Kerabu Bersuara ® |
- Reaksi Husam Musa Berkaitan Penguguran Beliau Dalam Jawatan Exco
- Mahathir Mula Kritik Najib!
- Tok Pa Salahkan Pengundi Luar Kelantan Menyebabkan Umno Kalah
- Jawapan Kepada Utusan Malaysia
- Sidang Media Dato Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar Kelantan Yang Baru
- Blogger King Jason Yang Mendedahkan Isu Bangla Ditahan
- MB Dan Exco Baru Negeri Kelantan Mengunjungi TG Nik Aziz
Reaksi Husam Musa Berkaitan Penguguran Beliau Dalam Jawatan Exco Posted: 07 May 2013 02:54 PM PDT |
Posted: 07 May 2013 04:25 AM PDT Dr M tak sangka prestasi Najib teruk dari Pak Lah Ram Anan Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa beliau tidak menjangka prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pilihan raya umum ke-13 akan lebih teruk daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008. NONEMahathir, yang lantang mengkritik pentadbiran Pak Lah, berkata beliau menjangka presati Najib, sekurang-kurangnya lebih baik daripada Abdullah, yang mengetuai BN menguasai 140 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 2004. Najib, walaupun sebelum PRU13 menjanjikan Umno dan penyokong BN kemenangan majoriti dua pertiga, hanya mampu menerajui gabungan itu memenangi 133 kerusi Parlimen - kurang tujuh kerusi berbanding dengan pencapaian Abdullah pada 2008. Mahathir (kiri) berkata, Najib mungkin menghadapi kritikan dari dalam Umno. Sudah tentu, tambahnya orang akan mempersoalkan keupayaan dan strategi Najib. Di segi perlembagaan, kata Mahathir, Najib kekal sebagai ketua kerajaan selagi Umno menyokong. Mahathir berkata beliau juga berkempen untuk pentadbiran Najib, dengan harapan pencapaian mereka akan lebih baik daripada 2008, walaupun beliau tidak menjangka BN mampu memperolehi majoriti dua pertiga. Beliau mengingatkan bahawa BN harus belajar daripada kesilapan dalam PRU13 dalam berdepan dengan pilihan raya yang akan datang. Katanya, keadaan boleh menjadi lebih buruk jika BN tidak belajar daripada kesilapan tersebut. Beliau juga ditanya mengenai tanggapan DAP bekerjasama dengan BN untuk mewakili kaum Cina dalam kerajaan kerana MCA telah membuat keputusan untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan. Katanya, ia terpulang kepada Umno dan DAP, sama ada mereka mahu mengambil bahagian dalam kerajaan. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak fikir DAP akan akan berbuat demikian kerana parti itu sentiasa menonjol MCA sebagai "budak suruhan" Umno, dan DAP akan dianggap sama seperti itu jika ia bersama dengan BN. Sebaliknya, dakwa Mahathir, DAP adalah sebuah parti yang sentiasa mahu berada dalam kedudukan mendominasi. |
Tok Pa Salahkan Pengundi Luar Kelantan Menyebabkan Umno Kalah Posted: 07 May 2013 02:06 AM PDT Pengundi luar dan taksub punca BN masih gagal tawan Kelantan - Mustapa KUALA LUMPUR: Pengundi luar dan taksub kepada fatwa yang tidak masuk akal antara faktor Barisan Nasional (BN) masih gagal dalam usaha menawan semula Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Ahad lalu. Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata bagaimanapun BN Kelantan akan melakukan bedah siasat mengenai prestasinya pada pilihan raya itu, bagi memastikan gabungan tersebut kekal relevan di Kelantan. Isu agama yang dibawa pihak lawan masih memberi impak yang hebat kepada pengundi dan mereka taksub dengan fatwa yang jelas tidak masuk akal. Selain itu, ramai anak Kelantan yang merantau balik mengundi dan menyokong mereka, katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat khas Perdana Menteri bersama Ahli Parlimen BN, di sini hari ini. Mustapa yang berjaya mempertahankan kawasan Parlimen Jeli dengan majoriti meningkat selain merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas daripada PAS, turut berterima kasih kepada rakyat di Kelantan yang mengundi BN kali ini. PAS yang meneraju Kelantan sejak 1990 hilang lima kerusi DUN kepada BN pada pilihan raya umum kali ini. Mereka hanya menguasai 32 daripada 45 kerusi DUN yang dipertandingkan berbanding 38 pada 2008. (Pada 2010, PAS hilang kerusi DUN Galas kepada BN menerusi pilihan raya kecil). BN pula menang 12 kerusi berbanding hanya enam pada 2008. Satu lagi kerusi dimenangi PKR. - BERNAMA |
Jawapan Kepada Utusan Malaysia Posted: 07 May 2013 01:39 AM PDT Iktibar daripada Penciptaan Manusia "...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." - Surah Al-Baqarah: Ayat 255 Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang Maha Agung. Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, manusia ialah makhluk yang mempunyai akal budi. Jika diperincikan lagi maksudnya, akal daripada aspek manusia bermaksud dapat berfikir, manakala budi pula bermaksud kebijaksanaan. Jadi bolehlah dirumuskan secara ringkas dan umum daripada segi bahasa, bahawa manusia itu adalah makhluk yang dapat berfikir dengan bijaksana. Penciptaan Manusia Dalam Al-Quran telah diterangkan mengenai asal penciptaan manusia yang bermula daripada tanah (Nabi Adam a.s.) kemudian seterusnya seperti mana firman Allah s.w.t.: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu sari pati (berasal) daripada tanah. Kemudian Kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik." - Surah Al-Mu'minun: Ayat 12-14 Perlu diingat bahawa asal penciptaan manusia di dalam Al-Quran bukanlah sebuah teori atau sangka-sangka manusia. Ini adalah hakikat penciptaan manusia yang sebenar oleh Allah yang Maha Pencipta dengan sebaik-baik ciptaan-Nya. Malahan Allah yang Maha Agung juga mampu mencipta sesuatu yang lebih baik dari manusia. "Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." - Surah Al-Mu'min: Ayat 57 Maka mengapa manusia perlu sombong? Sombong dalam segala aspek kehidupan, daripada segi hartanya, keluarganya, pangkat dan kekuasaannya dan ilmunya. Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia daripada tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya daripada saripati air yang hina. Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur." - Surah As-Sajadah: Ayat 7-9 Sekiranya manusia merasakan dirinya hebat dengan adanya pangkat dan kekuasaan, sila perhatikan daripada apa ia diciptakan? Bukankah sperma melalui zakar yang berkongsi dengan air kencing? Manusia berkongsi tempat dengan saluran najis kencing, hinakah manusia? Tidak kira siapa pun juga, Presiden Amerika, Russia, China mahupun Sultan, Perdana Menteri hatta para Nabi a.s. sekalipun melalui proses yang sama kecuali Nabi Adam a.s., Hawa dan Nabi Isa a.s. Akan tetapi, Allah yang Maha Agung telah mengangkat manusia menjadi makhluk yang mulia dan memberi gelaran yang terbaik. Pangkat yang terbaik dan mengatasi segala gelaran atau pangkat yang diberikan oleh manusia. Pangkat dan gelaran terbaik itu selain para Nabi dan Rasul, adalah Muslim dan kemuliaan yang paling mulia adalah manusia yang paling bertakwa di sisi Allah yang Maha Agung. Perlu diingat, manusia tidak dapat mengatasi ketakwaan para Nabi dan Rasul kerana mereka adalah maksum. "...Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - Al-Hujuraat: Ayat 13 Tujuan Manusia Diciptakan "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." - Surah Al-Baqarah: Ayat 30 Dalam ayat di atas diterangkan tujuan manusia diciptakan adalah untuk dijadikan khalifah di muka bumi. Dalam tafsir Ibn Katsir, ayat "menjadikan seorang khalifah" bukan sahaja bermaksud untuk melantik pemimpin dalam kalangan manusia, malahan Allah berkehendak melantik para Nabi dan Rasul. Selain itu, Allah juga berkehendak menjadikan di antara manusia itu para syuhada, orang-orang soleh, wali-wali, ulama-ulama dan secara umumnya orang yang mencintai Allah serta orang-orang yang mengikuti para rasul-Nya. Apa yang paling utama adalah Allah yang Maha Penyayang mahu memberi kenikmatan syurga kepada hamba-Nya yang ingin menikmati syurga. Jadi, adakah kita benar-benar menepati tujuan kita diciptakan? Adakah kita benar-benar mencintai Allah yang Maha Agung dan mengikuti apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.? Adakah kita benar-benar mahukan nikmat syurga? "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." - Surah Adz-Dzariyat: Ayat 56 Dalam ayat di atas, Allah secara jelas menerangkan tujuan penciptaan jin dan manusia, iaitu untuk menyembah-Nya. Tidak boleh dipersoalkan lagi. Mengikut Ibn Abas r.a., tidak diciptakan mereka (jin dan manusia) itu, kecuali untuk tunduk (patuh) beribadah kepada Allah secara sukarela atau terpaksa. Dalam tafsir Ibn Katsir juga menerangkan sedemikian dan ditambah, manusia disuruh beribadah kepada-Nya dan bukan kerana Aku (Allah yang Maha Tinggi) memerlukan mereka (manusia). Jadi, adakah kita benar-benar memerlukan Allah atau kita memerlukan selain-Nya? Adakah kita lebih memerlukan pangkat, harta dan segala jenis keindahan di dunia melebihi rahmat dan penjagaan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang? "Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)?" - Surah Al-Qiyaamah : Ayat 36 "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis mani yang bercampur, yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat." - Surah Al-Insaan: Ayat 2 Manusia diberi ujian berupa tanggungjawab melaksanakan perintah dan menjauhi larangan di bumi sebelum diadili di akhirat, iaitu penentu sama ada masuk syurga atau neraka. "Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" - Surah Al-Mu'minuun: Ayat 115 Penciptaan Anggota Badan "Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu." - Surah Al-Infithaar: Ayat 7-8 Allah yang Maha Penyayang telah menciptakan manusia dengan tubuh badan yang sempurna, seimbang dan rupa yang menarik. Malah keupayaan berfikir otak termasuk bahasa dan percakapan juga telah sempurna semenjak penciptaan Nabi Adam a.s. "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." - Surah Al-Tin: Ayat 4 Anggota badan telah diletakkan sesuai pada tempatnya dan mudah digunakan. Jari-jari yang fleksibel, mata yang dilengkapi alis mata dan semua penciptaan asal dari Allah telah sempurna dan sesuai pada tempatnya. Samakah penciptaan anggota tiruan manusia dengan penciptaan original oleh Allah yang Maha Agung? Manakah yang lebih baik antara tangan tiruan ciptaan manusia dengan tangan original ciptaan Allah? Jawapan: Tentulah yang original. Manakah yang lebih baik antara kaki tiruan ciptaan manusia dengan kaki original ciptaan Allah? Jawapan: Tentulah yang original. Manakah yang lebih baik antara pendengaran (telinga) dan penglihatan (mata) tiruan ciptaan manusia dengan mata dan telinga original ciptaan Allah? Jawapan: Tentulah yang original. Manakah yang lebih baik antara hukum tiruan ciptaan manusia dengan hukum original (Al-Quran) ciptaan Allah? Jawapan: Jawablah dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Nikmat manakah yang hendak kita dustakan lagi? Persoalan Antara Sifat-Sifat Semula jadi Manusia 01.Mengakui Kewujudan Tuhan Semua manusia telah diciptakan oleh Allah berada dalam keadaan mengakui akan kewujudan yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu sama ada secara sedar atau tidak. "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui..." - Surah Ar-Ruum: Ayat 30 Disebabkan oleh manusia sudah fitrahnya (fitrah disini bermaksud pembawaan atau sifat-sifat semulajadi) mengakui akan kewujudan Tuhan, maka manusia perlu mencari bagaimana memohon (mengadu nasib, melepaskan diri dari kesulitan dan sebagainya) kepada Tuhan. Maka diutuskan para Rasul untuk memberi penjelasan kepada manusia mengenai Tuhan yang wajib disembah dan sebenar-benar tempat bermohon, iaitu hanya menyembah Allah yang Maha Esa dan tidak mensyirikkannya (agama tauhid). Oleh sebab itu, wajiblah bagi manusia untuk menuntut ilmu. Ilmu yang diajarkan oleh para Nabi dan Rasul supaya tetap di jalan agama Allah yang lurus dan tidak terjerumus dalam kesyirikan dan melanggar fitrah yang ditetapkan oleh Allah yang Maha Agung. Perumpamaannya, seperti fitrah bumi dan bulan yang beredar dalam orbitnya. Andai kata bumi dan bulan melanggar sifat semulajadinya, pasti hancur keduanya berlanggar sesama sendiri. Begitu juga manusia, jika melanggar fitrahnya, maka porak perandalah sistem kehidupan. 02.Dorongan Fisiologi Dorongan fisiologi disini bermaksud pentadbiran sistem badan tanpa sedar atau tanpa perlu berfikir dan tanpa kehendak. Ini adalah salah satu nikmat terbesar daripada Allah dan sangat diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan dan mengembangkan populasi manusia di muka bumi. Sesungguhnya Allah Maha Teliti ciptaan-Nya. "Musa berkata: Tuhan kami ialah (Tuhan) yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberinya petunjuk." - Surah Thaahaa: Ayat 50 a. Contohnya, perjalanan sperma, jantung yang berdegup, kefungsian buah pinggang, kelenjar pituitari, sistem pernafasan dan pelbagai lagi nikmat yang dikurniakan kepada manusia secara semulajadi tanpa manusia perlu berfikir untuk melakukan itu semua. Persoalannya, berapa ramaikah di antara manusia pernah bersyukur akan nikmat jantung, buah pinggang, hormon dan pelbagai lagi nikmat-Nya? Pernahkah walau sekali ketika selepas solat kita berdoa agar Allah yang Maha Penyayang mengekalkan nikmat mata yang berkelip, jantung yang berdegup atau sekurang-kurangnya mengucapkan syukur atas nikmat yang tidak terhingga ini? b. Termasuk dalam dorongan fisiologi adalah nafsu. Nafsu bermaksud dorongan hati atau keinginan yang kuat. Kadangkala kita juga memerlukan kehendak, contohnya apabila lapar, perut perlu diisi. Maksudnya kita tidak perlu berfikir samada perlu lapar atau tidak. Ia berlaku secara semulajadi. "(Nabi Yusuf a.s berkata) Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - Surah Yusuf: Ayat 53 Ini bermaksud nafsu itu adalah rahmat dan nikmat kepada manusia, tetapi dorongan hati yang kuat untuk melakukan kemaksiatanlah antara punca kejahatan dan ia dipanggil hawa nafsu. Apa yang paling penting adalah, manusia perlu mengenal dan memahami perbezaan nafsu dan hawa nafsu dan bukan memeranginya, tetapi mengendalikannya kerana ia sebahagian daripada fitrah manusia. Bagaimana mungkin kita memerangi fitrah Allah yang Maha Pencipta segala sesuatu? Ciptaan Allah yang Maha Agung adalah sempurna dan tiada kekurangan sebesar zarah sekalipun; mahupun yang lebih kecil daripada itu. Setelah menciptakan, Dia tidak pula membiarkannya begitu sahaja seperti di dalam ayat di bawah: "Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, dan bulan apabila mengiringinya, dan siang apabila menampakkannya, dan malam apabila menutupinya (gelap-gelita) dan langit serta pembinaannya, dan bumi serta penghamparannya, dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya." - Surah Asy-Syams: Ayat 1-10 Oleh sebab manusia diberikan nafsu, maka diilhamkan kepada manusia jalan kefasikan dan ketakwaan. Maksudnya dalam tafsir Ibn Katsir adalah 'diberi kefahaman kepada manusia mengenai jalan kebaikan dan keburukan'. Jadi, manusialah yang memilih mahu berbuat kebaikan atau keburukan berdasarkan tahap pengendalian nafsunya. Sumpah Allah yang Maha Agung dalam ayat di atas dimulakan dengan penciptaan yang lebih besar daripada penciptaan manusia, iaitu penciptaan alam semesta serta penciptaan langit dan bumi serta memberi peringatan kepada manusia bahawa segala sesuatu adalah ciptaan Allah yang Maha Agung termasuk jalan kefasikan dan ketakwaan. Sila perhatikan akhir Surah Asy-Syams bagaimana orang yang cenderung mengikut hawa nafsu mengakhiri hidupnya. 03.Dorongan Kerohanian atau Spiritual "Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat." - Surah Al-Baqarah: Ayat 265 Manusia fitrahnya menyukai kebaikan, ketenteraman, rasa kasih sayang, hatta penganiaya, perompak atau orang yang zalim seumpamanya juga mahukan kebaikan, kasih sayang dan suasana yang harmoni. Contohnya, seorang pencuri akan berasa marah bila barangannya sendiri dicuri atau peragut juga akan berasa marah jika dia sendiri diragut serta penjajah juga akan berasa marah bila negaranya sendiri dijajah. Ini adalah fitrah manusia yang sentiasa inginkan kebaikan. Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 265 di atas diterangkan, manusia yang membelanjakan hartanya di jalan Allah yang Maha Agung dan benar-benar yakin akan pahala amal perbuatannya itu (Rujukan Ibn Katsir). Daripada aspek lain, manusia berusaha memenuhkan atau memuaskan keperluan rohaninya dengan cara berbuat perkara-perkara kebaikan. Persoalannya, jika manusia secara semulajadi inginkan kebaikan, mengapa ramai manusia yang berbuat kejahatan? Apakah yang memperdayakan manusia sehingga derhaka kepada Allah yang Maha Tinggi? Jawapan : Ini disebabkan manusia terpedaya dengan hasutan syaitan yang memang membenci dan bersumpah untuk menyesatkan semua manusia. Manusia juga gagal melawan hasutan syaitan kerana kegagalan mengendali hawa nafsunya dan kegagalan mengendali hawa nafsu pula disebabkan tiada ilmu (Rujuk artikel Tipu Daya Iblis Zaman Ini dan Tujuan Menuntut Ilmu). Antara Sikap dan Perangai Manusia 1. Tergesa-gesa "Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera." - Surah Al-Anbiyaa': Ayat 37 Manusia bersifat tergesa-gesa dalam pelbagai urusan harian termasuk juga dalam hal keagamaan. Contohnya dalam berdoa, solat dan lain-lain. 2. Berselisih Pendapat "Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Kalau tidaklah kerana suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu, pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu." - Surah Yunus: Ayat 19 Berselisih pendapat dan kepelbagaian pendapat mempunyai maksud yang berbeza. Berselisih pendapat bermaksud bersengketa atau tiada muafakat serta berpecah belah. Manakala kepelbagaian pendapat bermaksud berbagai-bagai atau bermacam cara. Contohnya, kepelbagaian pendapat para sahabat radiyallahu anh dan para ulama mazhab terdahulu adalah berdasarkan pemahaman mereka dalam Al-Quran dan Hadis dan semua pendapat mereka adalah benar. "Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri..." - Surah Al Baqarah: Ayat 213 Tetapi, bukankah Allah yang Maha Agung yang menciptakan jalan kefasikan dan ketakwaan? Mengapakah Allah yang Maha Agung mencipta perselisihan pada hamba-Nya? Perlu diingat segala perkara yang manusia gelar sebagai kebaikan mahupun keburukan adalah datang dari Allah yang Maha Agung, kebaikan adalah rahmat-Nya, keburukan juga rahmat-Nya sebagai ujian pada manusia, seperti dalam, "...Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu, dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka (iaitu orang yang bersepakat membuat hukum sendiri dan meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah)." - Surah Al-Maa'idah: Ayat 48-49 Ayat di atas juga adalah satu perintah agar tetap berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah dan tidak membuat keputusan berdasarkan logik yang terdorong oleh hawa nafsu semata-mata terutama mengenai prinsip-prinsip Islam termasuk dari segi struktur pemerintahan, perundangan, pendidikan, sistem kemasyarakatan, ekonomi dan kerohanian. Kecacatan salah satu dari sistem tersebut bermakna keruntuhan tamadun atau khilafah Islam. Ini bermakna, salah satu cara asas dan umum bagi mewujudkan kembali khilafah Islam dan menyatukan umat Islam adalah dengan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan sebenar-benar pemahaman (pemahaman sahabat r.a., tabiin dan tabiut tabiin), bukan pemahaman sendiri dan logik akal semata-mata, malah agama tidak didasari dengan logik sepenuhnya kerana akal manusia terbatas. 04.Zalim dan Bodoh "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh..." - Al Ahzab: Ayat 72 Amanat seperti ayat di atas mengikut Tafsir Ibnu 'Abbas r.a bermaksud ketaatan atau perintah dan larangan. Sebelum ditawarkan kepada Nabi Adam a.s, ditawarkan kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi ditolak kerana takut melanggar perintah Allah yang Maha Agung. Setelah itu Allah yang Maha Agung menawarkan kepada Nabi Adam a.s dan diterima oleh Nabi Adam a.s. Firman-Nya kepada Nabi Adam a.s,'Jika engkau berbuat baik, engkau diberi balasan, jika berbuat buruk, engkau akan disiksa.' - Rujukan tafsir Ibn Katsir. Maksud manusia menjadi zalim dan bodoh kerana setelah tahu wujudnya syurga dan neraka, mereka tetap mahu mencari jalan menuju ke neraka dan setelah nampak kebenaran mereka memilih kesesatan. Mohon semoga Allah yang Maha Penyayang melindungi kita dari azab api neraka. Hanya kepada Allah yang Maha Penyayang kita mohon pertolongan. 05.Mengeluh dan Kikir "Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir." - Surah Al-Ma'aarij: Ayat 19 Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, "Seburuk-buruk perangai yang ada pada seseorang ialah sifat bakhil lagi gelisah dan sifat pengecut lagi pasif." Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud, dinukil daripada tafsir Al-Munir. Sebenarnya terlalu banyak untuk diterangkan mengenai sikap dan perangai manusia serta sifatnya seperti lemah, lalai, dengki, berbantah-bantah dan sebagainya. Manakala sikap dan perangai manusia yang baik adalah lawan pada keburukannya. Kesimpulan Bersyukur kita kepada Allah yang Maha Agung yang telah menciptakan manusia dan menyempurnakannya. Janganlah kita melanggar fitrah yang telah ditetapkan kerana perlanggaran itu boleh membawa kemudaratan yang besar pada manusia seperti yang terjadi pada umat Islam kini. Semoga Allah yang Maha Agung menyatukan umat Nabi Muhammad saw dan memenangkan kaum muslimin terhadap orang-orang kafir. Segala puji-pujian bagi Allah yang Maha Agung. "Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." - Surah Al-Hasyr: Ayat 24 |
Sidang Media Dato Ahmad Yakob sebagai Menteri Besar Kelantan Yang Baru Posted: 07 May 2013 12:36 AM PDT |
Blogger King Jason Yang Mendedahkan Isu Bangla Ditahan Posted: 07 May 2013 12:05 AM PDT |
MB Dan Exco Baru Negeri Kelantan Mengunjungi TG Nik Aziz Posted: 06 May 2013 06:43 PM PDT Foto dari FB Rizal Tahir Semoga Allah memberi kekuatan kepada pimpinan Ustaz Ahmad dan pimpinan lain. * admin sebenarnya mula mengenali PAS disebabkan Tok Guru dan YB Husam Musa. Mereka ni lah yang mula-mula memberi kekuatan kepada admin membangunkan blog ini. Sekarang admin tengah mencari sebab dan alasan yang boleh diterima kena YB Husam digugurkan. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan