Isnin, 20 Mei 2013

Biaqpila

Biaqpila


DRAMA 100 HARI AKAN BERULANG

Posted: 20 May 2013 03:00 PM PDT


Program 100 hari Najib untuk yakinkan negara, pengkritik parti


KUALA LUMPUR, 20 Mei — Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengeluarkan program 100 hari untuk memenangi hati golongan yang ragu-ragu dengannya dan meyakinkan Umno beliau adalah terbaik untuk memimpin parti dan negara, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, meminjam idea dari pentadbiran Abdullah, kerajaan Najib juga akan bekerja untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam, mengurangkan jenayah dan rasuah, meningkatkan ketelusan dan mengukuhkan keharmonian antara etnik.

"Najib mahu mulakan dengan cepat, dia telah bertemu dengan penasihat tentang ini," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Dalam wawancara bersama Straits Times Singapura 10 hari lalu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga mengatakan program 100 hari Najib akan mempercepatkan program sedia ada untuk mengurangkan jenayah dan rasuah dan mengehadkan kos sara hidup.

"Ini adalah tiga isu utama yang menyebabkan undi bandar beralih," katanya dan menambah Najib akan terus memperbaiki sektor awam dan ekonomi dan mengembangkan kebebasan awam.

Sumber mengatakan Khairy yang kini menteri belia dan sukan dan menteri muda seperti Menteri Peracangan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan akan menjadi diantara yang akan memainkan peranan penting dalam program 100 hari.

Najib telah menamakan Kabinetnya minggu lalu, campuran veteran dan muka baru, untuk meneruskan program transformasi yang beliau mulakan empat tahun pertama semasa memegang jawatan perdana menteri.

Beliau membawa masuk presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad Datuk Seri Abdul Wahid Omar ke dalam Kabinet memantapkan pasukan ekonomi beliau.

Kempen Barisan Nasional (BN) Najib di atas platform "Negara Lebih Baik" pada pilihan raya umum 5 Mei, akan tetapi kalah lebih banyak kerusi Parlimen, hanya mendapat 133 berbanding 140 yang dimenangi pada Pilihan Raya 2008.

Walaupun Umno menang lebih kerusi dan gabungan itu merampas kembali Kedah, terdapat kritikan terhadap kempen BN dengan perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan beliau menjangakakan prestasi lebih baik.

Pandangan Dr Mahathir dilihat penting oleh kerana pemimpin veteran itu pernah mengkritik langkah penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menghentikan polisinya selepas menang besar dengan mandat 91 peratus pada pilihan raya 2004.

Kritikan Dr Mahathir menyebabkan BN kehilangan majoriti tradisi dua pertiga dalam Pilihan Raya 2008 dan empat negeri, menyebabkan Abdullah terpaksa meletakkan jawatan.

Apabila Abdullah mengambil alih jawatan perdana menteri pada 2003, beliau melancarkan program 100 hari berprofil tinggi menyaksikan permohonan passport lebih pantas dan tangkapan anti rasuah berprofil tinggi.

Pada Febuari 2004, bekas pegarah urusan Perwaja Steel Tan Sri Eric Chia dan Menteri Pembangunan Tanah Tan Sri Kasitah Gaddam ditangkap kerana rasuah.

Pada 13 Febuari 2004, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan sekurang-kurangnya 18 lagi kes rasuah berprofil tinggi menunggu untuk tindakan selanjutnya.

Akan tetapi tiada tangkapan seterusnya dan kedua-dua Eric Chia dan Kasitah dibebaskan daripada kes rasuah mereka.

Dr Mahathir juga melancarkan program 100 hari apabila menjadi perdana menteri pada 1981 dan mengembangkannya dalam manifesto BN "Bersih, Cekap dan Amanah" untuk pilihan raya 1982.

TMI

TERKINI!!! BUMBUNG MASJID RUNTUH DI KUALA BERANG

Posted: 20 May 2013 10:55 AM PDT

TERKINI!! GAMBAR RIBUAN RAKYAT BANTAH PENAHANAN ADAM ADLI DI BALAI POLIS JINJANG

Posted: 20 May 2013 09:05 AM PDT



Foto ini yang membuat pemimpin2 UMNO resah dan gelisah, majoriti yang datang menyokong perjuangan ADAM ADLI adalah orang2 Cina, Melayu dan India.... BERSATU KITA TEGUH !

!Ambiga assuring everyone the lawyers are doing all they can to help Adam Adli!





Semakin Ramai Orang Berhimpun Di Hadapan Balai Polis Jinjang Dan Memberi Sokongan Kepada Aktivis Pelajar Adam Adli Yang Telah Di Tahan Di Lokap Balai Polis Jinjang.....






 Kelihatan Peguam Datuk Ambiga Dan Bapa Kepada Adam Adli Di Hadapan Balai Polis Jinjang..





Pelbagai Lapisan Masyarakat Lapisan Umur & Kaum Berhimpun Berhampiran Balai Polis Jinjang Ketika Ini Bagi Menyatakan Solidariti Buat ADAM ADLI...





Pelbagai Lapisan Masyarakat Lapisan Umur & Kaum Berhimpun Berhampiran Balai Polis Jinjang Ketika Ini Bagi Menyatakan Solidariti Buat ADAM ADLI...

btmmari



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

GEMPAQ!!! PERIKSA DUIT RINGGIT ANDA SEKARANG

Posted: 20 May 2013 06:13 AM PDT

DEY MACHA!!!
SINDROM BANGLASIA MENULAR DI MALAYSIA
SELEPAS PRU 13 MELABUH TIRAINYA 2 MINGGU LEPAS
KINI SATU KAJIAN DIBUAT TERHADAP RINGGIT MALAYSIA
DALAM RINGGIT MALAYSIA ADA BANGLASIA
KAH! KAH! KAH!








NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

RAFIZI CABAR KJ PASAI PENGUNDI HANTU DI REMBAU

Posted: 20 May 2013 12:21 AM PDT


Rafizi cabar KJ nafi ada pengundi hantu di Rembau


PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mencabar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin supaya menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbang kepada kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Cabaran itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada lapan pengundi yang tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang daripada membuang undi apabila orang lain telah mengundi menggunakan nama mereka.

Salah seorang daripadanya ialah pengundi di kawasan Ahli Parlimen Rembau itu iaitu Mohd Khir Shaari membuktikan bahawa wujud kad pengenalan palsu yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Malaysia (JPN) yang telah diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi hantu.

"Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca daripada daftar pengundi yang tidak bersih.

"Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan JPN.

"Kehadiran pengundi hantu membawa impak besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integriti keputusan PRU13," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PK, di sini, hari ini.

Rafizi yang mengetuai pasukan siasatan penipuan dalam PRU13 (#SiasatPRU13) pada 13 Mei lalu mendedahkan sebanyak 237 aduan diterima daripada pengundi mengenai penyelewengan itu.

Katanya pasukan itu akan mengadakan sidang media yang kerap iaitu tiga kali seminggu untuk mendedahkan bukti penipuan itu kepada rakyat menerusi media massa.

"Selain bukti-bukti yang ditunjukkan, #SiasatPRU13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk tampil memberikan keterangan," katanya.

Pada masa ini, pihaknya dihadiri oleh lapan pengundi yang tampil mendedahkan penipuan pilihan raya yang melibatkan pengundi hantu.

Antaranya ialah Kamarulzaman Md Adnan dari Parlimen Sungai Petani; Mohd Khir Shaari dari Parlimen Rembau; Mohd Razmi Khalid dari Parlimen Kuala Selangor; Nor A'risah Ab Yamin dan Lee Hou Cyang dari Parlimen Serdang; Zaripah Abdul Halim dari Parlimen Kemaman; Sairah Jusoh dari Parlimen Tumpat dan Mohamad Khairul Azhar Yang Ali dari Parlimen Shah Alam.

Dalam pada itu, katanya #SiasatPRU13 sedang mendapatkan persetujuan daripada lapan pengundi terbabit untuk membuat Akuan Bersumpah mengenai kejadian itu bagi mengukuhkan bukti yang ada.

Sementara itu, mengulas lanjut amaran Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang tidak membenar mana-mana stadium di negeri itu untuk dijadikan sebagai lokasi perhimpunan Blackout 505, tegas Rafizi sikap anak bekas perdana menteri itu jauh kebelakang daripada suasana politik pada hari ini.

Katanya Mukhriz tidak wajar menghalang dan menafikan hak rakyat berhimpun secara aman serta bersuara sebaliknya amaran itu tidak sesekali menghalang daripada pihaknya meneruskan perhimpunan itu.

"Kita serahkan kepada penganjur himpunan di Kedah, Datuk Mahfuz Omar, saya yakin beliau ada rancangan tersendiri dan lokasi yang sesuai walapun terpaksa tukar lokasi di saat akhir.

"Malah jika nak dibuat himpunan itu di depan rumah Pesuruhjaya Pas Kedah itu pun saya rasa beliau tiada masalah," katanya.


SH



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

ALAMAK!!! DEPA BERANI KAT TV JE...

Posted: 19 May 2013 10:46 PM PDT





Tempoh hari Ahmad Maslan mencabar Pakatan Rakyat menjemput SPR menjawab dakwaan penipuan pilihan raya, tetapi pd 16 mei , hari selasa lepas Pakatan Rakyat mengadakan satu forum dan telah menjemput pengrusi SPR ,Tan Sri Abdul Aziz Mohd.Yusof tetapi beliau gagal hadir ke forum tersebut...

Take Note !!! : Jikalau benar SPR tidak tipu, bersih dan adil, SPR harus berani hadir bersemuka dengan pemimpin Pakatan Rakyat dan memberi penerangan kpd org ramai yg hadir ke forum tersebut...

Jgn hanya berani di depan tv atau di akhbar2 milik umno tanpa ada sesi soal jawab dari PR dan rakyat sendiri... Rakyat mahukan kebenaran dan keadilan...Kalau pengerusi SPR sendiri tidak hadir,ini bermakna,SPR benar2 tidak telus ,adil dan tipu rakyat setiap kali adanya pilihan raya... Pepatah mengatakan,berani kerana benar,takot kerana salah.... Anda sendiri yg menilainya..



btmmari



NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?


P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

RAFIZI DEDAH FAKTA KENAPA PAKATAN DAKWA MENANG PRU 13

Posted: 19 May 2013 07:00 PM PDT





Ini adalah rakaman video forum "Fakta Sebenar Pakatan Rakyat Menang PRU13″ yang telah berlangsung di Dome, Komtar, Pulau Pinang pada 16 Mei 2013 yang lalu dan ianya telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Forum ini yang menampilkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, beliau telah membentangkan statistik dan hujah-hujah yang menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat telah pun memenangi PRU13 baru-baru ini.

Sebelum itu lihat dulu apa cerita Guan Eng mengenai rasuah pembelian undi DUN Ayer Putih yang dilakukan secara terang-terang oleh ejen-ejen BN..





Dan ini adalah video pendedahan oleh Rafizi Ramli.. 




darisungaiderhaka


NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?


P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

Tiada ulasan: