Selasa, 7 Mei 2013

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


UTUSAN TIUP API PERKAUMAN

Posted: 07 May 2013 07:50 AM PDT

PULAU PINANG: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pulau Pinang, Quak Ah Hee mendesak akhbar Utusan Malaysia menarik balik tajuk muka depan hari ini 'Apa lagi Cina mahu' .

Katanya, tajuk itu nampak kasar dan tidak sewajarnya dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

"Utusan Malaysia kena tarik balik tajuk yang tertera di muka depan akhbar berkenaan, bunyinya menyinggung peraaan orang Cina," katanya.

Beliau turut mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bahawa masyarakat Cina begitu rasis apabila tidak memberikan undi kepadanya di Parlimen Bukit Katil menyebabkan beliau tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar dengan majoriti 5,447 undi.

"Bagi kami kaum Tionghua bukan rasis atau pun perkauman tetapi kerana terlalu ingin melihat kejatuhan sebuah kerajaan yang mendera rakyat dengan perbagai kenaikan.

"Kami juga mahu melihat wujudnya sebuah kerajaan adil dan saksama, jauh daripada gejala rasuah, penyelewengan serta tidak amanah," katanya.

Tiada ulasan: