Jumaat, 17 Mei 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


"Kabinet Terakhir BN" Terus Terima Kritikan

Posted: 17 May 2013 07:16 AM PDT


Badan pemikir: Kabinet Najib tidak akan berupaya tangani kehendak rakyat

KELAB GREENBOC
 
KUALA LUMPUR— Kabinet yang dibentuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya 2013 tidak akan berupaya menangani isu pokok dan perubahan yang dikehendaki rakyat kerana wakil Kabinet Najib jelas pertubuhan berkenaan menunjukkan Najib kekurangan calon yang berkelayakan.

Badan pemikir PKR turut menegaskan Kabinet baru Najib itu juga adalah kumpulan "pasukan lama" dan "tukang sorak" untuk mempertahankan kedudukan Presiden Umno itu ketika pemilihan parti majoriti Melayu berkenaan penghujung tahun ini.

"Institut Rakyat berpendapat Kabinet baru tidak akan serius dan berupaya menyelesaikan perubahan perkara pokok yang diinginkan dalam negara ini iaitu masalah sosio-ekonomi dan aspirasi demokrasi rakyat Malaysia," kata pertubuhan berkenaan dalam satu kenyataan hari ini. "Kabinet baru itu hanyalah pasukan lama Najib untuk mempertahankan kerusi Presiden."

Malahan, mereka turut merasakan anggota Kabinet Najib dalam bidang utama seperti kewangan, jenayah, pendidikan dan pertahanan nasional hanyalah "anggota yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan dikitar semula".

"Institut Rakyat kecewa dengan barisan kabinet Najib kerana pada dasarnya, tidak ada transformasi, sederhana atau perpaduan kebangsaan yang didorong oleh anggota Kabinet yang baru ini," tegas badan pemikir berkenaan dalam kenyataan tersebut.

Antara perkara yang dibangkitkan Institut Rakyat adalah kurangnya anggota Kabinet wanita, kitar semula pemimpin veteran Umno dan BN, penurunan wakil masyarakat Cina dalam anggota Kabinet, perlantikan semula pemimpin yang bermasalah, dan banyak lagi.

"Kebimbangan utama adalah 'tradisi' tidak sihat dan buruk yang dilaksanakan sejak pentadbiran (bekas perdana menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad) bagi Perdana Menteri pada masa yang sama menjadi Menteri Kewangan.

"Ini bukan satu amalan biasa di negara-negara Komanwel yang lain atas sebab yang mudah bahawa semak dan imbang mesti dilaksanakan bagaimana kumpulan eksekutif membelanjakan wang negara," katanya. Presiden Umno itu telah melantik 17 ahli partinya untuk jawatan menteri apabila menamakan Kabinetnya sebelum ini, yang kebanyakkan adalah muka lama yang bertukar portfolio atau kekal kecuali muka baru seperti — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan, penganalisis berpendapat dominasi Umno dalam Kabinet 2013 menunjukkan keinginan Najib untuk meningkatkan sokongan peribadinya menjelang pemilihan parti akan datang akan tetapi boleh menjejaskan langkah pembaharuan negara perdana menteri itu, kata beberapa pemerhati.

Walaupun sinis dengan jumlah besar veteran dalam Kabinet 32 orang itu, pemerhati mengatakan Najib perlu diberi peluang untuk membuktikan beliau boleh menunaikan janji transformasi kerajaan dan ekonomi, sebaik sahaja kekal sebagai presiden parti.

Ulasan GB

GB lebih melihat bahawa barisan kabinet yang diumumkan Najib adalah kabinet terakhir BN.

Setuju?

Perhimpunan di Padang Kota Lama esok tak lulus

Posted: 17 May 2013 07:10 AM PDT



 
Pihak polis menegaskan ceramah Pakatan Rakyat yang dicadang diadakan di Padang Kota Lama di Georgetown malam esok tidak mendapat kelulusan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pihak polis telah menolak permohonan untuk mengadakan ceramah itu kerana lokasinya merupakan tempat tumpuan awam dan penganjurannya dibimbangi akan mengganggu ketenteraman orang ramai sekaligus mengundang kesesakan lalu lintas yang teruk.

Beliau berkata permohonan untuk menganjurkan majlis itu juga tidak mematuhi tempoh yang sepatutnya.

"Pihak penganjur mengemukakan permohonan sebelum 10 hari berlangsungnya program itu iaitu pada pukul 2.10 petang Rabu lepas. Namun kita masih memberi peluang untuk mereka berbincang dan penjelasan terperinci telah kita berikan.

"Bagaimanapun mereka tetap mahu meneruskan perhimpunan itu," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Gan berkata pihaknya telah mempertimbang semua aspek dengan teliti berhubung perhimpunan itu dan perbincangan telah diatur pada tengah hari ini melibatkan kedua belah pihak bagi mencapai keputusan terbaik.

Beliau turut menegaskan pihak polis tidak akan menahan sesiapa susulan perhimpunan itu dan hanya akan bertindak sekiranya terdapat individu yang melanggar undang-undang dan cuba mencetuskan kekecohan sepanjang program berlangsung.

Bagi mengawal kelancaran lalu lintas, katanya petugas trafik akan ditempatkan di semua simpang laluan menuju Padang Kota Lama termasuk di laluan keluar masuk menuju terminal feri dan Jambatan Pulau Pinang sementara Jalan Tun Syed Sheh Barakbah akan ditutup sepenuhnya.

Gan berkata kenderaan yang diparkir sesuka hati sehingga menganggu kelancaran trafik akan ditunda.

Ceramah dijangka bermula pukul 8 malam sehingga tengah malam.-Bernama

ADUN Sri Muda gagal ketepikan tuduhan menghasut

Posted: 17 May 2013 07:06 AM PDT

 


 
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan anggota Dewan Undangan Sri Muda Mat Shuhaimi Shafiei untuk mengetepikan tuduhan menghasut yang dikenakan terhadapnya.

Mat Shuhaimi mengemukakan permohonan itu dengan mempertikai kesahan daripada segi Perlembagaan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya.

Dalam keputusan sebulat suaranya, panel tiga anggota yang diketuai Hakim Datuk Abdul Malik Ishak, menyatakan seksyen itu sah di sisi perlembagaan kerana ia digubal oleh Parlimen.

"Seksyen ini kekal sebagai undang-undang yang sah hingga hari ini," kata Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Mohamed dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Abdul Malik memerintahkan Mat Suhaimi, 45, menghadirkan diri di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 5 Jun, yang ditetapkan sebagai tarikh sebutan kesnya.

Bagaimanapun, panel itu membenarkan Mat Shuhaimi menangguhkan perbicaraan di Mahkamah Sesyen sementara menunggu keputusan rayuannya terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Abdul Malik meluluskan permohonan penangguhan itu, yang dikemukakan Mat Shuhaimi melalui peguamnya Edmund Bon dan tidak dibantah timbalan pendakwa raya Awang Armadajaya Awang Mahmud.

Adun daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikenakan pertuduhan berkenaan pada 2011 kerana menyiarkan tulisan bersifat menghasut dalam blognya srimuda.blogspot.com berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baharu.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Pusat Khidmat Rakyat, Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, Shah Alam pada 30 Disember 2010.

Mat Suhaimi boleh dihukum penjara hingga tiga tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Pada 1 April 2011, beliau memfailkan notis usul di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk memohon mengetepikan tuduhan menghasut itu dengan memberi alasan Akta Hasutan yang digunakan dalam pertuduhan terhadapnya, tidak sah di sisi undang-undang kerana ia bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin hak kebebasan bersuara.

Pada 26 Ogos 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan Mat Shuhaimi untuk mengetepikan tuduhan berkenaan.

Susulan itu, beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.-Bernama

Matlamat perjuangan PAS tidak terjejas

Posted: 17 May 2013 07:02 AM PDT


DETIK DAILY

KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din berkata kegagalan pemimpin utama merebut kerusi di peringkat nasional tidak menjejaskan fokus dan matlamat parti itu untuk bersaing dengan Umno walaupun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Selepas pilihan raya umum 2008, PAS bekerjasama dengan KeADILan dan DAP membentuk Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional (BN). Dalam tempoh itu parti pimpinan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu berusaha meraih sokongan pengundi Melayu bagi memastikan kemenangan dalam PRU13.

Namun keputusan PRU13  ramai tokoh utama PAS tewas, termasuk Timbalan Presiden Mohamad Sabu (Parlimen Pendang), dua Naib Presidennya, Dato' Husam Musa (Parlimen Putrajaya) dan Salahuddin Ayub (Parlimen Pulai).

Turut memperoleh nasib yang sama Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (DUN Jengka) dan Haron sendiri (Parlimen Arau).

Menurut Ustaz Haron yang tewas kepada bekas Menteri Besar Perlis Dato' Seri Shahidan Kassim, kekalahan pemimpin utama adalah perkara biasa dan ia tidak menggugat perjalanan parti.

Beliau menambah Umno juga kehilangan ramai tokoh utama termasuk Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman.

"Kalau begitu bandingkan dengan tokoh-tokoh Umno yang tumbang... contohnya Menteri Besar Johor, Ketua Menteri Melaka dan tokoh-tokoh lain yang tumbang.

"Kalau ada tokoh PAS tumbang, tokoh Umno juga ramai yang tumbang," katanya.

Beliau turut menyifatkan parti komponen BN kecundang habis-habisan pada pilihan raya umum kali ini.

"MCA dan Gerakan kecundang habis-habisan," kata Ustaz Haron merujuk kepada MCA yang hanya menang di enam kerusi Parlimen (berbanding 15 pada 2008) dan Gerakan yang memperoleh hanya satu kerusi berbanding dua lima tahun lalu.

DAP ulangi nasib MCA jika masuk BN

Posted: 17 May 2013 07:00 AM PDT


Oleh LIM HONG SIANG 

KONTEKSNYA begini. Presiden MCA, Chua Soi Lek mengusulkan bahawa pemimpin partinya t
idak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan, seandainya prestasi MCA dalam PRU13 lebih teruk daripada apa yang dicapai pada PRU12. Usul ini diluluskan sebulat suara dalam Mesyuarat Agung Tahunan MCA pada tahun 2011.

Mesejnya jelas, ia dibaca sebagai ugutan terhadap masyarakat Cina, berbunyi, seandainya pengundi Cina tidak menyokong MCA, maka Cina akan dihukum dengan kesudahan di mana tiada perwakilan Cina dalam Kabinet, mahupun kerajaan negeri dan tempatan.

Selain itu, usul ini juga dilihat sebagai strategi Soi Lek mengikat nasib dirinya dengan pimpinan MCA di pelbagai peringkat, daripada jawatan sebesar menteri sehinggalah jawatan sekecil ketua kampung. Ini kerana tidak kurang pimpinan MCA akar umbi didapati menyokong DAP, PAS dan KeADILan dalam PRU12. Justeru, Soi Lek menghantar mesej, seandainya mereka terus berbuat demikian, maka pimpinan yang berjawatan kerajaan ini akan dihukum dengan "buang kerja".

Jadi inilah mesej di sebalik cadangan Soi Lek. Tiada kaitan dengan "akur kepada suara rakyat", mahupun "kegagalan MCA bermakna kegagalan model Barisan Nasional". Ia taktik yang difikirkan semata-mata untuk melanjutkan hayat politik MCA, kerana parti ini telah muflis dari segi idea, roh, nilai malah kemampuan untuk menggendalikan pentadbiran kerajaan.

Bagaimanapun, ugutan dan propaganda ini tidak berjaya untuk menakutkan masyarakat Cina. Malah sebelum hari pengundian, propaganda bahawa keputusan PRU13 akan menyaksikan "Melayu dalam kerajaan", sementara "Cina dalam pembangkang" cuba diasak terhadap pengundi Cina. Kesannya besar, sebagaimana yang diugut, kononnya bakal meminggirkan masyarakat Cina daripada proses penggubalan dasar, lantas kepentingan masyarakat Cina terabai begitu sahaja.

Namun demikian, ugutan ini tidak berkesan. Pada 5 Mei, pengundi Cina memangkah untuk menghumbankan MCA ke dalam tong sampah. Ia bukan sekadar menghukum, tetapi "membunuh", jikalau dilihat undi majoriti yang diperolehi calon Pakatan Rakyat di kawasan menentang calon MCA, khususnya di bandar. Malah, di Pulau Pinang, semakin banyak wang ditabur, semakin berat hukuman pengundi terhadap calon BN di kawasan tersebut. Bukan sahaja meluat dengan politik wang, tetapi enggan dihina dengan gula politik berbentuk wang ringgit.

Kini, sekali lagi masyarakat Cina berdepan dengan dilema, kerana Pakatan Rakyat tidak memerintah di peringkat Persekutuan. Maka akhbar Cina dan tokoh-tokoh Cina tertentu menyuburkan semula hujah MCA - bagaimana suara masyarakat Cina boleh disalurkan ke dalam kerajaan tanpa perwakilan MCA dalam Kabinet? Bagaimana masyarakat Cina terus berada dalam arus perdana politik tanpa penglibatan Cina dalam kerajaan? Dalam situasi sedemikian, cadangan seperti DAP masuk BN diketengahkan.

Kebetulan saya menghadiri satu forum untuk mengupas hala tuju Malaysia selepas PRU13. Salah seorang panelis, Phoon Wing Keong memuji keberanian pengundi Cina untuk menolak MCA meskipun sedar kesannya di mana tiada perwakilan dalam Kabinet BN. Beliau berkata, ketiadaan wakil dalam Kabinet tidak bermakna Cina di luar arus perdana.

Seandainya siapa-siapa yang berfikiran bahawa Cina perlu berada dalam kerajaan untuk kekal dalam "arus perdana", maka pandangan ini adalah meleset. Phoon menjelaskan, kita tidak boleh menilai sesuatu hanya berdasarkan kemenangan semata-mata, atau memuja mereka yang menang. Sebaliknya, Phoon menganggap tindakan masyarakat Cina kali ini adalah selangkah ke depan, kerana memilih politik berpaksikan nilai sejagat.

Masyarakat Cina tidak tergoda dengan sedekah mahupun gula politik sepanjang tempoh kempen, sebaliknya mempertahankan maruah sebagai pengundi kerana tidak dibeli hanya dengan wang ringgit atau kebendaan.

Kupasan Phoon kena pada tempatnya. Sungguhpun "pendidikan" antara isu yang menyentuh hati pengundi Cina, sehingga Najib cuba memikat undi dengan beberapa tawaran dalam bidang pendidikan, tetapi pertikaian tetap bangkit di kalangan Cina - apakah makna seandainya peruntukan sekolah Cina ditambah tetapi kilang Lynas tetap beroperasi? Keprihatinan tidak lagi disempitkan hanya kepada isu pendidikan, tetapi isu umum yang melibatkan kepentingan awam.

Lebih menarik, apabila akhbar Cina memperbesarkan berita bahawa Lim Kit Siang menyatakan kesediaan berunding dengan BN untuk membentuk kerajaan perpaduan, ia mencungkil reaksi yang hangat. Phoon secara seloroh melontarkan "andaian", jikalau DAP menyertai BN, maka parti ini akan mengulangi nasib MCA dalam PRU14. Ini kerana perbuatan menyertai BN umpama membelakangi matlamat perjuangan parti, malah mengkhianati mandat yang diberikan pengundi. Kenyataan Phoon disambut dengan tepukan gemuruh daripada kelompok hadirin keturunan Cina.

Saya menganggap mesej daripada pengundi Cina cukup jelas. Reaksi Cina selepas membaca laporan Sin Chew Daily sekali lagi membuktikannya. Sin Chew menonjolkan kenyataan Kit Siang bahawa DAP sedia berunding dengan BN jikalau manifesto Pakatan Rakyat diterima, lantas dikecam dan dikutuk pengundi Cina - sehingga Kit Siang perlu memberi penjelasan tentang apa yang sebenarnya diujar. Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, menegaskan sekali lagi kemudian bahawa DAP tidak berminat untuk menyertai BN selepas pertikaian ini tercetus.

Natijahnya, pengundi Cina bukan menyokong DAP secara membuta-tuli, tetapi sokongan ini bersyarat. Pemimpin yang menyertai barisan kezaliman dengan apa alasan sekalipun, akan ditolak tanpa belas kasihan. Ini yang Cina mahu.

*Lim Hong Siang ialah bekas editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. E-mel: hongsiang27@gmail.com

Ahli MCA diminta hormati keputusan parti

Posted: 17 May 2013 06:56 AM PDT



 
Ketua Biro Publisiti MCA Selangor Datuk Yap Pian Hon meminta anggota MCA menghormati keputusan parti itu untuk tidak menerima sebarang jawatan kabinet.
  
"Pada perhimpunan agung tahunan 2011 dan 2012, anggota parti sebulat suara meluluskan resolusi untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya prestasi MCA pada PRU13 (Pilihan Raya Umum Ke-13) lebih buruk daripada PRU12.
  
"Anggota parti perlu menerima keputusan ini dan tidak memandang ringan mengenainya. Kita perlu akui bahawa pemilih Cina telah meninggalkan MCA," katanya dalam kenyataan hari ini.
  
Sebelum ini, MCA mengumumkan parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan berikutan prestasi buruknya dalam PRU13 pada 5 Mei dengan hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi parlimen dan 11 daripada 90 kerusi negeri yang ditandinginya.
  
Yap berkata MCA perlu mengambil iktibar daripada pengalaman pahit yang ditempuhinya untuk terus melangkah ke hadapan.
  
Katanya segala yang dialami itu mungkin menjadi titik perubahan dalam senario politik MCA dan kini tibalah masanya bagi parti itu untuk bangun kembali bersama pemikiran baharu untuk memulakan langkah baharu dalam arena politik.- Bernama

Hipotesis AS-PKR Ruhanie tak cukup akademik

Posted: 17 May 2013 06:53 AM PDT

 


 
ULASAN Saya ingin merujuk kepada satu laporan media mengenai kenyataan Datuk Ruhanie Ahmad, penulis blog sosio-politik Kuda Kepang dan calon doktor falsafah (PhD) dalam bidang geopolitik dan kajian keselamatan di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam satu pembentangan di sebuah forum anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) pada 16 Mei yang lalu, Datuk Ruhanie Ahmad melemparkan persoalan apakah Pakatan Rakyat, atau PKR lebih tepat, "menjadi ejen pertukaran rejim bagi menguntungkan Amerika Syarikat".

NONETerdapat dua kekaburan pada dakwaan, pertanyaan atau hipotesis di atas. Kekaburan pertama melibatkan kerangka kajian Ruhanie (kiri).

Setiap kajian akademik perlu didatangkan bukti nyata iaitu hasil penelitian yang mendalam dan panjang.

Sebagai ahli akademik, saya tidak berminat dengan dakwaan-dakwaan berasaskan teori konspirasi.

Dalam sesi soal jawab forum tersebut, saya telah bertanya apakah framework atau metodologi akademik yang beliau gunakan untuk mencapai kesimpulan tersebut.

Ini penting kerana Ruhanie membuka pembentangan beliau dengan penegasan yang beliau bukan lagi ahli politik tetapi bakal menamatkan pengajian PhD beliau dalam bidang kajian keselamatan.

Ini memberi isyarat bahawa pembentangan beliau adalah pembentangan akademik dan dapatan beliau adalah dapatan akademik.

Kerangka ilmiah apa?

Namun demikian, Ruhanie tidak dapat menjawab komponen paling penting dalam satu pembentangan atau kajian akademik iaitu apakah kerangka ilmiah beliau.

Kekaburan kedua ialah, sebahagian besar hipotesis tersebut adalah bersandarkan tulisan Tony Cartalucci berjudul "Malaysia: Failure of US to Subvert the Elections and Install a 'Proxy Regime': US 'Pivot' Toward Asia Trips in Malaysia.

Adalah penting dalam sebuah kajian akademik yang berwibawa untuk mendatangkan penyangkalan pihak yang dituduh.

Ini kerana sesebuah kajian akademik bukanlah tulisan di blog atau tulisan popular di media. Kajian akademik meraikan dapatan dari dua pihak yang berseberangan.

NONEDalam hal ini, tulisan Tony Cartalucci bagi pihak Global Research, bertarikh 9 Mei lalu perlu ditekuni. Badan Global Research: Centre for Research on Globalization diasaskan oleh Profesor Michel Chossudovsky.

Beliau salah seorang penandatangan Kuala Lumpur Initiative to Criminalise War dalam tahun 2005, yang diinisiatif oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (atas).

Hubungan akrab mereka berdua ini juga diterjemahkan menerusi pelancaran sebuah buku Chossudovsky oleh Tun Dr Mahathir sendiri. Ia dilakukan di Taman Tasik Perdana.

Dua insiden ini tentu sahaja mencairkan hujah Datuk Ruhanie Ahmad, kerana terdapatnya sentimen politik melampaui garis rasional akademik.

Kajian sendeng, berat sebelah


Ia juga menambah elemen konspirasi yang bukan merupakan satu sandaran yang baik dalam tulisan akademik.

Selain itu, Tony Cartalucci yang menulis bagi pihak Global Research ialah seorang pengarang yang terkenal dengan teori-teori konspirasi yang tidak dapat dibuktikan.

Salah satu dakwaan beliau yang menjadi jenaka dalam kalangan sarjana international relation adalah apabila beliau mengaitkan pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada Mac 2013 lepas sebagai sebahagian dari Free Syrian Army dan merupakan proksi Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

NONEUsaha mengaitkan pencerobohan salah satu keluarga Kiram tersebut dengan gerakan salafisme di Timur Tengah menimbulkan tanda tanya kerana terdapatnya kelompongan atau missing link.

Sesebuah tulisan atau pembentangan akademik yang berkredibiliti haruslah dipasak oleh kerangka ilmiah yang sesuai, relevan dan munasabah.

Kajian akademik juga harus tidak bersikap berat sebelah dan sendeng. Lebih penting, teori konspirasi tidak ada tempat signifikan dalam kajian akademik.

Sesebuah kenyataan akademik harus disandar dan dirujuk kepada dapatan kajian yang berwibawa dan telah diperiksa secukupnya.

Oleh kerana itu saya berpandangan kenyataan Ruhanie dalam forum anjuran UMCEDEL semalam tidak akademik, dan bersifat sensasi.

Jangan 'liwat' akal sendiri, kata Ahmad Maslan

Posted: 17 May 2013 06:48 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Pembangkang harus faham undang-undang negara ini dan tidak harus 'meliwat' pengetahuan dan akal sendiri apabila mendakwa layak memerintah berdasarkan peratusan undi popular yang diperoleh mereka, kata pemimpin kanan Umno.

Ketua penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata, undang-undang Malaysia sebaliknya menetapkan proses pilihan raya berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi, bukan jumlah undi popular.

NONE"Oleh itu, pembangkang yang sering mendakwa mereka pandai dan layak memerintah sepatutnya faham undang-undang negara ini dan jangan memalukan diri sendiri.

"Jangan 'meliwat' pengetahuan dan akal sendiri. Malulah dan hormatilah rakyat," katanya.

Menulis dalam Utusan Malaysia hari ini, Ahmad memetik kenyataan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamarudin Baria yang menjelaskan, BN meraih 47 peratus undi popular, PKR (20 peratus), DAP (15.4 peratus) dan PAS 14.5 peratus.

Jumlah itu jika dicampur hanya mewakili 49.9 peratus, tambahnya lagi.

DAP: Tangkap penjenayah, bukan pemimpin Pakatan

Posted: 17 May 2013 06:44 AM PDT

 
MALAYSIA KINI


 
Ketua polis negara yang baru Tan Sri Khalid Abu Bakar mesti membuang persepsi negatif bahawa beliau mempolitikkan pasukan keselamatan demi kepentingan BN dengan menumpukan kepada usaha membanteras jenayah dan bukan mensasarkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang dap special meeting 110313 lim guan engLim Guan Eng (kanan) berkata, Khalid mesti membuktikan ikrarnya untuk mengutamakan keselamatan rakyat dan mengembalikan persekitaran yang selamat untuk orang ramai.

"Ikrar tersebut pastinya akan diuji supaya tidak menjadi janji mulut semata-mata tetapi mesti dibuktikan dengan kejayaan menurunkan kadar jenayah di dalam negara," katanya yang juga setiausaha agung DAP.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, keselamatan awam antara isu pilihan raya umum yang menyaksikan rakyat meluahkan kebimbangan mereka terhadap peningkatan jenayah meski indeks jenayah menurun sebanyak 7.6 peratus dalam tahun 2012.

"Tan Sri Khalid boleh menjadi ketua polis negara yang lebih teruk daripada pendahulunya, kecuali jika beliau boleh menunjukkan kejayaannya membanteras penjenayah dan bukan menguruskan musuh politik BN," katanya.

Zahid Hamidi Yang Sombong Dan Angkuh

Posted: 17 May 2013 02:11 AM PDT

MSO

Luahan kemarahan Menteri Dalam Negeri Negeri yang baru Ahmad Zahid Hamidi kepada tindakan anak-anak muda yang memprotes keputusan pilihan raya lalu agar keluar dari negara ini dan mencari negara yang sesuai yang mengamalkan sisitem pilihan raya seperti mereka gemari adalah satu tindakan yang tidak bijak, bersifat sombong dan angkuh.

Sebagai seorang menteri Zahid seharusnya memahami jiwa anak muda yang memberontak kerana sebab-sebab yang mereka yakini benar. Anak muda walaupun emosi tetapi tindakan mereka berdasarkan fata yang rasional. Zahid sebagai orang separuh tua (kerana belum bongkok tiga) sepatut melayani anak muda dengan berhemah dan sopan bukannya dengan mengherdik penuh emosi.

Tidak perlu Zahid menunjuk bengkeng mentang-mentang dia baru dilantik menjadi menteri yang menjaga polis dan FRU. Sebengkeng Zahid pun mustahil taring akan tumbuh di mulutnya seperti kera atau singa.

Kita sebagai menteri adalah pemimpin untuk semua rakyat tidak kira lapisan masyarakat. Seorang menteri walaupun dia dari Umno tidak perlu bersifat seperti orang Umno semasa berdepan dengan pembangkang yang hilang kewarasan dan kesopanan adat. Zahid harus membezakan dia sebagai seorang menteri yang dibayar gaji oleh rakyat dengan dia sebagai seorang Naib Presiden Umno.

Kalau seorang pemimpin tidak dapat menguruskan suasana kebangkitan anak muda, macam mana kita dapat menangani isu-isu jenayah yang besar dan bergerak secara tersusun. Cabaran lebih besar kepada Zahid bukan menangani pesta demokrasi anak-anak muda di jalanan tetapi jenayah global. Zahid perlu memperbetulkan indeks jenayah di negara ini dengan angka yang realistik.

Kejadian tembak curi yang kerap berlaku ke belakangan ini adalah urusan utama Zahid. Zahid perlu mengherdik para penjenayah berkenaan bukannya menghalau anak muda mencari negeri baru.

Anak muda sedikit pun tidak peduli dengan herdikan Zahid itu tetapi mereka akan ketawa dan akan mengatakan; inikah kualiti menteri di bawah kabinet Najib Razak. Selepas itu mereka akan ketawa beramai-ramai hahahaha....

Zahid semalam dalam artikelnya disiarkan dalam media PB Utusan Malaysia telah melepas geram kepada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya 5 Mei lalu. Katanya ada yang cuba mengelirukan anak-anak muda dengan keputusan itu bagi menunjukkan pilihan raya di negara ini tidak telus.

Lantas itu beliau menghalau anak-anak muda dan mereka yang tidak dapat menerima sisitem pilihan raya negara ini dengan berkata; "Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka." 


Sebagai menteri dan pemimpin Zahid tidak sepatut membuat halauan demikian sebaliknya beliau kena berdepan dengan anak-anak muda atau mereka yang enggan menerima keputusan pilihan raya dengan mengemukakan bukti-bukti bahawa sistem pilihan raya di negara ini adalah terbaik.

Beliau juga kena berhujah mempengaruhi anak-anak muda sisitem diguna pakai hari ini adalah adil dan saksama, bukannya dengan mengambil tindak menghalau mereka ke negara lain. Beliau juga perlu membantu SPR untuk mempertahankan tuduhan dan dakwaan kononnya SPR gagal mewujudkan sebuah pemilihan yang bersih. Cara Zahid itu tidak ubah sebagai seorang bapak yang tidak berilmu tetapi berperangai pongoh.

Sudah tentu sikap Zahid yang bereng itu tidakakan dihormati oleh generasi muda dan kesannya orang akan mengatakan bahawa semua pemimpin Umno khas yang berada dalam kabinet semua sama, pemarah, tidak dapat menerima kritikan dan sombong serta angkuh. Pemimpin Umno jadi panas kepala apabila mereka kalah dan tidak mendapat sokongan anak muda dan orang Cina.

Saya bimbang kalau Zahid tidak menyejutkan dirinya dan cuba menunjuk perangai seperti sesetengah ketua polis, beliau akan hilang sokongan dan boleh menyebabkan kedudukannya sebagai Naib Presiden Umno akan terlepas. Seperkara yang Zahid harus sedar generasi muda di dalam Umno juga tidak senang kalau ada veteran Umno seperti Zahid memandang enteng kepada anak-anak muda dan bersikap yang tua itu serba tahu. 

Tanpa ada kelunakan kepada anak-anak muda yang boleh menyebabkan anak-anak muda bangkit menjalankan kempen untuk mengalahkan Zahid dalam perhimpunan agung Umno akhir tahun ini.

Selepas PRU isu perkauman lebih menebal

Posted: 17 May 2013 02:07 AM PDT


Saya menyebut dalam posting saya yang lepas yang kita telah banyak belajar dalam pilihanraya ke 13 yang baru lepas ini. Satu lagi isu ialah isu rasis dan tuduh menuduh di antara BN dan Pakatan terutamanya DAP. UMNO kata DAP rasis dan DAP pula menuduh UMNO itu rasis. Bagi saya ini adalah isu pasca pilihanraya kerana sekarang timbul isu penipuan yang dilakukan oleh BN dalam PRU yang lepas. Isu perkauman menjadi-jadi selepas PRU ini masing-masing pihak menuduh di antara satu dengan lain sebagai parti rasis.

Apa yang saya belajar sejak setahun dua yang lalu sehingga saat ini saya sudah tidak mempercayai lagi isu rasis ini akan selesai dengan mudah kerana isu itu adalah alat mainan politik kedua-dua belah pihak. Selagi ada penawaran untuk mentadbir negara setiap lima tahun sekali isu rasis ini akan tetap timbul kerana tiada kejujuran masing-masing untuk membinasakan isu rasis buat selama-lamanya.

UMNO, MCA dan MIC dikatakan rasis kerana kewujudan parti-parti itu berdasarkan kepada bangsa masing-masing. Jika dikumpulkan ketiga-tiga parti ini sebagai satu gagasan iaitu BN tadi, maka BN juga adalah sebuah parti yang formal kewujudannya sebagai 'multiracial'. BN itu pendeknya adalah multiracial.

Pakatan Rakyat tidak pernah terdaftar sebagai satu parti dan DAP, PAS dan PKR itu berdiri di atas identiti masing-masing. DAP itu dikatakan sebuah parti 'multiracial' kerana perlembagaannya membolehkan bangsa lain termasuk orang Melayu sendiri seperti saya menyertai parti itu. Jika dibandingkan di antara BN dan DAP, 'apple to apple', BN adalah lebih 'multiracial'. Di sebaliknya DAP hanya mempunyai peruntukan dalam perlembagaannya yang membolehkan setiap bangsa menyertai parti itu tetapi parti itu menampilkan sifat parti yang jauh daripada parti 'multiracial'.

Pada praktisnya, DAP dikuasai oleh kaum Cina dan seorang dua Melayu di dalamnya sudah menjadi persepsi ramai sebagai 'window dressing' dan dalam politik itu merupakan perkara biasa. Hanya apabila seseorang itu membuat penilaian politik dan akademiknya sahaja yang tahu hakikat yang sebenarnya. Peruntukan perlembagaan dengan keadaan sebenarnya adalah berbeza dan lama kelamaan rakyat akan dapat menghidunya.

Tetapi itu bukanlah satu kesalahan DAP. Jika DAP bergiat untuk menjadi parti 'multiracial' dan dikuasai kaum Cina itu adalah haknya untuk berbuat demikian, lebih-lebih lagi sebelum pilihanraya yang baru lepas ini. Situasi semasa itu seolah-olah Pakatan Rakyat akan mendapat kemenangan besar dan akan berkuasa. Maka DAP terlupa yang mereka adalah parti 'multiracial' kerana keseronokan menunggu mendapat kuasa buat pertama kalinya.  

Tetapi hanya satu perkara yang perlu diperbaiki dalam parti ini iaitu, jangan buat 'preaching' bahawa parti itu multiracial tetapi hakikatnya keadaan 'multiracial' itu tidak wujud. Jika ia wujud pun hanyalah sekelumit sahaja. Oleh kerana masing-masing masih mahukan kekuatan kewujudan mereka berdasarkan kepada kaum tidak ada siapa yang boleh berbuat apa-apa. Buatlah apa yang masing-masing hendak lakukan.

Pendeknya di antara kita semua ini jangan lagi bermain dengan isu rasis ini kerana nampaknya kedua-dua belah pihak masih rasis jika dipandang dari sudut yang berlainan. Bagi saya hanya PAS sahaja yang tidak pernah menyebut tentang isu rasis kerana parti itu hanya mengutamakan isu Islam dalam perjuangannya yang tidak mengira kaum dan cara hidup masing-masing. PAS juga telah menurunkan beberapa orang calon dari agama lain baru-baru ini bagi membuktikan bahawa Islam itu adalah agama yang memimpin semua pihak, samada dari segi bangsa dan agama.

Tujuan saya menulis isu ini ialah untuk meminta semua jangan menuduh di antara satu dengan lain sebagai rasis, kerana pada hakikatnya semuanya ada isu rasis. Yang membezakannya hanyalah dari sudut mana kita melihatnya.

BN dan DAP, jika kita nilai 'apple to apple' BN secara 'relative'nya lebih 'multiracial' sedangkan DAP walaupun perlembagaannya adalah 'multiracial', penampilannya masih rasis. DAP mempunyai lebih dari 90 ADUN dan 38 ahli parlimen yang menang, muka Melayu tidak sampai pun empat orang.

Oleh kerana kedua-dua belah pihak masih bermain dengan isu rasis, saya menyarankan agar semua pihak memberhentikannya. Kita terima yang sentimen perkauman itu tetap wujud malahan lebih menebal sekarang ini. Justeru itu tidak usah masing-masing memainkan isu ini dan menuduh di antara satu dengan lain sebagai rasis. Masing-masing tidak serius untuk membenamkan isu rasis ini. Sentimen perkauman itu akan kekal sehingga wujud seorang pemimpin yang mempunyai 'magnanimity' yang sebenarnya memimpin negara kita.

Masanya akan tiba untuk membahaskan isu ini dan apabila sampai masanya itu, saya ingin menyertai perbahasan itu secara aktif, insyallah. Jika diuruskan dengan baik kita berharap media massa akan memberikan liputan yang penuh adil dan saksama.

Setakat ini belum ada pihak dan parti yang jujur dengan secukupnya untuk melenyapkan isu rasis ini sedangkan perpaduan dan kesatuan semua kaum itu adalah perkara besar dan perlu dikendalikan dengan jujur agar keharmonian di antara kaum di negara ini tidak terjejas.

Meanwhile, let us not mislead and insult ourselves on this issue.

Kerajaan akan turunkan harga kereta secara berperingkat

Posted: 17 May 2013 01:52 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Perhatian yang lebih juga akan diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak, katanya
.


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagaimana  Aku Janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lepas, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bercakap kepada media hari ini, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan memperhalusi langkah tindakan ke arah menurunkan harga kereta di negara ini.

Beliau, yang dilantik semula ke portfolio itu di dalam barisan kabinet yang baharu, turut menjelaskan bahawa kementeriannya mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan memandangkan landskap ekonomi dan politik negara telah berubah secara radikal serta memberi impak kepada fungsinya.

"Perhatian yang lebih juga akan diberikan kepada negeri Sabah dan Sarawak," katanya.

"Ketelusan dalam urus tadbir akan dipertingkatkan sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan serta memberi respons yang cepat kepada isu-isu yang dibangkitkan," katanya.

Yang turut hadir semasa taklimat itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baharu, Ir Hamim Samuri dan Ketua Setiausaha MITI Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria.-Bernama

Tiga lelaki ditahan kes pukul kempen PRU13

Posted: 17 May 2013 01:49 AM PDT

SINAR HARIAN
GEORGE TOWN - Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai memukul seorang penjaja semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Jalan Perak di sini pada 16 April lepas.
  
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata ketiga-tiga suspek yang berumur dalam lingkungan antara 20-an dan 30-an itu menyerah diri di Balai Polis Jelutong empat hari lepas.

Sehubungan itu beliau berkata kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mendakwa polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka yang diserang semasa tempoh kempen pilihan raya umum lepas adalah tidak benar.

"Kalau ketua menteri kata tak ada tindakan dibuat, itu tak betul. Kita ada buat tangkapan terhadap kes ini," katanya kepada pemberita selepas upacara pemakaian pangkat Koperal ke Sarjan bagi Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Semalam, Lim pada sidang akhbar menggesa polis supaya mengambil tindakan segera terhadap mereka yang terlibat dalam kejadian itu.

Beliau mendakwa tiada tindakan diambil oleh polis walaupun suspek sudah dikenal pasti.

Dalam kejadian 16 April lepas itu, Teoh Hock Choon, 53, dipukul sekumpulan lelaki selepas dia didakwa menurunkan bendera 1Malaysia di perkarangan rumahnya di Jalan Perak.

Teoh menerima lebih daripada 100 jahitan dan berada dalam keadaan koma selama beberapa hari.

Abdul Rahim berkata kertas siasatan kes berkenaan telah dihantar kepada pendakwa raya dan kesemua suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. - Bernama

PKR kecam tuduhan terhadap Nik Nazmi

Posted: 17 May 2013 01:43 AM PDT

NIZAM ZAIN

Nik Nazmi Nik Ahmad
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad 
 
PETALING JAYA - PKR mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan ke atas Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) kerana menganjurkan perhimpunan
"Blackout 505" di Stadium Kelana Jaya, 8 Mei lalu.

Naib Presiden PKR, N.Surendran berkata tindakan itu nyata menyalahi peruntukan artikel 10 kerana perhimpunan itu dilakukan secara aman tanpa sebarang insiden yang diingini.

Sehubungan itu katanya, PKR mendesak kerajaan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya menarik balik dakwaan tersebut kerana tindakan itu dipercayai cuba menyebelahi Barisan Nasional (BN).

 "Kita mengutuk akta kerajaan Najib dan peguam negara yang ambil tindakan mahkamah terhadap penganjur perhimpunan bantah keputusan PRU13 di Kelana Jaya, 8 Mei lalu.

"... himpunan itu berlangsung dengan aman, tiada insiden buruk, tapi Najib pilih untuk ambil tindakan akta APA.

"Ini adalah cubaan mengatasi akta APA yang mereka sendiri cipta," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.
Mengikut akta Perhimpunan Aman 2012, fasal 9(1), penganjur hendaklah memberi notis kepada polis 10 hari sebelum mengadakan sebarang perhimpunan. 
Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini yang membacakan pertuduhan ke atas Nik Nazmi menyatakan beliau didakwa bawah APA kerana kegagalan menyerahkan notis 10 hari kepada polis untuk mengadakan perhimpunan 'Blackout 505' di Kelana Jaya, 8 Mei lalu.
Beliau selaku penganjur untuk Pakatan Rakyat (PR) dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 malam di Stadium Kelana Jaya.

Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai kecewa apabila sebaik sahaja Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Polis Negara, beliau sendiri telah bertindak melulu tanpa merujuk terlebih kepada peruntukan mengenai hak berhimpun di sisi perlembagaan.

"Ini cubaan untuk merosakkan akta itu, kita kecewa bila IGP baharu, Khalid Bakar terus bertindak.

"Mereka serang pembangkang dan gunakan akta ini semata-mata untuk menakutkan rakyat daripada keluar berhimpun," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mengulangi desakannya supaya Peguam Negara menggugurkan segera dakwaan itu dan mengemukakan permohonan maaf kepada semua peserta himpunan bantahan itu kerana ia telah menghina dan menafikan hak mereka berhimpun secara aman.

Tambahnya, dakwaan  terhadap Nik Nazmi tidak sedikit pun menjejaskan siri himpunan bantahan itu di seluruh negara.

Himpunan pada 8 Mei membantah keputusan PRU13 itu dihadiri oleh hampir 120,000 peserta dan penyokong PR.

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) SAHKAN PELAKON SHAH JASZLE KENA TAHAN SEBAB KHALWAT!!!!

Posted: 17 May 2013 01:31 AM PDT


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Kini Sahkan Shah Jaszle Ditahan Khalwat  Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada media, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan identiti pelakon terkenal yang di tangkap khalwat awal pagi Khamis sebagai Shah Jaszle.

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuaasaan JAIS pada 3.30 pagi bertempat di Apartment Taman Sri Subang.


Penahanan Mohd Shahrizal Jaszle berdasarkan kepada Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995. Pengangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke Bahagian Penguatkuasaan semalam. Bersama sama ini dilampirkan Seksyen 29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 untuk tindakan dan makluman.

Pendakwaan Black 505 bermotif politik – Nik Nazmi

Posted: 17 May 2013 01:27 AM PDT

Hafizan Taib Selangorku,


PETALING JAYA: Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berhubung penganjuran himpunan besar-besaran Black 505 di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu.

Nik Nazmi didakwa kerana gagal memaklumkan kepada polis berhubung himpunan tersebut dalam tempoh 10 hari sebelum himpunan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM10,000.

Sekiranya disabitkan bersalah dengan denda melebihi RM 2,000, Nik Nazmi akan hilang kelayakan sebagai Adun.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala peguambela, Eric Paulsen mewakili Nik Nazmi.

Hakim, Datin Rohaya Ayob menetapkan sebutan kes pada 4 Jun depan.

Nik Nazmi dibebaskan tanpa ikat jamin selepas Rohaya menetapkan ikat jamin hanya akan dikenakan sekiranya beliau cuba mengelak untuk hadir dalam sebutan kes itu.

Di luar mahkamah, Nik Nazmi berkata, kes tersebut adalah satu permulaan yang kurang baik bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Saya berpendirian ini satu tindakan bermotifkan politik dan satu pembaziran sumber pihak polis yang sepatutnya menumpukan usaha terhadap membanteras jenayah.

"Saya juga merasakan tindakan ini bertentangan dengan agenda 'National Reconciliation' (pendamaian nasional) yang cuba diwar-warkan oleh Perdana Menteri," katanya.

Sementara itu Eric berkata, kes tersebut adalah jelas satu tindakan provokasi terhadap Pakatan Rakyat selaku pihak pembangkang.

"Kita lihat Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 ini disalahgunakan. Kalau dilihat di Myanmar memperuntukkan lima hari untuk penganjuran himpunan tetapi di Malaysia hingga 10 hari.

"Kita percaya ini adalah satu permulaan yang mana selepas ini akan lebih ramai pemimpin Pakatan Rakyat akan didakwa berhubung penganjuran perhimpunan tersebut," katanya.

Himpunan Black 505 yang berlangsung di stadium Kelana Jaya pada hari itu dihadiri kira-kira 50,000 penyokong Pakatan Rakyat bagi membantah keputusan pilihanraya ke 13

Exco Selangor: Teng, Ean Yong sah wakili DAP

Posted: 17 May 2013 01:24 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Adun Sungai Pinang dan Seri Kembangan, Teng Chang Khim (kanan) dan Ean Yong Hian Wah sah menjadi dua Exco Kerajaan Negeri Selangor daripada DAP.
 
"Yang lainnya bakal diumumkan selepas perbincangan bersama parti komponen Pakatan Rakyat Selangor," ujar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan petang ini.

Menurutnya, Teng telah memohon supaya dibenarkan untuk bertukar daripada jawatan Speaker menjadi Exco Kerajaan Negeri dan beliau telah bersetuju dengan permintaan tersebut.

Ean Yong (kiri) pula, jelasnya akan dikekalkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk penggal kedua.

"Saya juga telah meminta Pengerusi DAP Selangor merangkap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Teng untuk menguruskan perbincangan bagi jawatan kerajaan di Selangor bagi pihak parti," ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau menegaskan, tidak ada pengumuman akan dibuat sehingga perbincangan tersebut mencapai kata putus.

MCA Semakin Mengecil & Terpencil Di Dalam BN

Posted: 17 May 2013 01:12 AM PDT


KELAB GREENBOC
 
Perkauman melampau-lampau Umno menjadikan MCA dan Gerakan merasa rumah Barisan Nasional (BN) sudah begitu sempit untuk mereka, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Pada masa yang sama, katanya, Pakatan Rakyat pula semakin diyakini sebagai wadah perpaduan yang tulus dan ikhlas bagi semua rakyat Malaysia.

Dengan apa yang dilalui oleh mereka, Salahuddin tertanya-tanya sehingga bilakah MCA dan Gerakan sanggup berada di dalam rumah BN yang semakin disempitkan kepada mereka dengan pelbagai sindiran dan kenyataan sinis Umno yang semakin menjadi abang besar yang takbur dan angkuh.

"Ketika pengundi-pengundi dari Bangladesh yang dilaporkan telah diangkut untuk mengundi BN semakin disantuni dengan begitu mesra oleh Umno, parti-parti yang selama ini mewakili kaum Cina di dalam BN seperti MCA dan Gerakan semakin menjadi orang terbuang yang langsung tidak dihargai lagi di dalam rumah BN.

"Setiap hari disindir dan diperli oleh Umno dan yang lebih menghairankan, MCA dan Gerakan terus membodohkan diri ketika bangsa Cina terus dihina oleh para pemimpin dan hulubalang-hulubalang Umno," katanya.

Rakyat, kata Salahuddin, tertanya-tanya mengapakah MCA dan Gerakan sanggup menjadi orang terbuang dan terhina di dalam BN.

"Jasa MCA dan Gerakan yang mengekalkan kuasa Umno pada pilihan raya 1999 lalu ketika 65 peratus orang Melayu menolak (Tun) Dr Mahathir (Mohamad), Umno dan BN ketika itu sedikit pun tidak dihargai," katanya.

Ketika MCA dan Gerakan menjadi orang terbuang di dalam BN, Salahuddin mengajak semua rakyat Malaysia membuang politik perkauman yang penuh dendam dan permusuhan yang ditaja oleh Umno.

"Sehingga bilakah rakyat Malaysia sanggup hidup dibakar api perkauman yang semakin hari semakin diapi-apikan oleh Umno?" beliau mempersoalkan.

Rakyat Malaysia, terutama orang-orang Melayu, tidak ada pilihan lagi untuk membina Malaysia yang kembali aman dan harmoni melainkan bersama-sama Pakatan yang semakin terlihat dan terbukti menjadi "wadah perpaduan yang tulus dan ikhlas", kata beliau.

"Sesiapa jua yang menghadiri perhimpunan-perhimpuna kita sejak sebelum pilihan raya lalu dan juga perhimpunan-perhimpunan selepas pilihan raya seperti di Petaling Jaya, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan dan Johor Bahru telah merasai bahawa Pakatan telah benar-benar menjadi wadah perpaduan yang ikhlas dan mesra bagi semua kaum," kata Salahuddin yang yakin usaha untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa Pakatan adalah wadah perpaduan yang benar-benar ikhlas akan berjaya. -HD

[BONGKAR] Kajian "81% Mahu Anwar Bersara" Adalah Palsu

Posted: 17 May 2013 01:08 AM PDT


KELAB GREENBOC
 
Kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu.

Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei yang lalu.

Setelah disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama.

"Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai," kata The Edge.

Difahamkan keadaan itu berlaku akibat telah digodam cybertroopers.

Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya samada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran kegagalan pakatan itu untuk memenangi pilihanraya 5 Mei yang lalu.

81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara. -hd

Ulasan GB

Sewaktu berita mengenai satu kajian kononnya 81% mahu Anwar bersara disiarkan oleh Sinar Harian dan malaysiakini kelmarin (15 Mei 2013), GB lansung tak percaya dengan berita berkenaan sekalipun blog para pencacai UMNO melompat sakan dengan penyiaran berita berkenaan.

Ini kerana senario semasa lansung tidak menunjukkan sokongan terhadap keputusan kajian berkenaan, malah jika diukur dari keputusan pilihanraya pun, undi popular yang diterima BN lansung tidak mencecah 50%. Jadi bagaimana boleh sampai 81% mendesak Anwar berundur.

Memang puak UMNO BN ni sekarang di dalam keadaan amat tertekan dan terdesak. Melakukan apa saja dan "penipuan" merupakan satu-satunya cara kini untuk kekal berkuasa.

Namun percayalah hukum kebenaran dan keadilan kini sedang mengambil tempatnya dan UMNO BN sedang menuju kehancurannya!

Kabinet paling tidak menarik sepanjang 56 tahun

Posted: 16 May 2013 08:34 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Barisan Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak semalam adalah yang paling tidak menarik jika dibandingkan dengan semua Perdana Menteri Malaysia sepanjang 56 tahun sejarah negara.

Malah, kata Lim Kit Siang, ia telah menyerlahkan perbezaan besar antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini.

Ini, ujarnya kerana Pakatan Rakyat menjunjung harapan dan visi politik baru untuk Malaysia manakala Barisan Nasional mewakili politik tua, lelah dan politik kaum, ketakutan, korupsi, salahguna kuasa dan ketidakadilan.

Katanya, ketidakadilan di dalam keputusan PRU13 dan persoalan buat pertama kalinya di dalam sejarah Malaysia berkenaan legitimasi Perdana Menteri telah melahirkan secara spontan gerakan kesedaran politik "hitam" di dalam negara.

Ini, tambahnya  seperti yang disaksikan pada 30,000 orang di perhimpunan "Black 505" di Ulu Tiram, Johor Bahru malam semalam, diikuti dengan kehadiran besar di satu lagi perhimpunan "Black 505" di Kelana Jaya, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuantan yang mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia berbilang kaum, agama dan kawasan melihatkan kekuatan generasi muda Malaysia yang sehingga sekarang begitu sedih dengan politik dan perkembangan politik negara.

Penasihat DAP itu berkata, rakyat Malaysia terutamanya orang muda tidak mengira kaum, agama dan jantina, marah dengan ketidakadilan sistem demokrasi dan pilihan raya menyatakan pendirian terhadap kekecewaan dan kemarahan pada keputusan PRU13 juga terhadap legitimasi Najib sebagai Perdana Menteri, memandangkan mereka rasa dirompak hak asasi demokrasi mereka untuk menentukan masa depan politik negara.

Pertama, katanya majoriti 51 peratus undi popular menyokong Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia, sementara Najib dan Barisan Nasional Berjaya mendapat hanya 47% undi popular.

"Kedua, sekiranya PRU13 bersih, bebas dan adil, undi popular Pakatan Rakyat dan Anwar tentu telah melebihi daripada 60 peratus malah mencecah lebih 65%, juga memenangi majoriti daripada 222 kerusi parlimen di dalam negara," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan.

Ketiga, tambah Lim Kabinet yang diumumkan oleh Najib semalam telah menambah lagi ketidakabsahan beliau sebagai Perdana Menteri selepas PRU13.

"Ia bukanlah Kabinet untuk semua rakyat Malaysia, kerana sasarannya ialah bagi memastikan Najib dapat berjaya dalam perebutan kuasa di dalam Umno hujung tahun ini ketika pemilihan parti Umno," katanya lagi.

Untuk apa 35 menteri berbanding 31 pada 2008

Posted: 16 May 2013 08:31 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: "Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?" tanya penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di dalam Facebooknya.

Menurutnya, Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet.

"Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?" tanya beliau lagi.

Berikut ialah pandangan beliau.

Apabila PM DS Najib mengumumkan barisan kabinetnya, maka penganalisis yang bersetuju dengan barisan ini menyatakan inilah kabinet transformasi terbaik, kabinet gabungan muka baru dan lama, dan kabinet yang mampu melonjakkan negara ke depan untuk menghadapi saingan globalisasi.

Bagi yang tidak bersetuju pula menyatakan inilah kabinet DS Najib untuk menghadapi pemilihan Umno tahun ini, kabinet kitar semua dan kabinet kayu mati yang mudah dimakan anai-anai.

Saya tidak ada masalah dengan barisan kabinet ini. Mereka yang dilantik adalah hebat.

Namun, yang menjadi masalah kepada saya ialah bilangan kementerian dan menterinya yang ramai. Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008? Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet.

India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?

Meskipun Perlembagaan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet, kita perlu bandingkan saiz kabinet Malaysia dengan kabinet di negara-negara lain. Kewujudan kementerian dan menteri adalah untuk menyempurnakan tugas dalam mentadbir negara, bukannya sebagai ganjaran kepada kawan-rakan yang menang.

Sedarlah Zahid, elaun kamu daripada rakyat

Posted: 16 May 2013 08:28 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengecam kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai biadap, dan tidak seharusnya seorang Menteri yang dilantik bagi memberi khidmat untuk seluruh rakyat Malaysia bersikap angkuh, dan membuat kenyataan seperti seolah-olah dirinya dan parti yang diwakilinya adalah tuan besar dalam negara ini.

"Zahid Hamidi harus sedar elaun sebagai Ahli Dewan Rakyat dan Menteri, terhasil dari cukai yang dikutip ke atas rakyat dan wajarlah beliau tidak angkuh dan sombong," ujar Ketuanya, Azmizam Zaman Huri (gambar) dalam satu kenyataan.

Justeru, katanya AMK Selangor menyifatkan kenyataan Zahid yang menggesa golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari sebagai angkuh, bodoh sombong dan menggambarkan ketakutan Barisan Nasional menghadapi gelombang rakyat.

AMK Selangor, tambahnya melihat kenyataan itu juga menggambarkan Zahid Hamidi sebagai tidak bersedia untuk memikul amanah selaku Menteri Dalam Negeri, dan Najib Razak meletakkan beliau di posisi itu sebagai kambing hitam untuk menghadapi kemarahan rakyat yang jelas bangkit bagi menolak keputusan PRU13 yang penuh mencurigakan.

Sepatutnya, kata beliau sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik, Zahid Hamidi harus segera mengambil langkah yang neutral dan memberikan kerjasama erat bagi memberi ruang kepada sebarang proses bantahan, selagi mana ianya tidak melanggar undang-undang dan tidak mendatangkan kekacauan.

Menruutnya lagi, rakyat bangkit untuk protes dan bersuara secara aman, mengikut prosedur perhimpunan yang betul serta saluran media yang betul.

"Rakyat juga, mendukung keputusan Pakatan Rakyat untuk memfailkan petisyen ke atas sekurang-kurangnya 27 Parlimen yang disyaki terlibat dengan kesalahan pilihanraya serta keputusan yang meragukan.

"Zahid Hamidi mesti berlapang dada dan membuka ruang bersuara untuk rakyat," ujarnya yang juga Naib Ketua AMK Malaysia.

Kabinet 2013, rakyat diutamakan?

Posted: 16 May 2013 08:27 PM PDT

Syahir Sulaiman,




Gandingan muka lama dan baru mewarnai komposisi kabinet yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri. Dengan 24 kementerian, 30 menteri dan 27 timbalan menteri, cabaran pastinya terpikul di bahu para menteri untuk meneruskan agenda transformasi  dan melaksanakan janji-janji pilihanraya, dalam situasi keupayaan ekonomi dan kewangan kerajaan yang terbatas.

Kerajaan minoriti, kabinet besar

Saiz kabinet yang besar di Malaysia tidak dapat dielakkan bagi memenangkan hati semua parti komponen dalam Barisan Nasional, walaupun ia menambahkan beban kos operasi kerajaan, di samping mengurangkan efisiensi dan mutu perkhidmatan kerajaan yang penuh birokrasi.

Sebagai perbandingan, jumlah menteri di Malaysia hampir menyamai jumlah menteri di India (33 orang), namun menteri-menteri di India mentadbir lebih 1 bilion penduduk (30 kali ganda rakyat Malaysia) dengan keluasan 3.3 juta km² (10 kaliganda keluasan Malaysia). Manakala di England (22 menteri) dan Australia (23 menteri), jumlah menteri adalah lebih rendah berbanding jumlah kementerian, namun di Malaysia, jumlah menteri (30 orang) dan timbalan menteri (27 orang) adalah lebih tinggi daripada jumlah kementerian (24 buah), ditambah pula dengan pelbagai jabatan, agensi, suruhanjaya dan jawatankuasa dengan 1001 bidang kuasa yang bertindanan.

Berbekalkan ketidakseimbangan jumlah kerusi (BN 133, PR 89) dan undi (BN 48%, PR 52%), agenda transformasi Perdana Menteri dan dasar 'tidak popular' seperti pengurangan subsidi dan cukai GST terpaksa berhadapan dengan pertimbangan populis untuk meraih sokongan dan survival politik, dalam keadaan kewangan kerajaan yang tidak fleksibel, dengan bebanan hutang menghampiri paras 55% kepada KDNK, kadar defisit sekitar 4%-5% dan paras inflasi yang dijangka akan terus meningkat.

CEO dan CFO, orang yang sama

Pengumuman yang dibuat Perdana Menteri ternyata tidak menepati harapan beberapa penganalisis ekonomi untuk melihat berlaku pemisahan kuasa di antara Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Format penjawatan Perdana Menteri yang turut memegang portfolio Menteri Kewangan mula dipraktikkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1998, diteruskan oleh Tun Abdullah dan disambung oleh Perdana Menteri sekarang.

Untuk rekod, Malaysia telah mengalami defisit fiskal (kerajaan berbelanja melebihi pendapatan) selama 16 tahun berturut-turut sejak tahun 1998, di mana dalam tempoh yang sama, format penjawatan ini digunapakai. Negara sangat memerlukan budaya 'semak dan imbang' (check and balance), bukannya budaya 'cek tanpa baki'(cheque no balance) di peringkat tertinggi membuat keputusan dan dasar fiskal negara yang disuburkan oleh sistem urustadbir yang tidak telus, akibat kuasa yang diberi pada orang yang sama untuk memegang jawatan CEO (ketua pegawai eksekutif) dan CFO (ketua pegawai kewangan) dalam kerajaan. Hatta di peringkat persatuan, kelab dan masjid, seorang pengerusi tidak boleh memegang jawatan bendahari bagi mengelakkan berlaku salahguna kuasa dan pecah amanah di dalam sesebuah organisasi.

Dalam lanskap ekonomi dunia dan serantau yang mencabar, Menteri Kewangan wajar bertegas dan memberikan tumpuan untuk memulihkan ekonomi negara, khususnya untuk menjana sumber pendapatan baru (mengurangkan kebergantungan sumber petroleum 40%), berdisiplin dalam berbelanja untuk mengurangkan kadar defisit (di samping menunaikan janji pilihanraya dengan anggaran kos RM12.5 bilion), mengawal kadar hutang dan jaminan liabiliti kerajaan yang sudah melepasi paras 60% KDNK (projek MRT, transaksi bon dan simpanan 1MDB di luar negara, timbal-balik pembiayaan politik), mengukuhkan nilai integriti dan urustadbir di semua peringkat masyarakat (tender terbuka, banteras rasuah), serta meningkatkan keyakinan pelabur dan mengawal kebanjiran keluar (brain drain) profesional tempatan untuk memacu ekonomi negara secara mampan.

Mesej saya kepada semua jemaah menteri; "Ini masa tunaikan janji, rakyat akan memerhati dan menanti".

* Penulis adalah Pengarah Kajian Polisi, Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Menteri Dalam Negeri bercakap macam budak-budak

Posted: 16 May 2013 08:24 PM PDT

Mohd Sabri Said,



Lim Guan Eng merasmikan program di Komtar malam tadi.

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengecam keras Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana mengeluarkan kenyataan sesiapa yang enggan menerima sistem pilihanraya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang  menjalankan pilihanraya mengikut kaedah yang digemari.

Kenyataan itu tambahnya, amat rasis dan tidak sewajarnya keluar daripada mulut seorang menteri yang baru dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri.

"Baru semalam dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi telah bertindak di luar batasan. Kenyataan itu bagaikan kebudak-budakan.

"Sebagai menteri yang baru dilantik harus bersikap matang tidak melukai hati masyarakat Cina terutamanya yang juga merupakan rakyat sah di Malaysia," ujarnya semasa merasmikan program Fakta Sebenar Pakatan Rakyat Menang Undi Popular PRU13 di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) malam tadi.

Justeru, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP mempersoalkan siapa rasis sebenarnya, adakah masyarakat Cina yang dikatakan membawa 'tsunami Cina' atau kepimpinan BN.

Kebangkitan rakyat pada PRU13 baru- baru ini, ujarnya bukan tsunami Cina tetapi satu gelombang rakyat yang menuntut sistem PRU agar lebih telus, adil dan tidak menipu.

"Bila berlaku kebangkitan rakyat khususnya orang Cina, kenapa kepimpinan BN naik angin seolah takutkan bayang-bayang.  Maka, sebab itu selepas sahaja Pakatan Rakyat mencapai peningkatan politik mereka terus tabur berbagai kenyataan berbaur perkauman," jelasnya.

Turut menjadi ahli panel pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Meng dan mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad manakala pengerusi Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil khir Johari.

Kabinet Najib, malang untuk Selangor, Johor

Posted: 16 May 2013 08:19 PM PDT

 

KL TODAY

PETALING JAYA: Malang  datang bertimpa buat Umno Selangor, setelah kalah besar dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, kini tidak ada seorang pun menteri dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak. Pengguguran Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar di luar jangkaan kerana ahli parlimen Tanjong Karang itu merupakan orang kuat Umno di negeri itu yang diharap merampas kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat.

Kabinet Najib itu hanya memilih seorang wakil dari Selangor – Datuk Noriah Kasnon yang diberi jawatan Timbalan Menteri Perusahaan  Peladangan dan Komuniti.

Buat kali pertama dalam sejarah, Selangor tidak ada menteri sesuatu yang sukar untuk dipercayai kerana negeri ini begitu ramai melahirkan tokoh Umno, antaranya Datuk Harun Idris yang pernah menjadi Ketua Pemuda Umno yang sangat berpengaruh.


Manakala tokoh-tokoh lain termasuk Datuk Seri Ahmad Razali yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor dan yang terakhir Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Dengan perhimpunan agung Umno November ini sengit kerana beberapa jawatan utama parti dijangka dicabar, Najib hanya memilih dua wakil Umno dari Johor, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Hantar isyarat

Najib seolah-olah menghantar isyarat kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa negeri terkuat Umno itu tidak semestinya mendapat ramai menteri. Seperti wujud khabar angin orang Umno negeri itu mahu Muhyiddin bersuara lantang dalam perhimpunan itu seperti yang dilakukan sehingga bersarannya Tun Abdullah Ahmad Badawi ekoran prestasi buruk Barisan Nasional dalam pilihan raya umum tahun 2008.

Prestasi Najib dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu juga buruk kerana hanya menang 133 kerusi parlimen, sekalgus gagal mendapat 2/3 majoriti.


Mengejutkan kerana negeri kelahiran Umno itu hanya mempunyai dua menteri iaitu  Muhyiddin  sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi, manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan.

Pada kabinet  Abdullah dalam pilihan raya umum tahun 2008, Johor mempunyai enam menteri – Muhyiddin, Hishamuddin, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan); Tan Sri Syed Hamid Albar (Menteri Dalam Negeri) dan Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Pelancongan).

Kedudukan Johor dipintas oleh Sabah dan Perak yang masing-masing  mempunyai tiga orang menteri, Datuk Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah) manakala Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Perak.

Begitupun dua negeri lagi iaitu Melaka dan Pulau Pinang juga mengalami nasib sama seperti Selangor, tidak ada seorang pun wakil rakyat berjawatan menteri.

Melaka paling malang

Namun, Melaka yang paling malang kerana tidak ada menteri dan timbalan yang dilantik menganggotai kebinet baru Najib ini.

Pulau Pinang mempunyai seorang timbalan menteri iaitu Datuk Seri Dr Hilmi Yahya yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

Bagaimanapun, berdasarkan prestasi `hitam' Umno negeri dalam pilihan raya umum lalu, keputusan Najib itu dianggap adil dan munasabah.



Seolah Umno Pulau Pinang tidak ada lagi tokoh yang berkaliber seperti mereka memiliki Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjadi ancaman terbesar kerajaan.

Pada pilihan raya umum tahun 2008,  Pulau Pinang mempunyai seorang menteri kabinet iaitu Datuk Seri Nor Yackob Mohamed, Menteri Jabatan Perdana Menteri.

Perlantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan tidak mengejutkan atas kapasitinya menjadi Ketua Pemuda Barisan Nasional dan Umno, namun pengguguran bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor di luar dugaan memandangkan beliau masih sepenggal menjadi anggota kabinet dan usianya masih muda.

Sabah, Perak pintas Johor

Kedudukan Johor dipintas oleh Sabah dan Perak yang masing-masing  mempunyai tiga orang menteri, Datuk Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (Sabah) manakala Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari Perak.

Terengganu mempunyai dua menteri iaitu Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Seri Ahmad Shabbery Cheek; Negeri Sembilan (dua); Pahang (tiga), Negeri Sembilan (dua); Kelantan (satu); Perlis (satu) dan Wilayah Persekutuan (seorang).

Dalam kabinet Najib ini juga dua menteri bolah dianggap sebagai kitar semula. Datuk Seri Tengku Adnan sebelum ini pun pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semasa Abdullah menjadi Perdana Menteri, Tengku Adnan merupakan Menteri Pelancongan.

Manakala Idris Jusoh juga selain pernah menjadi Menteri Besar Terengganu (2004 hingga 2008), menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan pada tahun 1999.

Tiada ulasan: