Isnin, 20 Mei 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


LAGU UMNO (VERSI BARU)

Posted: 20 May 2013 07:54 PM PDT

Ganu Runtuh Lagi! Bumbung Masjid Binjai Kertas Pula

Posted: 20 May 2013 06:06 PM PDT

Release Adam Adli, arrest real culprits

Posted: 20 May 2013 06:01 PM PDT

Tipu PRU: Kejadian Kad Pengenalan Digunakan Oleh Pengundi Hantu Di Seluruh Malaysia

Posted: 20 May 2013 08:33 AM PDT

Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara. Setiap minggu, #siasatpru13 akan mengadakan 2-3 sidang media untuk membawa bukti ini kepada rakyat. Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, #siasatpru13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk menampil memberikan keterangan.
Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih. Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integrity keputusan PRU13. Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan – dari undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan lain-lain – diragui oleh rakyat.
Setakat 17 Mei 2013, 8 orang pengundi telah tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang dari membuang undi apabila orang lain telah pun mengundi menggunakan nama mereka. Ini bermakna wujud kad-kad pengenalan palsu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang telah diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi hantu.
8 orang pengundi yang telah tampil adalah seperti berikut:
Nama
Parlimen
Kamarulzaman Md Adnan P105 Sungai Petani
Mohd Khir Shaari P131 Rembau
Mohd Razmi Khalid P096 Kuala Selangor
Nor A'risah Ab Yamin P102 Serdang
Zaripah Abdul Halim P040 Kemaman
Lee Hou Cyang P102 Serdang
Sairah Jusoh P019 Tumpat
Mohamad Khairul Azhar Yang Ali P108 Shah Alam
Laporan polis yang telah dibuat berhubung perkara ini disertakan bersama.
#siasatpru13 sedang dalam proses untuk mendapatkan persetujuan pengundi-pengundi ini untuk membuat Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) mengenai kejadian ini untuk mengukuhkan lagi bukti yang ada.
Wujudnya kad pengenalan berlainan untuk membolehkan orang lain mengundi dengan menggunakan identiti seorang rakyat Malaysia yang sah adalah amat membimbangkan. Ia bukan sahaja mengesahkan kehadiran pengundi hantu di dalam PRU13, tetapi membayangkan kegagalan Jabatan Pendaftaran Negara menjamin bahawa kad pengenalan adalah tulen, selamat dan unik kepada setiap rakyat Malaysia.
Fakta bahawa pengundi hantu wujud kerana identiti rakyat Malaysia digunakan oleh orang yang tidak dikenali untuk mengundi tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Pun begitu, saya mencabar SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengemukakan alasan mereka untuk dihakimi oleh mahkamah rakyat.
Saya juga mencabar YB Khairy Jamaluddin yang baru dilantik ke Kabinet menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbang kepada kemenangan beliau.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
20 MEI 2013 

bdr kinrara puchong - selangor kerteh kemaman puchong 2 - selangor Full page fax print

tumpat - kelantan sungai buloh - selangor shah alam - selangor sg petani - kedah
 

TERKINI!! GAMBAR RIBUAN RAKYAT BANTAH PENAHANAN ADAM ADLI DI BALAI POLIS JINJANG

Posted: 20 May 2013 08:24 AM PDT

Foto ini yang membuat pemimpin2 UMNO resah dan gelisah, majoriti yang datang menyokong perjuangan ADAM ADLI adalah orang2 Cina, Melayu dan India.... BERSATU KITA TEGUH !
!Ambiga assuring everyone the lawyers are doing all they can to help Adam Adli!

Semakin Ramai Orang Berhimpun Di Hadapan Balai Polis Jinjang Dan Memberi Sokongan Kepada Aktivis Pelajar Adam Adli Yang Telah Di Tahan Di Lokap Balai Polis Jinjang.....

 Kelihatan Peguam Datuk Ambiga Dan Bapa Kepada Adam Adli Di Hadapan Balai Polis Jinjang..

Pelbagai Lapisan Masyarakat Lapisan Umur & Kaum Berhimpun Berhampiran Balai Polis Jinjang Ketika Ini Bagi Menyatakan Solidariti Buat ADAM ADLI...

Terengganu blackout...

Posted: 20 May 2013 08:21 AM PDT

Semua oghe Pantai timur di jemput hadir

Zahid: Rampas kuasa tak demokratik.....mmmph tipu PRU demokratik..???

Posted: 20 May 2013 08:15 AM PDT

NONESebarang usaha untuk menukar kerajaan melalui rampasan kuasa adalah jelas di luar proses demokratik dan polis akan memberikan tindak balas yagn sesuai, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Katanya, semua pihak bersetuju bahawa pembentukkan kerajaan mesti berlaku dengan cara yang demokratik dan tidak pernah berlaku di Malaysia pertukaran secara rampasan kuasa.

Menurut Zahid lagi, rampasan kuasa dianggap terkeluar daripada proses demokrasi dan mengetepikan autoriti Yang di-Pertuan Agong.

Beliau merujuk penangkapan aktivis mahasiswa Adam Adli ekoran ucapannya dalam sebuah forum di Kuala Lumpur minggu lalu, yang menyebabkannya direman lima hari bawah Akta Hasutan.

Perkauman Dan Rasis : Dakwa Zahid Hamidi di bawah akta hasutan

Posted: 20 May 2013 08:14 AM PDT


GEORGETOWN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan jika beliau tidak mengendahkan seruan ramai pihak supaya menarik balik kenyataan yang berbaur perkauman kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar).

Mengulas tindakan yang sama dikenakan pada aktivis mahasiswa, Saudara Adam Adli beberapa hari sudah, beliau membidas itulah sikap berat sebelah Kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap ikan jerung dan ikan bilis di Malaysia.

"Ikan Jerung tidak langsung ditegur walaupun kenyataan berapi-api menghina kaum lain di Malaysia tetapi ikan bilis ditahan dilokap, dipenjarakan dan didenda," tegasnya ketika ditemui di Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 di aras 52 Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) tengahari tadi.

Ujar beliau lagi, jika didapati bersalah mereka yang dikenakan  kanun keseksaan 124B, iaitu Akta Hasutan 4(1)(b) boleh dipenjarakan sehingga maksimum 20 tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Umno Selangor bertambah buruk

Posted: 20 May 2013 08:13 AM PDT

SEKALIPUN SPR berjaya membantu BN mengumumkan menang lagi Pilihan Raya Umum tetapi kemenangan yang pertikai itu adalah lebih buruk dari di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi dulu.

Gara-gara PRU13 pimpinan Najib dalam UMNO dan BN menghadapi dua kecederaan.

Pertama pimpinannya di pusat dia diselamatkan oleh perlembagaan yang menolak kemenangan undi popular. Perlembagaan mengakui kelebihan kerusi, bukan kelebihan undi yang menyeluruh. Pimpinan Najib gagal mencapai majoriti dua pertiga di Parlimen seperti yang diwar-war sebelum PRU, bahkan kerusinya merosot dari 2008 dulu.

Kedua, Najib adalah pengerusi UMNO dan BN  Selangor. Dia ambil pimpinan UMNO negeri dari Tan Sri Mohamad  Taib sebagai usaha merampas kerajaan Selangor di luar pilihan raya seperti yang dilakukannya di Perak. BN bukan saja hancur di Selangor, bahkan UMNO mengalami kecederaan parah.

Najib dalam jelajah pilihan rayanya minta maaf kepada rakyat dan pengundi di Selangor atas kegagalan pimpinan Abdullah Badawi – Khir Toyo hingga menyebabkan rakyat Selangor menolak BN. Rakyat Selangor tidak memaafkannya. Bukan saja kerajaan Pakatan tidak dapat ditumbangkan sebelum pilihan raya, bahkan Pakatan mencapai kemenangan lebih besar  di Selangor.

Read More / Baca Lagi >>

Dalang Lahad Datu tak akan didedahkan, ini pula alasan Zahid

Posted: 20 May 2013 07:18 AM PDT

ZahidHamidi
Sebelum PRU-13 lalu Zahid Hamidi beriya-riya mahu mendedahkan nama-nama yang dikatakan dalang pencerobohan Lahad Datu selepas PRU-13. Tajuk post sebelum ini, Lahad Datu : Inilah 3 nama yang dimaksudkan Zahid Hamidi
Hari ini lain pula alasan Zahid, nama-nama tersebut tak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.
"Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti… kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya. Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah," kata Zaid. – AstroAwani
Kalau itu alasan Zahid, kenapa biar diri kelihatan tak cerdik dengan berkata nak mendedahkan nama-nama tersebut. Kalau kerana prasangka atau prejudis, kenapa Zahid nak mendedahkan sebelum ini atau sebelum ini dia lebih tak cerdik dari hari ini. Nampaknya itu hanya modal politik semata-mata, bukannya nak hiraukan sangat tentang keselamatan negara.

Jangan, jangan dan jangan.....

Posted: 20 May 2013 07:08 AM PDT

Oleh Majdan Dagang
Jangan fikir kami penyokong Pakatan Rakyat (PR) mahu turunkan Umno-BN kerana anda telah lama memerintah. Bukan sebab itu. Kami mahu anda turun sebab anda tidak lagi amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin. Banyak bukti yang terang lagi jelas sikap tidak amanah anda termasuklah laporan oleh audit negara tentang salah guna dana awam sebanyak RM250 juta dalam kes NFC

Kalau anda amanah, kami benarkan anda terus berkuasa sampai bila-bila. Sebagai Muslim pula, sikap tidak amanah yang paling besar ialah apabila anda menolak hukum Allah dengan pelbagai alasan. Anda mencari dalih untuk tidak melaksanakannya, bukan mencari jalan untuk melaksanakannya.

2. Jangan fikir bumi Malaysia ini milik suatu kaum sahaja. Kita mesti menerima hakikat bahawa orang Melayu, Cina, India, Kadazana, Iban dan lain-lain kini berada di bawah satu bumbung. Hal in kerana, semasa menerima kemerdekaan dahulu Umno telah menerima syarat British bahawa kemerdekaan ini mestilah menerima orang Cina dan India sekali sebagai warganegara. Sebagai imbalannya diwujudkan hak istimewa orang Melayu - untuk melindungi dan membetulkan kedudukan orang Melayu sebagai bangsa terbesar di Tanah Melayu yang terpinggir semasa British berkuasa.

Read More / Baca Lagi >>

Tak suruh pun, ramai yang telah meninggalkan negara

Posted: 20 May 2013 07:04 AM PDT

Isu Zahid Hamidi yang sedang 'berperang' dengan pihak pembangkang berhubung dengan isu kenyataan Menteri Dalam Negeri itu semakin hangat. Zahid bersedia menghadapi usul untuk mencela beliau di dalam Parlimen yang dibangkitkan oleh Lim Kit Siang dan beliau tidak takut dengan 'ugutan' penasihat DAP itu.  Zahid yang sejak akhir-akhir ini nampaknya menjadi panas baran dengan tuduhan terhadapnya yang datang bertalu-talu.
Zahid yang saya kenali rapat tidaklah seorang yang panas baran. Beliau seorang yang mudah didekati dan sentiasa bergurau jika bertemu rakan-rakan lama seperti saya dan yang lain. Tetapi apabila sampai isu ini beliau nampaknya bertambah panas baran dan tidak diketahui apa yang menyebabkan beliau menjadi begitu. Sememangnya tanggungjawab yang beliau pikul itu bukannya tanggungjawab yang ringan maka Zahid perlulah melebihkan kesabaran beliau apabila menghadapi isu panas seperti ini.
Zahid telah meminta sesiapa yang senang dengan sistem demokrasi negara lain berpindah sahaja ke negara-negara tersebut dan meninggalkan negara ini. Saya sendiri telah menulis dan melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Zahid itu tetapi tulisan saya itu adalah pandangan ikhlas dari seorang rakyat yang mahu merasakan bertanggungjawab terhadap negara kita yang kita punyai bersama-sama ini.
Sesungguhnya tidak payah sesiapa  menyuruh sesiapa untuk meninggalkan negara ini. Tanpa kenyataan Zahid itu timbul pun, sememangnya sudah jutaan rakyat Malaysia yang telah berhijrah ke negara lain untuk kehidupan yang lebih baik. Mereka yang tinggal hanyalah orang seperti saya dan yang lain yang tidak mempunyai pilihan selain dari negara ini. Di mana bumi dipijak di situlah langit saya junjung, seperti kata perbilangan Melayu yang popular itu. Itulah sebabnya saya tidak silu untuk bercakap benar kerana saya mahukan satu-satunya negara yang ada untuk saya tinggal menunggu mati ini.
Lebih-lebih lagi sekarang ini, terlalu ramai rakyat Malaysia sedang berusaha untuk berhijrah dan ini adalah kenyataan dan hakikat sebenarnya yang berlaku. Masing-masing mempunyai sebab masing-masing untuk berhijrah, tetapi di antaranya sememangnya ramai berniat untuk berhijrah kerana tidak senang dengan keadaan yang sedang berlaku di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Politik slapstik

Posted: 20 May 2013 07:00 AM PDT

Oleh Mazelan Mansoor
Selepas pasca pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini tidak kurang hebatnya juga ungkapan-ungkapan yang boleh diklasifikasikan lawak atau jenaka yang kasar.
Ia bermula dengan reaksi spontan perdana menteri pilihan BN yang akhirnya menjadi tajuk utama akhbar 'cauvinis' Melayu negara Utusan Malaysia iaitu "Apa Lagi Cina Mahu?"

Memang kasar bunyinya anggaplah saja jenaka orang yang takut hilang kuasa.Ramai yang mencemuh dengan ungkapan tersebut kerana beliau mungkin 'buta' kerana keputusan rakyat dalam pilihan raya bukan kerana sentimen cina undi cina tetapi sebenarnya rakyat telah sepakat menolak mereka yang memimpin negara, seperti simpulan bahasa "beraja di mata, bersultan di hati".
Ini disebabkan apa yang berlaku pada penggal lalu satu barisan yang melakukan sesuka hati seolah-olah konsep pemisahan kuasa (raja, eksekutif dan kehakiman) telah menjadi tiga dalam satu.
Lawak kasar seterusnya secara spontan keluar dari mulut seorang negarawan yang berjaya dengan kempennya yang berjaya merampas sebuah negeri dengan mengetengahkan anak sendiri sebagai calon MB.
Ia lebih kurang berbunyi: "Jika PM sebelum ini disingkirkan kerana hilang banyak kerusi, maka PM hari ini rekodnya adalah lebih teruk lagi:.
Read More / Baca Lagi >>

Tangkap, dakwa Pengerusi & Timbalan Pengerusi SPR isu penipuan dakwat kekal

Posted: 20 May 2013 06:57 AM PDT

luxJingga 13 mendesak Ketua Polis Negara yang baru agar menangkap dan mendakwa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas jenayah yang tidak boleh dimaafkan iaitu menipu rakyat Malaysia di atas kes DAKWAT KEKAL yang TIDAK KEKAL.
Pelbagai laporan polis dibuat terhadap kes tersebut ternyata sedikit pun tidak memberikan kesan terhadap jenayah yang dilakukan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang juga turut melibatkan jutaan Ringgit Malaysia wang rakyat.
Alasan kononnya petugas SPR yang tidak "menggoncangkan" botol dakwat pada proses pengundian awal anggota tentera pada 30 April 2013 adalah satu penipuan dan pembohongan kerana pengundian berlaku pada 5 Mei 2013 juga masih berlaku kes yang sama!
Ternyata dakwat yang dibeli oleh pihak SPR adalah tidak berkualiti dan tidak kekal sepertimana yang diwar-warkan oleh SPR. Adakah wujud komisyen daripada pembelian dakwat yang tidak berkualiti tersebut sehingga dipertahankannya sedemikian rupa sedangkan ternyata tidak berkualiti dan merugikan wang rakyat??
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU13: Tsunami Cina dan nasi basi

Posted: 20 May 2013 06:56 AM PDT

Edwin Michael

20 MEI — Apa sebenarnya dosa etnik Cina ini? Tidak habis-habis mereka dijadikan kambing hitam terhadap prestasi hambar kerajaan Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
Tuduhan kononnya tidak mengenang budi, mengigit tangan yang menyuap nasi ini sudah tidak relevan lagi apabila membicarakan tentang etnik dan politik di negara ini. Ya, memang benar bahawa adalah satu pengkhianatan apabila mengigit tangan yang menyuapkan nasi tapi apa lagi cara yang ada untuk melepaskan diri daripada terus disuap dengan nasi yang sudah basi?
Adalah sedih apabila ada juga ahli akademik yang berhujah atas dasar emosional dan bukannya meneliti, mengkaji, menganalisis dan mengupas isu ini secara kritis.
2008 menyaksikan bagaimana etnik India menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan peralihan undi kepada pembangkang menjadi faktor utama kenapa kerajaan BN ketika itu hanya menguasai parlimen dengan majoriti mudah. 2013 pula keadaan yang sama dengan kebangkitan pengundi etnik Cina pula. Apa yang kita cuba sembunyikan disini ialah pengundi muda dan kaitan mereka dengan media baru yang sebenarnya memainkan peranan utama berlakunya peralihan undi kepada pembangkang dalam PRU13 ini.
Jangan pandang rendah kuasa media baru ini. Ini tidak ada kaitan etnik mana memilih untuk mengundi siapa. Ini soalnya, calon mana yang lebih berintegriti dan berkredibiliti tinggi. BN masih dengan pemikiran "old school" apabila menganggap bahawa dengan penggunaan media tradisional, BN akan dapat menguasai Malaysia. Ini satu percaturan yang teramat salah dikala tinggal tujuh tahun lagi untuk kita mencapai Wawasan 2020.
Read More / Baca Lagi >>

GST lebih menghimpit golongan miskin, kata PKR

Posted: 20 May 2013 06:54 AM PDT

PETALING JAYA, 20 Mei — Pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) hanya akan menekan kumpulan majoriti rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah berbanding kumpulan minoriti orang kaya, kata ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen.
Beliau yang juga merupakan Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR menegaskan, Barisan Nasional (BN) seharusnya menghapuskan projek mega yang tidak bermanfaat dan menangani rasuah dengan serius bagi menangani "krisis kewangan" sebelum memperkenalkan GST.
"Melainkan jika dan sehingga BN membuktikan ia boleh mengurangkan pembaziran dan membanters rasuah dengan berkesan, kerajaan tidak mempunyai hak untuk memperkenalkan GST," tegas Wong (gambar) ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Beliau yakin BN sedang menghadapi krisis fiskal yang nyata, dan PKR jelasnya percaya punca kepada perkara itu adalah asa cukai yang lemah, pembaziran perbelanjaan dan rasuah yang ketara.
"Sekiranya kesemua perkara itu ditangani, kemudian kami (PKR) akan pertimbangkan untuk laksana GST," katanya.
Beliau yang memenangi kerusi Parlimen Kelana Jaya dalam Pilihan Raya 2013 lalu menegaskan, pendapatan isi rumah majoriti rakyat Malaysia adalah terlalu rendah dan tidak mempunyai pendapatan mencukupi bagi membayar cukai pendapatan.
Read More / Baca Lagi >>

Kewujudan pengundi hantu cemar integriti SPR dan JPN, dakwa Rafizi

Posted: 20 May 2013 06:52 AM PDT

PETALING JAYA, 20 Mei — Kehadiran pengundi hantu dalam Pilihan Raya 2013 tegas Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli hari ini menyebabkan daftar pemilih yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diragui serta kewujudan kad pengenalan palsu telah mencemarkan integriti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan, kehadiran lapan pengadu yang dihalang untuk mengundi kerana kad pengenalan mereka telah digunakan pengundi hantu ketika Pilihan Raya 2013 lalu membuktikan bahawa keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU 13) diragui rakyat.
"Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca daripada daftar pengundi yang tidak bersih.
"Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab iaitu SPR dan JPN ... kehadiran pengundi hantu membawa impak besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integriti keputusan PRU13," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Pasca PRU13: Pas Lebih Dihormati Jika Tidak Bergabung Dengan UMNO

Posted: 20 May 2013 06:50 AM PDT

Oleh Shahbudin Husin
Meskipun Presiden Pas, Haji Hadi Awang telah menegaskan bahawa parti itu tidak sekali-kali akan bergabung dengan UMNO, tetapi masih ada suara-suara kecil yang mahu kedua-dua parti itu bergabung. Pelbagai alasan diberikan untuk menjustifikasikan penggabungan itu, antaranya untuk kepentingan Melayu, memertabatkan Islam dan bagi yang ekstremis pula melihat hanya dengan penggabungan itu saja dapat menghantar karier politik Anwar Ibrahim ke titik kematian.


Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berulangkali mahukan orang Melayu dan Islam di negara ini menjadikan matlamat penyatuan Pas dengan UMNO sebagai usaha yang berterusan demi kepentingan umat dan Islam. Dr Hassan Ali yang sudah dipecat dari Pas juga mahu penyatuan itu menjadi realiti suatu hari nanti.Dalam UMNO juga ramai yang melihat keperluan kepada penyatuan itu. Berbagai hujah dan alasan turut diberikan. Alasan yang paling banyak ialah demi kepentingan Islam dan Melayu dan agar bangsa lain tidak sewenang-wenangnya berbuat sesuatu di negara ini.
Bagi yang melihat Anwar sebagai ancaman kepada UMNO pula merasakan hanya dengan Pas meninggalkan Pakatan Rakyat sajalah karier politik Ketua Pembangkang yang masih gigih memburu Putrajaya itu dapat dititiknoktahkan.
Sementara Pas makin didesak agar menerima huluran tangan penyatuan itu, pemimpin Pas pula kekal dengan pendirian bahawa tiada keperluan ke arah itu. Haji Hadi mengatakan UMNO dalam keadaan hampir lemas dan sekiranya Pas mendekati mereka, dibimbangi Pas juga akan turut ditarik tengelam sama.
Mursyidul Am Pas, Nik Aziz pula sejak dulu kekal dengan pendiriannya bahawa penyatuan hanya munasabah dilakukan jika UMNO bersedia meninggalkan perjuangan kebangsaannya dan menerima Islam sebagai arah tujunya yang baru. Pemimpin yang lainnya juga berpendirian hampir sama walaupun sebelum pilihanraya lalu terdapat kecenderungan sesetengah pemimpinnya terhadap idea penyatuan itu.
Read More / Baca Lagi >>

DAP minta SKMM siasat dalang di sebalik gangguan internet

Posted: 20 May 2013 06:48 AM PDT


CYBERJAYA, 20 MEI: DAP hari ini membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung wujudnya sekatan kepada beberapa laman web parti sejak Parlimen dibubarkan April lalu walaupun suruhanjaya itu memberi jaminan tiada sebarang sekatan akan dikenakan.
Sekatan internet itu menyebabkan sebahagian besar laman web rasmi DAP mengalami gangguan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata, penapisan dan sekatan itu adalah sabotaj terhadap parti dan rakyat Malaysia yang mahu mendapatkan maklumat.
"Adalah jelas sekatan internet bagi tempoh itu terutamanya bagi laman web pro Pakatan Rakyat diletakkan di bawah pengawasan, penapisan dan sekatan tanpa pengetahuan, ini merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap jaminan SKMM yang kononnya "Tiada Penapisan Internet"," ujar beliau.
Pada sidang media di pejabat SKMM, Pengurus Unit IT DAP Kebangsaan, Goh Kheng Teong berkata, penapisan internet yang berlaku itu belum pernah terjadi dan menyifatkan ianya sebagai perbuatan jahat.
"Ia direka untuk menapis laman web tertentu, akaun facebook, video pada video dan penstriman video secara langsung.
"Kita telah menemui bukti bawaha wujud penapisan internet sejak awal April lalu melalui satu kajian teknikal secara menyeluruh seperti yang disiarkan pada satu laman web forum internet popular pada 1 Mei lalu dengan link https://forum.lowyat.net/topic/2794929 ", jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Pelantikan dua menteri, tiga timbalan menteri dianggap tidak sah

Posted: 20 May 2013 06:47 AM PDT


KUALA LUMPUR, 20 MEI: Kabinet pasca-PRU-13 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan setakat paling "tidak menarik" berbanding enam Perdana Menteri lain sepanjang 56 tahun lalu, malah upacara mengangkat sumpah dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri baru-baru ini adalah tidak sah dan terbatal.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ini kerana sehingga kini semua mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator untuk membolehkan mereka dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam kabinet baru Najib.
Oleh itu, katanya, Najib atau timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus bertanggungjawab dengan kegagalan itu dan membuat pengakuan secara terbuka terhadap kesalahan besar dan memalukan Yang di-Pertuan Agong itu.
Katanya, sehingga kini Najib masih lagi membisu dengan pendedahannya bahawa pelantikan dua Menteri iaitu Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta tiga Timbalan Menteri iaitu Waytha Moorthy, Dr J Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, tidak sah kerana mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator.
"Najib sepatutnya mendedahkan siapa yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kesalahan yang memalukan Yang di-Pertuan Agong itu sehingga menjadikan Malaysia bahan ketawa di kalangan komuniti diplomatik dan antarabangsa.
"Kesalahan besar membabitkan perlembagaan seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini sepanjang 56 tahun sejarah negara. Mengapa ia berlaku sekarang? Apakah standard protokol telah merundum seperti mana standard kehidupan orang ramai, baik dalam pendidikan, kehakiman atau perkhidmatan awam sepanjang lima dekad lalu?
"Sekiranya Kabinet baru Najib sering kali malang, melakukan kesalahan tidak mengikut perlembagaan yang tidak pernah berlaku dalam separuh abad lalu, apa yang rakyat Malaysia jangkakan daripada Kabinet ini," soalnya dalam kenyataan media, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid dicabar sediakan sehari penuh berdebat di Parlimen

Posted: 20 May 2013 06:46 AM PDT


KUALA LUMPUR, 20 MEI: Menteri Dalam Negeri baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dicabar mendapatkan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya menyediakan satu hari penuh pada minggu pertama sidang Parlimen ke-13 untuk berdebat jika dia tidak gentar dengan usul mengecamnya dan mengumumkan keputusan itu pada akhir mesyuarat pertama Kabinet, Rabu ini.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata beliau tidak jangka akan ada sebarang pengumuman kerana bukan saja Zahid yang takut dengan usul mengecamnya, Najib dan Menteri Kabinet lain juga bimbang dan takut terhadap usul kecaman terhadap Zahid.
"Ini kerana sekiranya terdapat pembahagian dan pengundian penuh akan diambil terhadap usul mengecam Zahid, saya tidak terkejut jika ada beberapa Ahli Parlimen daripada 133 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak akan hadir dan terbabit, sebaliknya menolak seruan Zahid terhadap rakyat Malaysia yang berpuas hati dengan PRU-13 supaya berhijrah ke negara lain.
Ahmad Zahid dalam kenyataannya hari ini bersedia untuk berdepan dengan usul mengecamnya di Parlimen apabila menggesa sesiapa yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya sekarang boleh "pindah ke negara lain".
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, kebanyakan Menteri Kabinet tentu sedang berdoa supaya isu itu akan mati begitu saja dan tidak berlaku usul mengecam Zahid, kerana mereka tahu tidak mungkin dapat menolak kenyataan Zahid sebagai kenyataan peribadi seperti dinyatakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
"Najib sendiri ketika taklimat dua jam kepada Kabinet baru selepas upacara mengangkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri pada Khamis lalu, yang "membunuh" cubaan lemah Khairy untuk menjarakkan dirinya daripada kenyataan Zahid dengan mendakwa itu hanya "pandangan peribadi" dan tidak mencerminkan pendirian kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Cubaan bisukan rakyat, Kerajaan BN terus dikecam

Posted: 20 May 2013 06:45 AM PDT


GEORGE TOWN, 20 MEI: Kerajaan digesa menghormati kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan seperti yang dijamin Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan serta menghentikan pelbagai usaha untuk membisukan kemarahan rakyat terhadap penipuan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
Kenyataan bersama Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari turut mengecam tindakan regim Barisan Nasional (BN) yang menahan aktivis mahasiswa Adam Adli.
"Amat malang sekali, minggu pertama penggal baru kerajaan Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dicemari perbuatan anti-demokrasi yang menindas rakyat Malaysia," ujar mereka.
Menurut mereka lagi, penggunaan Akta Hasutan 1948 yang merupakan warisan penjajah menunjukkan BN sanggup melakukan apa saja demi mengekalkan kuasa.
"Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Simpang Pulai, Perak, Tan Kar Hing, yang merupakan penganjur Himpunan Blackout 505 di Perak, serta dua siswa Universiti Sains Malaysia (USM) yang menganjurkan GELAP 13, telah dipanggil polis untuk memberi keterangan,
Read More / Baca Lagi >>

Betul ke Zahid tak takut kepada usul mengecamnya di Parlimen?

Posted: 20 May 2013 06:45 AM PDT

Menteri Dalam Negeri baru Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertanya hari ini "Apa yang nak ditakutkan" dan berkata dia bersedia untuk berdepan dengan usul mengecamnya di Parlimen untuk kenyataannya di Utusan Malaysia menggesa sesiapa yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya sekarang boleh "pindah ke negara lain".

Benarkah Zahid tidak gentar dengan usul mengecamnya?

Betul ke Zahid tak takut kepada usul mengecamnya di Parlimen? Jika begitu, saya mencabar Zahid untuk mendapatkan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya sediakan satu hari penuh pada minggu pertama sidang baru Parlimen ke-13 untuk debat penuh usul mengecam ke atasnya dan mengumumkan keputusan ini pada penghujung mesyuarat pertama Kabinet baru pada hari Rabu.

Saya tidak menjangkakan sebarang pengumuman memandangkan bukan saja Zahid yang takut dengan usul mengecamnya, Najib dan Menteri Kabinet lain juga bimbang dan takut terhadap usul kecaman terhadap Zahid.

Ini kerana sekiranya terdapat pembahagian dan pengundian penuh akan diambil terhadap usul mengecam Zahid, saya tidak terkejut jika beberapa Ahli Parlimen dari 133 Ahli Parlimen Barisan Nasional tidak akan menghadirkan diri untuk tidak melibatkan diri dan menolak seruan Zahid terhadap rakyat Malaysia yang tidak mengundi BN pada PRU13 dan tidak gembira dengan sistem pilihan raya sekarang supaya "pindah ke negara lain".

Malahan, kebanyakkan Menteri Kabinet tentu sedang berdoa akan isu Zahid akan mati begitu saja dan tidak akan berlaku usul mengecam terhadap Zahid, kerana mereka tahu tidak mungkin dapat menolak kenyataan Zahid sebagai kenyataan peribadi seperti mana Menteri Belia dan Sukan baru, Khairu Jamaluddin cuba lakukan.
Read More / Baca Lagi >>

TIPU PRU13: BELI UNDI DI DUN N10 BKT MELAWATI SELANGOR

Posted: 20 May 2013 06:44 AM PDT

Tipu PRU: Pesta Himpunan Rakyat tuntut demokrasi 25 Mei

Posted: 20 May 2013 06:43 AM PDT

Cikgu Bard 1KUALA LUMPUR 20 MEI: Jurucakap Gabungan NGO Suara Rakyat 505, Badrul Hisham Shaharin berkata, pihaknya akan menganjurkan 'Pesta Himpunan Rakyat Tuntut Demokrasi' pada 25 Mei di padang Amcorp Mall, Petaling Jaya bagi mengembalikan demokrasi yang dicuri secara besar-besaran, diikuti siri-siri lain di seluruh negara.
Katanya, pesta itu dijangka menghimpunkan rakyat dari seluruh negara agar bangkit menjadi kuasa ketiga dalam menghadapi penipuan Pilihan Raya Umum ke-13.
"Himpunan itu akan berlangsung dari petang sampai malam dan kita akan dedahkan semua bukti jelas yang kita kumpulkan dari semua Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri).
"Kita juga akan tampilkan saksi-saksi yang terlibat menguruskan pilihan raya, dan semua ini telah kita kenalpasti dan tapis kesahihannya," kata Badrul yang juga Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Beliau mengingatkan pihak berkuasa dan rakyat agar tidak termakan dengan provokasi 'perang saraf' BN yang cuba mengambil kesempatan dari mood kemarahan rakyat.
"Pesta rakyat ini tiada kena-mengena dengan menggulingkan kerajaan sebaliknya kita tuntut kembalikan hak rakyat dengan cara paling demokrasi. Kita akan beri penerangan yang jelas kepada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: