Isnin, 6 Mei 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


505: Bukan Tsunami Cina tapi gelombang kedua Tsunami 2008

Posted: 06 May 2013 08:14 PM PDT


  MEDIA ARUS PERDANA TERUS MEMAINKAN SENTIMEN PERKAUMAN DAN RASIS UNTUK MEMASTIKAN UMNO@BN BERKUASA

KUALA LUMPUR: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang mengaitkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan perkauman kononnya sebagi 'Tsunam Cina' disanggah banyak pihak.

Penganalisis politik, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata beliau berbeza dengan pandangan tersebut.

Katanya, apa yang berlaku pada PRU13 menunjukkan bukan sahaja kebangkitan masyarakat Cina, tetapi kebangkitan seluruh rakyat Malaysia.

"Yang jelas pada saya ialah PRU 13 merupakan gelombang kedua tsunami rakyat, dari bandar, semi bandar, desa, golongan muda, kelas menengah dan lain-lain, yang bangkit untuk menuntut pembentukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan bertanggungjawab kepada semua rakyat.

"Ringkasnya, keputusan PRU 13 menunjukkan tsunami rakyat Malaysia dan tiada kaitan dengan perkauman orang Cina atau sikap rasis DAP.

"Sudah sampai masanya kita berhenti meniupkan api perkauman dalam politik kita," kata pensyarah kanan Sain Politik UKM itu dalam entri di Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media dan juga kenyataan Najib yang mendakwa kemerosotan pencapaian BN pada PRU13 ini akibat Tsunami orang Cina yang menolak BN.

Pada PRU13 yang diumum kelmarin, dari keseluruhan 222 kerusi parlimen BN menang 133 iaitu kurang tujuh kerusi berbanding 2008.

Pakatan Rakyat pula menang 89 kerusi iaitu meningkat tujuh kerusi dari PRU 2008.

Read More / Baca Lagi >>

505: Jika tipu, Najib & BN tumbang tak lama lagi...

Posted: 06 May 2013 08:09 PM PDT


Anwar mahu selesai isu penipuan p'raya dulu

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menimbangkan mengenai persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13.

Katanya, beliau memutuskan demikian kerana beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya kali ini telah "dicuri" daripada rakyat melalui proses penipuan.

"Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.


"Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihan raya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada.

Beliau yakin bahawa kemenangan pilihan raya kali ini telah dicuri memandangkan momentum yang berlaku dibeberapa kawasan yang beliau kunjungi.

"Orang yang hadir bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M. Mereka datang dan beri sokongan dengan penuh perasaan," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

505: 'Kemenangan kami dirompak', dakwa Anwar

Posted: 06 May 2013 07:37 PM PDT

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan pilihan raya umum kelmarin sepatutnya menyebelahi Pakatan Rakyat (PR) tetapi "telah dirompak."

Anwar mendakwa, PR sebenarnya adalah pemenang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) namun berlaku unsur penipuan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga menyumbang kepada kekalahan perikatan itu.

"Kita sudah menang tetapi kemenangan itu dirompak oleh BN...," ujar beliau dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online di pejabatnya, semalam.

Ketika ditanya peningkatan kerusi kali ini berbanding, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menegaskan, "ini bukan (soal) tambah kerusi, tapi kami menang... (sudah) menang."

Menurut Anwar, bukti besar berlakunya penipuan adalah menerusi undi awal dan pos.

Pihaknya mengesyaki sesuatu apabila PR hanya memperoleh sekitar 12 peratus undi pos dan awal.

"Tak kan 12 peratus sahaja diberikan kepada kita?

"Kalau kita lihat undi luar negara, itu 70 hingga 80 peratus (nampak) memihak PR daripada apa yang dimaklumkan tetapi bila buka undi,  kita dapat 12 peratus, 15 peratus," ujar beliau.

Untuk rekod, seramai 272,387 daripada 13.3 juta pemilih berdaftar di negara ini ialah pengundi awal.

Mereka menunaikan tanggungjawab mengundi pada 30 April lalu.
Read More / Baca Lagi >>

505: Anwar tuntut SPR baru

Posted: 06 May 2013 07:36 PM PDT


SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ada sekarang digantikan dengan sebuah suruhanjaya baru yang lebih bebas, adil dan telus untuk mengendalikan proses pilihan raya di negara ini.
Ini katanya kerana sepanjang proses pilihan raya yang berakhir dengan hari pengundian kelmarin, pihaknya mengesan banyak kelemahan yang sekali gus menafikan kemenangan pakatan pembangkang.

"Kita (Pakatan Rakyat) sepatutnya menang pilihan raya ini kerana kita dapat 50.3 peratus undi popular berbanding BN (46.8 peratus)," katanya.

"Saya akan mengabdikan tenaga dan masa saya untuk bekerja dengan Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) untuk memastikan pilihan raya umum yang adil dan bersih terus diperjuangkan," katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak boleh terima pilihan raya yang dimenangi dengan cara penipuan dan taktik kotor.
Read More / Baca Lagi >>

505: Keputusan PRU13 adalah ‘tsunami Malaysia’, kata bekas ketua pengarang NST

Posted: 06 May 2013 07:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Keputusan pilihan raya umum ke 13 semalam yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 133 kerusi Parlimen dan 274 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara lebih mirip kepada "tsunami Malaysia" berbanding "tsunami Cina", kata bekas Ketua Pengarang Akhbar berbahasa Inggeris milik Umno New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin.
Dalam sidang akhbar awal pagi tadi, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kemenangan BN akan tetapi mengakui gabungan tersebut tidak menyangka "tsunami Cina" yang menyaksikan kehilangan undi komuniti tersebut dengan drastik.
"Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?" soal Kadir dalam tulisan di blognya yang bertajuk, "Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?".
"Buat kali pertama sejak PRU 1969, undi popular BN lebih kecil daripada pembangkang. Setuju dengan pembahas yang ini bukan "tsunami Cina" kerana di negeri majoriti Melayu pun prestasi BN merosot misalnya Terengganu," tambah beliau lagi.
Menurut Kadir, terdapat juga kemungkinan keputusan Pilihan Raya 2013 bermaksud sesuatu yang lebih besar dan menyeluruh iaitu ramai pengundi sudah tidak lagi menerima BN dan cara kerajaan BN.
Read More / Baca Lagi >>

505:“BN Kena Sedar Diri, Majoriti Rakyat Tolak Kamu”

Posted: 06 May 2013 07:30 PM PDT


SHAH ALAM, 6 MEI: Umno-BN wajar menunjukkan hormat dan rasa malu kepada rakyat kerana walaupun ia berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, ia gagal mendapat sokongan majoriti rakyat.
khalid samad pc PR Selangor 6 mei 02Menurut MP Shah Alam, Khalid Abd Samad, dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semalam Pakatan Rakyat (PR) memperolehi sebanyak 5.6 juta undi.
Berbanding BN yang memperolehi 5.3 juta undi.
"Di sebabkan kaedah persempadanan yang dilakukan, BN terus mendapat satu majoriti di parlimen sedangkan undi rakyat menyebelahi PR.
"Saya harap (Perdana Menteri Datuk Seri Najib) menyedari mereka adalah kerajaan yang ditolak oleh kebanyakkan rakyat Malaysia, itu pun kita bertanding dalam keadaan padang yang tak sama rata.
"Kalau tahu malu, tunjukkanlah sikit perasaan segan itu, ini nak tunjukkan dapat mandatlah, jadikan isu perkaumanlah dan ini satu tindak-tanduk kerajaan yang tidak sedar diri," kata Khalid.
Dalam PRU-12 pada 2008 lalu, BN dinafikan majoriti buat pertama kali apabila hanya memenangi 140 dari 222 parlimen keseluruhan, manakala 82 yang lain dimenangi Pas, PKR dan DAP yang ketika itu masih belum membentuk PR.
BN ketika itu memperolehi undi popular sebanyak 4.08 juta undi atau 50.6 peratus manakala Pas, DAP dan PKR memperolehi 3.79 juta atau 49.4 peratus.
Dalam PRU–13 semalam, majoriti kerusi dimenangi BN merosot lagi apabila hanya mampu menang di 133 kerusi parlimen, manakala Pakatan pula meningkat ke 89 kerusi parlimen.

505: Undi popular PR 49.96%, BN 46.53%

Posted: 06 May 2013 07:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: Data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menunjukkan Pakatan Rakyat mendapat sokongan hampir 50 peratus daripada pengundi berdaftar, 3.4 peratus lebih tinggi daripada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) kali ini.


Daripada 11,257,147 pengundi berdaftar, sejumlah 5,623,984 (49.96%) pengundi memilih PR di peringkat persekutuan berbanding 5,237,699 undi (46.53%) yang diperolehi BN.


Di peringkat DUN yang mempunyai keseluruhan 505 kerusi yang dipertandingkan, PR menerima undi yang lebih tinggi berbanding BN, iaitu 4,879,699 undi  berbanding 4,513,997 undi kepada BN.


Dalam dalam sistem demokrasi Malaysia, jumlah undi popular tidak mempunyai makna, kerana parti mana yang berjaya mendapat kerusi parlimen terbanyak akan membentuk kerajaan.


Walaupun PR mempunyai kelebihan 386,285 undi di peringkat parlimen, BN tetap berjaya membentuk kerajaan dengan memenangi 133 kerusi berbanding 89 yang diperolehi PR.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata 'Tsunami Cina' telah menyebabkan keputusan BN semakin merosot.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: