Selasa, 7 Mei 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PR Desak SPR Tubuh Suruhanjaya Bebas Siasat Salah Laku PRU-13

Posted: 07 May 2013 06:05 AM PDT


01

SHAH ALAM : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa membentuk satu suruhanjaya bebas bagi menyiasat segala dakwaan mengenai salah laku semasa Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) yang lalu.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, Pakatan Rakyat(PR) mendapat maklum balas yang membimbangkan daripada calon dan pengundi mengenai penipuan, pengundi hantu, ketidaktelusan semasa proses pengundian kali ini.

"Kita dapat banyak maklumat dan maklum balas daripada pengundi dan calon ketika melawat kawasan pembuangan undi di mana ada kes-kes yang amat membimbangkan kita di mana berlaku penipuan, pengundi hantu, ketidak adilan dalam proses PRU.

"Kita tak mahu perkara ini berterusan dan kita berharap SPR mengambil tindakan segera untuk respon kepada aduan dan dakwaan yang dilemparkan dan dengan bukti yang cukup kuat dan kukuh," katanya yang merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media pimpinan PR Selangor di pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata SPR harus bertanggungjawab terhadap segala aduan mengenai salah laku ketika proses pengundian PRU-13.

Katanya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf harus meletak jawatan kerana gagal menjalankan tugas dengan adil dan saksama.

"Kita minta Pengerusi SPR ini letak jawatan sahajalah.

"Sebab saya sendiri diantara 250 orang lebih di Meru yang buat laporan polis di mana jari saya kononnya dakwat kekal itu boleh hilang apabila dibasuh, sebelum ini SPR menafikan bahawa dakwat itu tidak akan hilang," katanya yang merupakan Adun Meru.

Menurut Dr Rani, tinjauan beliau mengenai proses PRU di negara luar yang menggunakan dakwat kekal tidak seperti apa yang berlaku di negara ini.

"Sebelum ini saya ke Tamil Naidu dan Kenya yang menggunakan dakwat kekal memang boleh tahan lebih daripada seminggu, sedangkan dakwat kekal ini dibeli dengan wang rakyat jutaan ringgit.

"Lebih baik pakai inai, lebih murah," sindirnya.

Jelasnya, penipuan ketika PRU sangat jelas di beberapa kawasan seperti lampu ditutup ketika proses pengiraan undi dan kehadiran warga asing yang diberikan kad pengenalan untuk mengundi.

"Ada juga kawasan yang berulang peristiwa di mana lampu ditutup, keadaan sebelum itu lain, lepas itu lain, contoh di kawasan Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly yang asalnya menang, tetapi akhirnya tewas dengan perbezaan majoriti undi yang sedikit.

"Bila kita minta kira semula, tapi ditolak walaupun peguam ada," ujarnya lagi.

Tugas Pertama Rafizi Sebagai YB: Ketuai Kumpulan Siasat Penipuan PRU13

Posted: 07 May 2013 05:01 AM PDT


KELAB GREENBOC

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mengetuai pasukan menyiasat penipuan pilihan raya kerana Pakatan Rakyat enggan menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.

Pihaknya menolak keputusan pilihan raya sehinggalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi justifikasi yang wajar, kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Anwar berkata pasukan itu telahpun memula bertugas untuk mengumpul semua maklumat dan bukti penipuan dan penyelewengan di seluruh negara.

Katanya, pasukan itu memadankannya bukti tersebut terhadap analisis empirikal keputusan kawasan pilihan raya tertentu untuk mengetengahkan kawasan yang keputusannya dipertikaikan.

Anwar berlata. pasukan itu, bersama-sama dengan pasukan yang sama daripada DAP dan PAS, akan bekerjasama rapat dengan tribunal rakyat BERSIH untuk menangani perkara ini.

"Dalam beberapa minggu akan datang, kami akan membentangkan bukti kepada orang ramai bahawa (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak memenangi pilihan raya ini melalui penipuan dan penyelewengan," katanya.


LIHAT VIDEO DI SINI


Pas: Ambil tindakan ke atas pencetus api perkauman

Posted: 07 May 2013 04:50 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
 
SHAH ALAM – Pas menggesa anggota keselamatan supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan provokasi ataupun ketegangan kaum susulan penolakan kaum Cina terhadap MCA dan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, pihak berkuasa tanggungjawab melindungi rakyat daripada provokasi daripada golongan tidak bertanggungjawab yang sengaja mengapi-apikan api perkauman.

"Pas mengingatkan semua pihak untuk mengamalkan politik sihat terutamanya pihak media supaya tidak membuat kenyataan beremosi yang boleh menimbulkan kegelisahan di antara kaum.

"Tiada siapa yang patut menuding jari pada mana-mana kaum hanya kerana mereka tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," kata dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, MCA juga kehilangan banyak kerusi yang pernah dimenanginya pada 2008.

Pada pilihan raya 2008, MCA mempertaruhkan 40 kerusi Parlimen dan hanya berjaya meraih 15 kerusi manakala pada PRU13, MCA hanya berjaya mempertahankan tujuh kerusi Parlimen daripada 37 yang ditandinginya.

Tambah Mustafa, berdasarkan data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menunjukkan seramai 5,623,984 (49.96 peratus) pengundi memilih PR di peringkat Persekutuan berbanding 5,237,699 undi (47 peratus) memilih BN.

 Tegasnya penolakan itu berlaku secara umum daripada semua golongan bukannya bersifat perkauman seperti yang dilaporkan media arus perdana.

Oleh kerana itu katanya, buat pertama kali dalam sejarah BN tewas undi popular.

"Hanya pihak yang tidak bertanggungjawab sahaja yang ingin melihat fenomena menolak BN ini dari sudut perkauman," jelasnya lagi.

Anwar: Perhimpunan esok permulaan sebuah pergerakan yang akan digeruni

Posted: 07 May 2013 04:05 AM PDT

TERKINI
Oleh Md Izwan

 Anwar gesa rakyat memakai warna hitam atau apa-apa sahaja berkaitan sebagai tanda bantahan. - Gambar failPETALING JAYA— Perhimpunan esok di Stadium Kelana Jaya adalah permulaan kepada satu pergerakan yang akan digeruni untuk membersihkan sistem pilihan raya negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, ia petanda satu lagi episod seperti "Reformasi" pada 1998 bakal berulang.

Anwar dalam sidang media hari ini memberikan amaran keras kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tampil membuat penjelasan atau berdepan kebangkitan rakyat.

"Ini (perhimpunan) adalah permulaan kepada pergerakan yang akan digeruni untuk membersihkan negara ini daripada salah laku dan penipuan dalam pilihan raya.

"Tidak akan ada perubahan tanpa pilihan raya yang adil dan bersih," kata Anwar di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Perhimpunan tersebut dirancang akan diadakan esok pada jam 8.30 malam dan ke semua orang ramai yang hadir esok disarankan untuk memakai serba hitam sebagai tanpa berkabung ke atas keputusan pilihan raya umum ke-13 dua hari lepas.

"Pada masa sama, saya gesa rakyat memakai warna hitam atau apa-apa sahaja berkaitan sebagai tanda bantahan," tambahnya lagi.

Sebaik pengumuman keputusan pilihan raya pada 5 Mei, bantahan semakin kuat ke atas SPR dan kerajaan pemerintah Barisan Nasional kerana didakwa melakukan penipuan disamping salah guna kuasa lain.

Malah di dalam media sosial seperti Facebook dan Twitter, orang ramai mula meletak gambar peribadi mereka bergelap dan hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan pilihan raya yang memihak kepada BN dengan majoriti kecil.

BN mendapat 133 kerusi Parlimen, majoriti kecil untuk membentuk kerajaan pusat, pada masa sama kehilangan tujuh kerusi pada Pilihan Raya 2013, manakala Pakatan Rakyat (PR) pula mendapat 89 kerusi untuk memperbaiki keputusan mereka pada 2008.

Penipuan dan salah guna kuasa yang menjadi perhatian PR antaranya adalah tentang penggunaan dakwat kekal yang mudah tanggal dan juga isu pengundi hantu, serta pengundi dua kali atau lebih.

Malah, pemimpin PR dan agen calon di pusat penjumlahan undi juga mendedahkan peti undi tambahan yang tiba-tiba dibawa masuk ke dewan pengiraan, dewan tiba-tiba kehilangan bekalan elektrik, beberapa agen parti tidak diberi borang 14 dan lain-lain.

Dalam pada itu, Anwar juga mengumumkan tentang penubuhan sebuah pasukan khas yang akan diketuai Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli untuk mengumpul maklumat dan bukti penipuan serta keraguan yang dilapor seluruh negara.

"Pasukan ini akan mencari bukti kukuh terhadap kawasan tertentu yang didapati keputusannya diragui.
"Mereka akan bekerjasama dengan Bersih dan pasukan lain dalam PAS serta DAP," ujarnya lagi.

Menurut Anwar, terdapat sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang mana keputusannya diragui dan mereka akan membuat siasatan serta mencari bukti penipuan, kemudiaan langkah seterusnya akan diambil sama ada akan mengambil tindakan di mahkamah ataupun tidak.

Semalam, Anwar berkata akan mendapatkan sokongan orang ramai untuk memberi tekanan kepada kerajaan BN yang baru dipilih, serta menambah pilihan raya kali ini adalah "penipuan yang paling teruk dalam sejarah" bagi mengekalkan penguasaan kerajaan tersebut di pusat.

Pemerhati pilihan raya Bersih 2.0 juga berkata mereka tidak akan mengiktiraf kerajaan BN sehingga selesai laporan penipuan undi.

PR memenangi 89 kerusi pada pilihan raya kali ini, ia juga menunjukkan penambahan ketara bilangan kerusi negeri daripada 197 pada 2008 kepada 230.

BN tewas teruk di kebanyakkan kawasan bandar-bandar utama dari George Town, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar-bandar besar di Johor, dimana ia bukti golongan kelas pertengahan dan bandar merupakan kumpulan yang prihatin dengan isu-isu seperti rasuah, kos saran hidup naik dan jenayah.

Zambry kekal MB Perak

Posted: 07 May 2013 04:02 AM PDT

SINAR HARIAN

Zambry Abdul Kadir
Raja Dr Nazrin Shah menyampaikan watikah perlantikan jawatan Menteri Besar Perak kepada Zambry Abd Kadir di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini. - Foto Bernama
 
KUALA KANGSAR - Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah di sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Pangkor itu yang hadir diiringi isteri Datin Seri Saripah Zulkifli, mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia, di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah pada pukul 10.45 pagi.

Zambry yang berbaju Melayu lengkap berwarna hitam kemudian menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.

Hadir sama pada istiadat itu ialah Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim, Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria, anggota Dun, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Zambry mempertahan kerusi Dun Pangkor dengan majoriti 5,124 undi menewaskan dua pencabar iaitu calon Bebas Bernard Parenpa dan calon PKR Mohd Saifullah Mohd Zulkifli. - Bernama

Liow sebak nasib MCA selepas PRU13

Posted: 07 May 2013 03:52 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai 
 
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak dapat menahan sebak apabila diminta mengulas tentang nasib parti itu yang terpaksa menghadapi cabaran sengit selepas mendapat keputusan yang layu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya parti itu telah berjuang selama 64 tahun dan kini pucuk pimpinan terpaksa mengharungi cabaran hebat bagi mengembalikan kerelevanan parti itu khususnya  kepada masyarakat Cina di negara ini.

"Kami telah berjuang selama 64 tahun dan kini menerima tamparan hebat selepas PRU13. Apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah semua anggota dan pemimpin dalam parti mesti bersatu untuk mendapatkan semula sokongan. Kita perlu bersatu padu semula.

"Saya berdoa mudah-mudahan parti dapat mengatasi cabaran, saya percaya kita boleh mengharungi cabaran ini. Saya benar-benar berharap kita dapat bersatu," katanya kepada pemberita selepas pertemuan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan anggota parlimen BN di sini hari ini.

Pada PRU13, parti itu hanya menang tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) daripada 37 kerusi Parlimen dan 90 Dun yang ditandingi kali ini.

Keputusan yang dicatat pada pilihan raya ke-13 ini lebih buruk berbanding 2008 kerana ketika itu MCA menang 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dun daripada 40 kawasan Parlimen dan 90 kerusi Dun yang ditandingi.

Ditanya tentang keputusan parti untuk tidak menyertai Kabinet, Liow berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat pucuk pimpinan itu sejak tiga tahun lepas.

"Jika ditawarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kami akan rujuk kepada Presiden parti (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) untuk membuat keputusan.

"Walau apapun keputusan yang dibuat selepas itu, saya akan menghormatinya," katanya.
Beliau berkata MCA perlu mengkaji dan memperbaiki semula apa peranan sebenar mereka pada masa akan datang untuk memulihkan kembali sokongan masyarakat Cina terhadap mereka.

"Bagaimanpun, kami tidak akan berdiam diri dan akan terus membela nasib masyarakat Cina serta memastikan kestabilan politik dan keharmonian kaum di negara ini,"  katanya.

Semalam Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengulangi bahawa parti itu tidak akan menerima jawatan dalam kerajaan, baik peringkat pusat mahupun negeri, seperti yang dipersetujui pada mesyuarat agung luar biasa parti tahun lepas.

Dr Chua juga tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu yang dijadual tahun ini. - Bernama

‘Utusan’ guna sentimen kaum untuk tutup penipuan PRU13, kata Anwar

Posted: 07 May 2013 03:45 AM PDT

TERKINI
Oleh Md Izwan

PETALING JAYA— Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam akhbar Utusan Malaysia milik Umno yang memainkan sentimen perkauman untuk menutup penipuan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dua hari kepas.

Kenyataan Anwar tersebut hadir selepas akhbar milik Umno Utusan Malaysia mengeluarkan artikel "Apa lagi Cina Mahu?" di muka hadapan yang dilihat cuba menunjukkan pilihan raya kali ini adalah pertarungan antara undi kaum Melayu dengan kaum Cina.

"Saya nak beritahu disini ia adalah kesilapan besar pemerintah yang tidak sah.

"Mereka menipu dalam pilihan raya dan menggunakan sentimen kaum untuk menutup kecurangan mereka," kata Anwar pada sidang media pagi ini di ibu pejabat PKR, di sini.

Ketua umum PKR tersebut juga menuduh tindakan akhbar berbahasa Melayu tersebut mengeluarkan artikel tersebut atas arahan pemimpin tertinggi Umno, serta menambah presiden Umno mempunyai akses terus ke atas akhbar tersebut.

"Sepanjang pengalaman saya berada dalam Umno, presiden mempunyai akses terus dan boleh memberi arahan terus kepada akhbar tersebut," tambahnya.

Muka hadapan akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan "Apa lagi Cina mahu? dalam langkah yang dilihat sebagai percubaan untuk mencorakkan keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai undi Cina lawan undi Melayu.

Penganalisis telah mengatakan trend dalam pengundian menunjukkan keputusan Pilihan Raya 2013 tidaklah semudah "tsunami Cina" seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Najib Razak akan tetapi ianya lebih kepada pertentangan bandar dan luar bandar bagi Malaysia.

Akan tetapi Utusan Malaysia, akhbar yang mewakili golongan kanan Melayu sebahagian besarnya bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk mengeluarkan beberapa artikel menyalahkan Cina kerana memecah belahkan Malaysia.

Dalam muka depan Utusan Malaysia hari ini, turut disiarkan gambar sekumpulan anak muda yang menyerupai wajah Cina memakai baju hitam sebagai bantahan kepada keputusan pilihan raya.

Gambar ini dipercayai diambil di Internet dan turut digunakan oleh penulis blog berhaluan kanan yang bersekongkol dengan Dr Mahathir.

Artikel lain yang diketengahkan adalah petikan kata-kata bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam yang mengatakan "Mereka (Cina) sangat rasis."

Dalam 'bullet point', akhbar tersebut turut menyalahkan DAP kerana politik perkauman dan mengatakan parti sekular itu mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri agar mereka dapat kuasa politik yang tidak kesampaian.

Laporan muka hadapan Utusan Malaysia juga mencadangkan Najib akan berhadapan dengan kesukaran untuk menghadapi kumpulan berhaluan kanan dalam Umno yang memberikan sokongan kuat kepadanya dalam pilihan raya.

Analisis menunjukkan bagaimana trend pengundian menunjukkan sebuah negara dengan bahagian-bahagian bandar dan luar bandar dan kelas yang akan membuat apa-apa perdamaian dan pembaharuan diperlukan lebih sukar untuk dilaksanakan.

Keperluan untuk terus merombak dasar Bumiputera dan untuk memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) - langkah-langkah yang perlu untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan keluar daripada perangkap pendapatan sederhana - menjadi lebih sukar pertentangan diantara dua Malaysia telah mincul.

Semalam, bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times mengatakan kelemahan BN dalam Pilihan Raya 2013 menunjukkan penolakkan dari seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya dari minoriti Cina.

Datuk A Kadir Jasin mengatakan gabungan 13 parti itu bukan sahaja mendapat kurang kerusi daripada 222 kerusi Dewan Rakyat dan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya 2013 berbanding 2008, akan tetapi turut kehilangan undi popular buat pertama kali semenjak 1969.

"Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?" kata bekas ketua pengarang kumpulan News Strait Times Press semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan di blognya yang bertajuk, "Keputusan PRU13-Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?" semalam.

Najib mengatakan awal pagi Isnin kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai "tsunami Cina" dalam pilihan raya umum ke 13 – menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008.

Menurut Kadir, pencapaian BN dalam Pilihan Raya 2013, lebih buruk daipada 2008. Kerusi di Parlimen jatuh daripada 140 kepada 133. Manakala bagi kerusi DUN, BN merosot daripada 306 kepada 274 walaupun dapat menawan semula Kedah dan mengesahkan penguasan ke atas Perak.

Dr M salahkan Cina yang tidak bersyukur dan Melayu tamak diatas prestasi buruk BN

Posted: 07 May 2013 03:40 AM PDT

Oleh Zurairi AR

PUTRAJAYA— Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengatakan beliau terkejut dengan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013 dan menyalahkan Cina yang "tidak bersyukur" dan Melayu "tamak".

Beliau mengatakan jelas berlaku "tsunami Cina," menggunakan perkataan Datuk Seri Najib Razak sebaik sahaja keputusan pilihan raya menunjukkan prestasi BN lebih buruk dari 2008. Dr Mahathir juga mengatakan Melayu "tamak" sebagai punca persembahan buruk BN.

Polis menyiasat Utusan, dua penulis blog kerana menghasut

Posted: 07 May 2013 03:38 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR,— Polis sedang menyiasat Utusan Malaysia di atas dakwaan menghasut, beberapa jam selepas akhbar milik Umno itu membangkitkan kebencian dengan laporan muka hadapan yang menyalahkan masyarakat Cina di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013.

Polis juga menahan dua penulis blog, Papa Gomo dan King Jason untuk soalsiasat.

Barisan Nasional kelam, AGM Umno tentukan Najib

Posted: 06 May 2013 10:12 PM PDT

 
Barangkali akan muncul pembelot yang meminta Perdana Menteri berundur sebagaimana yang berlaku kepada Abdullah sebelum ini.

ANALYSIS
 


PETALING JAYA:  Barisan Nasional walaupun kembali berkuasa tetapi merupakan kemenangan terburuk dalam sejarahnya. Mendapat 133 kerusi parlimen adalah di luar sasaran Pakatan Rakyat dengan 89 kerusi mencatatkan sedikit peningkatan tetapi juga tidak mencapat sasaran iaitu menjadi kerajaan puasat, lantas menuduh adanya penipuan.

Namun dilaporkan golongan perniagaan menyambut baik kemenangan Barisan Nasional,  indeks harga saham di bursa Kuala Lumpur naik hampir 8 % semalam.

Barisan Nasional mahukan kemenangan mutlak dengan menguasai majoriti dua pertiga yang mereka gagal pada 2008.

Jatuh bangun Barisan Nasional nampaknya kini bergantung kepada Umno setelah komponen dari orang Cina dan India `menolak' dalam diam Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah Pengerusi Barisan Nasional itu mengakui berlaku tsunami politik di kalangan pengundi Cina.
MCA dan Gerakan kalah teruk – lebih teruk berbanding pilihan raya umum 2008. Seolah-olah orang Cina tidak mahu lagi kepada BN.

MIC hanya menang 4 kerusi

Nasib yang lebih kurang sama dialami oleh MIC, parti terbesar orang India itu hanya memberikan empat kerusi parlimen kepada BN.

Tetapi orang Melayu juga bukan semuanya menyokong Umno, pengundi bandar dan separuh elit menolak parti itu dan mengundi PAS dan PKR.

Kekalahan beberapa tokoh Umno seperti Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin, Dr Puad Zarkashi, Datuk Ghani Othman dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam menunjukkan Umno tidak semestinya menjadi pilihan mereka.

Hanya pengundi tradisi Melayu di kawasan tertentu masih menyakini Umno. Meskipun merampas semula Kedah, tetapi Umno hampir tumbang di Perak dan Terengganu, BN selamat dengan majoriti yang kecil.

Parti Islam itu merampas tiga kerusi parlimen di Terengganu – Kuala Terengganu, Dungun dan Kuala Nerus, yang sebelum ini milik Umno.

Pengundi Melayu memang bersimpang siur, otak mereka sukar dibaca, apa yang dizahirkan tidak semestinya itu yang dimahunya.

Najib mungkin bakal mengikut jejak Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dipaksa berundur ekoran kegagalan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008. Mantan perdana menteri itu berundur selepas pemilihan parti pada bulan Mac 2009.

Pembelot akan minta Najib berundur

Umno, gabungan terbesar dalam BN akan mengadakan perhimpunan bagi memilih pucuk pimpinan baru pada Oktober atau November ini.

Barangkali akan muncul pembelot yang meminta Najib berundur sebagaimana yang berlaku kepada Abdullah sebelum ini.

Mungkin juga pembelot ini akan bergabung dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak Najib berundur.

Dr Mahathir yang masih mempunyai pengaruh besar dalam Umno pernah bersuara bahawa Najib mesti menang lebih besar dalam pilihan raya umum ke 13 iaitu lebih dari 140 kerusi dan jika  gagal kedudukan Najib akan tidak stabil.

Kegagalan paling nyata ialah, apabila Najib gagal merampas semula Selangor yang beliau laung-laungkannya. Najib sendiri menjadi pengerusi BN Selangor.

Najib kini memimpin satu gabungan yang gagal mendapat undi popular. Seolah hala tuju baru yang dibawa untuk negara dan parti ditolak.

Justeru beliau wajar merasa bimbang menjelang perhimpunan agung Umno kelak kerana nasib malang boleh berlaku tanpa mengira siapa.

SPR: Dakwat kekal terus diguna pada PRU14, dengan pernambahbaikan

Posted: 06 May 2013 09:57 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
 SPR menegas tindakan sesetengah pihak yang cuba memperbesarkan isu penggunaan dakwat kekal yang didakwa mudah luntur selepas dicalit tidak lebih kepada motif politik semata-mata. - Gambar fail KUALA LUPUR— Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan melaksanakan beberapa penambahbaikan terutama dari segi kualiti dakwat.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata penggunaan dakwat kekal itu akan tetap dilaksanakan kerana ia diputuskan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen dan dimaktubkan dalam undang-undang pilihan raya.

"Kami akan kaji ramuan dakwat itu, serta meletakkan satu standard terhadap kualiti dakwat itu," katanya kepada pemberita selepas rancangan bual bicara Hello Malaysia yang dikelolakan Bernama TV, malam tadi.

Beliau berkata tindakan sesetengah pihak yang cuba memperbesarkan isu penggunaan dakwat kekal yang didakwa mudah luntur selepas dicalit tidak lebih kepada motif politik semata-mata.

Wan Ahmad berkata penggunaan dakwat itu hanyalah untuk menghalang pengundi mengundi dua kali, namun jika dakwat di jari mereka hilang, ia tidak bermakna mereka dapat mengundi sekali lagi kerana asas utama yang dilihat oleh SPR ialah nama pengundi dalam daftar pemilih.

"Masyarakat perlu faham kami (SPR) baru pertama kali menggunakan dakwat kekal dan sudah tentu terdapat sedikit kelemahan...kami telah lantik satu syarikat terkenal untuk menghasilkan dakwat untuk PRU13 yang mana syarikat itu turut menghasilkan dakwat kekal di negara-negara lain. Mungkin ada kelemahan daripada syarikat itu sendiri yang menyimpan dakwat terlalu lama.

"Kami telah tempah 250,000 botol dakwat kekal pada PRU ini dan dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan kami simpan di lokap-lokap balai polis daerah untuk memastikan ia selamat.

"Mungkin akibat disimpan terlalu lama kandungan dakwat telah menurun dan menjadi cair," katanya.

Beliau turut mengkritik sesetengah pihak yang membasuh dakwat kekal dengan menggunakan bahan peluntur dan seterusnya memuat naik di laman sosial bagi tujuan menjatuhkan kredibiliti SPR.

Mengenai gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi, Wan Ahmad berkata tiada insiden sedemikian berlaku kerana beliau telah mengesahkan dengan semua Pegawai Pengurus (RO).

"Bila saya dapat maklumat ada pihak mengatakan berlaku masalah bekalan elektrik, saya terus telefon semua RO setiap negeri untuk pengesahan maklumat," katanya.

Semalam Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut menjelaskan tiada gangguan bekalan elektrik berlaku semasa proses pengiraan undi pada PRU13 Ahad lepas. – Bernama

Selepas kalah PRU13, Anwar tiada masalah jika Kit Siang jadi Ketua Pembangkang

Posted: 06 May 2013 09:48 PM PDT

THE MALAYSIAN INIDER
 
 Semalam, DAP mencadangkan Anwar terus menjadi Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat. - Gambar failKUALA LUMPURi — Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak keberatan sekiranya Penasihat DAP Lim Kit Siang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen memandangkan parti tersebut mendapat bilangan kerusi paling banyak di Dewan Rakyat berbanding PKR dan PAS.

Dalam Pilihan Raya 2013, Pakatan Rakyat (PR) berjaya meningkatkan penguasaan kerusi di Parlimen ke 89 berbanding 82 pada 2008. DAP mendapat 38 kerusi, manakala PKR dan PAS masing-masing mendapat 30 dan 21 kerusi.

"Sekarang pun saya ada beritahu kepada DAP, saya tidak... tidak ada masalah sebenarnya kalau YB Lim Kit Siang jadi ketua pembangkang. Kelayakan dia, pengalaman dia, saya boleh tumpu kerja-kerja lain," kata Anwar dipetik dari Sinar Harian Online.

"Setakat ini, DAP dan PAS masih berpendirian saya harus teruskan. Tapi akan dibincang lagi," tambah beliau lagi.

Persoalan mengenai siapa yang bakal jadi ketua pembangkang timbul ekoran DAP mendapat kerusi Parlimen tertinggi berbanding parti PKR Anwar.

"Dulu pun bila kerusi DAP mengatasi PKR setelah beberapa lompatan berlaku, saya menawarkan diri untuk undur menyerahkan tapi kedua-dua parti DAP dan PAS minta saya meneruskan," kata Anwar merujuk kepada beberapa anggota Parlimen PKR yang melompat parti dalam sesi lalu.

Semalam, DAP mencadangkan Anwar terus menjadi Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di Parlimen selepas berakhir pilihan raya ke-13 semalam yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) sekali lagi berjaya memerintah kerajaan persekutuan.

Dalam sidang media di ibu pejabat DAP itu, Penasihat DAP Lim berkata cadangan itu dibuat bagi mengulangi pendirian mereka sebelum ini yang menyokong Anwar sebagai perdana menteri Malaysia jika menang pilihan raya.

"Sebelum ini, Pakatan Rakyat sudah menyatakan pendirian untuk melantik beliau sebagai perdana menteri jika memenangi pilihan raya umum.

"Tapi perkara tersebut tidak berlaku, oleh sedemikian keputusan mencadangkan Anwar sebagai ketua pembangkang adalah sama seperti komitmen yang lalu," kata Lim.

Pemantau pilihan raya Bersih 2.0 semalam berkata mereka tidak akan mengiktiraf kerajaan BN sehingga selesai laporan penipuan undi.

BN memenangi pilihan raya umum ke-13 dengan majoriti yang lebih kecil, kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada PR, selain gagal merampas Selangor dan Pulau Pinang, kedua-dua negeri yang paling kaya dan maju di Malaysia.

BN memenangi 133 kerusi Parlimen manakala PR pula memenangi 89 kerusi, ia juga menunjukkan penambahan ketara bilangan kerusi negeri daripada 197 pada 2008 kepada 230 selepas berakhir Pilihan Raya 2013.

PAS Akan Kumpul Semua Kes Salah Laku BN Pada PRU-13

Posted: 06 May 2013 09:40 PM PDT

Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/orang%20ramai%20malam%20keputusan.jpgMARANG - Preiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS telah menemui banyak salah laku Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum kali ke-13 yang baru lalu.

Beliau berkata, PAS akan mengumpulkan semua kes melibatkan salah laku yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum yang ke-13 semalam untuk dinilai dan diambil tindakan lanjut.

Sementara itu, beliau meminta ahli dan penyokong PAS menerima 'sementara' keputusan pilihanraya yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia semalam.

"dalam pilihanraya ini (kali ke-13) kita menemui banyak salah laku yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) InsyaAllah kita akan kumpulkan (dari) seluruh negara semua salah laku Barisan Nasional dan kepimpinan akan membuat sesuatu keputusan,

"marilah kita menerimanya sementara waktu dengan sabar dan InsyaAllah dalam masa seminggu, sekiranya ada rezeki, kita akan panggil semua (ahli dan penyokong untuk berhimpun di sini,"ujarnya.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/ceramah%20kesyukuran.jpgBeliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan pilihanraya bagi kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS dinegeri Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini lewat malam Isnin, 5 Mei. [Lihat Video]

Beliau mengumumkan akan mengadakan majlis makan kesyukuran dalam masa seminggu dan menjemput semua ahli, para petugas dan penyokong PAS untuk hadir beramai-ramai.

Sehubungan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mengucapkan ribuan teria kasih kepada seluruh rakyat Terengganu yang membantu kempen dan mengundi calon-calon PAS.

Oleh itu, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mewakili BPPNT menjemput seluruh rakyat Terenggau dijemput menghadiri 'Kenduri Kesyukuran' yang akan diadakan pada hari Rabu 8hb Mei 2013.

Menurutnya, Majlis tersebut akan bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 5.00 petang di perkarangan Masjid Rusila.

Katanya, satu ceramah perdana sempena 'Kenduri Kesyukuran' itu akan diadakan di sebelah malamnya dan antara penceramah yang akan berucap adalah Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib dan Timbalan Presiden Haji Muhammad Sabu.

Hassan Ali Nak Porak-Perandakan PR Selangor

Posted: 06 May 2013 09:37 PM PDT

Johor?
Cantik Noor Tagouri Pembaca Berita Pertama Bertudung Di Amerika
Pepsi VS Coca Cola


KELAB GREENBOC

Dr Hasan Ali: Beri peluang Pas teraju Selangor

SHAH ALAM - Kejayaan Pas menambah penguasaan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor daripada lapan kepada 15 pada pilihan raya umum ke-13 semalam, membuktikan peningkatan pengaruh mereka di negeri itu berbanding dua sekutunya.

Perkembangan itu juga membuka peluang kepada Pas untuk mengetuai kerajaan negeri Selangor yang pada penggal lalu diteraju PKR. Berbanding Pas, PKR kali ini hanya menambah satu kerusi kepada 14, sementara DAP pula menang 15 berbanding 13 kerusi pada 2008.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pakatan DAP-PKR-Pas di Selangor harus memberi peluang kepada Pas meneraju kerajaan negeri itu kali ini.

"PKR dah ada peluang lima tahun lepas, bagilah peluang kepada Pas. PKR kena berjiwa besar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Hasan yang pernah menjadi Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor sebelum dipecat daripada PAS pada Januari 2012, turut menggesa pakatan itu berpegang kepada semangat setiakawan.

Beliau merujuk kepada desas-desus jawatan menteri besar itu diintai oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hasan turut menyenaraikan nama-nama anggota dewan undangan negeri (Adun) Pas yang layak mengisi jawatan itu, antaranya Adun Sabak, Sallehen Mukhyi; Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan.

Sallehen, 46, ialah pendakwah bebas dan juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor manakala Mohd Khairuddin, 42, merupakan Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, dan Dr Ahmad Yunus, 48, ialah Yang Dipertua Pas Kuala Langat.

Abdul Khalid pada sidang akhbar di sini hari ini memberitahu calon Menteri Besar Selangor akan ditentukan oleh pucuk pimpinan pakatan dalam masa seminggu ini.

"Soal pentingnya bakal calon MB (menteri besar) mesti diterima dan diperkenan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya. - Bernama

Ulasan GB

Tiba-tiba suara Hassan Ali muncul selepas PRU. Suaranya dilaporkan oleh BERNAMA seperti berita di atas.

Tetapi masih sumbang seperti dulu. Kerana ia cuba memporak-perandakan Pakatan Rakyat Selangor, atau BERNAMA yang melaporkan mengkehendakkan keadaan begitu.

Dahulu semasa beliau menerajui PAS Selangor, beliau begitu mudah termakan bujukan UMNO yang menghasutnya kononnya beliaulah orang paling layak jadi MB.

Setelah beliau dipecat dari PAS, beliau ke hulu hilir memburukkan PAS di pentas UMNO, mengajak rakyat supaya jangan beri satu undi pun kepada PR!

UMNO berjaya memperalatkan Hassan Ali, nama Hassan lansung tak wujud di dalam senarai calon BN untuk PRU13.

Kita tinggalkan hal tersebut kerana biar si Luncai itu terjun dengan labu-labunya.

Yang GB nak fokuskan kini ialah wajarkan PAS menuntut kerusi Meneter Besar apabila sudah memenangi banyak kerusi di Selangor (tambahan 5 kerusi menjadikan kedudukan PAS kini mempunyai 15 kerusi, sama banyk dengan DAP dan lebih 1 daripada PKR).

Pada pandangan GB, selain dari menjaga kesetiakawanan rakan di dalam PR, keterampilan dan kebolehan MB Selangor yang lepas iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim tidak dapat ditolak dan dinafikan.

Malah UMNO BN amat cemburu dan irihati kerana PR mempunyai seorang MB yang berkewibawaan dan berintegriti yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana MB-MB di negeri pimpinan UMNO sendiri.

Pelbagai serangan, tohmahan, fitnah, perancangan dan perencanaan dilakukan untuk menumbangkan kerajaan PR Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid, namun kesemuanya gagal, malah rakyat Selangor berdiri kukuh di belakang beliau dengan memberikan mandat yang lebih besar kepada PR di dalam pilihanraya yang baru lalu.

Jadi sewajarnya sekalipun parti beliau bukan majoriti di dalam DUN Selangor namun PAS perlu mengakui dan akur dengan ketokohan beliau, apatah lagi di bawah pimpinannya kerajaan Selangor diiktiraf oleh Jab Audit Negara sebagai negeri yang cemerlang di dalam prestasi pengurusan kewangan dan bebas rasuah.

GB meminta agar pimpinan PAS Pusat tidak lagi mendengar kata-kata hasutan yang bertujuan memporak-perandakan PR seperti yang berlaku di dalam isu Kota Damansara tempohari.

Dan begitulah juga GB meminta, nama-nama yang disebutkan oleh Hassan Ali itu tidak termakan dengan umpan pujian dan sanjungan palsu Hassan Ali untuk menuntut jawatan MB di Selangor sepertimana Hassan sendiri yang telah termakan umpan pujian dan sanjungan palsu UMNO terhadapnya dahulu.

GB dengan ini mengusulkan cadangan supaya jawatan MB Selangor dipegang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dan PR tak perlu tunggu lama-lama untuk buat keputusan demikian supaya kerajaan Selangor dapat dibentuk segera dan berfungsi secepat mungkin.

Pakatan Rakyat Tambah Kukuh Di Selangor, Lampiran: Senarai ADUN

Posted: 06 May 2013 09:33 PM PDT


KELAB GREENBOC

Rakyat Selangor memberi mandat yang lebih besar kali ini kepada Pakatan Rakyat apabila 44 kerusi Dewan Negeri Selangor berjaya dimenangi gagasan itu.

Ini sekaligus memberikan Pakatan majoriti dua pertiga di dalam Dewan Negeri Selangor. Calon Umno-BN menguasai 12 kerusi Dewan Negeri Selangor.

Keputusan itu membuktikan prinsip pentadbiran "hasil negeri untuk rakyat" berakar di hati rakyat. Malah calon Pakatan berjaya menambah majoriti kemenangan di kebanyakkan kerusi DNS.

Selain memenangi 34 kerusi yang dipertandingkan pada 2008, Pakatan berjaya menawan DUN Dusun Tua, Sabak, Taman Templer, Tanjung Sepat, Paya Jeras, Sri Serdang, Kuala Kubu Baru, Sementa, Morib dan Sungai Pelek.

Walaubagaimanapun, Pakatan tidak berjaya mempertahankan kerusi Kota Damansara dan Bukit Malawati.

Keputusan sekali imbas juga menunjukkan pertambahan majoriti di banyak kerusi yang dimenangi.

Setakat ini Pas memenangi 15 kerusi DNS, DAP 15, dan PKR 14 kerusi.

p/s Nampaknya rakyat Selangor menolak terus segala tohmahan dan fitnah Najib dan UMNO BN yang memperlekehkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebelum ini.

Yang paling jelas ialah apabila Mat Komuter yang bernama Ir Md Zin tewas di tangan Hanipa Maidin untuk kerusi Parlimen Sepang.





SENARAI ADUN NEGERI SELANGOR 2013

PAS

N15 TAMAN TEMPLER
PAS: Zaidy Abdul Talib

N17 GOMBAK SETIA
PAS: Hasbullah Mohd Ridzwan

N18 HULU KELANG
PAS: Saari Sungib

N2 SABAK
PAS: Sallehen Mukhyi

N20 LEMBAH JAYA
PAS: Khasim Abdul Aziz

N21 CHEMPAKA
PAS: Iskandar Abdul Samad

N23 DUSUN TUA
PAS: Razaly Hassan

N26 BANGI
PAS:Mohd Shafie Ngah

N29 SERI SERDANG
PAS: Noor Hanim Ismail

N38 PAYA JARAS
PAS: Mohd Khairuddin Othman

N42 MERU
PAS: Abd Rani Osman

N45 SELAT KLANG
PAS: Halimah Ali

N51 SIJANGKANG
PAS: Ahmad Yunus Hairi

N53 MORIB
PAS: Hasnul Baharuddin

N54 TANJUNG SEPAT
PAS: Mohd Haslin Hassan


PKR

N11 IJOK
PKR: Idris Ahmad

N14 RAWANG
PKR: Gan Pei Nei

N16 BATU CAVES
PKR: Amirudin Shari

N19 BUKIT ANTARABANGSA
PKR: Mohamed Azmin Ali

N25 KAJANG
PKR: Lee Chin Cheh

N32 SERI SETIA
PKR: Nik Nazmi Nik Ahmad

N33 TAMAN MEDAN
PKR: Haniza Mohamed Talha

N37 BUKIT LANJAN
PKR: Wong Keat Ping

N40 KOTA ANGGERIK
PKR: Yaakob Sapari

N41 BATU TIGA
PKR: Rodziah Ismail

N43 SEMENTA
PKR: Daroyah Alwi

N46 PELABUHAN KLANG
PKR: Abd Khalid Ibrahim

N49 SERI ANDALAS
PKR: Xavier Jayakumar Arulanandam

N50 SRI MUDA
PKR: Mat Shuhaimi Shafiei


DAP

N22 TERATAI
DAP: Tiew Way Keng

N27 BALAKONG
DAP: Ng Tien Chee

N28 SERI KEMBANGAN
DAP: Ean Yong Hian Wah

N30 KINRARA
DAP: Ng Sze Han

N31 SUBANG JAYA
DAP: Yeoh Tseow Suan

N34 BUKIT GASING
DAP: Rajiv Rishyakaran

N35 KAMPUNG TUNKU
DAP: Lau Weng San

N36 DAMANSARA UTAMA
DAP: Yeo Bee Yin

N4 SEKINCHAN
DAP: Ng Suee Lim

N44 SUNGAI PINANG
DAP: Teng Chang Khim

N47 PANDAMARAN
DAP: Tan Pok Shyong

N48 KOTA ALAM SHAH
DAP: Ganabatirau Veraman

N52 TELUK DATUK
DAP: Loh Chee Heng

N56 SUNGAI PELEK
DAP: Lai Nyuk Lan

N6 KUALA KUBU BAHARU
DAP: Lee Kee Hiong

PEMBANGKANG (BARISAN NASIONAL)

N1 SUNGAI AIR TAWAR
BN: Kamarol Zaki Abdul Malik

N10 BUKIT MELAWATI
BN: Jakiran Jacomah

N12 JERAM
BN: Amiruddin Setro

N13 KUANG
BN: Abdul Shukur Idrus

N24 SEMENYIH
BN: Johan Abd Aziz

N3 SUNGAI PANJANG
BN: Budiman Mohd Zohdi

N39 KOTA DAMANSARA
BN: Halimaton Saadiah Bohan

N5 HULU BERNAM
BN: Rosni Sohar

N7 BATANG KALI
BN: Mat Nadzari Ahmad Dahlan

N8 SUNGAI BURONG
BN: Mohd Shamsudin Lias

N9 PERMATANG BEBAS
BN: Sulaiman Abdul Razak

N55 DENGKIL
BN: Shahrum Mohd Sharif

Jika Wujud Penipuan, Kerajaan Najib & BN Bakal Tumbang Tak Lama Lagi...

Posted: 06 May 2013 09:29 PM PDT


KELAB GREENBOC

Anwar mahu selesai isu penipuan p'raya dulu

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menimbangkan mengenai persaraannya daripada politik selepas menyelesaikan isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13.

Katanya, beliau memutuskan demikian kerana beranggapan bahawa perjalanan pilihan raya kali ini telah "dicuri" daripada rakyat melalui proses penipuan.

"Pendirian saya sama. Saya ada mendapat tawaran untuk mengajar di beberapa universiti utama. Saya masih fikir. Tapi saya nak selesaikan penipuan ini. (Ia) belum selesai. Saya dah menang. Pilihan raya ini sudah dimenangi oleh Pakatan Rakyat.



"Saya rasa apa yang perlu diperjelaskan sekarang ini ialah, pilihan raya ini telah dicuri melalui proses penipuan. Kerana mengikut proses yang biasa dan yang adil, kita sudah menang. Hampir mustahil (kalah) kalau dilihat dari sambutan yang ada.

Beliau yakin bahawa kemenangan pilihan raya kali ini telah dicuri memandangkan momentum yang berlaku dibeberapa kawasan yang beliau kunjungi.

"Orang yang hadir bertepuk tangan bukan dapat bayaran atau dapat BR1M. Mereka datang dan beri sokongan dengan penuh perasaan," katanya.

Anwar yang berpakaian serba hitam sebagai tanda 'perkabungan' ke atas demokrasi hari ini berkata beliau dapat merasakan bahawa rakyat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini.

"Saya tahu tentang sentimen kerana saya telah berkempen dengan bersungguh-sungguh.

"Saya rasa sedih (dengan keputusan pilihan raya). Saya boleh gambarkan kekecewaan rakyat berdasarkan ceramah yang saya pergi di seluruh negara," katanya.

Anwar sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya Pakatan gagal menguasai Putrajaya.

Pada 2006, Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

mengakui bahawa beliau sangat menghargai masa bersama keluarga semasa beliau mengajar di Amerika Syarikat.

"Apabila saya mengajar di Amerika Syarikat, mereka (keluarga) adalah masa yang terbaik untuk saya bersama Wan Azizah (Wan Ismail) dan keluarga," katanya.

Dalam temubual itu lagi, Anwar yang kelihatan letih juga berkata PKR mungkin akan mengemukakan petisyen pilihan raya berdasarkan keputusan yang mencurigakan di beberapa kerusi.

Katanya, beliau percaya calon PKR di kerusi Beaufort Datuk Lajim Ukin tewas akibat terdapat sogokan terhadap pengundi di kawasan itu.

"Saya telah tegaskan ada isu kesahihan dalam keputusan pilihan raya. Terdapat bukti penipuan yang jelas. Terdapat kawasan-kawasan yang kita ada bukti. Kita tidak akan menerima keputusan ini. Kita akan berbuat sesuatu.

"Saya tak percaya Lajim kalah. Tetapi saya faham tentang Wilfred Bumburing (Tuaran) yang terdapat perselisihan isu dalaman. Lajim saya percaya ada sogokan dan kami akan terus mengkaji tentang perkara itu dan akan lihat sama ada ada keperluan untuk memfailkan petisyen.

"Kita tidak boleh terima proses ini. Penipuan dah begitu berleluasa. Mungkin salah satu pilihan raya yang paling teruk pernah kita jalankan," katanya lagi. -mk


Apa Yang Berlaku Sebenarnya?


Bukan x boleh terima BN menang. Tapi cuba tuan/puan nilai sendiri faktor dibawah :-

1) Begitu byk kes pengundi hantu yg berjaya dibongkar.
2) Dakwat kekal yg dijanjikan lgsg x KEKAL! Padahal berjuta2 habis utk beli.
3) Keputusan hanya diumum jam 1 pagi iaitu paling lambat dalam sejarah malaysia!
4) Setelah DSAI umum PR menang byk negeri, serta merta byk pusat kiraan tiba2 blackout dan secara tiba2 undi BN naik mendadak.
5) Berjaya dibongkar apabila 3 peti undi disorok di parlimen putrajaya.
6) Pada pukul 11pm masih ada peti undi cuba dibawa masuk ke tempat pengundian padahal pusat mengundi ditutup pada pkul 5pm. Adakah tempoh 3 jam x cukup utk proses kira undi di buat.
7) Negeri perlis, terengganu, perak dan negeri semua BN menang majoriti mudah. Utk pengetahuan, negeri2 tersebut antara diumum DSAI telah dimenangi PR dan negeri2 tersebutlah yg tiba2 mengalami blackout!!
8) Ada pengundi hantu berjaya ditangkap kerana berjaya mengundi 2 kali
9) Kertas undi yg dibawa dari luar oleh petugas SPR!! berjaya di tangkap sedangkan adalah mustahil kertas undi boleh berada diluar dan ia satu kesalahan yg besar!
#Jadi tuan/puan nilai sendiri apa yg terjadi pada PRU kali ni. Kalau faktor2 diatas x berlaku, kita sama sekali xkn bantah keputusan PRU kali ni. Moga sama2 kita dpt pertimbangkan.
-FB
LIHAT VIDEO DI SINI

Ulasan GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan penipuan adalah satu jenayah dan tiada keberkatannya.

Seperti yang GB katakan sebelum ini, kemenangan melalui penipuan adalah kemenangan yang rapuh ... dan ia akan tumbang dengan sendirinya kerana "dasarnya" lemah.

GB amat yakin jika kerajaan Najib dan UMNO BN memperolehi kemenangan dengan cara penipuan, kerajaannya akan tumbang tidak berapa lama lagi.

Dan semua yang terlibat dengan penipuan akan tetap dihukum walaupun penipuan itu licik dan tidak diketahui orang. Tetapi Allah Maha Mengetahui! Anda tidak boleh lari.

Kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran .Itu hukum alamiah, itu hukum Allah swt!

Najib Pamer Prestasi Buruk, Bersediakah Beliau Untuk Berundur?

Posted: 06 May 2013 09:25 PM PDT


KELAB GREENBOC
 
Yang jelas dan nyata, sekalipun menang, prestasi BN di bawah Najib adalah lebih teruk daripada Abdullah Ahmad Badawi di mana BN kehilangan lebih banyak kerusi parlimen iaitu hanya memperolehi 133 kerusi parlimen berbanding 140 yang diperolehi pada tahun 2008.

Ini menunjukkan juga kepimpinan Najib adalah lebih lemah daripada Pak Lah. Dan beberapa hari sebelum pilihanraya berlansung Tun Dr. Mahathir menyatakan Najib perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini.

"Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota, lapor The Malaysian Insider.

Persoalan kini, apakah Najib sedia untuk berundur setelah gagal untuk menunjukkan prestasi baik di dalam PRU13 semalam? Dan apakah Mahathir bersedia untuk menjadi "pendesak" supaya Najib supaya memberi laluan kepada Muhyiddin menjadi PM?

GB melihat begini: Jika sekalipun Najib tidak berundur, namun hukum kebenaran dan keadilan akan mencampakkan Najib keluar dari Putrajaya. Terlalu banyak kesalahan dan kepincangan semasa beliau menjawat jawatan PM yang tak perlu dideretkan lagi di sini.

Najib begitu cepat meletakkan kesalahan ke atas pemimpin Pakatan Rakyat di atas kemerosotan prestasi BN atuk dengan menyatakan beliau tidak menyangka "tsunami Cina" yang menyaksikan kehilangan undi komuniti tersebut dengan drastik.

Pengerusi BN itu, mengatakan sentimen kaum dimainkan untuk memenangi undi etnik kedua terbesar itu. Sedangkan HAL YANG SEBENAR ialah Najib dan UMNOlah yang memainkan sentimen perkauman (rasism) sebelum ini untuk meraih sokongan kaum Melayu yang menyebabkan kaum bukan-Melayu melihat Najib dan Mahathir adalah kumpulan "cauvinis-Malay" (assabiyah-Melayu) apabila bersekongkol dengan PERKASA.

Dan hasilnya Najib tewas kedua-dua belah pihak, calon PERKASA yang dibelanya tewas teruk manakala sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN terus merudum. MCA dan Gerakan sudah boleh membuat perhitungan untuk membubarkan parti masing-masing kerana ternyata ia sudah tidak lagi dapat mewakili masyarakat kaum tionghua di negara ini.

Ayuh Najib, turunlah dengan cara yang terhormat!

Najib perlu berundur jika gagal dalam PRU 13, kata Dr M


KUALA LUMPUR, 31 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu berundur dan memberi laluan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin jika gagal meraih majoriti besar dalam pilihan raya umum ke-13 tahun ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan bekas perdana menteri itu memberikan gambaran Najib berhadapan tugasan besar bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali mendapat majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen agar kerajaan dapat melaksanakan segala polisi tanpa gangguan daripada pembangkang.

"Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur," kata Dr Mahathir (gambar) kepada pemberita selepas forum anjuran Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di ibu kota hari ini.

Walau bagaimanapun, Dr Mahathir menambah, terpulang kepada ahli-ahli Umno untuk menetukan nasib presiden mereka sekiranya gagal melebihi pencapaian bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi.

"Ianya terpulang kepada ahli untuk tentukan masa depannya.

"Ahli berhak untuk tentukan siapa akan menerajui parti selepas pilihan raya," kata Mahathir menjawab soalan kepada wartawan tentang sama ada Najib perlu memberikan laluan kepada Muhyiddin ataupun tidak jika gagal meraih majoriti besar.

Dr Mahathir sebelum ini juga berkata kerajaan sedia ada ketika ini adalah sebuah kerajaan yang lemah dan menyifatkan keberanian serta kelantangan banyak pihak yang mengecam kerajaan adalah berpunca daripada keputusan lalu yang menyaksikan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) hilang majoriti tradisionalnya.

"Ini soal kuat dan lemah, sekarang kita (Umno) lemah dan tanpa majoriti 2/3 kita akan terus menjadi lemah," kata mantan perdana menteri itu.

"Kalau kerajaan kuat, orang tidak akan berani mencabar kerajaan," kata beliau pada satu forum 17 Januari lalu anjuran Karangkraf.

Mengikut tradisi dalam Umno, seseorang pemimpin yang gagal memberikan kemenangan secara majoriti akan menyebabkannya disingkir seperti yang berlaku kepada Abdullah pada 2008 dan juga Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang tewas pada pilihan raya lalu.

Menjelang PRU yang akan diadakan tahun ini, Najib merayu agar pengundi memberikan mandat baru kepadanya untuk meneruskan dasar reformasi yang boleh merangsang Malaysia ke hadapan dan lebih baik walaupun mengakui kelesuan parti itu dan gabungan pemerintah BN itu ke arah perubahan.

Najib berkata mandat besar diperlukannya jika Malaysia mahu meningkat dalam ekonomi global untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Di samping itu, Najib juga mengakui bahawa BN dan parti utama, Umno kurang popular sejak tahun kebelakangan ini disebabkan kelemahan tetapi menggesa pengundi memberinya peluang untuk membuat perubahan yang diperlukan.

Hampir 13 juta pengundi layak untuk membuang undi mereka jika pilihan raya umum dipanggil melibatkan semua 222 kerusi persekutuan dan 505 kerusi di 12 negeri.

Najib berhadapan misi paling getir menjelang pilihan raya tahun ini yang dianggap paling sengit dalam sejarah negara sejak mencapai kemerdekaan, malahan beliau sehingga kini masih belum memutuskan senarai nama calon yang akan bertanding serta berteka-teki dengan dengan tarikh pilihan raya yang perlu diumumkan selewat-lewatnya April ini.
-mk

“BN Kena Sedar Diri, Majoriti Rakyat Tolak Kamu”

Posted: 06 May 2013 04:44 PM PDT


khalid samad pc PR Selangor 6 mei 02

SHAH ALAM,: Umno-BN wajar menunjukkan hormat dan rasa malu kepada rakyat kerana walaupun ia berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, ia gagal mendapat sokongan majoriti rakyat.

Menurut MP Shah Alam, Khalid Abd Samad, dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semalam Pakatan Rakyat (PR) memperolehi sebanyak 5.6 juta undi.

Berbanding BN yang memperolehi 5.3 juta undi.

"Di sebabkan kaedah persempadanan yang dilakukan, BN terus mendapat satu majoriti di parlimen sedangkan undi rakyat menyebelahi PR.

"Saya harap (Perdana Menteri Datuk Seri Najib) menyedari mereka adalah kerajaan yang ditolak oleh kebanyakkan rakyat Malaysia, itu pun kita bertanding dalam keadaan padang yang tak sama rata.

"Kalau tahu malu, tunjukkanlah sikit perasaan segan itu, ini nak tunjukkan dapat mandatlah, jadikan isu perkaumanlah dan ini satu tindak-tanduk kerajaan yang tidak sedar diri," kata Khalid.

Dalam PRU-12 pada 2008 lalu, BN dinafikan majoriti buat pertama kali apabila hanya memenangi 140 dari 222 parlimen keseluruhan, manakala 82 yang lain dimenangi Pas, PKR dan DAP yang ketika itu masih belum membentuk PR.

BN ketika itu memperolehi undi popular sebanyak 4.08 juta undi atau 50.6 peratus manakala Pas, DAP dan PKR memperolehi 3.79 juta atau 49.4 peratus.

Dalam PRU–13 semalam, majoriti kerusi dimenangi BN merosot lagi apabila hanya mampu menang di 133 kerusi parlimen, manakala Pakatan pula meningkat ke 89 kerusi parlimen

Najib Lebih Gagal dari Pak Lah

Posted: 06 May 2013 04:42 PM PDT


bn putrajaya

KOMENTAR: Menyorot keputusan pilhanraya Umum 2008 lalu, sejurus tamat PRU-12, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu merupakan Naib Presiden Umno membuat kejutan apabila mengkritik kegagalan Presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga menyebabkan beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang.

Kritikan Muhyiddin juga ekoran dari keputusan PRU 12 yang mencatatkan BN mencatatkan hanya memenangi 140 kerusi parlimen dan 307 kerusi Dun.

Refleksi dari kritikan Muhyiddin, beliau dianggap hero kerana berani mengkritik presiden parti sehingga membawa kepada pengunduran Abdullah. Manakala habuan yang lebih besar ialah beliau di lantik menjadi Timbalan Presiden Umno sekali gus menjadi Timbalam Perdana Menteri.

Ramai antara penganalisa politik sedang menunggu apakah reaksi beliau berhubung keputusan PRU 13 yang baru berakhir.

Apakah Muyiddin akan menyusuli kritikan beliau terhadap Najib ekoran prestasi yang di cacatkan ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi Pengerusi BN memperoleh keputusanlebih daif dari era Abdullah.

najib muhyiddin putrajaya

PRU 13 yang berakhir lalu BN memperoleh 133 kerusi parlimen iaitu kurang tujuh kerusi dari zaman Pak Lah (Abdullah) iaitu 140 kerusi.

Begitu juga keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang merosot dari 307 kepada 275 kerusi iaitu susut 32 kerusi.

Lebih malang bagi Najib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor apabila negeri Jugra tersebut PR memenangi 44 kerusi Dun berbanding 36 kerusi ketika Pak Lah menjadi pengerusi BN.

Angka tersebut menunjukkan pertambahan 10 kerusi PR selangor sekali gus membolehkan PR Selangor memperoleh lebih dua pertiga (37 kerusi) majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri.

Manakala BN hanya memperoleh 12 kerusi berbanding 20 kerusi pada 2008.

Ke manaa Peruntukan RM2.71 bilion Kepada Umno Selangor

Bagi rakyat Selangor setentunya tertanya-tanya ke poket siapakah wang peruntukan yang di berikan Najib kepada Umno negeri berjumlah RM2.71 bilion pada November 2011 untuk menawan Selangor itu pergi.

hanipa

Kenyataan Pengerusi PR Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menggesa Najib meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor amat relevan dengan prestasi yang di tunjukkan Najib di Selangor.

Sabotaj Syabas berhubung kegagalan penyediakan air terawat ketika tempoh berkempen baru-baru ini juga tidak mengena. Ini disebabkan keberkesanan sumber maklumat dari PR Selangor berhubung realiti sebenar krisis Air di negeri tersebut kepada rakyat.

Lebih malang lagi berikutan kekalahan Timbalan pengarah pilihanraya dan kordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamad tewas kepada pengerusi Lajnah Guaman Pas Pusat, Mohamad Hanipa Maidin di Parlimen Sepang.

PRU 13: 5.6 juta undi PR, BN cuma 5.3 juta

Media arus perdana cuba sedaya upaya untuk melindungi hakikat sebenar berdasarkan jumlah pengundi yang memberi undi kepada PR dan BN semasa PRU 13 lalu.

Berdasarkan analisa menunjukkan lebih 5.6 juta pengundi memberi undi kepada PR berbanding 5.3 juta kepada BN.

Namun berdasarkan kawasan yang di persempadankan, BN memperoleh majoriti mudah 133 kerusi parlimen. Setentunya juga sumbangan besar undi tersebut dari kawasan-kawasan parlimen di pedalaman Sarawak dan Sabah.

Ini juga menjadi hujah mengapa BN enggan memajukan sistem perhubungan dan pembangunan di pedalaman Sabah dan Sarawak. BN lebih rela membiarkan rakyat di pedalaman Sabah dan Sarawak untuk hidup terus miskin kerana sogokan kebendaan ketika masa kempen akan membolehkan kuasa BN diteruskan.

Mat Bangla dan Goncang dakwat

Isu pengundi hantu yang kebanyakan membabitkan mat Bangla juga tidak harus di pinggirkan kerana sebahagian besar kemenangan BN adalah di kawasan yang pengundinya kecil.

Berpuluh gambaran yang dimuat turun di laman maya menunjukkan isu tersebut bukanlah suatu polimik remeh yang enteng.

Barisan Guaman PR sedang mengumpul pelbagai bukti untuk membawa kes ini di pengadilan. Menurut R.Sivarasa yang juga MP Subang, semua yang terlibat termasuk Menteri Dalam Negeri dan SPR boleh di dakwa berhubung tragedi pengkhianatan ini.

Begitu juga isu dakwat kekal yang tidak kekal yang turut di buktikan sebagaimana tersiar di laman maya tersebut.

Persoalan mengapa undi awal yang jatuh pada 30 April lau mengambil masa sehingga lima hari. Tempoh lima hari tersebut akan menyebabkan dakwat tersebut tidak lagi kelihatan. Walhal SPR memaklumkan dahwat tersebut kekal dalam tempoh tujuh hari.

 dakwat kekal hilang kuala selangor 5 mei 01

Maka tidak mustahil pihak anggota keselamatan dan mereka yang terlibat boleh mengundi buat kali kedua ketika hari membuang undi.

Apa pun keputusan PRU13 telah berakhir namun ketelusan SPR terus dipertikai. Rakyat juga memahami Umno-BN sanggup memperkuda apa sahaja untuk pastikan kemenangan. Apatah lagi SPR berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Seorang kawan memberi tahu … terimalah hakikat bahawa rakyat Malaysia redha untuk membayar tol dan tak mau harga petrol di turunkan…. Anak-anak muda serta ibu bapa mereka juga berkemampuan untuk membayar pijaman PTPTN setiap bulan… tunggulah masanya akan tiba sebagai mana buah yang masak akan gugur dengan sendirinya.

Apa makna keputusan PRU 13

Posted: 06 May 2013 04:32 PM PDT

KL TODAY


KEPUTUSAN akhirnya BN – 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan PAS, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen – menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.
Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:


1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain – Selangor, Penang and Kelantan – kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

Selangor – Pakatan 44, BN 12
Penang – Pakatan 30, BN 10
Kelantan – Pakatan 33, BN 12

2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

DAP – 38
PKR – 30
PAS – 21

4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular – 50% berbanding 49% (1% lain-lain).


6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya – satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen – pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut

Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14

9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.


10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.

Tsunami Cina atau Tsunami Malaysia?

Posted: 06 May 2013 04:29 PM PDT


A. Kadir Jasin

 

Pencapaian BN lebih buruk daipada 2008. Kerusi Dewan Rakyat jatuh daripada 140 kepada 133. Kerusi DUN jatuh daripada 306 kepada 274 walaupun tawan semula Kedah dan sahkan penguasan ke atas Perak. 


Buat kali pertama sejak PRU 1969, undi popular BN lebih kecil daripada pembangkang. Setuju dengan pembahas yang ini bukan "tsunami Cina" kerana di negeri majoriti Melayu pun prestasi BN merosot misalnya Terengganu.

"Please accept the results." (Tolong terima keputusan). Demikian kata penyudah Perdana Menteri Najib Razak dalam sidang akhbar ketika menerima kemenangan Barisan Nasional dalam PRU13 di Ibu Pejabat Umno sebentar tadi.

Secara ringkas, pemerhatian awal saya ialah Barisan Nasional tidaklah boleh berbangga apatah lagi keras kepala dengan prestasinya kerana ia sebelum ini ia menguar-uarkan akan menang besar dan memperoleh semula kelebihan dua pertiga dalam Dewan Rakyat serta menawan semula negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, pencapaiannya lebih buruk daripada 2008 kerana PR berjaya menembusi Johor dan memperoleh lebih banyak kerisi di Sarawak, dua negeri simpanan tetap BN serta berjaya mengusai lebih banyak kerusi DUN di seluruh negara.

Walaupun PR gagal dalam kempen "Ubah" dan "Ini Kalilah" untuk menguasai kerajaan pusat, namun ia memperluaskan kehadirannya di semua negeri.

BN berjaya memenangi semula Kedah, mempertahankan Perak, tetapi gagal menguasai semula Selangor dan Kelantan walaupun jentera propagandanya memberi gambaran Selangor dalam tangan dan Kelantan ada harapan. Cakap besar Selangor akhirnya memakan diri sendiri.

Pulau Pinang tidak perlulah disebutkan lagi. Gerakan dan MCA punah di negeri itu. Umpan yang Najib berikan kepada orang Cina tidak bermakna. Orang Cina menolak BN secara terang-terangan.

Najib terkejut dengan keputusan itu dan menjanjikan perubahan kepada partinya Umno. Tetapi prestasi BN yang lebih buruk daripada 2008 menjadikan kedudukan beliau goyah.

Juga, apakah keputusan PRU kali ini berupa "Chinese tsunami" seperti yang Najib ungkapkan atau ia adalah sesuatu yang lebih besar dan menyeluruh iaitu ramai pengundi tidak lagi menerima BN dan Kerajaan BN seperti yang wujud sekarang?

Adakah tidak mungkin bahawa ini bukan tsunami Cina atau cauvinisme kaum, tetapi tsunami Malaysia yang berpaksikan aspirasi dan realiti baru, khasnya di kalangan pengundi muda?

Walaupun BN berjaya merampas semula Kedah, tetapi kekuatannya dalam semua DUN merosot. Ia hampir-hampir kehilangan Terengganu dan menyerahkan banyak kerusi kepada PR di semua negeri.

Di pihaknya pula, PR hendaklah menerima keputusan pemilih dan sebarang ketidakpuasan dan pertikaian hendaklah diselesaikan mengikut peraturan dan undang-undang dan bukan dengan protes jalanan.
Wallahualam.— kadirjasin.blogspot.com

Pas kedah tubuh jawatankuasa khas

Posted: 06 May 2013 04:20 PM PDT

 

KL TODAY

ALOR SETAR – Pas Kedah akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengenal pasti punca kekalahan teruk parti itu, sehingga hilang kuasa kerajaan negeri kepada Barisan Nasional (BN) pada  Pilihan Raya umum Ke-13 (PRU13), semalam.
Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata Pas Kedah juga akan mengkaji semula struktur pimpinan parti itu termasuk jawatan Pesuruhjaya negeri yang kini dipegang Datuk Seri Azizan Abdul Razak.


"Bila berlaku kekalahan seperti ini, Pas Pusat akan melantik satu jawatankuasa untuk mengkaji semua struktur kepimpinan bagi melihat dari segi jangka masa panjang," katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan Menteri Besar Kedah yang baharu di Istana Anak Bukit di sini hari ini.


Pada majlis itu, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah.

Pada PRU13 semalam, Pas hanya menang sembilan daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 16 pada PRU 2008.

BN Kedah memperoleh 21 kerusi Dun untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Phahrolrazi berkata hasil bedah siasat itu akan diserahkan kepada Pas Pusat untuk membuat penilaian sebelum menentukan tindakan lanjut demi masa depan parti itu.


Beliau yang mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kundur berkata prestasi buruk parti pada PRU13 mungkin disebabkan beberapa faktor seperti melibatkan kepimpinan parti, percaturan calon tidak sesuai, jentera dan kelemahan dalam organisasi terutama di kawasan yang tewas.

Katanya semua organisasi dalam Pas akan mengadakan mesyuarat agung dan membuat pelantikan baharu dalam masa terdekat.

"Selepas mesyuarat agung tahunan Pas Pusat, jawatan Pesuruhjaya negeri akan dilantik semula. Jika perlu perubahan, kepimpinan Pas Pusat akan membuat keputusan," katanya.

Posted: 06 May 2013 04:15 PM PDT

'Kemenangan kami dirompak', dakwa Anwar
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
7 Mei 2013
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim ketika ditemui pada satu wawancara eksklusif di pejabatnya. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
 
PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan pilihan raya umum kelmarin sepatutnya menyebelahi Pakatan Rakyat (PR) tetapi "telah dirompak."

Anwar mendakwa, PR sebenarnya adalah pemenang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) namun berlaku unsur penipuan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga menyumbang kepada kekalahan perikatan itu.

"Kita sudah menang tetapi kemenangan itu dirompak oleh BN...," ujar beliau dalam wawancara khas bersama Sinar Harian Online di pejabatnya, semalam.

Ketika ditanya peningkatan kerusi kali ini berbanding, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menegaskan, "ini bukan (soal) tambah kerusi, tapi kami menang... (sudah) menang."

Menurut Anwar, bukti besar berlakunya penipuan adalah menerusi undi awal dan pos.

Pihaknya mengesyaki sesuatu apabila PR hanya memperoleh sekitar 12 peratus undi pos dan awal.

"Tak kan 12 peratus sahaja diberikan kepada kita?

"Kalau kita lihat undi luar negara, itu 70 hingga 80 peratus (nampak) memihak PR daripada apa yang dimaklumkan tetapi bila buka undi,  kita dapat 12 peratus, 15 peratus," ujar beliau.

Untuk rekod, seramai 272,387 daripada 13.3 juta pemilih berdaftar di negara ini ialah pengundi awal.

Mereka menunaikan tanggungjawab mengundi pada 30 April lalu.

Penipuan ini katanya, diperkukuhkan dengan lagi dengan kemunculan pengundi mencurigakan didakwa warga asing dari Bangladesh, Myanmar dan sebagainya.

"... pegawai SPR mengeluarkan kertas undi keluar yang ditangkap dengan dokumen ada dalam video seperti, yang kita tayangkan sebahagian semalam, pemadaman lampu...

"Seperti kes di Lembah Pantai, terpaksa dikawal dengan begitu keras sekali. Kalau tidak, Nurul Izzah akan tewas. Ini apa?

"Ini lambang penipuan dan politik samseng," tegas Anwar.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh SPR malam tadi, Barisan Nasional menang dengan 133 kerusi seterusnya berjaya membentuk kerajaan Persekutuan sementara PR bertambah sembilan kerusi menjadikan jumlah kerusi yang dimenangi 89 kesemuanya.

Beberapa negeri menyaksikan perubahan tampuk pemerintahan di peringkat negeri manakala selebihnya kekal. bawah

Tiada ulasan: