Selasa, 28 Mei 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Hakisan ancam penduduk

Posted: 27 May 2013 09:33 PM PDT


Wartawan Sinar Harian
25 Mei 2013
Hakisan ancam penduduk
Meor menunjukkan lubang yang terdapat di celah akar pokok akibat hakisan tebing sungai.
PARIT- Penduduk Kampung Dusun Hulu meluahkan rasa bimbang apabila hakisan tebing sungai semakin menghampiri kawasan rumah mereka, di sini.

Seorang penduduk, Meor Ahmad Najmi, 39, berkata, rumah ibunya paling hampir dengan tebing sungai itu dan ia menimbulkan kerisauannya.

Menurutnya, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu seperti hujan lebat mempercepatkan lagi hakisan tebing sungai itu.

"Tebing sungai dengan rumah ibu saya hanya berjarak beberapa meter sahaja kerana hakisan tebing ini semakin lama semakin kuat.

"Kami amat risau dengan keadaan ini dan tidak mustahil jika ia dibiarkan tanpa sebarang tindakan rumah ibu akan roboh dan terjunam dalam sungai," katanya.

Katanya, struktur tanah di kawasan tebing berkenaan hanya mampu bertahan disebabkan terdapat sebatang pokok besar di situ.

"Jika dilihat di bawahnya terdapat banyak lubang yang menunjukkan kesan hakisan tebing ini dan ia masih bertahan disebabkan akar pokok yang menyokongnya.

"Saya khuatir jika pokok ini tumbang maka jalan yang memisahkan rumah ibu saya dengan tebing sungai ini juga akan turut roboh di bawa arus sungai," katanya.

Katanya, tindakan segera oleh pihak berkenaan harus diambil sama ada memasang cerucuk atau sebagainya untuk dijadikan alternatif bagi menghalang hakisan.

"Saya berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan cepat kerana dengan keadaan cuaca tidak menentu menyebabkan proses hakisan ini semakin cepat," katanya.

Tiada ulasan: