Selasa, 21 Mei 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[GAMBAR & VIDEO] Terengganu Darul-Runtuh, Bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas Runtuh

Posted: 21 May 2013 12:55 AM PDT


Tiada hujan dan tiada ribut yang melanda, tiba-tiba Masjid Kampung Binjai Kertas yang terletak di Jalan Manir ke Kuala Berang yang siap dibina pada tahun 2007 telah runtuh sebahagian bumbungnya, seusai jamaah menunaikan solat Isya' pada Isnin malam 20 Mei.

Menurut saksi kejadian, dua keping atap masjid tersebut telah luruh, sekali sejurus selesai para jamaah menunaikan solat maghrib dan sekali lagi ketika waktu hampir solat Isya', sebelum ia runtuh sepenuhnya.

"selepas solat sunat Isya' tu, ada jatuh seali (lagi) gummm.....jatuh, selepas (kira-kira) dalam masa empat saat atau lima saat saat, brummmmm.......selalu, sekejap saja dalam masa (lebih kurang) dua.....tiga minit habis (runtuh semuanya),

"bahagian beranda.......kira-kira bukan ruang solat......bahagian luar yang tak ada 'carpet' (permaidani),"jelasnya yang tidak mahu dikenali.

Katanya, nasib baik kerana tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian runtuh tersebut kerana katanya, ada dua orang ahli jamaah masjid yang keluar dari masjid beberapa ketika sebelum ia runtuh.

Manakala, kata beliau, ada seorang tua yang hampir-hampir ditimpa runtuhan itu apabila kejadian runtuh itu berlaku ketika beliau sampai di pintu masjid dan berundur semula semula apabila bumbung tersebut runtuh keseluruhannya. [Lihat Video]

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abdul Rashid ketika ditemui berkata, beliau sangat terkejut apabila mendengar kejadian runtuh itu.

Beliau yang bergegas ke tempat kejadian sebaik mendapat khabar melahirkan rasa sangat dukacitanya kerana kejadian itu berlaku di tempat awam, lebih-lebih lagi melibat masjid yang menjadi tempat ibadat kepada orang Islam.

"saya rasa sangat terkejut dan sangat dukacita.......... atas apa yang berlaku ini kerana ia melibatkan tempat kepetingan awam, lebih-lebih lagi (ia) melibatkan tempat ibadat orang Islam,

"sepatutnya tepat ini diberi keutamaan supaya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku,"ujarnya.

Beliau yang juga calon PAS bagi kawasan tersebut dalam pilihanraya umum kali ke-13 baru-baru ini berkata, kejadian seperti itu boleh mengakibat kehilangan nyawa orang ramai.

Walau bagaimana pun, beliau mengucapkan syukur kepada Allah kerana tidak ada kemalangan jiwa atau kecederaan yang berlaku pada kejadian tersebut.

Oleh itu, beliau menggesa supaya kejadian tersebut disiasat secara telus dan pihak yang bertanggungjawab mestilah dibawa ke muka pengadilan kerana katanya, tidak ada sesiapa yang didakwa dalam banyak kejadian seumpama itu, yang telah berlaku sebelum ini.

"saya berharap supaya kejadian ini disiasat dengan telus dan pihak yang bertanggungjawab samada (terlibat dengan) kecuaian, rasuah atau penyelewengan perlu dibawa ke muka pengadilan,

"kerana (sehingga) hari ini sudah banyak kejadian runtuh di negeri Terengganu tetapi tidak ada tindakan tegas diambil,"katanya.

Justeru, beliau berharap kejadian runtuh yang berlaku di Masjid Kampung Binjai Kertas itu adalah kejadian runtuh yang terakhir dan satu pengajaran mestilah diberi kepada mereka yang terlibat dengan kejadian itu.

Menurut satu kertas laporan senarai projek dalam pembinaan dalam daerah hulu Terengganu pada 17 Februari, 2008 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu, pembinaan Masjid Kampung Binjai Kertas itu dijangka siap pada Mac 2008 dengan menelan belanja sebanyak RM1.4 juta. -Buletinonline








UMNO Selangor Hancur Di Bawah Pimpinan Najib

Posted: 20 May 2013 10:20 PM PDT


Sekalipun SPR berjaya membantu BN mengumumkan menang lagi Pilihan Raya Umum tetapi kemenangan yang pertikai itu adalah lebih buruk dari di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi dulu.

Gara-gara PRU13 pimpinan Najib dalam UMNO dan BN menghadapi dua kecederaan.

Pertama pimpinannya di pusat dia diselamatkan oleh perlembagaan yang menolak kemenangan undi popular. Perlembagaan mengakui kelebihan kerusi, bukan kelebihan undi yang menyeluruh. Pimpinan Najib gagal mencapai majoriti dua pertiga di Parlimen seperti yang diwar-war sebelum PRU, bahkan kerusinya merosot dari 2008 dulu.

Kedua, Najib adalah pengerusi UMNO dan BN Selangor. Dia ambil pimpinan UMNO negeri dari Tan Sri Mohamad Taib sebagai usaha merampas kerajaan Selangor di luar pilihan raya seperti yang dilakukannya di Perak. BN bukan saja hancur di Selangor, bahkan UMNO mengalami kecederaan parah.

Najib dalam jelajah pilihan rayanya minta maaf kepada rakyat dan pengundi di Selangor atas kegagalan pimpinan Abdullah Badawi – Khir Toyo hingga menyebabkan rakyat Selangor menolak BN. Rakyat Selangor tidak memaafkannya. Bukan saja kerajaan Pakatan tidak dapat ditumbangkan sebelum pilihan raya, bahkan Pakatan mencapai kemenangan lebih besar di Selangor.

Najib berjaya menjadikan UMNO Selangor ranggi di bawah pimpinannya. Dikutuknya kerajaan dan Menteri Besar Selangor hampir setiap hari. Tan Sri Khalid Ibrahim dijadikannya seperti cacing kepanasan, seolah-olah menunggu pilihan raya, lepas itu hilanglah dia.

Orang kuat Najib, Noh Omar dan Mohd Zin seolah-olah pemerintah Selangor. Mereka seolah-olah lebih berkuasa dari Menteri.

Walaupun UMNO Selangor ranggi tetapi ia gagal menamakan calon Menteri Besarnya. Setelah Najib mengumumkan nama calon, masih belum berani menamakan seorang calon MB.

Dibarangkannya empat calon. Mengapa tidak satu nama saja? Mengapa empat? Orang pun tidak peduli sangat siapa antara empat itu tidak kalah?

Bila keputusaan PRU diumumkan Pakatan Selangor menang lebih besar dari PRU 2008. Paling menjolok mata orang kuat UMNO, Dato Mohd Zain kalah di kampung halamannya. Dia kalah dengan calon luar dan bukan anak Selangor. Hanipa Maidin yang mengalahkan Mohd Zain itu rupanya pun bukan macam orang Melayu. Kalau orang tidak tahu dia adalah Jawatankuasa PAS Pusat, jika dia datang ke kawasan mengundi, nescaya orang kata dia pengundi hantu dari Bangladesh.

Noh Omar terselamat. Selepas UMNO dan BN kalah teruk di Selangor Noh tak berapa bercakap lagi. Saya dengar satu keterangan saja daripadanya kepada media. Dia menyebal kerana Cina dikatakan tidak mengundi BN.

10 hari selepas UMNO kalah, UMNO Selangor ditimpa tangga pula. Noh tak termasuk dalam senarai kabinet baru. Sudahlah UMNO Selangor tidak banyak menang baik Parlimen mahupun DUN, orang kuatnya boleh tak terpillih jadi menteri.

Noh adalah orang UMNO paling kanan di Selangor selepas Najib. Orang kuat UMNO boleh Najib ketepikan. Hanya Najib yang tahu mengapa Noh dibuang. Najib hanya pilih seorang wanta UMNO yang belum terkenal untuk jadi timbalan menteri.

Adakah UMNO Selangor sudah begitu teruk? Ketua UMNO negeri pun terpaksa orang luar Selangor pegang iaitu Najib sendiri. Tak ada orang UMNO yang hendak diketengahkan. Empat tahun Najib jadi ketua UMNO Selagor dia gagal membentuk pemimpin UMNO bagi penggantinya.

Bukan saja Najib gagal mencari orang tempatan menjadi pemimpin UMNO negeri, malah UMNO Selangor hancur di bawah pimpinannya. -Subky Latif/HD

25 Mei: Pesta Himpunan Rakyat Tuntut Demokrasi

Posted: 20 May 2013 08:10 PM PDT


Jurucakap Gabungan NGO Suara Rakyat 505, Badrul Hisham Shaharin berkata, pihaknya akan menganjurkan 'Pesta Himpunan Rakyat Tuntut Demokrasi' pada 25 Mei di padang Amcorp Mall, Petaling Jaya bagi mengembalikan demokrasi yang dicuri secara besar-besaran, diikuti siri-siri lain di seluruh negara.

Katanya, pesta itu dijangka menghimpunkan rakyat dari seluruh negara agar bangkit menjadi kuasa ketiga dalam menghadapi penipuan Pilihan Raya Umum ke-13.

"Himpunan itu akan berlangsung dari petang sampai malam dan kita akan dedahkan semua bukti jelas yang kita kumpulkan dari semua Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri).

"Kita juga akan tampilkan saksi-saksi yang terlibat menguruskan pilihan raya, dan semua ini telah kita kenalpasti dan tapis kesahihannya," kata Badrul yang juga Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Beliau mengingatkan pihak berkuasa dan rakyat agar tidak termakan dengan provokasi 'perang saraf' BN yang cuba mengambil kesempatan dari mood kemarahan rakyat.

"Pesta rakyat ini tiada kena-mengena dengan menggulingkan kerajaan sebaliknya kita tuntut kembalikan hak rakyat dengan cara paling demokrasi. Kita akan beri penerangan yang jelas kepada rakyat.

"Segalanya terkawal, rakyat boleh datang tanpa rasa takut, semua bukti akan kita tampilkan dalam bentuk audio-visual, anda datang dan lihat sendiri,"
katanya sambil menyifatkan pesta himpunan itu akan menjadi salah satu cara paling baik bagi rakyat menyampaikan kasih sayang kepada negara.

Selain itu, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang yang juga menyokong gerakan Suara Rakyat 505 menegaskan himpunan kali ini tiada kaitan dengan Malaysian Spring seperti yang digembar gembur media arus perdana.

"Malaysian Spring hanya agenda yang direka untuk menakut-nakutkan rakyat. Kami mahasiswa terlibat secara profesional dan kami yakin, SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) bertanggungjawab dalam penipuan yang berlaku, kami tuntut mereka letak jawatan," tegas Safwan.

Gabungan 48 NGO itu antara lain menuntut tiga perkara, iaitu pembubaran SPR bagi memberi laluan kepada SPR yang dilantik secara pendengaran awam dan diletakkan di bawah kuasa Parlimen Malaysia.

Kedua, mendesak pilihan raya semula di tempat yang terbukti jelas wujud penipuan tanpa mengira logo sama ada BN atau Pakatan Rakyat.

Ketiga, gabungan ini menyokong tribunal rakyat yang diperjuangkan oleh Bersih selain mengharapkan sistem demokrasi diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Malaysia.

[BERGAMBAR & VIDEO] Ribuan Rakyat Pelbagai Kaum Berhimpun Tuntut Bebaskan Adam Adli

Posted: 20 May 2013 04:50 PM PDT


Pelbagai pihak dari pelbagai kaum dan keturunan berhimpun di depan Balai Polis Jinjang malam ini bagi membantah penahanan Adam Adli.

Mereka berkumpul secara aman sambil menyalakan lilin tanda sokongan moral untuk aktivis pelajar yang ditahan di Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan itu.

Tidak kurang 2,500 rakyat dari pelbagai keturunan, tua dan muda serta lelaki dan wanita telah berkampung sebagai menunjukkan sokongan padu kepada beliau yang dikini sedang ditahan di lokap Balai Polis Jinjang setelah mendapat perintah reman selama 5 hari.

Kebanyakan mereka memakai baju hitam lambang sokongan kepada perjuangan Black 505 iaitu hari hitam pilihan raya Malaysia.

Antara yang kelihatan adalah Nurul Izzah, Datuk Ambiga Srevanasan serta kedua ibu bapa Adam Adli sendiri.

Penahanan Adam Adli Abdul Halim mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan dikecam Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan sebelum ini.

Beliau menyifatkan tindakan menahan Adam sebagai lambang ketakutan pemerintah dan mempertikaikan apa salah Adam yang ingin menyuarakan keinginan rakyat Malaysia kepada pemerintah.

"Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia, mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini.

"Serentak itu kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli," katanya pada satu kenyataan media.

Pada 18 Mei lalu, Adam Adli dilaporkan ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, pada jam 3.15 petang Sabtu lalu.

Berikutan itu, semalam dipetik daripada satu portal berita, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditahan reman sehingga Khamis ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan seorang Majistret di Balai Polis Jinjang, tengah hari semalam.

"Adam Adli ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang dibuatnya baru-baru ini," katanya.

Dalam pada itu, Nasrudin yang merupakan Ahli Parlimen Temerloh berkata ramai pemimpin politik daripada BN dan akhbar yang pro-kerajaan turut mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan berbaur hasutan namun tidak diambil tindakan. -HD












Baru Cakap Suruh Tumpukan Kes Jenayah, Rumah Kakak Muhyiddin & Adik IGP Dirompak!

Posted: 20 May 2013 08:00 AM PDT


Pemimpin Pakatan pernah menggesa supaya Menteri KDN dan KPN supaya utamakan soal benteras jenayah, bukan "bermain politik"

Rumah kakak Muhyiddn, adik IGP dirompak

Hanya dalam masa lima jam, dua kediaman milik anggota keluarga orang kenamaan negara dirompak dalam dua kejadian berasingan pada hujung minggu lalu.

Laporan China Press menyebut, kejadian pertama berlaku di kediaman milik seorang kakak kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di SS3, Petaling Jaya.

Kediaman tersebut, sebuah rumah banglo, dilaporkan dipecah masuk pada jam 10 malam pada hari Sabtu.

Pada jam 3 pagi selepas itu, satu lagi kejadian rompakan dilaporkan berlaku di Mantin, Negeri Sembilan di sebuah rumah banglo milik seorang adik kepada ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Seramai lima orang dalam keluarga terbabit diikat oleh lima orang perompak, dipercayai warga asing.

Menurut satu kiriman berita Nanyang Siang Pau, perompak berkenaan menghilangkan diri tanpa dikesan manakala mangsa enggan mendedahkan jumlah kerugian.


Kit Siang: KPN dan Zahid 'bermain politik', gesa tangani jenayah


GEORGE TOWN, 19 Mei — Ketua polis negara (KPN) baru dan menteri dalam negeri perlu berhenti "bermain politik" dan mula melindungi rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur selamat daripada jenayah dan bahaya, kata pemimpin DAP Lim Kit Siang hari ini.

Penasihat DAP tersebut membidas KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid ekoran kenyataan kedua-dua mereka ke atas perhimpunan Pakatan Rakyat (PR) dan rakyat Malaysia yang tidak gembira dengan keputusan pilihan raya.

"Kedua-dua perlu sedar bahawa mereka dibayar oleh pembayar cukai untuk menjalankan tugas utama mengurangkan jenayah, untuk melindungi keselamatan rakyat Malaysia, pelancong dan pelabur dan untuk menghapuskan perasaan takut terhadap jenayah yang menghantui rakyat Malaysia dalam negara ini, bukan mengabaikan tugas mereka dengan bermain politik dengan menggunakan kedudukan mereka," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim kemudiaan mencabar kedua-dua individu supaya menumpukan tanggungjawab mereka serta memberitahu kepada rakyat bagaimana mereka akan mengurangkan kadar jenayah, bukan dengan hanya bersikap sambil lewa dan pandai berpolitik sahaja.

"Kalau mereka banyak masa terluang, apa kata mereka cabar diri sendiri untuk membuang Johor Baru sebagai pusat jenayah dalam tempoh 12 bulan daripada sekarang.

"Adakah Khalid dan Zahid mampu mengumumkan perletakkan jawatan mereka kepada umum jika mereka gagal melakukannya untuk memastikan Johor Baru selamat dan terjaga semula?" kata Lim.

Menurut Lim lagi, kedua-dua mereka hanya sibuk bercakap tentang konspirasi mengguling kerajaan tetapi tidak pula melakukan siasatan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berbau perkauman walaupun banyak laporan polis telah dibuat, sebagai contohnya terhadap bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah.

"Mengapa pihak polis tidak mula siasatan ke atas ucapan hasutan dan perkauman yang dibuat kepada orang awam oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Abdullah pada Ahad lalu walaupun laporan polis telah dibuat?" soal Lim lagi.

Malah, akhbar milik Umno Mingguan Malaysia hari ini juga melaporkan bahawa Khalid memandang serius pendedahan bekas paib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, yang menuduh terdapat konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring.

"Individu yang membuat dakwaan pun tidak mempunyai integriti atau keberanian untuk membuat laporan polis, bagaimana Ketua Polis Negara boleh berkata akan memulakan siasatan ke atas tuduhan yang keterlaluan dan tidak berasas?" kata Lim lagi merujuk kepada Tunku Abdul Aziz.

Bulan lalu, media melaporkan pembunuhan dan percubaaan merompak terhadap wanita berumur 52 tahun Irene Ong di Bukit Gasing yang menyayat hati dan mendapat tumpuan orang ramai.

Putrajaya telah mengatakan dari 2009 hingga 2012, kadar jenayah kebangsaan menurun sebanyak 27 peratus sementara jenayah jalanan menurun sebanyak 39.7 peratus tetapi ramai pengundi wanita yang berjumlah separuh daripada keseluruhan pengundi.

Polis mengatakan kadar jenayah juga jatuh enam peratus untuk suku tahun pertama 2013 berbanding tempoh yang sama tahun lepas tetapi beberapa kumpulan mempertikaikan angka tersebut, mengatakan ianya telah diubah.

Pengerusi Pemantau jenayah MyWatch R. Sri Sanjeevan mengatakan Putrajaya dan polis hanya memberitahu jenayah adalah satu persepsi dalam tindak balas terhadap kebimbangan awam.

MyWatch menuduh polis Februari lalu mengubah statistik jenayah, mendakwa kes-kes ragut dan samun tanpa senjata api serta kecurian dan pecah rumah, adalah lebih tinggi daripada indeks jenayah diterbitkan dari Januari hingga Oktober 2011.
-TMI


Ulasan GB

Sekarang ini jawapannya!

Apabila Menteri KDN dan KPN asyik menumpukan hal-hal untuk menahan dan menangkap pemimpin politik dan pelajar, sedangkan penjenayah-penjenayah yang berleluasa tidak dititikberatkan, sekarang terkena batang hidung sendiri.... rumah-rumah kakak Muhyiddin dan adik KPN sendiri dirompak.

Itulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan apabila kedua-dua "pegawai tertinggi" sudah lari dari tanggungjwab utama mereka membenteras jenayah tetapi asyik menumpukan perhatian untuk menjaga kkeselamatan UMNO BN, maka bergembiralah penjenayah-penjenayah di seluruh negara.

Apatah lagi Menteri KDN yang masih bersifat kebudak-budakan dan melayani nafsu samsengnya untuk menghalau rakyat dari negara ini bagi mereka yang tidak bersetuju dengan sistem bilangan kerusi berbanding undi popular sedangkan "majoriti rakyat" (51%) sudahpun membuat pilihan memilih Pakatan Rakyat dan "minoriti rakyat"(47%) memilih BN. Apakah majoriti rakyat itu perlu berhijrah? Minoriti nak halau majoriti? Sudah hilang akalkah menteri itu?



Malaysia Milik Rakyat Malaysia, Mengapa Polis Tak Tangkap Pemimpin UMNO Yang Rasis?

Posted: 20 May 2013 05:23 AM PDT


Hentikan perkauman: Malaysia milik rakyat Malaysia bukan milik UMNO-BN

KUALA LUMPUR, 20 MEI: DAP mahu Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan mendesak agar pihak berkuasa bertegas menghentikan semua kenyataan dan tindakan pihak tertentu yang terus membakar sentimen perkauman.

Sentimen perkauman seolah-olah sengaja disemarakkan media kawalan UMNO hingga menjadi rentetan tuduhan emosional Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak yang melihat kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) pada PRU ke-13 lalu sebagai 'tsunami Cina'.

Selaras dengan gagasan 1Malaysia, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua dalam kenyataannya meminta agar Perdana Menteri menunjukkan keikhlasan perjuangan beliau dan bertanggungjawab terhadap apa jua tindak-tanduk yang boleh mengancam keharmonian negara.

"Perdana Menteri bercakap mengenai "perpaduan nasional" pada malam keputusan pilihan raya diumumkan tetapi apa yang kami saksikan sekarang ialah "perpaduan nasional yang semakin buruk" dan beliau sendiri seperti tidak mampu mengawalnya.

"Kami dapat lihat selepas itu bagaimana Utusan Malaysia menambah burukkan lagi keadaan dengan menyalahkan masyarakat Cina berikutan keputusan yang berlaku," ujar Pua.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, tajuk "Apa lagi Cina mahu?" pada muka depan Utusan Malaysia dan kenyataan Tun Mahathir yang mendakwa "Cina tolak salam persahabatan orang Melayu" memburukkan lagi keadaan.

"Sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun, kita tidak boleh menerima serangan Utusan Malaysia ke atas CEO AirAsiaX, Azran Othman yang menuduh beliau 'anti-Melayu', 'lupa asal usul' semata-mata disebabkan kenyataan beliau; "Saya rakyat Malaysia. Saya anti perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan".

"Kami berasa hairan dan terkejut bagaimana Utusan Malaysia tergamak mencerca mereka yang menentang perkauman," katanya.

Keadaan bertambah 'sakit' apabila media kawalan UMNO dan blogger mereka menyeru untuk memboikot "perniagaan orang Cina". Ini termasuk pertubuhan yang mempunyai hubungan dengan mereka seperti Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Apa yang lebih menyedihkan kata Pua adalah kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek yang berkata kerajaan tidak menyokong tindakan itu tetapi menyifatkan mereka mempunyai hak untuk membuat seruan boikot itu memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang bebas.

"Kita tak boleh nafikan bahawa sesiapa pun mempunyai hak peribadi, memilih untuk menjadi rasis tetapi menjadi tugas kerajaan menegur dan bertindak terhadap seruan sebegitu kerana ianya memang tidak sihat untuk perpaduan negara.

"Justeru kami di dalam PR-DAP menyeru seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai kesedaran dan waras untuk bersatu menentang semua ajakan, hasutan dan tindak-tanduk yang menyemarakkan api perkauman kerana kami semua adalah rakyat Malaysia," ujar Pua lagi.-Roketkini

Kenapa pemimpin Umno rasis tidak ditangkap?


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) mempersoal penangkapan yang dibuat oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli di bawah Akta Hasutan kelmarin.

Ketua Peneranganya Riduan Mohd Nor berkata, tindakan itu dilihat sebagai zalim dan berat sebelah terhadap rakyat Malaysia yang bersuara menentang kebobrokan perjalanan pilihan raya di Malaysia.

"Mengapa tiada tindakan diambil kepada akhbar Utusan Malaysia yang jelas dan terang membangkitkan sentimen perkauman terhadap bangsa Cina serta pemimpin-pemimpin Umno yang memusuhi komuniti itu ekoran penolakan komuniti Cina terhadap Barisan Nasional dalam PRU ke 13?

"Sebenarnya meniup api perkauman dalam komuniti berbilang bangsa di negara ini lebih berbahaya dari ucapan bersemangat Adam Adli. Malangnya PDRM hanya nampak kesalahan Adam Adli, sedangkan ucapan bersifat rasis yang boleh mengundang berbalahan kaum yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin negara mereka tidak nampak," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Riduan juga mahu Ketua Polis Negera yang baharu Tan Sri Khalid Abu Bakar memastikan polis bertindak profesional dalam menangani masalah keselamatan negara.

Katanya, Khalid perlu mengembalikan kepercayaan rakyat dengan bertindak betul terhadap isu-isu politik negara dan tidak hanya mengikut telunjuk pemimpin politik sehingga melanggar etika serta integriti pasukan keselamatan negara.

"Jika PDRM merasakan itu suatu hasutan dan menjejaskan demokrasi berparlimen, ketahuilah ratusan ribu malah berjuta rakyat Malaysia juga menyatakan perkara yang sama.

"Menangkap seorang Adam Adli tidak akan menghentikan kemarahan rakyat terhadap 'perlanggaran demokrasi' oleh SPR. Tangkaplah Adam Adli hari ini, kerana esok akan bangkit ratusan ribu lagi Adam Adli," katanya.

Tiada ulasan: