PENYAPU SIAL |
rakyat cuba di perbodoh akhirnya kena tipu Posted: 30 May 2013 10:07 AM PDT Kenaikan harga barang secara senyap, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi serta Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang tetap diteruskan semakin menghimpit kehidupan rakyat. Inilah nasib rakyat Malaysia, tetapi mereka cuba di perbodoh , akhirnya mereka kena tipu juga,.. Barisan Nasional (BN) tidak menang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu. Mereka tidak layak membentuk kerajaan dan Najib Tun Razak merupakan seorang Perdana Menteri yang tidak mendapat mandat majoriti rakyat . BN tidak menang kerana dalam keadaan menipu dengan dibantu oleh semua agensi kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) .BN telah melakukan rampasan kuasa secara terang terangan. Mereka dibantu ‘papan’ siaran televisyen yang sampai masuk ke setiap rumah dan dibantu oleh dana berpuluh bilion ringgit. Dalam keadaan semua ini pun mereka hanya mampu perolehi 46% undi popular. Menipu pun kalah, bagaimana jika tidak menipu.. Lebih 60% pengundi sebenarnya memilih Pakatan Rakyat tetapi penipuan dalam bentuk pengundian lebih dari sekali menjadikan peratusan itu merundum kepada 51 peratus. Di sinilah gunanya dakwat kekal yang tidak kekal maka BN menang dengan penipuan terancang. Para pengundi CIMB (Cambodia, Indonesia, Myanmar & Bangla) adalah taktik diversion atau mengalih perhatian, ketika penipuan sebenar ialah pengundian lebih dari sekali khususnya yang melibatkan 278,000 pengundi awal dan pos yang terdedah kepada manipulasi apabila telah hilang dakwat di jari. Ini diburukkan lagi dengan lambakkan kertas undi di akhir sesi pengiraan undi yang membolehkan BN menang tipis di banyak kerusi parlimen di saat-saat akhir..
penyapu sial
Depa kata Melayu dah kaya. Sebab tu depa tak mahu pendidikan percuma. Ini beza dengan orang Cina (yang dituduh UMNO sebagai pengkhianat). Baru-baru ini depa kata Cina boikot apa saja yang kaitan dengan UMNO seperti Roti Gardenia. Tahu kenapakah? Yang aku tahu, depa marah dengan sikap monopoli orang kaya dari UMNO. Semua yang boleh mendatangkan keuntungan, semuanya diambil depa. Cuba selidik dah berapa syarikat cina yang diambilalih oleh Melayu UMNO ni? Kalau Cina dok pegang gula, sudah tentu hari ini harga gula tidak akan melambung seperti la ni. Siapa yang jahat? Cinakah? Melayukah? Ingat, Ingat, Ingat. Kulit tu yang makan kulitnya sendiri. HARAMJADAH punya manusia durjana Rakyat dibahlolkan , pencapaian entah kemana!!!@#£%&• |
Posted: 30 May 2013 09:49 AM PDT
rejim bangsat yang mengenakan zon larangan terhadap rakyatnya sendiri....!!!! Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar ditahan oleh pihak imigresen kelmarin ketika cuba untuk masuk ke Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). pejabat ketua menteri yang terlibat dengan rasuah rm 40 juta yang memberi arahan zon larangan masuk "Mereka akan hantar saya pulang. Saya sedang berurusan dengan jabatan Ketua Menteri Sabah," kata beliau dipetik dari laporan The Star Online. Timbalan Setiausaha Agung PKR Darell Leiking yang sedang menunggu ahli Parlimen Lembah Pantai itu di KKIA menulis di akaun Twitternya mengatakan dia sedang menunggu semakan sama ada Nurul Izzah disenarai hitamkan. "Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU13. Just you wait BN" tulis Nurul melalui akaun twitter @n_izzah pada kira-kira jam 7.30 petang tadi. Nurul Izzah adalah naib presiden PKR kedua tidak dibenarkan masuk ke Sabah. Sebelum ini, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dihalang masuk oleh imigresen Sabah tidak lama selepas insiden Lahad Datu pada bulan Februari. "Terdapat ahli Parlimen lain yang tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah. Apabila ditanya nama (mereka yang tidak akan) dibenar masuk, (pihak imigresen berkata ia) dianggap rahsia," tambah beliau lagi.
penyapu sial
rejim gerombolan penyangak dan perasuah negara tidak boleh lagi di benarkan memerintah negara...kalau beginilah cara demokrasi yang di tunjukkan kepada rakyat....nampaknya regim ini wajib di gulingkan dengan apa cara.. tindakan melampau ini tidak wajar di lakukan oleh pemimpin yang berfikiran matang kecuali kalau pemimpin itu bernafsu binatang . dah la menang PRU menipu..sekarang ini di tambah lagi pentadbiran bersifat kuku besi...komunis pun tak seteruk macam ini...rejim apartheid lebih baik dari perangai busuk macam ini.. hanya pesalah yang takut dengan bayang bayang sendiri melakukan tindakan bodoh sebegitu.. . |
You are subscribed to email updates from penyapu sial To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan