Telok Bakong Online |
Pesan Safwan Anang buat rakyat Malaysia Posted: 29 May 2013 05:23 PM PDT Semalam empat orang aktivis iaitu Haris Ibrahim (ABU), Safwan Anang (SMM), Tian Chua (KEADILAN) dan Tamrin Ghaffar telah ditangkap untuk siasatan dibawah Akta Hasutan. Dakwaan ini berkenaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.Hari ini kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM 5000.Namun Safwan Anang membuat keputusan di luar jangkaan bahawa dia enggan diikat jamin. Semasa pendengaran perbicaraan beliau menyatakan bahawa dia tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah. Namun apa yang mendukacitakan ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik UMNO/BN. Beliau sempat memberi 3 pesanan penting kepada kami supaya disampaikan kepada rakyat seluruhnya; 1) Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salahguna kuasa untuk kepentingan hayat UMNO/BN. 2) Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin pulihkan demokrasi yang makin tenat. 3) Dan ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit brrjuang lawan penipuan! Dalam fasa kebangkitan anak muda hari ini, UMNO/BN jelas terdesak sehingga sanggup menggunakan apa cara sekalipun demi menjaga survivial politik mereka yang kian rosak. Tangkapan kepada mahasiswa dan anak muda jelas bermotif politik demi menyekat kemaraan dan kebangkitan yang kian memuncak. Kerajaan minoriti ini jelas tergugat dengan kebangkitan rakyat. Demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan Anang rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan Anang rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti. Safwan Anang rela untuk tidur beralas simen dan makan ala kadar seperti banduan. Safwan Anang berkorban masa untuk bersama isterinya yang sedang mengandung. Ini semua demi perjuangan menuntut keadilan. Justeru saya seru seluruh mahasiswa, anak muda dan rakyat yang cintakan keadilan untuk sama-sama bangkit lawan regim yang jelas menindas rakyat dengan kekuasaan. Ayuh kita nyatakan solidariti untuk Safwan Anang dengan berhimpun secara aman di hadapan Lokap Sungai Buloh. Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian Presiden PMIUM / Sekretariat SMM Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52804 |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan