Isnin, 6 Mei 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kemana Hasan Ali sekarang?

Posted: 06 May 2013 08:01 PM PDT


Kesian. Hasan Ali mengeluarkan kenyataan terbaru minta PAS diberikan peluang menjadi MB Selangor.

Ini kerana kalau Hasan tidak ditendang dahulu dari PAS, sekarang ini dia masih PJ dan barangkali ada 15 kerusi di bawah beliau.

Sudah tentu beliau adalah calon2 yang diperkatakan sebagai MB kiranya PAS menang 15 kerusi DUN seperti sekarang.

Namun, Tulang Besi rasa kalau Hasan Ali jadi PJ, sudah tentu PAS akan hilang banyak kerusi.

Ini kerana HAsan Ali pasti akan menaikkan calon2 pro UG sebagai calon pilihanraya beliau. Bermakna calon2 seperti Roslan SMS dan beberapa orang lagi akan dipaksa ke atas Kawasan2 untuk diterima.

Hasilnya nanti akan menjadi seperti negeri Kedah juga.

Kalau di Kedah, tokoh PERPADUANG memimpin Kedah dan kalah, maka kalau tokoh perpaduang memimpin PAS Selangor hari tu, sudah pasti Selangor mengalami nasib yang sama.

Syukur Hasan Ali telah dipecat. Dari maklumat Tulang Besi dapat hanya 4 kerusi sahaja dari 20 yang bermasaalah dari segi pemilihan calon. DAn kesemua 4 kerusi itu PAS menang.

Hasan Ali sebaliknya harus risau tentang kedudukan beliau. Sekarang ini UMNO sudah nampak Hasan tidak ada nilai lagi di Selangor.

UMNO hampir kecundang di Selangor walaupun HAsan Akidah giat menyebarkan fitnah.

Alamat tempat Hasan Akidah adalah dalam tong sampah - tulang besi

Himpunan 8 Mei Kelana Jaya

Posted: 06 May 2013 05:46 AM PDT


Himpunan untuk bantah penipuan pilihan raya - Anwar 

KUALA LUMPUR 6 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru penyokong Pakatan Rakyat hadir ke Stadium Kelana Jaya Rabu ini bagi menyatakan bantahan ke atas penipuan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13. 

"Saya akan menjemput rakyat buat pertama kali selepas pilihan raya umum pada Rabu ini di Stadium Kelana Jaya pada jam 8.30 malam.

"Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama dan nyatakan penolakan kita terhadap penipuan dalam pilihan raya yang dilakukan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan Datuk Seri Najib Razak.

"Gerakan untuk perubahan tidak boleh dihalang. Permintaan rakyat untuk memiliki pilihan raya yang bersih dan adil bagi memastikan kerajaan yang kita pilih bertanggungjawab, telus dan tiada rasuah akan terus bergema kuat di sebalik keputusan PRU 13," katanya pada kenyataan seperti dilapor Malaysiakini.



Anwar berkata, beliau juga akan bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bagi memastikan SPR yang baru dan bebas ditubuhkan bagi menangani penipuan pilihan raya.

Katanya, beliau juga akan berusaha bagi mendapatkan sokongan rakyat untuk mempersoal kesahihan kerajaan yang dibentuk oleh BN.

"SPR bertanggungjawab kerana bersubahat dalam penipuan pilihan raya yang paling buruk dalam sejarah kita. Perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil kekal sebagai satu perjuangan yang penting bagi mana-mana rakyat Malaysia.

"Saya akan memberi sepenuh masa dan tenaga saya bersama Bersih dan rakyat Malaysia untuk memastikan SPR yang baru dan bebas ditubuhkan secepat mungkin untuk membetulkan penipuan pilihan raya.

"Kita tidak boleh membenarkan diri kita menerima keputusan pilihan raya melalui penipuan dan menipu.

"Hati saya akan bersama dengan setiap rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan ini. Saya akan berusaha ke arah konsensus kebangsaan untuk mempersoalkan kesahihan kerajaan BN yang dicapai melalui penipuan pilihan raya itu," kata Anwar lagi.

MB Kelantan yang baru ...

Posted: 06 May 2013 01:52 AM PDT


The Star Online mengesahkan pengganti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Ahmad Yakcop akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan di Istana Kubang Kerian pada pukul 4.30 petang hari ini. — Gambar oleh Choo Choo May
KUALA LUMPUR, 6 Mei— Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyerahkan jawatan Menteri Besar Kelantan kepada Datuk Ahmad Yakcop hari ini, menamatkan pemerintahannya selama 22 tahun di negeri tersebut.

Mursyidul Am PAS itu sekali lagi berjaya memimpin parti Islam tersebut untuk menang semalam dalam Pilihan Raya 2013 menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) berjaya mendapat 32 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekaligus mempertahankan negeri yang diperintah semenjak 1990.
The Star Online mengesahkan pengganti Nik Aziz, Ahmad akan mengangkat sumpah di Istana Kubang Kerian pada pukul 4.30 petang hari ini.
Selain itu, timbalan menteri besar baru Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan barisan Exco baru akan turut mengangkat sumpah petang ini.

PRU 13 ; BN menang dalam kekalahan

Posted: 05 May 2013 11:57 PM PDT


6 MEI — Keputusan pilihanraya kali ini menjadikan keadaan serba tidak kena kepada kedua-dua belah pihak, BN dan Pakatan Rakyat. BN memenanginya sekali lagi tetapi hanya kemenangan yang kecil, lebih kecil dari kemenangannya pada PRU 2008. Pakatan Rakyat pula walaupun kalah telah menambah kemenangannya dari 82 kerusi dalam PRU yang lalu sekarang mendapat 89 kerusi yang di menanginya.
Pendeknya BN telah memenangi PRU ini dalam kekalahan dan Pakatan Rakyat telah kalah dalam kemenangan. Keadaan "stand off" ini adalah satu situasi yang amat merbahaya bagi BN dan tidak akan dapat membentuk kerajaan yang benar-benar stabil dan kuat jika tidak ada usaha dan pengorbanan mana-mana pihak untuk mendapat sebuah kerajaan yang kuat bagi kepentingan masa depan negara dan rakyat.
Sejak akhir-akhir ini saya telah mengingatkan pihak Pakatan Rakyat agar tidak menunjukkan keghairahan yang keterlaluan. Saya telah berkata acapkali, supaya tidak mencurahkan air dalam tempayan semata-mata kerana mendengar guruh dilangit. Tetapi ramai yag membidas saya kerana emosi yang keterlaluan. Tetapi apa yang saya jangkakan mungkin berlaku itu telah pun berlaku dan kekalahan PR terutamanya PKR yang menonjol keterlaluan itu sekarang ternyata benar dan tiada yang lain selain dari kebenaran.
Saya memangnya merasakan perkara yang kita telah lihat sekarang ini akan berlaku. DAP dan PKR telah melakukan kesilapan besar kerana mereka meletakkan diri mereka sebagai pihak yang sudah pasti menang. Tidak adalah lagi perasaan sebagai "underdog" dalam DAP dan PKR. Bagi mereka kemenangan itu hanya untuk menunggu "formality" untuk diumumkan sahaja.
Lain-lain perkataan kedua-dua parti itu telah "berlunjur sebelum duduk" dan berlagak seperti pihak yang sudah pasti mendapat kemenangan. Jika saya selalu menuduh BN sebagai parti yang kufur diatas kenikmatan, keadaan ini juga wujud dalam DAP dan Pakatan Rakyat kerana mereka hanya menunggu waktu untuk menjadi seperti BN dan Umno jika mendapat kemenangan.
Pakatan terutamanya PKR telah berebut-rebut kerusi kerana mendengar guruh dilangit tadi. Ada pimpinan PKR telah berkonspirasi untuk menolak sesiapa yang mereka anggap akan memberikan saingan dalam PR jika menang dalam pilihanraya dan ini terjadi di NS negeri tempat saya mengundi. Akhirnya yang "dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran". Ketamakan pada kuasa yang belum pun diperolehi itu disaksikan rakyat. Orang ramai memerhatikan tingkah dan laku mereka.
Sebenarnya kekalahan tipis PR itu adalah "unnecessary". Tetapi PR sendiri yang terlalu meminta-minta keadaan ini untuk berlaku. Laungan pihak PR untuk menjadikan Anwar sebagai PM itu juga merupakan faktor besar penilaian pengundi-pengundi berbilang kaum di negara ini. Tidak kurang yang mahukan perubahan ini tetapi mempunyai "apprehension" apabila Anwar dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri.
Walaupun undang-undang berpihak kepada Anwar tetapi ramai yang merasakan yang Anwar masih tidak boleh terlepas dari isu moral yang sedang beliau hadapi itu. Pandangan yang benar akan mendapat tentangan tetapi sudah menjadi hakikat yang kebenaran itu amat susah untuk di terima oleh setengah pihak.
Satu lagi perkara yang mesti kita ingat dari sekarang, kekuatan "incumbency" BN itu bukannya mudah untuk di pecahkan.
Itu sebab saya mengatakan acapkali pihak yang melakukan kesilapan itu akan menghadapi ketewasan yang "unnecessary" dan itu telah pun berlaku semalam. Diharap kepada siapa yang terlalu garang itu, cuba-cubalah turunkan sifat ketakburan itu. Perubahan yang di sasarkan dari awal itu telah menyimpang kepada matlamat kepentingan peribadi dan menjadi penyumbang kepada kekalahan PR yang saya sebut sebagai kekalahan yang "unnecessary" itu.
Belajarlah yang kuasa yang "ultimate" itu adalah dari Tuhan Semesta Alam. Dia jugalah yang memberikan ketentuan yang sebenarnya. — aspanaliasnet.blogspot.com

Tiada ulasan: