Khamis, 30 Mei 2013

Addin

Addin


Pakatan Rakyat Cipta Sejarah

Posted: 30 May 2013 08:09 AM PDT

SHAH ALAM 30 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh menyifatkan perlantikan beliau sebagai Speaker bagi Dewan Undangan Negeri Selangor penggal ini sebagai satu lagi kejayaan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, sejarah itu tercipta ekoran beliau merupakan wanita pertama dalam sejarah perundangan Malaysia dilantik sebagai speaker DUN."Pakatan sekali lagi mencipta sejarah dengan mencalonkan Speaker wanita yang pertama dalam badan perundangan di Malaysia," katanya yang terharu dengan perlantikan tersebut.

Katanya, beliau turut berbangga kerana Pakatan Rakyat di Selangor berjaya mengangkat darjat wanita dalam perkhidmatan awam."Pakatan telah membuktikan komitmen mereka dalam memperjuangkan hak kesaksamaan malah dijelaskan lagi dengan pemilihan empat Exco wanita dalam pentadbiran Selangor," jelasnya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu beliau juga merakamkan penghargaan kepada pimpinan Pakatan yang meletak kepercayaan kepada pemimpin muda seperti beliau dan Timbalannya, Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Dengan memilih pemimpin muda seperti saya dan Nik yang usia kurang  35 tahun, Pakatan menunjukkan keyakinan mereka kepada anak muda untuk terus membangunkan sistem demokrasi di Malaysia," katanya. ~keadilandaily


Iklan C (ii)
  



Khir Toyo Kekal Di Sumbat Dalam Penjara 12 Bulan

Posted: 30 May 2013 07:00 AM PDT

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.Keputusan oleh Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Abu Samah Nordin itu dibuat sebulat suara.

Panel hakim lain ialah Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.Hakim Azahar, ketika membaca penghakiman itu, berkata mereka mendapati tidak ada keperluan untuk mengganggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) apabila beliau menolak semua alasan rayuan yang dikemukakan oleh peguam Khir.

"Berdasarkan rekod rayuan, kami berpuas hati untuk menolak rayuan itu kerana kami merasakan bahawa perayu harus didapati bersalah seperti yang didakwa."Hakim perbicaraan adalah betul untuk mensabitkan tertuduh terhadap pertuduhan melampaui keraguan yang munasabah," katanya.

Khir diwakili oleh Muhammad Shafee Abdullah.Mahkamah Tinggi, pada 23 Disember 2011, menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas khir dan melucuthak harta tersebut.




Iklan C (ii)
  



Punca Kelewatan Perlantikan Exco Selangor Akhirnya Terjawab

Posted: 30 May 2013 05:20 AM PDT

SHAH ALAM 30 MEI : Kelewatan pelantikan jemaah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hanyalah kerana Menteri Besar mendapat perkenan Istana Selangor selepas kembali dari rawatan di luar negara.

Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah, Datuk Lela Bakti Mohamad Munir Bani berkata tohmahan mendakwa pelantikan exco terlewat adalah bagi memenuhi kehendak DYMM Sultan Selangor adalah tidak benar sama-sekali.

Selepas upacara pelantikan Menteri Besar Selangor pada 14 Mei lalu, DYMM Sultan telah menitahkan kepada Abdul Khalid Ibrahim untuk mengemukakan senarai ahli exco bagi mendapatkan perkenan.

DYMM Sultan menerima surat mengandungi senarai nama-nama calon exco pada 20 Mei, 6 hari kemudian, semasa Khalid Ibrahim terpaksa bercuti bagi mendapatkan rawatan di luar negara.

Menurut Munir, Khalid hanya menghadap mendapatkan perkenan DYMM Sultan Selangor pada 27 Mei sekembalinya beliau ke tanah air.

"Oleh itu, tidaklah benar tohmahan seorang Ahli Parlimen di Negeri Selangor yang menyatakan kelewetan pelantikan Ahli Exco Negeri Selangor disebabkan untuk memenuhi kehendak DYMM Sultan Selangor.

"Mohamad Munir mengingatkan semua pihak untuk tidak mengheret pihak Istana dalam hal-ehwal politik bagi mengelakkan salah tanggapan rakyat terhadap DYMM Sultan Selangor. ~selangorku





Iklan C (ii)
  





Dr. Asri Belasah Mufti Pencacai Umno

Posted: 30 May 2013 01:07 AM PDT


SHAH ALAM – Mana-mana pihak yang cuba menentang kerajaan yang sah boleh dianggap sebagai penderhaka kepada negara.Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, mereka yang tidak berpuas hati sepatutnya guna saluran betul iaitu mahkamah dan bukan melakukan demonstrasi di jalan raya.

"Sebarang usaha untuk menentang kerajaan yang sah, itu namanya penderhaka. Menentang secara aman pun dianggap sebagai penderhakaan kepada negara."Apatah lagi, jika ada yang mahu melakukannya dengan keganasan. Kalau tidak puas hati, failkan petisyen ke mahkamah. Mengapa mahu tunjuk perasaan?" katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sekumpulan NGO pro-pembangkang yang mahu mengadakan protes jalanan besar-besaran sekiranya pegawai kanan SPR tidak meletak jawatan.

Sabtu lalu, penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard menyeru rakyat Malaysia menjadi sukarelawan 'Suara Rakyat 505' untuk menggesa pimpinan SPR meletakkan jawatan.

Kayanya, gerakan itu akan ke ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi menuntut peletakan jawatan pimpinan badan tersebut.

Beliau turut mendakwa, selagi kedua-dua pentadbir tertinggi SPR tidak meletak jawatan, rakyat akan terus bersama PR membuat tuntutan tersebut melalui himpunan.

Menurut Harussani, mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan keras sekiranya ia ke tahap menggugat ketenteraman awam."Kalau sampai mengancam nyawa orang lain, itu sudah tergolong dalam dosa besar. Mereka perlu bertaubat segera," katanya.




Iklan C (ii)
  





Perancangan SPR Benarkan Pengundian 2 Kali Terbongkar

Posted: 29 May 2013 10:22 PM PDT

PETALING JAYA 29 MEI: KEADILAN hari ini mendedahkan bukti terbaru berhubung helah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya lalu bagi membolehkan pengundian dibuat lebih dari sekali.

Naib Presidennya, Fuziah Salleh berkata, beberapa hari sebelum hari mengundi, SPR mengeluarkan tatacara proses pengundian bagi mengatasi masalah kesesakan di saluran tempat mengundi, dan garis panduan itu turut diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya setiap parti tetapi tanpa sebarang taklimat.

"Menerusi tatacara tersebut, kerani SPR dibolehkan untuk membuka buku daftar pemilih yang baru sekiranya terdapat lebih 20 orang beratur bagi setiap saluran, dan mereka boleh membuka sehingga tiga buku daftar pemilih," kata Fuziah dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini."SPR telah memberi ruang kepada satu keadaan yang membolehkan pengundian lebih dari sekali berlaku kerana buku tersebut tidak bertanda.

Sekiranya pengundi datang lagi sekali selepas mengundi, buku itu boleh ditanda lagi untuk kali kedua," jelasnya.Ahli Parlimen Kuantan itu turut menunjukkan salinan laporan polis oleh saksi yang dibenarkan SPR mengundi sebanyak dua kali."Ia terjadi kepada Fadli Kaharuddin yang mengundi di saluran empat, Sekolah Kebangsaan Sungai Isap (Kuantan).

Selepas mengundi lebih kurang jam 10 pagi dia pulang ke rumah dan mendapati dakwat kekal boleh dibasuh."Marah dengan keadaan itu, lebih kurang jam 1.15 petang beliau kembali ke sekolah tersebut untuk menguji samada boleh mengundi lagi, dan mendapati dia dibenarkan mengundi sekali lagi," jelas Fuziah.Fadli bagaimanapun tidak membuang undi tetapi membawa kertas mengundi dan menyerahkan kepada polis lalu membuat laporan.

"Tapi apa yang (Datuk) Wan Ahmad (Wan Omar) kata, pemuda tersebut boleh didakwa kerana mengundi dua kali dan bawa kertas keluar," katanya."Justeru, apabila kita kaji, ini rancangan SPR yang membolehkan penipuan berlaku, dan ia berkemungkinan berlaku di seluruh negara," tegasnya. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
  





Isu Bot Karam, TV3 Hina Rakyat Sarawak

Posted: 29 May 2013 07:03 PM PDT


Tragedi bot karam di Belaga, Sarawak telah mengguris hati rakyat Sarawak. Ini berikutan tiada sensiviti laporan di Berita TV3. Bagi penonton berita TV3, kami rakyat Sarawak ingin menyatakan bahawa ada kesilapan dalam berita tersebut apabila dikatakan ianya pengangkutan termurah yang kami pilih.

Untuk pengetahuan anda, di kawasan Belaga ini,hanya ada bot express sebagai pengangkutan. Tiada jalan raya dll.. Jadi tiada istilah termurah atau termahal. Yang wujud hanya INI YANG KAMI ADA.Ada pilihan?



Tiada pilihan..Jadi mau tak mau, penduduk di sana kena naik juga bot express untuk pergi dan pulang ke kampung.Di harapkan anda faham dan tidak memikirkan rakyat kami ni hanya mau naik yang termurah dan abaikan keselamatan. 




Iklan C (ii)
  





Tiada ulasan: