, Barisan Nasional leaders, particularly those from MIC, engaged in a lot of chest thumping about Indian support for the coalition returning to pre-2008 levels. They claimed that Prime Minister Najib Tun Razak's overtures had cooled down the community's anger with the BN government that became obvious following the 2007 Hindraf protest and the subsequent ISA crackdown on its key leaders. Leaving BN propaganda aside, there were some credible claims that the community felt let down by some Pakatan Rakyat state governments, particularly Kedah. The PAS-led government of the rice-bowl state had failed to honour a promise to declare Thaipusam a state holiday. Furthermore, there were complaints that the sole Indian representative in the state executive council, S Manikumar of PKR, had failed to resolve several issues of concern to members of the community living in southern Kedah. Nevertheless, observers noted that the community was generally pleased with the performance of the Penang and Selangor governments, particularly in relation to employment opportunities for Indians and issues regarding land for Hindu temples and Tamil schools. In the days approaching GE13, Najib appeared to have pulled off a coup when Hindraf chairman P Waythamoorthy signed a memorandum of understanding with his government and subsequently urged the Indian community to return BN to Parliament with a two-third majority. There was immediate disapproval from his estranged Hindraf associates, including his brother, P Uthayakumar, who in the eyes of many Indians is still the leader of the movement. Waythamoorthy's perceived betrayal of the Indian cause provoked strong protests in many parts of the nation. This did not bode well for BN, at least on paper. To make matters worse, it turned out on nomination day that BN had decided to back the candidacy of maverick politician Zulkifli Noordin, just weeks after it became known that he had insulted Hinduism in a talk recorded on video and uploaded to the Internet. So how did the Indians vote on May 5? Read More / Baca Lagi >> |
Rasis: Api-apikan perkauman perbuatan jahiliah Posted: 13 May 2013 07:40 AM PDT Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara pelbagai kaum seperti Malaysia ini. Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar. Lantas, akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas prejudis perkauman. Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad SAW ialah sikap fanatik perkauman ataupun 'asabiyyah yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan. Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilannya Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir sama ada untuk dia menjadi Arab, Melayu, Cina atau India. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Buta warna bangsa Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Read More / Baca Lagi >> |
Rakyat tolak BN, tetapi pemimpin UMNO terus cetus kebencian kaum Posted: 13 May 2013 07:32 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 MEI: Majoriti rakyat Malaysia daripada kalangan Melayu, India, Cina, Kadazan dan Iban menolak politik ketakutan dan kebencian Barisan Nasional (BN), tetapi pemimpin UMNO masih terus mencetuskan kebencian kaum terhadap orang bukan Melayu. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata hari ini calon BN yang kalah di Shah Alam, Zulkifli Nordin pula berbohong kononnya DAP mahukan Melayu mati dan menuduh Lim Kit Siang sebagai pencetus rusuhan 13 Mei di Kuala Lumpur, sedangkan ketika itu Kit Siang berada di Sabah. Katanya, kenyataan pemimpin UMNO itu ternyata menimbulkan kemarahan bukan saja orang Cina tetapi seluruh rakyat Malaysia. "Pada ulangtahun ke-44 tragedi rusuhan 13 Mei 1969, rakyat Malaysia diingatkan bagaimana mereka membuat pilihan tepat pada PRU-13 dengan menolak perkauman BN dan UMNO. 51% rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat dan menolak BN dan UMNO, diperlihatkan daripada akhbar UMNO, Utusan Malaysia untuk menyambut 13 Mei sebagai 'hari suci', seolah-olah mahu meraikan kematian ratusan malah mungkin ribuan rakyat Malaysia yang tidak berdosa," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, selain itu, bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan Ahli Jawatankuasa Rayuan Disiplin UMNO, Datuk Mohd Noor Abdullah juga mengugut masyarakat Cina supaya bersedia untuk tindak balas masyarakat Melayu kerana 'pengkhianatan' mereka pada PRU-13 lalu. Katanya, Mohd Noor pasti merujuk kepada tindak balas Melayu UMNO dan bukan Melayu yang mengundi DAP dan Pakatan Rakyat. "Bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menganggap kenyataan Datuk Mohd Noor itu sebagai 'memalukan Klu Klux Klan (KKK) yang membanggakan diktator Nazi Jerman, Adolf Hitler'. KKK adalah sebuah pertubuhan haram ultra-kulit putih yang menindas orang kulit hitam dan Hitler adalah rasis paling agung dalam sejarah dunia. |
Peristiwa 13 Mei 1969 adalah fitnah terbesar terhadap DAP Posted: 13 May 2013 07:32 AM PDT KLUANG, 13 MEI: Permainan politik perkauman melampau yang dijaja BN sehingga rakyat yang memilih Pakatan Rakyat menjadi mangsa dengan pelbagai tuduhan membuktikan parti itu dalam ketakutan dan sangat terdesak untuk terus kekal berkuasa. Ini turut membabitkan fitnah terbesar yang mengaitkan DAP dan Lim Kit Siang sebagi pencetus peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Membidas serangan peribadi yang mengaitkan beliau terhadap peristiwa hitam 13 Mei oleh bekas calon BN Shah Alam, Zulkifli Nordin, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, tuduhan itu langsung tidak berasas kerana ketika itu beliau tiada di Kuala Lumpur. "Tuduhan itu dilakukan calon BN yang ditolak orang Melayu kerana perkauman. "Perkara ini sudah dijelaskan banyak kali. Pada masa itu saya memang tiada di Kuala Lumpur kerana ke Sabah bagi membantu kempen calon Bebas. Ini hanya fitnah untuk burukkan saya dan DAP," jelas Kit Siang dalam satu sidang media menyokong petisyen bagi DUN Paloh dan Dun Mahkota. Justeru, bagi memecahkan segala kekeliruan dan fitnah yang ditimbulkan UMNO-BN, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah mencadangkan agar sebuah Suruhanjaya Siasatan Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat semua tuduhan yang dilemparkan. Kit Siang pada sidang media yang sama mengumumkan pelantikan bekas calon DAP Parlimen Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim sebagai Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang juga Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP manakala Dyana Sofea sebagai Setiausaha Politik beliau. |
Ombak Melayu, Tsunami Cina, ombak rindu, tsunami cinta..... Posted: 13 May 2013 07:31 AM PDT oleh Izmil Amri 168 jam. Tujuh hari. Satu minggu. Lebih kurang. Demikian lamanya masa yang saya ambil untuk pulih daripada keputusan Pilihan Raya Umum ke-13, pada 5 Mei lalu. Begitu berat kecewa yang ditanggung sehingga terlupa bahawa Pakatan Rakyat tidak kalah, malah berjaya mendapat lebih banyak kerusi dan menggugat kerusi kerajaan United Malays National Organisation. BN sudah hampir tidak ada. Yang masih kekal cuma UMNO. Parti komponennya hampir pupus belaka. Koh Tsu Koon bakal letak jawatan, Chua Soi Lek juga. Hanya Presiden UMNO yang masih menghitung hari dan berhadapan dengan kemarahan ahli partinya kerana kegagalannya mengangkat UMNO daripada debu kekalahan Mac 2008. Ya, kita semua sudah sedia maklum bahawa meskipun kelihatan seolah-olah Pakatan Rakyat kehilangan negeri Kedah serta tidak berjaya mendapatkan semula negeri Perak dan Terengganu, serta hampir merangkul Negeri Sembilan; prestasi Barisan Nasional jauh lebih teruk berbanding apa yang mereka dapat pada 2008 dulu. Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi boleh menarik nafas lega kerana julukan 'Perdana Menteri paling mandom' sudah boleh diserahkan kepada penggantinya, yakni suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor. Najib juga kini boleh menarik nafas lega kerana akhirnya bergelar Perdana Menteri dengan mandat rasmi hasil daripada pilihan raya; dan bukannya mandat warisan seperti tahun sebelumnya. Tahniah kepada beliau atas pencapaian tersebut, meskipun pencapaian sedemikian tidak boleh dibanggakan sangat. Tidak beradab kalau saya tidak menanti sampai tun Mahathir bersuara terlebih dulu sebelum memberi sebarang komen kepada persembahan Najib Razak yang begitu teruk dan mandom, lewat pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 awal pagi Isnin lalu. Mahathir patut terlebih dulu mengutuk kelemahan dan kegagalan Najib Razak, kemudian baru boleh saya membuat ulasan. Ombak Melayu, ombak rindu |
Kit Siang mahu pilihan raya di Malaysia bersih, adil dan bebas Posted: 13 May 2013 07:30 AM PDT BATU PAHAT, 13 MEI: Lim Kit Siang mahu Pilihan Raya Umum di Malaysia bersih, adil dan bebas; demokrasi, pendidikan bertaraf dunia, selamat, sihat dan bersatu padu. Ketua Parlimen DAP itu menjawab soalan yang dikemukakan Utusan Malaysia yang bertajuk "Apa lagi kit Siang mahu?" yang disiarkan akhbar milik UMNO hari ini. Beliau berkata, jika sistem pilihan raya di negara ini bersih, bebas dan adil, sudah pasti Perdana Menteri Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan lagi Datuk Seri Najib Razak kerana Pakatan Rakyat tidak menghadapi masalah memenangi 125 kerusi Parlimen yang disumbangkan 45 kerusi oleh PKR dan masing-masing 40 kerusi oleh PAS dan DAP. Bagaimanapun, katanya, pilihan raya umum kali ini juga dianggap paling kotor dalam sejarah kerana UMNO/BN tidak amanah dan mengamalkan politik wang, penipuan dan tidak adil kerana Najib atau BN hanya memperolehi 47 peratus undi polupar berbanding Anwar dan Pakatan Raykat memperolehi 51 undi popular iaitu pertama kali dalam sejarah 13 kali pilihan raya umum dalam tempoh 56 tahun. "Bolehkan Najib dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyalahkan sebahagian rakyat Malaysia, terutama generasi muda yang jelas mahukan perubahan dan memilih kerajaan baru yang dicuri daripada keputusan pilihan raya yang kotor. |
Kartunis enggan iktiraf Najib sebagai PM Posted: 13 May 2013 07:29 AM PDT Sekumpulan kartunis diketuai Zunar mengancam tidak mengiktiraf Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri jika pilihan raya umum tidak diadakan semula dengan pemantauan badan berwibawa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Beliau yang menubuhkan gerakan kartunis bagi memberi tekanan kepada kerajaan melalui kerja kreatif berkata, BN tidak layak dari segi perundangan untuk memerintah ekoran dakwaan penipuan pilihan raya. Dikenali sebagai Kartunis Lawan Penipuan Pilihanraya (CAEF), mereka berpendapat, penipuan jelas kelihatan melalui angka undi popular yang menunjukkan Pakatan Rakyat mendapat 50.3 peratus berbanding BN yang hanya 46.8 peratus. "Kami sedia bekerjasama dengan BERSIH serta lain-lain NGO di seluruh negara. "CAEF juga akan berusaha menjalin rangkaian dengan gerakan kartunis dan NGO di peringkat antarabangsa di seluruh dunia atas tujuan yang sama," kata Zunar. Antara kartunis terlibat, Mohd Afendi Ramli (Ronasina), Abdullah Jones, Nor Azlin Ngah (Jonos) dan Johnny Ong. CAEF akan dirasmikan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada Sabtu ini di sebuah kompleks membeli belah di Petaling Jaya. |
PRU Ke-13: Banyak yang kita pelajari Posted: 13 May 2013 07:27 AM PDT Sejak setahun yang lalu sehingga pilihanraya ke 13 diadakan dan selesai dilaksanakan, kita melihat berbagai-bagai ragam yang berlaku di hadapan mata kepala kita. Sekarang pilihanraya sudah selesai, timbul pula keresahan bagaimana mereka dari pembangkang yang tidak berpuas hati dengan cara pilihanraya diadakan. Sekarang setiap malam diadakan himpunan rakyat yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya itu kerana pilihanraya itu dikatakan telah dicemari dengan penipuan dan berbagai-bagai lagi. Sebelum pilihanraya berlalu, saya ada beberapa kali menulis sambil mengingatkan semua pihak yang pilihanraya itu akan diadili oleh rakyat ramai yang melihat dan memandang semua pihak dengan serius. Mana-mana pihak yang melakukan kesilapan akan menerima padah yang tidak diingini dan akan mengecewakan pihak-pihak yang bertanding itu. Diantara perkara yang saya sebut ialah, 'jangan kita pipiskan lada dahulu kerana burungnya masih terbang'. Jangan kita panggil jemputan dulu kerana burung yang terbang itu masih di awan. Hendak menangkap atau menembak burung itu jangan terlalu bising kerana burung itu akan terbang tinggi sebelum kita dapat mengacukan senapang kita kearah mereka. 'Jangan berebut-rebut untuk menjolok buah dipokok kerana apabila buah itu jatuh nanti orang lain pula yang menyambutnya'. Perbilangan ini adalah perbilangan orag tua-tua, tetapi anak-anak muda yang ghairah selalunya lupa dan tidak memandang hormat kepada pandangan orang tua-tua. Masing-masing angkuh dan tidak ada yang boleh meredakan keangkuhan mereka. Mereka semua pandai, yang lain-lain itu semuanya bodoh dan tidak berguna lagi. |
Tanpa Anwar Ibrahim Siapa Lah Mereka?? Posted: 13 May 2013 07:23 AM PDT PADA PANDANGAN AKU... Apa pun yang korang kata tentang Dato Seri Anwar Ibrahim... Ada 10 sebab mungkin aku tertarik untuk meninggalkan UMNO..!!! ( 1 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Mungkin tiada Parti Keadilan ( 2 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Mungkin Parti PAS dengan Hududnya... ( 3 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Mungkin Parti DAP dengan Cinanya... ( 4 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Tiada perkataan Reformasinya... ( 5 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Siapalah yg kenal Zulkifli Nurdin, Azmin Ali... Ezam Kotak, Sidek Baba dan yg sewaktu dengannya... ( 6 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Mungkin tiada Pakatan Rakyat... ( 7 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Cina Melayu India mungkin tidak bersatu hati ( 8 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Mungkin Tiada perkataan Transformasi BN ( 9 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Mungkin tiada BR!M dan yg sewaktu dengannya ( 10 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Mungkin UMNO/BN buat sesuka hatinya dengan Wang Rakyat!!! Dan mungkin tiada kebangkitan rakyat!!! Kalau korang pandang dia dgn sebelah mata... korang renung2kan lah diri korang tu... adakah korang lebih hebat dari insan yang bernama Anwar Ibrahim... TSUNAMI ANWAR IBRAHIM lah yang membuat kebangkitan rakyat menentang KEZALIMAN & PENIPUAN....!!! Reformasi....!!! Lawan tetap lawan... |
Pakatan Rakyat tetap menambah kerusi, kuatkan suara di Parlimen Posted: 13 May 2013 07:20 AM PDT Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB Meskipun ramai yang masih bersedih dengan kegagalan Pakatan Rakyat menawan Kerajaan Persekutuan, namun kesedihan itu seharusnya tidak terkubur dengan alasan-alasan yang bersifat 'pengulangan'. Benar terdapat usaha penipuan dan penyelewengan yang mungkin sekali berlaku di beberapa tempat, namun tidak semua kawasan sebenarnya berlaku demikian. Pada asasnya, Pakatan Rakyat tetap menang secara moralnya di peringkat persekutuan apabila berjaya mengurangkan lagi majoriti mudah BN yang dahulu 140 kerusi, dan kini merosot kepada 133 kerusi Parlimen sahaja. Bermakna, Pakatan Rakyat berjaya menambah 7 kerusi lagi, cuma hilang di kerusi yang tidak disangka akan mengalami kekalahan antaranya Kulim Bandar Baharu, Machang, Tanah Merah, Jerai, Baling, Sik, Bagan Serai, Kuala Selangor dan beberapa yang lain. Sementara PAS sendiri sebenarnya walaupun gagal mempertanankan Kedah atas alasan tertentu, namun telah berjaya meningkatkan prestasi yang amat memberansangkan apabila menang dan menambah kerusi di Selangor kepada 15 dan menjadi 'pengemudi' bersama DAP (15) dan diikuti KeADILan 14 kerusi. Tanpa disedari, PAS berjaya melahirkan anak sulong di Melaka dengan Dr Mohd Khalid Rahmat menang di Dun Bukit Baru walaupun PAS kehilangan Dun Paroi di Negeri Sembilan. Read More / Baca Lagi >> |
Zul Noordin enggan minta maaf mesej 13 Mei Posted: 13 May 2013 07:20 AM PDT Mereka (DAP) sampai sekarang tak pernah minta maaf kepada kepada orang Melayu, tegasnya. KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Zulkifli Noordin enggan menarik balik kenyataannya membangkitkan semula sentimen peristiwa 13 Mei dalam laman sosial Twitter.Sebaliknya beliau terus mendesak supaya DAP dan penasihatnya Lim Kit Siang minta maaf kerana pernah mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan masyarakat Melayu 44 tahun lalu. "Saya tak kesal sedikit pun. Saya cabar Kit Siang minta maaf," katanya ketika ditemui pemberita hari ini. Zulkifli malam tadi dalam twitternya menyebut "Esok 13 Mei … ulangtahun ke 44 rusuhan kaum d M'sia angkara cauvinis termasuk parti Kit Siang yang membawa slogan Malai-Seh!Mampos Melayu!" Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataan itu asalnya disebut Kit Siang seperti yang terdapat dalam laporan Majlis Gerakan Negara (Mageran). "Rakyat perlu diingatkan balik DAP itu parti pelampau. "Mereka (DAP) sampai sekarang tak pernah minta maaf kepada kepada orang Melayu," tegasnya. Beliau turut membidas Kit Siang kerana menggelarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai 'syaitan' semasa Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya pada Rabu minggu lalu. Kit Siang bagaimanapun dalam kenyataannya hari ini menafikannya dan menganggap media salah lapor maksud ucapannya itu. Pemimpin veteran itu turut menafikan pernah mengeluarkan kenyataan 13 Mei 1969 kerana tidak ada di Kuala Lumpur pada ketika hari kejadian. |
Posted: 13 May 2013 07:18 AM PDT IPOH - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mencabar supaya hak istimewa orang Melayu dihapuskan jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih Putrajaya. Menurut Anwar, kenyataan dibuat ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu menunjukkan muflis idea kerana PR sudah pun membuat keputusan mengenai perkara tersebut. Katanya, kesemua pimpinan tertinggi PR sudah pun mengemukakan persetujuan mengiktiraf Perlembagaan Persekutuan. "Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan saya sudah menandatangani untuk mengiktiraf untuk terima Perlembagaan Malaysia termasuk Perkara 153 Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera. |
Posted: 13 May 2013 07:17 AM PDT KUALA LUMPUR - Berikutan persaraan wajib Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar, Jumaat ini, siapa yang bakal menggantikannya mula menjadi topik perbincangan hangat di kalangan warga polis dan juga rakyat. Ismail, yang lahir pada 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah, dilantik sebagai KPN yang kesembilan pada 13 September 2010, menggantikan Tan Sri Musa Hassan. Mengikut tradisi, tugas menerajui pasukan Harimau Biru itu diserahkan kepada timbalannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Bagaimanapun, jawatan KPN dan timbalanya merupakan Jawatan Khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan di mana pelantikan tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mendapatkan perkenan baginda sebelum mengumumkan pengganti Ismail. Khalid, 55, yang berasal dari Seremban, memulakan karier sebagai pelatih inspektor pada 5 Disember 1976 sebelum diberi beberapa tugas mencabar. Pada 1997, beliau dilantik Ketua Jabatan Anti Narkotik Kedah diikuti Ketua Jabatan Pengurusan Polis Pahang (2003), Ketua Polis Daerah Kuantan (2003), Ketua Polis Negeri Sembilan (2005), Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (2006), Ketua Polis Selangor (2007), Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman (2010). Read More / Baca Lagi >> |
Warnakan 13 Mei dengan penyatuan rakyat, selamatkan demokrasi Posted: 13 May 2013 07:14 AM PDT Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pertama sekali mengucapkan selamat menyambut Hari Bangsa Malaysia, 13 Mei. Satu tarikh yang telah menjadi sejarah akan diwarnakan dengan episod penyatuan rakyat. Ketika Barisan Nasional cuba menyembunyikan pemerkosaan terhadap demokrasi dalam PRU13 baru-baru ini dengan mengapikan sentimen perkauman melampau, SAMM tampil dengan acara khas yang membabitkan pemimpin rakyat dari semua kaum, termasuk penampilan wakil mahasiswa dari pelbagai bangsa. Bersempena dengan 13 Mei ini juga, SAMM dan penggerak mahasiswa SMM dengan kerjasama pelbagai NGO menganjurkan sebuah Rapat Rakyat '13 Mei: Hari Bangsa Malaysia – Selamatkan Demokrasi' pada malam ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH). Acara bermula jam 8 malam. Rapat Rakyat yang berlangsung pada tarikh hari ini menjadi bukti betapa permainan perkauman tidak menghalang semangat penyatuan rakyat berbilang kaum itu disambut. Rakyat dengan berani keluar dan berhimpun pada tarikh ini, tiada apa lagi yang dapat dimomokkan kepada generasi hari ini. Sudahlah demokrasi dinafi, rakyat disimbah pula dengan minyak tanah untuk dibakar sentimen perkauman. Kononnya pilihan raya 5 Mei adalah penolakkan satu bangsa. Namun semua sedar dan tahu, sebenarnya tarikh 505 adalah penolakan semua bangsa terhadap perasuah dan pemain perkauman acuan penjajah. 'Pre-emptive' penolakan besar terhadap Barisan Nasional ini telah mengundang rancangan kecurangan pilihan raya diatur dan hasilnya kemenangan rakyat dinafikan dalam sebuah pilihan raya terkotor dalam sejarah. Blackout505! Read More / Baca Lagi >> |
4 peserta ‘Flash Mob Menolak Perkauman’ ditahan Posted: 13 May 2013 07:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Hampir 30 polis mengepung Dataran Merdeka tengah hari ini bagi menghentikan program 'Flash Mob Menolak Perkauman' anjuran kumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka 'Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia'. Read More / Baca Lagi >>Empat peserta ditahan dan diminta menyerahkan kad pengenalan kepada ASP Garvinder dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Bagaimanapun, kesemua mereka dilepaskan polis beberapa minit kemudian, lapor KeadilanDaily. Salah seorang peserta yang ditahan, Ali Abdul Jalil berkata, polis meminta mereka segera bersurai dan menghentikan sebarang perhimpunan dan provokasi menentang kerajaan. "Kami akan teruskan flash mob ini selagi media arus perdana terus dengan provokasi perkauman," kata aktivis itu kepada Keadilan Daily selepas dilepaskan. Kumpulan berkenaan dijadualkan berarak ke Sogo, KLCC dan berakhir di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCHAH) jam 8 malam ini. |
Pulau Pinang tubuh panel siasat penipuan pilihan raya Posted: 13 May 2013 07:12 AM PDT Kerajaan Pulau Pinang akan membentuk suruhanjaya peringkat negeri bagi menyiasat dakwaan salah laku pilihan raya dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu. etua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (kiri) berkata, beliau sudah mendapatkan pandangan pakar perlembagaan Tommy Thomas berhubung perkara itu dan disaran meneruskan suruhanjaya dengan "terma rujukan yang luas" jika mahu membentuknya. Lim akan membentangkan cadangan itu dalam mesyuarat exco pertama untuk penggal ini esok. "Kami akan lakukannya sejarar dengan laporan kepada polis, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). "Kami tidak yakin sangat dengan agensi ini, itulah sebabnya timbulnya idea suruhanjaya siasatan itu," kata Lim dalam sidang media di Komtar hari ini. |
Himpunan rakyat berdepan puak rasis Posted: 13 May 2013 07:11 AM PDT Isyarat yang sangat jelas apabila menyaksikan himpunan rakyat menentang penipuan dalam PRU yang lalu di Kelana Jaya, Pulau Pinang dan Ipoh, ialah majoriti yang hadir adalah pengundi muda pelbagai kaum dan pengundi bandar yang juga pelbagai kaum. Himpunan yang dinamakan Himpunan Black 505 – seterusnya akan diadakan dari negeri ke negeri, seluruh negara mencerminkan kemarahan rakyat terhadap pelbagai penipuan yang didakwa berlaku dalam PRU baru-baru ini. Namun kebangkitan rakyat ini kelihatan berdepan dengan golongan rasis yang mengapi-apikan semangat perkauman dari pelbagai pihak yang dapat disimpulkan bahawa mereka dari golongan yang sangat kecewa dengan prestasi lemah Umno/BN. Mengenai golongan perkauman ini, saya memetik pandangan Dr. Asri Zainal Abidin dalam tulisannya di Sinar Harian baru-baru ini yang menentang semangat rasis ini. Katanya, tindakan sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliyah yang diharamkan syarak. Tindakan ini kata beliau, boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara 'multiracial' seperti Malaysia ini. Kerana, katanya, sikap ini akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar. "Lantas akan menimbulkan ketegangan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas 'prejudice' perkauman," kataya. |
SPR Malaysia ‘curi’ kemenangan Pakatan Rakyat – CNN Posted: 13 May 2013 07:10 AM PDT KUALA LUMPUR 13 MEI: Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13 (#Black505) 8 Mei lalu mendapat liputan luas media antarabangsa termasuk Cable News Network (CNN) yang berpangkalan di Amerika Syarikat. CNN dalam laporannya menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat telah 'dicuri' berikutan banyak penyelewengan dan salah laku oleh pengendali pilihan raya Malaysia, iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). "Pembangkang Malaysia menolak keputusan pilihan raya. Pembangkang Malaysia menyatakan SPR dicemari campur tangan kerajaan. "Bukan sahaja Anwar Ibrahim menyatakan ada berlaku penyelewengan pilihan raya, malah NGO Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menjangkakan penipuan beberapa hari sebelum pilihan raya berlangsung. "Ia (pilihan raya) takkan dijalankan secara adil," lapor koresponden CNN yang berpangkalan di Singapura, Liz Neisloss. Liz Neisloss yang mengikuti perjalanan PRU 13 menyatakan, himpunan di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei lalu mencecah kehadiran 120,000 orang. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan