Biaqpila |
- MENTERI NI TAK SEDAQ GAJI DIA RAKYAT YANG BAYAQ
- 15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI
- WOW!!! KABINET MALAYSIA PUNYAI MENTERI PALING RAMAI DI DUNIA KAH! KAH! KAH!
MENTERI NI TAK SEDAQ GAJI DIA RAKYAT YANG BAYAQ Posted: 17 May 2013 01:13 AM PDT DEY MACHA!!! Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengecam kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai biadap, dan tidak seharusnya seorang Menteri yang dilantik bagi memberi khidmat untuk seluruh rakyat Malaysia bersikap angkuh, dan membuat kenyataan seperti seolah-olah dirinya dan parti yang diwakilinya adalah tuan besar dalam negara ini. “Zahid Hamidi harus sedar elaun sebagai Ahli Dewan Rakyat dan Menteri, terhasil dari cukai yang dikutip ke atas rakyat dan wajarlah beliau tidak angkuh dan sombong,” ujar Ketuanya, Azmizam Zaman Huri dalam satu kenyataan. Justeru, katanya AMK Selangor menyifatkan kenyataan Zahid yang menggesa golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari sebagai angkuh, bodoh sombong dan menggambarkan ketakutan Barisan Nasional menghadapi gelombang rakyat. AMK Selangor, tambahnya melihat kenyataan itu juga menggambarkan Zahid Hamidi sebagai tidak bersedia untuk memikul amanah selaku Menteri Dalam Negeri, dan Najib Razak meletakkan beliau di posisi itu sebagai kambing hitam untuk menghadapi kemarahan rakyat yang jelas bangkit bagi menolak keputusan PRU13 yang penuh mencurigakan. Sepatutnya, kata beliau sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik, Zahid Hamidi harus segera mengambil langkah yang neutral dan memberikan kerjasama erat bagi memberi ruang kepada sebarang proses bantahan, selagi mana ianya tidak melanggar undang-undang dan tidak mendatangkan kekacauan. Menruutnya lagi, rakyat bangkit untuk protes dan bersuara secara aman, mengikut prosedur perhimpunan yang betul serta saluran media yang betul. “Rakyat juga, mendukung keputusan Pakatan Rakyat untuk memfailkan petisyen ke atas sekurang-kurangnya 27 Parlimen yang disyaki terlibat dengan kesalahan pilihanraya serta keputusan yang meragukan. “Zahid Hamidi mesti berlapang dada dan membuka ruang bersuara untuk rakyat,” ujarnya yang juga Naib Ketua AMK Malaysia. Harakahdaily |
15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI Posted: 17 May 2013 01:00 AM PDT ASSALAMUALAIKUM.WRH.WBT BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains : 1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil. 2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga. 3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit. 4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi. 5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. 6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah. 7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi. 8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk. 9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati. 10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah. 11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu. 12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur. 13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya. 14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru. 15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh. "Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama... إن شاء الله (Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah) Sumber NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
WOW!!! KABINET MALAYSIA PUNYAI MENTERI PALING RAMAI DI DUNIA KAH! KAH! KAH! Posted: 16 May 2013 06:00 PM PDT Untuk apa 35 menteri berbanding 31 pada 2008 KUALA LUMPUR: "Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?" tanya penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di dalam Facebooknya. Menurutnya, Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. "Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?" tanya beliau lagi. Berikut ialah pandangan beliau. Apabila PM DS Najib mengumumkan barisan kabinetnya, maka penganalisis yang bersetuju dengan barisan ini menyatakan inilah kabinet transformasi terbaik, kabinet gabungan muka baru dan lama, dan kabinet yang mampu melonjakkan negara ke depan untuk menghadapi saingan globalisasi. Bagi yang tidak bersetuju pula menyatakan inilah kabinet DS Najib untuk menghadapi pemilihan Umno tahun ini, kabinet kitar semua dan kabinet kayu mati yang mudah dimakan anai-anai. Saya tidak ada masalah dengan barisan kabinet ini. Mereka yang dilantik adalah hebat. Namun, yang menjadi masalah kepada saya ialah bilangan kementerian dan menterinya yang ramai. Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008? Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas? Meskipun Perlembagaan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet, kita perlu bandingkan saiz kabinet Malaysia dengan kabinet di negara-negara lain. Kewujudan kementerian dan menteri adalah untuk menyempurnakan tugas dalam mentadbir negara, bukannya sebagai ganjaran kepada kawan-rakan yang menang. HD NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan