Selasa, 28 Mei 2013

Addin

Addin


Akhirnya.. BN Hargai Pengkhianat PAS Kedah

Posted: 28 May 2013 10:01 AM PDT

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bersedia melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas berjaya merampas semula pentadbiran dari PR pada PRU13. 

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyokong pelaksanaan AES kerana mahu rakyat mematuhi undang-undang jalan raya. 

Bagaimanapun, pelaksanaan itu bergantung kepada persetujuan dan perbincangan yang akan diadakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelak. "AES bukan untuk membebankan rakyat tetapi mahu membudayakan pemanduan selamat di samping mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini.

"Kalau kempen jalan raya pun tidak ada kesan, maka kita terpaksa guna kaedah ini supaya pemandu dapat mematuhi had laju di jalan raya," katanya. Menurutnya, pelaksanaan AES bukan bertujuan memerangkap kelajuan pemandu secara tersembunyi, sebaliknya mahu pemandu lebih berhati-hati. 

"Kita akan pasang AES di kawasan yang selalu berlaku kemalangan. Kita tidak menganiayai pengguna, malah akan letak papan tanda amaran tiga kilometer lebih awal dari kamera supaya pemandu dapat memperlahankan kenderaan masing-masing," katanya. 

Ditanya masa yang sesuai menguatkuasaan AES, Tajul berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan dan perlu perbincangan lanjut. "Kita tidak tahu lagi bila akan pasang di Kedah tetapi kemungkinan besar kita akan pasang," katanya.

Sebelum ini, Kerajaan negeri di bawah PR yang diterajui Pas, membuat keputusan menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan AES kerana didakwa membebankan rakyat. Penangguhan itu turut dipersetujui tiga negeri lain yang ditadbir PR iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan ~sinar harian




Iklan C (ii)
  

Penasihat Najib Harus Di Pecat - Daim Zainuddin

Posted: 28 May 2013 02:33 AM PDT

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak telah silap strategi, yang menyebabkan kerugian kepada parti itu dalam pilihan raya umum lalu.

Satu lagi sebab utama yang merugikan Barisan adalah pergaduhan dari dalam parti, kata Daim dalam satu temu bual dengan akhbar Cina, yang telah turut dipetik oleh blog seorang wartawan veteran Datuk Abdul Kadir Jasin.Temuduga tersebut kemudiannya diterbitkan semula dalam beberapa portal berita.

Daim, yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Najib banyak bergantung pada populariti peribadinya untuk membantu Barisan mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008."Ini adalah satu pilihan raya parlimen, bukan pilihan raya presiden."Penasihat PM harus dipecat.

Jika anda berkata undi BN adalah sebagai undi untuk dia (Najib), maka keputusan teruk yang dicapai BN turut terpalit pada dirinya juga," kata Daim, sambil menambah parti itu cuba untuk melawan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kehadiran orang ramai yang lebih besar dalam setiap program BN.

"Ia adalah urusan yang serius dalam memilih kerajaan, jadi biarkan saja strategi itu hanya dibuat oleh badut sahaja dan jangan ikut cara permainan mereka," kata Daim, yang juga menyalahkan kegagalan BN kerana isu peruntukan sumber dalam usaha untuk menawan kerusi bandar dan majoriti Cina."Kawasan-kawasan majoriti Cina merupakan kawasan hitam, BN sepatutnya tidak membuang masa dan wang kepada kerusi-kerusi ini tetapi lebih menumpukan kepada kawasan-kawasan yang mereka kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kerusi yang mereka menangi pada tahun 2008.

"Terlalu banyak masa dan wang juga yang disia-siakan di kawasan bandar kerana keputusan di situ hampir pasti (kalah),"kata Daim, mengulas mengenai perbelanjaan yang besar untuk majlis makan malam percuma dan persembahan konsert bertaraf bintang anjuran Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang pada minggu-minggu sebelum hari pengundian.

Daim berkata BN sepatutnya memberi tumpuan kepada isu-isu yang dekat di hati rakyat, seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, penduduk miskin di bandar dan graduan muda.

Beliau menyifatkan keputusan teruk BNdi Selangor kerana masalah perbalahan dan sabotaj, sehingga menyebabkan banyak pemilihan calon-calon yang tersilap telah dipilih.Barisan memenangi 12 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, kurang daripada kemenangan 2008 iaitu sebanyak 20 kerusi.





Iklan C (ii)
  

Nah!! Hadiah Buat Penyokong BN..

Posted: 28 May 2013 01:26 AM PDT


KUALA LUMPUR, 27 MEI: Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin
menuntut penjelasan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sama ada pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Melaka telah dimuktamadkan.

Beliau mengulas penyebaran maklumat di laman sosial berhubung lokasi pemasangan AES di Melaka, sedangkan Hishammuddin mengatakan tiada keputusan dibuat berhubung pelaksanaannya."Bagaimana senarai ini boleh bocor? Atau ia sudah dalam pengetahuan Hishammuddin, namun beliau berpura-pura tidak tahu mengenainya?

Kenyataan Hishammuddin ini jelas bertentangan dengan situasi sebenar," kata Shamsul kepada Keadilandaily."Malah kenyataan beliau itu satu pembohongan dan bertentangan dengan integriti menteri. Tidak boleh membohongi rakyat jika sesuatu keputusan belum diumum kerajaan," katanya yang jugak Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka.

Hari ini tersebar di lamkan sosial facebook senarai 33 lokasi kamera AES di jalan persekutuan dan negeri, selain sembilan kamera AES di persimpangan lampu isyarat di Melaka.Penyebaran senarai lokasi kamera AES di Melaka mendapat kritikan orang ramai dan mereka mendesak penguatkuasaanya dibatalkan serta-merta.

Mengulas lanjut, Shamsul menegaskan pemasangan AES hanya menekan rakyat dari segi ekonomi selain sistem itu sendiri memiliki banyak masalah sebagaimana didedahkan baru-baru ini.Pakatan Rakyat senada dengan sentimen rakyat yang mahukan sistem itu dibatalkan berbanding BN yang mahu ia dilaksana kerana dikendalikan syarikat kroni Umno dan MCA.Kedah yang diperintah Pakatan sebelum ini menolak AES. Namun 24 Mei lalu, BN Kedah memutuskan akan melaksanakannya ekoran kejayaan parti itu merampas Kedah pada pilihan raya umum 5 Mei lalu. ~keadilandaily





Iklan C (ii)
  




Tiada ulasan: