Kerabu Bersuara ® |
- SMASH Untuk Macai Bodoh Umno!
- DAP harungi kempen fitnah PRU13 dengan jayanya. Oleh Mahdzir Ibrahim
- Menteri Dalam Negeri Yang Baru Ni Terlebih Garang Pulak...
- Terkini! Sah Shah Jaszle Ditangkap Khalwat – JAIS
- Fikir Untuk Memilih Pemimpin
Posted: 17 May 2013 07:05 AM PDT |
DAP harungi kempen fitnah PRU13 dengan jayanya. Oleh Mahdzir Ibrahim Posted: 17 May 2013 07:03 AM PDT KALI ini DAP bukan sahaja mendapat kerusi Parlimen terbanyak dalam sejarah, tetapi kejayaan ini diperoleh dalam suatu fenomena yang luar biasa iaitu ketika ia mendapat liputan terburuk dan paling meluas dalam media massa. Ini juga satu sejarah. Sejak tsunami politik 2008 (PRU12), musuh politik DAP iaitu Barisan Nasional (BN) gandingan UMNO, MCA dan Perkasa serta sekutu BN dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, telah memberi perhatian 'istimewa' kepada parti ini. Apabila Pulau Pinang berjaya diperintah Pakatan Rakyat yang diterajui DAP pada 2008, semakin tinggi minat BN untuk memulakan kempen buruknya ke atas DAP. Ia berlarutan sehingga pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu. Sepanjang lima tahun pentadbiran PR di Pulau Pinang, tiada langsung laporan yang baik yang disiar Utusan Malaysia, TV3, RTM dan semua media kawalan BN. Semuanya buruk, semuanya tidak kena. Seolah-olah, rakyat Pulau Pinang dan Selangor telah memilih kerajaan 'Komunis' lagaknya. Hampir setiap minggu selama lima tahun kempen memburuk-burukan kerajaan PR, DAP dan Lim Guan Eng berjalan. Jika kita 'google' nama DAP di internet, pasti akan keluar segala macam tajuk berita yang sangat buruk. Itu kempen 'massa', belum masuk lagi kempen saraf menerusi rakaman video amatur, surat layang dan pelbagai lagi kempen bawah tanahnya. Inilah yang dikatakan sebagai kempen dahsyat yang dilakukan secara intensif oleh BN terhadap DAP. Namun, dalam segala kempen hina, fitnah dan buruk ini, Pakatan Rakyat khususnya DAP berjaya mengharunginya dengan tabah, sabar dan sukses sekali. Ini juga menjadi manifestasi kegagalan BN, ini juga menjadi indikasi bahawa rakyat sudah bijak dan tahu memilih dan menyaring maklumat. Buktinya, kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi DAP meningkat berbanding sebelumnya PRU-11 hanya 12 kerusi Parlimen, PRU-12, 27kerusi Parlimen dan PRU-13/38 kerusi Parlimen. Peratusan undi DAP juga meningkat pada PRU-11 daripada 9.9 peratus kepada 13.77 peratus pada PRU-12 dan meningkat lagi sebanyak 15.71 peratus pada PRU-13, ini termasuk peratusan sokongan pengundi Melayu kepada PR dan DAP meningkat dengan undi popular sebanyak 51% berbanding BN hanya 49%. Apakah maksud semua ini jikalau ia bukan satu kejayaan? Walaupun BN masih kekal di tampok kuasa dengan mendapat lebih kerusi Parlimen menerusi silap matanya, itu tidak bermakna kita tewas. Sebaliknya dalam keadaan serba kekurangan, kekangan, had masa dan kempen kotor BN yang didukung dengan segala bala jenteranya, namun DAP tetap menambah kerusi Parlimen dan undi popular. Dalam diam, BN menyedari akan keadaan ini. Kempen kotor mereka gagal, kempen fitnah mereka sudah buntu. Kita akan terus mara ke hadapan.-Roketkini.com Mahdzir Ibrahim kini adalah Setiausaha Politik kepada Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Malaysia, Liew Chin Tong. |
Menteri Dalam Negeri Yang Baru Ni Terlebih Garang Pulak... Posted: 17 May 2013 06:55 AM PDT Tugas pertama Ahmad Zahid Hamidi sebaik mengangkat sumpah sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru bagi menggantikan menteri sebelumnya, Hishammuddin yang hanya gemar memberi amaran ialah dengan menyarankan golongan yang enggan menerima sistem pilihanraya negara ini agar berpindah ke negara yang menjalankan sistem pilihanraya yang mereka gemari. Katanya, sistem pilihanraya negara ini adalah berdasarkan majoriti mudah dan bukannya berasaskan undi popular yang banyak digunapakai di beberapa negara republik, lantaran itu mereka harus menerima apa saja keputusan daripadanya dan bukannya membantah dengan mengadakan perarakan seperti Black 505 sambil memakai baju hitam seperti yang diadakan sekarang. Jika mereka enggan menerima sistem yang ada, lebih baik mereka berpindah ke negara lain, demikian lebih kurang saranan Zahid yang sebenarnya berupa separuh amaran juga. Amboi, garangnya!! Nampaknya sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru, beliau juga seperti terjangkit penyakit Hishammuddin yang amat gemar memberi amaran dalam banyak isu. Bagaimanapun saranan Zahid ini seperti untuk menunjukkan kepada umum beliau merupakan seorang Menteri Dalam Negeri yang garang dan tidak boleh dibuat main-main. Beliau mahu orang takut kepadanya, walaupun beliau sebenarnya lebih kerap senyum daripada marah. Tidak salah untuk Zahid menjadi garang atau terlebih garang sekali pun, lebih-lebih lagi dalam menghadapi pelbagai cabaran di kementerian barunya itu tetapi biarlah garangnya itu bertempat. Berteriak garang dengan meminta mereka yang mempertikaikan keputusan pilihanraya supaya berpindah ke negara lain jelas merupakan hujah yang terkeluar daripada topik yang sepatutnya. Pakatan Rakyat dan golongan muda yang tertarik mengadakan demonstasi bantahan terhadap keputusan pilihanraya hanya mempertikaikan pengendalian pilihanraya yang mereka percayai adanya unsur-unsur penipuan. Mereka tidak mempertikaikan sistem, mereka hanya mempertikai keputusan dan pengendalian oleh SPR. Tindakan mereka mengangkat undi popular sebagai dalil kemenangan sebenarnya hanyalah hujah politik semata-mata. Ia tidak bermaksud mempertikaikan sistem. Dalam menghadapi hujah politk seperti itu, Zahid sepatutnya menggunakan hujah politik juga. Menggunakan hujah supaya mereka berpindah ke negara lain hanya menampakkan lagak sombong dan angkuh seorang pemimpin yang baru memperolehi kuasa. Lagak seperti itu tidak akan memadamkan api, bahkan menyemarakkan lagi api kemarahan mereka. Sepatutnya hujah undi popular itu tidak perlu dilayan sangat kerana semua orang memahami sistem politik dan pilihanraya yang didiamalkan di negara ini. Ia sekadar penyedap kata-kata sahaja. Bagaimanapun sebagai menteri yang baru di mana sejak empat tahun lalu rakyat begitu kecewa dengan menteri yang brtanggungjawab mengenai keamanan dan keselamatan, Zahid harus menggunakan kebijaksanaannya dalam menangani situasi yang ada. Rakyat mahukan nafas baru dalam diri seorang Menteri Dalam Nageri. Kalau boleh kurangkan bercakap dan ghairah memberi amaran. Apa yang rakyat mahukan ialah undang-undang dilaksanakan tanpa kompromi dan pilih bulu. Biarlah kurang kurang bercakap asalkan kesan tindakan sebagai orang menteri dapat dirasakan oleh rakyat. Tidak guna bercakap banyak memberi amaran, memantau dan sebagainya tetapi hasilnya kosong. Jika tidak, pertukaran jawatan beliau dengan Hishammuddin tidak ada beza sama-sekali. (SH 17/05/2013) http://shahbudindotcom.blogspot.com/2013/05/menteri-dalam-negeri-yang-baru-ni.html |
Terkini! Sah Shah Jaszle Ditangkap Khalwat – JAIS Posted: 16 May 2013 09:23 PM PDT Susulan daripada berita tergempar yang melibatkan pelakon lelaki terkenal ditangkap khalwat bersama pasangannya di Subang awal Khamis lalu, di sini ada berita yang baru kami terima. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengesahkan bahawa pelakon tersebut adalah Shah Jaszle. Shah Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi telah ditahan bersama pasangannya pada jam 3.30 pagi, semalam (Khamis) di Apartment Taman Sri Subang, Selangor. SHAH ALAM, 16 Mei 2013 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuaasaan JAIS pada 3.30 pagi bertempat di Apartment Taman Sri Subang. Penahanan Mohd Shahrizal Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Penangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan semalam. Bersama sama ini dilampirkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 untuk tindakan dan makluman. Sekian, terima kasih. Shah Jaszle ditangkap khalwat Kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak JAIS Untuk makluman, Shah Jaszle telah bertunang dengan Redzwani Puteri pada Disember 2012 dalam satu majlis tertutup. Dan menurut sumber, tunang pelakon itu dikatakan telah datang sendiri ke pejabat Jabatan Agama Islam Selangor bagi menjamin bakal suaminya itu. http://www.ohbulan.com/sah-shah-jaszle-ditangkap-khalwat-jais/ |
Posted: 16 May 2013 09:17 PM PDT Pemimpin Harus Rampas Harta Rakyat Menurut Islam ? Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Setiap individu Islam yang beraqal waras dan sihat wajib memikir dengan bersungguh untuk mengenali pimpinan mereka dan juga setiap bakal pemimpin. Wajib juga mereka membuat segala usaha termampu untuk mengetahui sikap, kecenderungan, track record dan kekuatan para pemimpin yang INGIN dipilih khususnya di dalam sebuah negara yang mengamalkan perlantikan melalui proses pilihanraya, atau juga melalui proses perlantikan khusus. Ada yang mengajukan pertanyaan kepada saya sama ada di dalam Islam seorang pemimpin boleh mengambil hak milik individu seseorang sama ada hak kebebasannya, hak hartanya atau lainnya. Benarkah jawapannya adalah HARUS ? dan adakah asas di dalam Islam yang membenarkannya?. SEJARAH PANDUAN Khalifah Umar al-Khattab pernah menunaikan umrah ada bulan Rejab tahun 17 Hijrah. Masjid al-haram di zaman Nabi s.a.w dan pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq tidak mempunyai sebarang pagar yang mengelilingi masjid, yang ada hanya ruang halaman untuk tawaf. Namun apabila bilangan umat Islam bertambah, halaman yang dahulunya selesa sudah menjadi sempit sehingga boleh memudaratkan para tetamu Allah. Keadaan ini menyebabkan Umar r.a berfikir untuk memperluaskan halaman tawaf. Untuk tujuan tersebut Umar r.a membeli beberapa buah rumah di sekitar masjid, seterusnya diruntuhkan dan ditukar menjadi ruang halaman tawaf. Namun demikian, beberapa pemilik rumah di sekitar Masjid Al-Haram enggan menjualkan rumah mereka kepada kerajaan, walaupun telah ditawarkan dengan harga yang munasabah lagi adil. Akhirnya, Khalifah umar mengambil keputusan merampas dan meruntuhkan rumah-rumah tersebut dan meletakkan bayaran pampasan yang adil dan mencukupi di Baitul Mal bagi diambil kemudiannya oleh pemilik-pemilik rumah. Ia diletakkan di Baitul Mal kerana pemilik rumah berdegil enggan berurusan. Akhirnya, mereka pergi juga mengambil wang pampasan mereka. Peristiwa yang hampir sama juga berlaku ketika khalifah Umar r.a inigin memperbesarkan masjid Nabawi. [1] Khalifah Uthman r.a turut melakukan hal yang sama ketika masjidil haram memerlukan lagi pembesaran dan turut berhadapan dengan beberapa pemilik rumah yang enggan, lalu dirampas dan diberikan pampasan yang adil dan sesuai. Memang benar, semua tindakan ini jelas harus di dalam Islam, ia merupakan sebuah kuasa khusus diiktiraf oleh hukum Islam, khusus diberikan kepada sang pemimpin yang amanah mendahulukan keutamaan awam. Namun demikian, tentunya ia bersyarat, antara syaratnya seperti :- 1) Mestilah dilakukan permohonan kepada pemilik terlebih dahulu. 2) Rayuan dan rundingan bersama pemilik. 3) Memberikan harga pampasan yang adil lagi saksama. 4) Rampasan benar-benar dilakukan HANYA untuk tujuan dan maslahat umum, tiada kaitan dengan pula dengan keuntungan peribadi sang pemimpin. Tidak juga memberikan sebarang keuntungan kewangan peribadi kepada pemimpin. Tatkala syarat ini dipenuhi, rampasan dan pencerobohan hak individu dianggap harus dan tergolong di dalam kaedah Fiqh yang menegaskan :- يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام Ertinya :"Kemudaratan yang bersifat khusus (kepada individu) terpaksa ditanggung demi menolak kemudaratan umum" SEBAB ITULAH .... Memang benar, keredhaan menjadi antara syarat utama dalam sebuah proses jual beli biasa, namun demikian sebuah paksaan boleh dijatuh dan ditentukan oleh SANG PEMIMPIN demi menjaga kebaikan umum, Peruntukan kuasa yang diijktiraf oleh islam ini menjadikan pemilihan dan perlantikan seseorang pemimpin menjadi amat penting buat setiap individu masyaratkat. Ini kerana di dalam sistem pilihanraya berparlimen, rakyat patut faham, tiada siapa yang boleh melepaskan diri dari tanggungjawab memilih yang terbaik kerana kelak, pimpinan yang naik itu punyai peruntukan untuk merampas hak milik individunya HANYA DENGAN alasan kepnetingan dan kemaslahatan awam yang DITENTU DAN DINILAIKAN SENDIRI oleh pemimpin tersebut. Jika korup dan buruk iman pimpinan itu, buruklah pula penilaian 'kepentingan awamnya'. MALANGLAH... Justeru itu, amat malanglah jika seorang pemimpin buruk budi pekerti terpilih lalu kelak nanti mereka akan menggunakan kuasa yang diiktiraf Islam ini, BUKAN LAGI atas penilaian yang adil dan saksama serta kepentingan umum yang disyaratkan Islam, tetapi diubah dan dihalalkan bagi menjayakan nafsu dan kepentingan peribadinya. Kepentingan peribadinya dianggap kepentingan umum. Tatkala itu, siapa yang ingin dipersalah? Atas kefahaman ini, TIDAK BOLEH seorang pengundi yang waras AQALNYA, lagi mampu tubuhnya melarikan diri dari tanggungjawab mengundi, mengasingkan diri dari pemilihan dan tidak memberikan pandangan dalam perlantikan pengundian dan lainnya. Jika masih malas dan berdegil tunggulah nanti hak peribadi di rampas atas nama kepentingan umum yang palsu. Tatkala itu, menyesal sudah tidak lagi beerti. Fikirkanlah sebaik dan sewarasnya. Sekian Zaharuddin Abd Rahman Rabat, Morocco 4 April 2009 [1] At-Tabaqat al-Kabir, 3/13 ; Al-Milkiyah Al-Fardiyah fi Nizam al-Iqtisadiy al-Islamiy, Dr Md Baltaji, hlm 196 |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan