Kelab Greenboc |
- Bagitahu Muhyiddin Yang Sibuk Tentang K'tan: Johor Dah Nak Tumbang!
- 5 Mei Undi, 6 Mei Bentuk Kerajaan, 7 Mei Turun Harga Minyak!
- [GEMPAR] Blogger Milo Suam Ditahan Kerana Laporkan Maklumat FB PDRM Sendiri!
- [BERGAMBAR] Seluruh Negara Mengharapkan Detik Bersejarah 05.05.13
- [BERGAMBAR] Ali Rustam Dikhianati Penyokong Sendiri, Lepas Makan Orang Cabut Lari
- Gambar Terbaik: Hubungan Sultan & MB Kelantan Yang Akrab
Bagitahu Muhyiddin Yang Sibuk Tentang K'tan: Johor Dah Nak Tumbang! Posted: 02 May 2013 12:28 AM PDT Rangkuman gambar ceramah Pakatan Rakyat di sekitar Johor, negeri kelahiran UMNO. Sambutan diberikan amat menggerunkan UMNO sekali, kerana Johor sudah dilihat bukan lagi negeri selamat dan paling kuat untuk UMNO. Mood rakyat ialah Johor sebagai salah satu penyumbang besar kepada kejatuhan kerajaan korup UMNO/BN pimpinan Najib Razak diperingkat pusat. Ramalan para pemimpin UMNO/BN yang UMNO/BN akan menang di Johor dengan penuh bergaya sudah tidak lagi boleh dipercaya. Tidak mustahil dan menghairankan jika Pakatan Rakyat memerintah Johor jika mood rakyat ini diambil kira.. Ayuh!!! rakyat Johor bersama-sama dengan rakyat mau melakukan perubahan...PRU 13 ini adalah peluang terbaik...Peluang terbaik bukan datang selalu. INI KALI LAH TUKAR.....JOM UBAH....SELAMATKAN MALAYSIA. -omakkau
|
5 Mei Undi, 6 Mei Bentuk Kerajaan, 7 Mei Turun Harga Minyak! Posted: 01 May 2013 10:34 PM PDT Rakyat Malaysia bakal merasai penurunan harga minyak kenderaan dalam masa lima hari lagi dari sekarang jika Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah Malaysia kata, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifudin Nasution Ismail. "5 Mei kita mengundi, 6 Mei kita tubuh kerajaan baru, 7 Mei kita dapat harga minyak yang baru, insya Allah," kata Saifudin. Masa sudah tiba ujarnya, untuk rakyat buat perubahan ke arah yang lebih bebas tidak terkongkong dengan bebanan kenaikan harga barangan selepas ini terutamanya harga petrolium yang makin meninggi. "Pakatan Rakyat tak janji kosong. Dah tak sampai seminggu ia akan jadi kenyataan. Berilah sokongan padu untuk melihat segala-galanya," jelasnya yang juga calon Parlimen Kulim Bandar Baru, Kedah. Tegas beliau lagi, selepas sahaja diistiharkan Pakatan Rakyat menang keesokan bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengunjungi Istana Negara bertemu Yang Dipertuan Agung kemudian balik ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk berucap sebagai Perdana Menteri yang ke tujuh serta mengumumkan penurunan harga minyak serta merta. Kepada sesiapa yang hendak menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah itu di Kuala Lumpur, masih kena bayar tol seperti biasa bila ke Kuala Lumpur. Selang beberapa hari selepas pembentukan kabinet kerajaan Pakatan Rakyat barulah apa yang dijanjikan termasuk tol lebuhraya, Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya akan diumumkan. "Selepas itu rakyat barulah merasai keamanan, kebebasan dan keharmonian hidup dalam sebuah negara yang merdeka," katanya. Menyentuh mengenai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail yang melebelkan dirinya sendiri sebagai calon paling bersih diposternya Saifudin menyifatkan, ia mengambaran keangkuhan sedangkan para ulamak yang muktabar pun masih merendah diri tidak sombong dan angkuh. Adakah calon paling bersih itu jika menang berani tegur pimpinan Umno dan BN atau duduk diam membisu. "Calon BN angap dirinya bersih..masuk bakul angkat sendiri. Bila sudah berada dalam 'tong najis' mana boleh bersih lagi melainkan mandi, sabun dan tukar pakaian baru jadi bersih sebersih bersihnya," terang beliau. |
[GEMPAR] Blogger Milo Suam Ditahan Kerana Laporkan Maklumat FB PDRM Sendiri! Posted: 01 May 2013 08:01 PM PDT Seorang bloger PR, Milo Suam dilaporkan telah ditahan pihak polis malam tadi dan kini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Polis berkata blog Milo Suam memfitnah pegawainya pasal mengundi 23 March lalu.. Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata pemilik blog Milo Suam didapati menyebar maklumat tidak benar dengan mendakwa anggota PDRM mengundi lebih awal. Syed Ismail Syed Azizan berkata unit RMP-IMAP bekerjasama dengan semua jabatan di PDRM untuk menangkis dakwaan yang boleh mencemarkan imej PDRM mempunyai anggota yang bertugas 24 jam bagi memantau dan mengesan maklumat tidak benar yang disebar di Internet. Jap jap Datuk.. Milosuam mendedahkan pasal Anggota Polis mengundi 23 April lalu. So rasanya sama la dengan PENGAKUAN yg tertulis dalam facebook rasmi PDRM sendiri kan? Bukan nak backup Milosuam x tentu pasal tapi ini FAKTA yang PDRM keluarkan sendiri.. Datuk check tak laman facebook rasmi PDRM juga mengesahkan bahawa anggota polis telah mula mengundi pada 23 April 2013. Lihat printscreen tu. Taknak soal siasat sekali ke ADMIN FACEBOOK RASMI PDRM tu? Printscreen ini diambil pada 1.38am (baru kejap tadi) Klik untuk lebih jelas Adakah penahanan Blogger Milosuam sebenarnya berunsur politik? Jika benar dia melakukan kesalahan menyebar fitnah, bagaimana pula dengan PapaGomo dan rakan2 blogger pro UMNO? Jangan ketepikan amanah tugas demi melindungi kebathilan, balasan Allah berat.. -orenji
|
[BERGAMBAR] Seluruh Negara Mengharapkan Detik Bersejarah 05.05.13 Posted: 01 May 2013 05:05 PM PDT Pakatan tak cukup wang untuk mendirikan khemah, memberi makan free dan elaun untuk datang ke ceramah. Tetapi gambar-gambar seperti inilah, yang memberi kita harapan... INI KALILAH! RAKYAT : kami bukan nak makan, elaun, dan NAIK bas free, kami mahukan pemimpin yang boleh menyelamat kan rakyat dan Negara.... 5 Mei 2013 .... Pakatan Rakyat bakal mencipta sejarah baru di Malaysia, menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan baru. Itulah harapan rakyat Malaysia. |
[BERGAMBAR] Ali Rustam Dikhianati Penyokong Sendiri, Lepas Makan Orang Cabut Lari Posted: 01 May 2013 08:17 AM PDT Rupa-rupanya rakyat Melaka datang ke ceramah anjuran UMNO/BN sekadar nak makan free jer... lepas makan akan terus cabut lari tinggalkan majlis. Insiden ini berlaku menimpa juga keatas Ali Rustam apabila beliau dikatakan terlambat datang ke-satu tempat ceramah yang beliau di jadualkan memberikan ucapan di Taman Ozana Impian, Melaka malam tadi. Ikut aturcara program beliau sepatutnya hadir jam 9.00 mlm namun setelah menunggu hampir 1 jam para hadirin yang kelaparan terus menjamu selera yang disediakan di bahagian belakang khemah. Selesai saja makan, mereka terus angkat kaki balik kerumah. Apabila Ali Rustam tiba lebih kurang 20 minit kemudiannya, khemah sudah hampir kosong.. Beliau hanya berikan ucapan tak sampai pun 5 minit kerana sudah hilang semangat. Sudah pasti dirinya terasa bahawa sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Melaka selama ini kepada dirinya dan kerajaan UMNO/BN adalah palsu belaka. Masih nak mendabik dada kata Melaka adalah kubu terkuat UMNO? -omakkau |
Gambar Terbaik: Hubungan Sultan & MB Kelantan Yang Akrab Posted: 01 May 2013 05:31 AM PDT Tuanku al-Sultan Kelantan melawat Menteri Besar Kelantan dirumah beliau, Pulau Melaka Kota Bharu. Jika 20 tahun dulu, ramai golongan anti-Kelantan yang mempersoal kenapa negeri Kelantan perlu digelar Negeri Serambi Mekah. Mungkin gambar ini boleh menjelaskan kenapa Kelantan perlu dicemburui oleh sesiapa sahaja. Baik dari segi rakyatnya, pemimpinya mahupun Sultannya. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan